"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 September 2006

Belut

Suatu petang. Musim dingin di Naritasan Park. Suhu di bawah sifar. Namum, tiada hablur-hablur ais yang gugur dari langit.

Aku mudik lorong-lorong sempitnya. Orang banyak – memutar. Di kiri dan kanan ada orang berjualan. Di hadapan sebuah restoran dengan papan tanda iklan “unagi”, ada kotak display (macam kotak display orang jual rojak) dipenuhi dengan belut-belut yang telah disiang. Tanpa daging; cuma kepala dan tulang panjang yang masih meliuk-liuk. Nyawa-nyawa ikan. Ironinya – nyawa-nyawa belut. Ha ha.

Aku? Aku rasa geli. Dan. Rasa nak muntah!

Tap! Tap! Tap!

“Ya bos!”

“Kau salah lagi, dude! Aku suruh kau tulis pasal filem Bilut… bukannya pasal belut!”

Ooo?

29 September 2006

Pelik tapi benar

Image Hosted by ImageShack.us

Adakah kamu masih lagi ingat kepada sepasang selipar berwarna hijau muda yang tersarung pada sepasang kaki cute serta seksi milik seorang lelaki?

Ya! Baru baru ini, ada seakan akan imej muka manusia terukir pada selipar tersebut.

Pelik bukan?

27 September 2006

Cucur ramadhan

Shazy beritahu; Ada orang marah marah di pasar ramadhan.

“Tak ada udang di dalam cucur udang ni!” Abang yang marah marah.

“Cuba kamu lihat molek molek... Ada badak tak di dalam cucur badak ni?” Makcik jual cucur yang tidak marah marah.

Ha ha.

NOTA KAKI BANGKU: Dah lama ek - kita tak jumpa Shazy.

Ice cream soda?

Aku beritahu dia; Kau kena tukar fail RGB tu jadi fail CMYK dulu bla bla bla… Kalau tidak – masa kau buat pisah warna nanti – filem untuk Black saja yang akan terhasil bla bla… Kau kena siapkan kerja penyudah tu hari ini juga bla bla bla… Haji K dah nak pergi Frankfurt bla bla… Kau tahulah Haji K tu – sekali dia jegil mata bla bla bla….

“Hah? Ais kerim soda? Mana?” Dia tanya.

Diam. Agak lama. Dan. Aku garu-garu sideburn.

Aku tanya aku; Bila masa pula aku cerita pasal ais kerim soda ni?

Kabur.

26 September 2006

Puasanya nil!

Epi (epinephrine) merembes
Ada seakan akan bau diesel
datang dari bawah ketiak
Dia mengendus-endus

Marah betul dia pagi ini
@#$%^&*!!!!!!!!!!
Puasanya nil!

24 September 2006

Puasa hari pertama yang sungguh gothik

*Treng! Trenggg!!*

Ops! Ada pesanan ringkas yang masuk. Kejap!

“Selamat berpuasa bla bla... Downloadlah iman kau bla bla... Syaitan dah kena rantai ini bulan ooo bla bla....” Dan. *Seribu macam teks SMS sempena bulan Ramadhan jenis forward bla bla yang aku terima... Lagi. Dan lagi. Dan lagi....

Watta f...! Aku maki. Puasa aku sifar.

KOMA

Aku. Telefon kawan-kawan. Untuk ucap selamat. Ramai tak angkat telefon. Kecuali Vovin, Amir Mukhriz, dan Mat Jan. (Wah, semua GEBU [Geng Bujang] ni... Semua GERUGA tidur siang ke? Ha ha.)

“Sejahtera ke atas kamuuu! Selamat berpuasa! Ok, itu saja, hah... Bye! Sejahtera ke atas kamuuu!” Aku.

“Hah, gothik sungguh lawak kamu. Ha ha.” A. Mukhriz. Via SMS. Kemudian.

Mungkin dia tak sempat nak jawab masa aku telefon tadi, kot. Entah!

NOTA: *Maksudnya, bukanlah aku tak suka... Tapi, kalau kau nak ucap Selamat Berpuasa kat aku - telefon sajalah! Aku nak dengar suara kau dan bukannya nak baca teks SMS yang entah siapa-siapa karang entah! Kalau kau nak ucap Selamat Hari Raya kat aku - telefon jugalah! Atau hantar kad raya (jangan hantar eKad!) + tandatangan + lukis kartun juga, kalau boleh! Aku suka. Yang begitu.

