"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 Disember 2004

Yukata

>>Tok Rimau said...

Rudy bawa baju jepun ke gath. Bukan kimono. Kelihatan macam baju luar tukang masak kedai shushi. Amy mencubanya dan mengingatkan aku tentang entry kau. Amy juga baca sinaganaga. Amy tunjukkan aku baju jepun itu ada lubang ketiak juga macam kimono. Kami ketawa. Kami berkongsi lawak secara telepati.

Nett mahu kongsi jenaka. Nett belum baca sinaganaga. Aku kata pada Nett, "Mari aku buat demo"

Amy menyeringai "eiiiiiiiiiiiiiiii."

Aku bergurau je. Tidak buat demo. Aku meninggalkan mereka supaya tidak dituduh, "Encik ini nakal la." Amy membisikkan pada nett berkongsi lawak lubang bawah ketiak.

Rimau,
Baju yang Rudy bawa tu namanya YUKATA (jacket?). Aku ada beli. Sehelai. Dulu. Semasa PESTA KANDA di Asakusa. Murah. Berlambak. Dan aku perasan yang aku dah beli KIMONO. Pada Majlis Anugerah GEJU yang akan datang - aku akan pakai Yukata, saing Rudy.

Kau ada kuasa TELEPATI? Aku percaya. Sebab kaukan Super Sayah Empat. :)

Spyz,
Aku bercuti. Dua tiga hari. Urusan PARTY LIAR si Jegang. Selamat Tahun Baru! Semua!!

26 Disember 2004

FEAR FACTOR (Suatu ujikaji ilmiah oleh NAGA).

SATU Buku yang satu itu sudah 95% siap. Tinggal untuk disudahkan bahagian blurb pelukis dan penulis + reka bentuk kulit luarnya sahaja lagi.

Ilustrasinya, aku sudahkan terlebih dahulu. Dan teksnya, Ben sudahkan kemudian. Suatu proses yang tidak lazim. Terbalik. Proses penerbitannya.

Belum ada penerbit. Tapi Wan Zah sudah berura-ura untuk membawa buku cerita bergambar untuk kanak-kanak dalam bahasa Inggeris ini kepada penerbitnya yang satu itu.

"Nantilah Wan Zah. Siap nanti, aku beri kepada kau ya!"

DUA Aku, Mai dan Kak Akibah telah sama-sama bersetuju. Uztaz Wan Hamid yang tidak bersetuju. Kami mahukan jalan cerita itu berlangsung dalam tempoh satu hari. Dari sebelum masuk waktu subuh hingga berakhir selepas masuk waktu maghrib. Uztaz Wan Hamid mahukan perjalanan cerita itu berlangsung selama sebulan. Arghhh! Biar aku perap projek ini bertahun. Sabarlah Mai. Sabarlah Kak Kib.

Bukan kerana aku tidak berpuas hati dengan Uztaz Wan Hamid, bukan kerana aku tak ada mood... aku sibuk buat buku teks! Nanti, nantilah! "Textbook kills creativity!"

TIGA Semalam aku menerima e-mel dari Azusa Yanagawa, setiausaha Encik Takeshi Matsumoto, Pengarah Chihiro Art Museum Azumino. Pendek isinya. Dan aku segera faham maksud mereka.

EMPAT Aku kumpulkan anak-anak aku secara rawak. Sepuluh orang. Lelaki dan perempuan. Dua India, satu Cina dan selebihnya Melayu. Yang paling paling besar – sebelas tahun dan yang paling kecil – enam tahun. Melayu!

Berudu! Ya ya, aku mesti mencari berudu. Mencari. Berpusing keliling. Tiada. Berudu!

Jalan penyelesaian: aku beli anak-anak ikan gapi. Merah dan Hitam. Tak cukup. Aku tambah dengan anak-anak ikan lain (yang dijual sebagai makanan untuk ikan-ikan besar). Cukup. Aku beli balang ikan. RM25. Sebalang. Di kedai menjual ikan, Pasar Seni. Tidak termasuk harga ikan + makanan ikan.

