"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 September 2008

Buku Cerita Kanak-kanak: Sup Ketam Yang Ajaib

Nida YM aku, nanti aku masakan sup ketam untuk Yapong, ek.

Aku YM Nida, kau ingat senang ke nak mamah ketam kat dalam hospital, nanti bunyi krup krap krup krap sip sip sip, misi marah wo!

Nida YM aku, habis tu?

Aku YM Nida, kau masakan sup ‘crab meat’ 'ja, ketam juga tu, senang sikit nak mamah.

Nida YM aku, nanti tak sedap!

Aku YM Nida, bubuhlah Aji-No-Moto, lagi pun bukannya nak bagi Yapong mamah sedap-sedap... nak bagi demam dengginya kebah 'ja!

[ , ]

Aku SMS Yapong, lu ada mana dah?

Yapong SMS aku, gua tengah tunggu doktor kat Unit Kecemasan HKL ni, Jenderal!

Aku SMS Yapong, kalau lu dah masuk wad nanti... lu SMS gua, nanti gua bawa pergi sana Hundred Plus dan sup ketam!

Yapong SMS aku, aaa, gua nak makan sup sirip ikan yu, Jenderal!

[ , ]

Adik-adik, jangan ke mana mana, kita kembali selepas ini, kata Ustaz Zamri Bercerita.

31 Comments:

Blogger benuasuluk said...

aku syak, jenderal akan bedal sup ketam tu.

September 24, 2008 10:33 PG

 
Blogger Zaini said...

haha.

lagi kronik lagi puake seleranye.

haha.

September 24, 2008 10:45 PG

 
Blogger asuhara sue said...

betol2 betolll lah permintaan..

September 24, 2008 11:00 PG

 
Blogger Amyz! said...

ceh. Demam-demam pun demand tinggi kemain.

Dulu kalo aku demam, ayah tanya nak makan apa, aku cakap. Nak KFC. Huhu.

Tu je la yang termampu pun.

Kalau mintak sirip yu, ada pula yang kena campak kat lombong nanti.

Haha.

September 24, 2008 11:01 PG

 
Blogger siew said...

makan ketam bertambah gatal le ngan misi..

September 24, 2008 11:40 PG

 
Blogger tasekM said...

hamboih hamboih yapong.... tak padan dgn demam tu...


nida, buatkan saja sup cencurut~

September 24, 2008 12:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Suluk,
:)

Zai,
Ya, sangat puake! Ha ha.

Asu,
:)

Amyz,
Soljahs Sindiket Sol-Jah semuanya berselera tinggi! *wink*

Siew,
Iya ka? Wo.

Nida,
Upah buatkan sup = Nida minta cincin sebentuk! WO WO!!!!

September 24, 2008 12:55 PTG

 
Blogger DeanSham said...

mana boleh makan shark's fin woi! endangered species tuh!

September 24, 2008 12:57 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ada dua benda yang kena belasah, sup ketam dan yapong, itu aku konfirm!! Tapi aku lebih kesian itu ketam

September 24, 2008 1:09 PTG

 
Blogger Nida Shaari said...

Sudahnya, apa pun tak dapat..

Weh yang atas tu Tasik la komen, apasal demeh jawab kat Nida pulak.

September 24, 2008 1:13 PTG

 
Blogger Unknown said...

kata dgn yapong...d bulan ramadhan ni bersyukur dgn apa y ada.... lagi pun org demam x bleh makan sedap sedap mana ada selera muaahahahaa

September 24, 2008 1:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Din,
Ikan paus pun sama - tapi, dulu, aku belasah jugak! HA HA.

Mirah,
Aku lebih kesian itu crab meat! HA HA.

Madu,
*Tap!* Aku dah silaplah! HA HA. Sepatutnya 'Tasek'lah.

September 24, 2008 1:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
HA HA. Aku setuju. Tapi, tahu 'je lah Nida kan, kan, kan - mesti nak masak yg sedap2 punyalah!