20 September 2006

Putih sedondon

Tapi. Mataku. Tak mengantuk.

Pada malam itu. Peratusnya adalah kegelapan. Jika adapun cahaya - titik merah pada suis tivi. Yang kekal menyala.

Aku batuk. Kul kul kul... Haiya! Sudah berlarut-larut. Satu minggu. Tidak juga mahu kebah. Ruwet.

Rokok. Dari kotak warna biru cair. Tidak akan menzalimi rengkung... Aku fikir. Lalu. Cahaya pemetik api menyilau mata. Sebatang rokok yang penghabisan sedang terbakar. Tetapi, lain benar rasa asapnya kali ini...?

Tambi, yang kau bakar itu, filternya!” Kali ini bukan lagi Sufian Abas. Tetapi, aci Letchumy. Tiba-tiba muncul. Kemudian *plop!*

Yang kekal menyala. Titik merah pada suis tivi - jika adapun cahaya. Peratusnya adalah kegelapan. Pada malam itu.

Tak mengantuk. Mataku. Tapi.

19 September 2006

Hilang kawalan

Bukan bukan bukan. Bukan aku mahu bercerita tentang Abdullah yang satu lagi. Bukan bukan bukan.

KOMA

Dia. Terjaga dari tidur. Lalu tertekan pedal minyak. Keretanya menderu ke hadapan. HILANG KAWALAN. Lalu jatuh terjunam ke bawah tebing. Ajalnya sampai.

18 September 2006

Yang dikatakan Cemerlang, Gemilang, Terbilang

Kalau. Pada hujung minggu yang lalu. Hari hujan. Dan. Kau rancang nak naik teksi. Di perhentian teksi KLCC. Atau. Di perhentian teksi Kompleks Beli-belah Bukit Bintang.

“Ke Times Square? Ermmmm... Lima belas ringgit, boleh?” Pemandu-pemandu teksi.

“Jauhnya tak sampai sebatu... Kenapa mahal sangat? Kenapa tak mahu guna meter? Dan, aku bukanlah Tok Arab yang kau selalu 'tekan' tu! Aku lokal, dude!!!” Kau.

“Ooo, SAYA PUNYA CARA TERSENDIRI!” Pemandu-pemdandu teksi.

Humchaaa! Jika benarlah 'state' memantau blog-blog... Dan akan segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap permasalahan rakyat... - 'Copy' entri ini dan 'paste'kan ke blog anda. Atau. Yakini sepuluh rakan blog anda; minta 'copy paste'kan entri ini ke blog mereka. Nescaya, hidup masyarakat marhaen di Semenanjung Tanah Melayu (di KL khasnya) ini akan lebih bahagia! Hubaya! Hubaya!!

14 September 2006

Hari hari tanpa telur

Kem Biro Tatanegara. Hutan Percha. Alor Gajah. Melaka.

Itu hari. Adalah hari hari tanpa telur. Buat Zabidi.

Kertas tulis Kak Bedah jatuh ke lantai. Zabidi yang duduk di sebelah, dengan sifat baik hati molek budi pekerti, membongkok ke sisi; mahu tolong kutip itu kertas tulis... Dan. Telur di dalam poket Zabidi jatuh ke lantai. Juga.

*Pek!*

Kak Bedah menjerit. Histeria.

Itu hari. Adalah hari hari tanpa telur. Buat Zabidi.

11 September 2006

Mari bermain cubit-cubit tetek

Setiap kali. Selepas kuliah subuh. Kami berbaris. Kami berselawat. Kami bersalaman. Dan. Setiap kali itu juga. Encik (kini Tuan Haji) Mokhtar bin Sulaiman. Pengarah Bahagian Latihan, Biro Tatanegara. Mamat Changkat Jong, Perak. Itu. Mesti cubit. Mesti piuh. Tetek aku sebelah kiri.

Tak pernah miss!

“Watta f...!” Aku kata. Dalam hati.

Tapi kenapa sebelah kiri sahaja? Tidak sebelah kanan juga?

“Name tag kau mana, dude? Tanya Zabidi. Hanya pada hari kelima. Tetek aku sebelah kiri. Dah kena cubit. Dah kena piuh. Kaw-kaw!

Ooo..

09 September 2006

Keluar Barisan

Encik Razali Abang Hasbi 'ambil' kawat.