Ujikaji:
Anak-anak aku yang sepuluh orang itu diminta untuk menangkap anak-anak ikan dari dalam balang itu dengan menggunakan tangan (sebelah atau dua belah). Sebagai info, kesemua mereka tidak mempunyai pengalaman yang sebegitu sebelum ini. "Take ya time kido!"

Alatan: Balang berisi air dan anak ikan. Bekas plastik ais kerim berisi air. Tempat: Tingkat bawah apartment Menara Orkid.

Langkah kawalan:
Aku memberi penerangan ringkas. Apa itu air dan apa itu ikan. Dan menunjukkan contoh (dengan menangkap seekor ikan). Ikan mengeletik di atas tapak tangan. Mereka memerhatikan dengan penuh rasa takjub ++.

Pemerhatian:
Enam orang tidak mahu mencuba. Empat mahu mencuba.

Alasan empat orang yang tidak mahu mencuba:
Takut. Geli.

Pemerhatian (dari empat orang yang mahu mencuba):
Tiga orang gagal menangkap barang seekor ikanpun. Seorang berjaya menangkap empat ekor ikan.

Alasan tiga orang yang gagal menangkap barang seekor ikan pun:
Takut. Geli.

Di luar rekod:
Seorang kanak-kanak lelaki berumur sebelas tahun – air mata berjurai, sambil tutup mata dengan sebelah tangan (sebelah tangan lagi di dalam balang ikan), sambil berkata" "Ya Allah! Ya Allah! Gelinya... hu huu huuu... gelinya... tak boleh... tak bolehlah... hu hu huuuu... "

Nota Terima Kasih NAGA:
Terima kasih kepada orang ramai yang memberi kata-kata galakkan dan perangsang kepada kanak-kanak lelaki yang seorang itu. Walaupun kanak-kanak lelaki itu dan mereka gagal kesudahannya.

Pemerhatian (seorang yang berjaya menangkap empat ekor ikan):
Angka giliran nombor tiga. Kanak-kanak perempuan. Berumur enam tahun. Melayu. Pada percubaan pertama - menangkap ikan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Pada percubaan kedua, ketiga dan keempat – menangkap dengan menggunakan sebelah tangan. Tenang. Memilih ruang ikan duduk berlonggok. Mengepung ikan santak ke dinding balang. Menguncupkan tapak tangannya (membentuk seperti takungan). Dan ... WALLA! Dia dapat! Satu! Dua, tiga! Dan empat!

Orang ramai bersorak gembira. Yeaaah!!!

Di luar rekod:
Air liur kanak-kanak perempuan enam tahun itu meleleh semasa dia berjaya menangkap ikan pada percubaan ketiga.

Kesimpulan pemerhatian:
Perasaan takut muncul kerana mereka tidak pernah mengalami pengalaman dan perasaan itu (menangkap ikan dengan tangan) sebelum ini. Perasaan geli muncul apabila ikan itu akan mengeletik di atas tangan yang tidak menakung berair. Ikan yang ditangkap oleh kanak-kanak perempuan enam tahun itu tidak mengeletik kerana ikan itu masih dapat berenang di dalam air yang sedikit hasil daripada penguncupan rupa bentuk tangan yang dapat menampung air. Kanak-kanak perempuan enam tahun itu masih tebal (memiliki?) perasaan SPONTAN dalam dirinya.

Kesimpulan:
Rasa SPONTAN kanak-kanak akan terhakis sedikit demi sedikit hasil daripada SISTEM PEMELAJARAN FORMAL di sekolah.

Ujikaji akhir:
Dua orang kanak-kanak (termasuk kanak-kanak lelaki yang berjurai air mata itu) yang tidak berjaya menangkap barang seekor ikan itu diberi peluang untuk MERASA ikan mengeletik di atas tapak tangan (genggaman tangan) mereka. Aku letak. Aku mahu dia rasa perasaan itu...

