ANUgerah Filem Pendek 2006
Pagi tu. Aku pergi jumpa Tok Rimau, Sam Dean, dan pelajar-pelajar mereka yang bikin filem berjudul MALING tu.
Aku kata kepada pelajar-pelajar tu, "Kalau nak menang - kena banyak tengok blue film! Study lightingnya (yang lain-lain jangan study!). Ingat, pembikin blue film - jujur - tak guna camera trick! Ha ha."
Dan, mesti pelajar-pelajar yang tengah kecewa ya amat tu (kerana tak 'sangkut' satu hadiah pun) berkata-kata di dalam hati, "Apa ke mereng mamat baju merah ni, weh?" Ha ha.
Pagi ini. Negara dikejutkan dengan berita "Pemenang hadiah AFP06 didakwa mencuri hasil kerja orang lain."
Sungguh! Aku merasa amat kesal dan dukacita. Lain kali, kalau aku jumpa pelajar-pelajar tu lagi, aku akan kata kepada mereka, "Kalau nak menang bergaya - kena jadi pembikin filem yang jujur!"