Nida,
Nak sambal tempe satu! Nak daging masak kicau letak kentang - kentang nak sama banyak dengan daging, satu! :)

September 24, 2008 1:22 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Dah sakit lagi nak mengada-ngada yang bukan-bukan. Hee hee hee!

September 24, 2008 3:09 PTG

 
Blogger addyaholix said...

aku syak ko yang bedal sup tuh bang naga !

aku dari kecik tak pandai makan ketam. cuma tengok orang makan berselera. aku makan hati ~

September 24, 2008 3:15 PTG

 
Blogger siku lipat said...

wah, demanding jugak si yapong tuh yer.

September 24, 2008 3:44 PTG

 
Blogger hegira said...

suh si pp makan craby patty aje lah. kompem takkan demam dah.

September 24, 2008 4:05 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Ha ha.

Ady,
Aku makan isi/badan ketam je. Kaki ketam aku tak makan. Malas.

Lipat,
Entah, he he.

September 24, 2008 4:06 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Alina,
(Wat hepen to ya blog?) Craby Patty Mr Crab? Ha ha. Sedap sangat ke?

September 24, 2008 4:08 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

selain sup ketam 100 plus botol besar pun ok maa. Tiga botol sehari.

September 24, 2008 4:32 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Ketam juga berpuasa.

September 24, 2008 7:02 PTG

 
Blogger hegira said...

huhu. tadi ada invader. tapi skrg da ok. da bukak pada umum..

September 24, 2008 10:39 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Minum air badak or Cool Rhino tak boleh ke? Ha ha.

Amin,
Iye ke? Ha ha.

Alina,
HA HA. Macam2. Tu la, lawa sangattt, payah jadi orang lawa-lawa ni. HA HA.

September 24, 2008 11:08 PTG

 
Blogger Unknown said...

sup kaki ayam sudah..

September 25, 2008 3:17 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

selera besar. kasi makan bubur hospital je. haha

September 25, 2008 5:53 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Woo..jenderal tak mencarut kali ni. Maklum la,buku cerita kanak-kanak ye.

Nida,
sup ketam yang lazat tu camne resepinya? Masukkan nikotin 14 batang ke..heheh

September 25, 2008 5:56 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Air badak tak cukup untuk mencairkan darah bang, kena 100 plus botol besar jugak. Lagi satu kalau bawak sup ketam tu jangan aaa sekor je, hulur2 sikit kat katil sebelah haha

September 25, 2008 8:30 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Nida tu sejiwa ngan aku, sebab tu dia nak buat sup ketam.

September 25, 2008 9:02 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kelam,
Sup kosong, boleh? Ha ha.

Picah,
HA HA.

Water,
Masakan Nida yang paling power - daging masak kicap - Amir Mukhriz sampai tanya, "Boleh tambah lagi tak?" HA HA.

Dug,
Ello! Pengiring-pengiring pun nak gak sekor dua ketam tu, weh!

Khal,
Kalau ketam tu digoreng pun sodap, ek!

September 25, 2008 9:25 PG

 
Blogger 4dMinIstR@t0r said...

Name: Firdaus Abdillah
From: Kuala Lipis - Kuala Lumpur, Pahang, Malaysia
About me: serius, garang, panas baran, kaki pukul, tarik kereta, terajang pintu, ong bak, jahat, rompak mini market, paranawei, bengis, dendam kesumat, dan bila lapar makan nasi.

lu kena tambah lagi nih...bile sakit mengada ngada nak makan sup pelbagai...

September 25, 2008 9:30 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Admin,
Dia yang palin muda di antara kami. Biarlah dia nak manja dan nak mengada-ngada.

For ya info: Kesemua anggota soljahs manja-manja belaka. Kami juga suka untuk dimanjakan dan kami juga suka untuk memanjakan. ;) *ahak*

September 25, 2008 10:00 PG

 

Catat Ulasan

<< Home