"Ya Allah! Ya Allah! Gelinya... hu huu huuu... gelinya... tak boleh... tak bolehlah... hu hu huuuu... "

Aku letak lagi. Ikan kedua. Dalam genggaman tangan dia. Ikan mengeletik. Jatuh ke lantai.

"Hah, Jatuh! Lu sendiri angkat! Orang lain jangan tolong...! Orang lain tepi...! Hah, kasi angkat! Angkat!" <= aku perasan, itu suara doktor Singh, Pakar Bius HKL yang tinggal di apartment kami.

Orang ramai bersorak. Memberi kata-kata perangsang. Kanak-kanak lelaki itu cuba tangkap (picit?) ikan yang terjatuh di lantai itu. Ikan mengeletik. Picit. Tak dapat. Ikan mengeletik. Cekup. Tak dapat juga. Malah, tak dapat-dapat juga lagi!

"Huuuu... hu... hu... okay, okay... macam mana nak ambil ni... hu... hu... hah, mati kau ikan! Huuuu... huuu.... huuuu....!"

Sambil mencuba, sambil menanggis. Takut. Geli. Malu. Mesti cuba. Mesti buktikan. Mesti dapat. Mesti tutup malu. Maruah. Budak enam tahun boleh buat, ta'kan 'aku' tak boleh buat. Iya ya, sampai sudah tak dapat.

Aku yang kutip. Masukkan semula ke dalam air. Ikan berenang-renang. Riang. Aku agaklah. Siapa? Ikan tu!

Moral:
Berapa orang anak-anak kita yang tak pernah tengok ayam hidup? Kambing hidup? Lembu hidup? Kerbau hidup? Pacat? Lintah? Cacing? Berudu? Berapa orang anak-anak kita yang pernah pegang ular sawa albino di Zoo Negara tu?

Berapa orang anak-anak kita yang tak boleh tangkap lipas, katak, siput babi, tikus makmal, cicak - yang kita pernah sama-sama tangkap untuk dibuat ujikaji di makmal dulu?

Berapa orang???

Sekalung Budi:
Anak-anak aku yang sepuluh orang. Dr. Singh pakar bius. Encik Yazid (ketua penduduk). Abang yang tak tahan dengan bunyi mercun dulu tu. Guard. Aci-aci tukang sapu. Beberapa orang ibu bapa dari Apt. Menara Orkid. Terima kasih juga kepada makcik dewan makan SMSS kerana tidak terlibat!

"Oit Encik Naga, tiap-tiap minggu you akan buat ujikaji ka?"

"Tidaklah, Doktor Singh!"

"Itu ikan kasi saya pinjam. Mau bikin ujikaji dekat saya punya rumah jugalah..."

24 Disember 2004

Aku kawan Ladin Nuawi

Dulu. Ladin ambil buku-buku aku. Sekarang. Kawan-kawan Ladin ambil buku-buku yang dia ambil dari aku. Dulu.

Aku tak kisah. Pejabat aku memang ada banyak buku-buku. Daripada buku-buku itu ditukar menjadi wang saku minah-minah Indon tukang sapu itu - lebih baik aku suruh kawan-kawan aku ambil. Bawa balik. Dan baca. Tapi, itu dulu.

Sekarang. Ladin kena BELI buku-buku yang dia mahu baca.

Rashid Bulan singgah ke pejabat. Mahu beli buku-buku teks untuk anaknya yang bersekolah. Guna diskaun aku. Potongan 15%. Dan kami terserempak dengan Ladin Nuawi di koperasi buku.

"Hello handsome!"

"Hello handsome to you too!!!"

Kami bukannya handsome sangat pun. Cuma, kami perasan kami ni handsome. Mungkin.

Ladin macam selalu-selalu. Berambut lurus nipis. Panjang tak panjang. Berkaca mata. Berbaju Melayu. Berselindang; melilit tengkuk.

"Siapa (tu) BRO?"