“Barisannn! Keluar barisannn!” Encik Li kata.

“Hah Li! Kau keluar BARISAN - nak masuk mana? PAS? DAP?” Pak Om, jurulatih kawat Biro Tatanegara, tanya.

Ha ha. Aku mengekek. Sambil pegang kocek baju. Dalam ada telur ayam. Ha ha.

08 September 2006

Antara command and do dan Sarjan Leman yang tidak maksum

“…Baris ini selaku barisan hadapan. Yang kiri – kiri juga. Yang kanan – kanan juga. *Hukuman yang salah – janganlah dibuat. Hukuman yang betul – hendaklah dibuat dengan betul dan pantas. Faham tu squad?” Sarjan Leman. Beritahu dan bertanya.

Jadi. Kalau kami. Sedang “daaaaari kiri – c’pat jalan!”. Dan. Kalau Sarjan Leman. Beri hukuman “barissss (ber)hentip!” ‘Jatuh’ pada kaki kanan. Kami tak akan buat. Kerana. Hukuman tu salah. Jadi. Kami buat dono sajalah.

Suatu hari. Aku tanya. Sarjan Leman.

“Jan! Kalau Jan. Arah saya. Tembak meriam. Sedangkan. Saya tahu. Kat depan tu. Ada sol-jah kawan-kawan. Tapi. Jan suruh juga.... Kebam-bum-bam! Mereka mati. Kena peluru meriam…. Siapa akan tanggung kesalahannya?” Aku tanya.

“Kaulah! Sebab. Kan dah beritahu… ‘Hukuman yang salah – janganlah dibuat.’” Sarjan Leman jawab.

“Tapi. Kalau saya. Tak ikut. Arahan Jan… saya kena. Ketuk ketampi. Juga.” Aku kata.

“Ha ha. Dah! Dah! Kau jangan jadi sol-jahlah!” Sarjan Leman kata.

*Arahan

07 September 2006

Walakkenabeb

Aku cucuk. Aku pulas. Ke kiri. Tak boleh buka. Ke kanan. Tak boleh buka. Juga.

Aku jenguk. Uwaaa… Itu punat tepi tingkap sudah patah. Aku jenguk. Lagi. Uwaaa… Poaches yang tertinggal dekat dalam sudah ghaib! Uwaaa… Ini sudah kes berat, beb!

“Kereta kita dah kena pecah!” Aku kata.

“Poaches dah ghaib! Dalam tu ada tiket kapal terbang, ada kamera, ada duit ribu-ribu, ada bla bla bla…” Aku kata. Lagi.

Muka aku. Sudah biru. Jantung aku. Sudah dup dap dup dap. Serupa kena cucuk duri ikan pari.

Tap!

Tap!

Tap!

“Yang, kereta (sewa) kita kat belakanglah!” Dia kata.

Haiya! Siapa sudah parking kereta sama color, sama jenis, dekat-dekat ni? Haiya!

05 September 2006

Bebek

Kalau. Perempuan kau. Masuk tandas awam. Tentu kau. Tak ikut sekali. Kan? Tentu kau. Tunggu di luar. Kan? Kan? Dan. Kalau kau tunggu betul-betul di depan pintu tandas - tentu tak cool. Kan? Kan? Kan? Jadi. Kau tunggu jauh sikit. Kan? Kan? Di depan kedai jual kemeja t yang ada tulis perkataan 'LANGKAWI', misalnya. Kan?

Kemudian. Lalu perempuan lain. Bukan perempuan kau. Perempuan lain! Cantik juga. Pakai bebek (bareback?).

Kemudian. Dia belek baju-baju. Yang bergantungan itu. Dan. Bola mata nakal kau. TERlirik. Ke arah belakang tubuh mulusnya. Yang terdedah dan menyihir; tanpa jerawat itu.

Kemudian. Dia toleh kat kau. Dia senyum kat kau. Kau sengeh kat dia. Dia tanya kat kau...

“Err... baju ni... yang lengan panjang... ada tak, pakcik?”

“(Pakcik?) Aaa... entah! Aku bukan jual baju... Aku tunggu bini!”

“Ops! Sorry...”

Kemudian. Kau rasa. Macam nak redah masuk. Ke dalam tandas perempuan. Dan. Pekik-pekik..., “Awak berak batu ke, Cik Bebek... aaa... Cik Bibah oiiii?”