"Hah! Itulah Ladin Nuawi yang tersohor tu!"

"Oooo...!

Hari ini, di mamak Hameed, aku terserempak dengan Ladin lagi. Ladin macam selalu-selalu. Berambut lurus nipis. Panjang tak panjang. Berkaca mata. Berbaju Melayu. Berselindang; melilit tengkuk. + Berjalan dengan topi keledar warna putih masih tersarung di kepala.

"Hello handsome!"

"Hello handsome to you too!!!"

NOTA KAKI BANGKU: Ladin Nuawi mengarah teater kanak-kanak SUNGAI BONDA, dipentaskan di MATIC pada 7 - 13 Jun 2004.

Chot simpan daun 'ACE'

NZ. 2:00 pagi.

Tahun hadapan. Giliran 'batch' aku untuk menganjurkan aktiviti tahunan alumni sekolah kami.

Chot, 'junior' aku tiga tahun. [RALAT: mereka 'junior' aku dua tahun]. (Haji?) Amir ZZ. Zalizan. Maryus. Izham TV Lapan. Amir Mahmood 'pilot' jet pejuang TUDM itu pun sama.

Chot sudah berkira-kira dengan aktiviti-aktiviti yang hendak dibuatnya. Apabila sampai giliran 'batch' mereka menganjurkannya kelak. Lagi tiga tahun, alahai!

"Ehhhh! Tak bolehhhhhhh... Itu 'ace' aku tu... Aku nak panggil artis POSITIVE TONE menyanyi... Innuendo. Ferhad. OAG. bla bla bla... nak buat 'dinner' di Restoran Maryus di Banting... nak mandi-mandi di Morib... bla bla bla... nak suruh Amir Mahmood buat PERTUNJUKAN UDARA... 'Ace' aku tuuuuu, BRO!"

"Iyalah, iyalah! Aku tak ambillah 'ace' kau tu... aku nak suruh Kijal (batch aku) bawa balik 'helicopter'... nak suruh dia buat PERTUNJUKAN UDARA jugalah! Hah! Usin Janggut Panjang pandai main silap mata... aku nak suruh dia buat pertunjukan jinakkan ular, nanti... aku nak suruh Aru pikul kavadi... cucuk-cucuk limau! Haaaah!!!"

'Super senior' minta undang Anita Sarawak menyanyi. Kalau boleh, dapatkan Black Dog Bone. Lagi menarik. Amir ZZ minta undang Scorpions, alahai!

Ipin (batch aku), lama dia SRC. Tapi, tidaklah menjaga Siti N. Menjaga seorang dua artis Cina. Katanya. Tapi, itu dulu. Mungkin masih boleh minta pertolongan dari dia.

"Artis Cina boleh tak bang? Nyanyi lagu Cinalah... chong cheng chong cheng! Boleh kot, ehh!!!"

22 Disember 2004

Kimono ketiak berlubang

Cantik. Miyuki. Dalam kimono yang bertanahkan warna merah terang. Bermotifkan bunga ume. Dengan ikat tali pinggangnya seakan-akan seekor rama-rama. Ertinya, dia seorang gadis. Belum disunting siapa-siapa. Rambutnya dibiar bertocang satu. Berbedak nipis. Bergincu warna momo (peach).

Emak Miyuki lebih bersederhana. Tidak berlebih-lebih. Kimono yang bertanahkan warna biru. Bermotifkan kelopak bunga warna putih berceracak. Ikatan tali pinggang emak - tidak seperti rama-rama. Ertinya, dia seorang perempuan yang sudah berkeluarga. Jangan mengorat! Awas, dia ada kung-fu (kempo?). Aku pernah disepaknya (spontan). Pada suatu malam aku menyamar menjadi anjing dan pura-pura mengigitnya di betis. Tiga batang jari aku bengkak seminggu. Kong! Kong!!

Ayah Miyuki? Berkimono rasmi untuk orang lelaki. Lambang (bunga?) keluarga tersulam kemas di dadanya. KASAI. Tapi, dia tidak mengendong pedang samurai.

Aku? Membuka yukata. Bogel. Kemudian berbaju Melayu. Warna ungu. Bersongkok. Ber'sukato' benang emas. Kami ada majlis kenduri di rumah nenek.

Aku pernah belajar melukis (cop?) motif pada kain untuk dibuat kimono. Kain panjang. Hampir 18 hingga 20 meter. Tidak bersambung-sambung. Malah tidak berjahit tepi. Pantang!

Dan, apabila tetamu dihadiahkan dengan kimono - itu tanda PENGHARGAAN! Aku? Tak pernah dapat.

Sesehelai kimono lengkap itu mahal harganya. Ada yang mencecah harga ribuan Yen. Perkara yang mahal sudah semestilah disimpan molek. Dibungkus. Disimpan di dalam almari. Dipakai sekali-sekali. Di rumah, Miyuki ber'sukato' paras lutut, berwarna tanah, dengan bunga kecil-kecil. Ber'blaus' tangan panjang menjadi kesukaannya.

Noriko, seorang kawan, yang kemahirannya membuat 'dye' dan menenun kain memberitahu:

"Naga! Kau tahu tidak, ada lubang (tingkap?) pada bahagian bawah ketiak sesebuah rekaan kimono?"

"Hah? Hal yang menarik ni... Ceritalah lagi!"

"Iya iya! Fungsinya adalah untuk memudahkan orang lelaki menyeluk buah dada (orang perempuan/kekasih/isteri) menerusinya. Dari arah belakang!"

"Honto da yo?" <= tiba-tiba aku pandai cakap Jepun.

"Iya! Sungguh!!"

"Okay, malam ini aku mesti 'check'!"

"Oit oit! Kau mahu 'check' bahagian yang berlubang itukah, atau kau mahu 'check' Miyuki?"

NOTA KAKI BANGKU: Aku menerima email dari Encik Takeshi, pengarah Chihiro Art Museum "Encik Naga. Anak-anakmu di serata dunia laparkan 'buah tangan' (buku cerita) kau!"

21 Disember 2004

Hantu Cina

Semalam. Memantau anak-anak menonton cerita hantu seram di kaca TV.

"Hah, siapa tahu, macamana bunyi hantu?"

"Krik krikk krikkk..."

"Itu Ju On. Hantu Jepun... (Korea?)"

"Hah, 'kita' tahu! Lo kong, cho may aaa! Cho may aaaaaaaaa!"

Oit! Itu hantu Cina tu. Tapi, mana ada hantu Cina jerit-jerit minta tolong?

Aku belajar satu: Ermmm... Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Alahai...

20 Disember 2004

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam pandang-pandang

Dari Istana Pulau Santap, kalau hendak ke Klinik Bidan di Janda Baiklah, jalannya tidak berlampu. Gelap. Guguk. Dan kawan kami, orang Asli yang seorang itu, bermotorsikal, jarang memasang lampu. Mata dia 'terang'. Konon.

"Oit! Dah nak beranak dah ke Encik Naga?"

"Oit oit! Umang ke tu? Tak. Tengah mencari 'anak-anak ketam' ni... Ke mana tu?"

"Depan. Beli ubat nyamuk!"

Di tepi jalan, di dalam gelap, guguk, 'anak-anak ketam' Ambang Asuhan UM kelihatannya sedang santai berlabuh ponggong.

"Bangun! Bangun!! Baru berjalan tak sampai sebatu dah 'pewai'? Buat malu fasilitator saja..."

Pstt! Psssssssttt! Not cuit aku. Dalam gelap jugalah. Tapi aku tak terasa nak cuit Not kembali...

"Itu bukan 'budak-budak' kita... Itu 'group' lain. 'Budak-budak' kita dah sampai di Klinik Bidan dah..."

Oh, iya ke? *giggle*

18 Disember 2004

Carik-carik Bulu Ayam

Image Hosted by ImageShack.us
Apabila, cuti semesta, jika 'anak kucing dua beradik' ini tidak kemana-mana, tidak tinggal di asrama universiti masing-masing, mereka lebih suka tinggal lama di asrama PUSPANITA yang terletak berhampiran DBP. Mereka belajar bertanak nasi, menyiang ikan, menumbuk sambal, memetik bunga-bunga di taman, makan roti canai, minum teh tarik 'jangan manis', shopping di Jalan Petaling, berlakun CLASS MALAM, mandi tiga kali satu hari, bergaul dengan orang Melayu, bercakap Melayu, berguru dengan Datuk Anwar, dan belajar tidur bertemankan nyamuk.

Aku? Aku sekadar menjadi teman berbual dan tempat bertanya hal-hal yang mereka agak keliru.

"Ayako, kau tahu tentang peribahasa Melayu?"

"Sedikit. Abang ajarlah satu..."

"Carik-carik BURIT ayam, akhirnya bercantum semula. Maksudnya, bla bla bla..."

Seminggu selepas pertemuan di tangga PUSPANITA itu, Ayako menemui aku di studio.

"Oit abang! Bukan buritlah... buluuuuuuu! Mahu tipu ya? Burit itu benda lain. Saya dah tanya Datuk Anwar dan dia kata: Ini mesti abang Naga kamu punya kerja ni. Ketahuilah, kamu bukan orang Jepun yang pertama ditipu-tipunya hidup-hidup. Ha ha."

"Oh, iya ke? Mati-mati abang ingat bur...!"

NOTA KAKI BANGKU: Nami Komeda dan Ayako Maki sudah tamat pengajian di Tokyo University of Foreign Studies. Sudah bekerja. Masih tinggal dengan ibu bapa di Yokohama.

17 Disember 2004

Kau lopek!

Kalau kau mahu mencari pegawai penyelidik istilah yang baik, dinamik dan berdaya saing – carilah anak-anak kita (yang sedang bersekolah)!

"Kau lopek!" "Abanglah lopek!" "Iya, kau lopek!" "Ayah... hick hick... abang kata adik lopek... hick hick hick... uuuuUUUWWAAAaaaaaaaa....!"

Lopek pada mereka, membawa maksud – teruk, tidak elok, tidak molek, tidak berguna, haprak...

Cuba amati percakapan anak-anak kau. Kalau pernah mendengarlah perkataan 'lopek' terkeluar dari mulut mereka – ini bermakna anak-anak kau mempunyai sindrom yang serupa dengan anak-anak aku (+ rakan sebaya mereka).


Semalam. Aku memantau anak-anak menonton Kurt Angle bergaduh dengan entah siapa-siapa entah. Di gelanggang gusti. Aku belajar satu: penggusti, masing-masing mempunyai muzik temanya sendiri. Dan muzik tema penggusti yang satu ini, kelak, akan diiringi dengan kata-kata cacian penonton. You suck! You suck! You suck! (repeat till fade)...

"Ayah, 'you suck' tu apa maksudnya?"

"Kau lopek!"

"Ha ha ha... Kurt Angle pun lopek!"

NOTA KAKI BANGKU: Hero dia, mamat berbadan sasa berkalungkan rantai besi bagai rantai besi buat menyita pusat karaoke haram. Bukan Kurk Angle. Bukan TOM, budak main rugby bangku simpanan UPM jugalah...

16 Disember 2004

Misteri Bola Naga

Apabila tidur kau diganggu oleh kicauan burung-burung kecil pada suatu pagi di musim sejuk - itu tandanya musim sejuk sudah tiba di penghujung. Akan tiba musim panas. Nanti.

Hitomi lebih gemar menyimpan sekerat dua dahan-dahan kecil pokok Ume (aprikot Jepun/pickled plum) di dalam vase. Dan apabila semakin menghampiri musim panas, kudup-kudup bunga Ume itu akan berkembang. Yang di dalam vase dan yang di taman. Dari pemerhatian aku, antara banyak-banyak bunga yang mula-mula berkembang selepas musim sejuk - Ume menduduki carta nombor satu!

Image Hosted by ImageShack.us

Aku? Ume? Simpan dalam vase? Tak. Malu.

"Wah! Bunga Sakuralah... cantiknya, lahai!"

"Oit oit, Encik Naga! Itu bukan bunga Sakura seperti yang kau sangkakan... itu bunga Ume ya!"

"Oh, iya ke? Macam sama saja..."

Bagi tuan punya kedai sake ini (rujuk entry 14 Disember 2004, dengan tajuk: Bola Naga?), menggantung daun pokok ru (rasa-rasanya pokok ru? rhu? pine? matsu?) yang dibentuk (trim?) menyerupai bebola di muka pintu - dapat berfungsi sebagai alat penyukat suhu (tanda kedatangan musim panas). Daun yang pada mulanya berwarna hijau akan bertukar menjadi warna keperang-perangan kerana suhu yang semakin panas.

NOTA KAKI BANGKU: Perhatikan saiz bebola daun ru itu berbanding facade pintu kedai. Seingat aku, dua pemeluk orang dewasa.

Mari menyanyikan lagu-lagu (tadika?) Jepun yang kita suka:

SHIKI NO UTA (LAGU EMPAT MUSIM)

Haru o aisuru hito wa
kokoro kiyoki hito
sumireno hana no yoona
bokuno tommodachi

Natsu o aisuru hito wa
kokoro tsuyoki hito
iwa o kudaku namino yoona
bokuno chichioya

Aki o aisuru hito wa
kokoro fukaki hito
a o kataru haine yoona
bokuno koibito

Fuyu o aisuru hito wa
kokoro hiroki hito
yuki o tokasu daichino yoona
bokuno haha oya

PERIOD

14 Disember 2004

Bola Naga?

Image Hosted by ImageShack.us

NOTA KAKI BANGKU: Barang siapa yang dapat mengulas perihal 'bola' ini (sehampir tepat), akan diberi hadiah! Ok, lagi dua tiga hari aku update!

13 Disember 2004

Bukan senang nak cari Dragon Ball

Image Hosted by ImageShack.us

"Kau nampak buku-buku ni? Baca! Bukan bakar, bukan ambil abunya, bukan campur dengan air dan bukan minum... aku tahu benar perangai 'orang kau'!"

"Wakata, Tok Moh!"

Dulu, JICA Komagane Training Centre menempatkan sukarelawan Jepun yang akan ditugaskan ke Malaysia. Itu dulu. Lama dulu.

Kini, pusat latihan ini menempatkan sukarelawan Jepun yang akan ditugaskan ke Nepal pula. Di sini, kau akan diajar bahasa Nepal dan cara hidup orang Nepal sehari suntuk. Yang banyaknya, kau akan diajar ilmu ikhtiar hidup. Kau akan di ajar memasak, bertukang, membuat saliran, menggali telaga, (mengorat?), hatta membaiki basikal pun.

Jarang ada profesor yang datang mengajar sukarelawan ini. Cuma pakcik kedai basikal di pinggir bandar itu sahajalah yang sering memberi tunjuk ajar.

Kerap basikal di Nepal tidak cukup sifat, katanya. Dan kau diajar untuk menggunakan apa sahaja benda yang terdapat di sekeliling untuk merealisasikan fungsi sesebuah basikal. Untuk nanti. Di Nepal.

Aku? Aku cuba menggunakan tudung periuk sebagai ganti roda.

"Ermmm... Ada cita-cita! Kreatif!! Pakcik nak tengok apa kesudahannya... Labu, hai Labu!"

Bukankah bagus kalau ada program yang serupa di tanah air sendiri. Makin banyaklah Mat Rempit agaknya nanti, alahai!

12 Disember 2004

Pepohon epal yang meranggas

Image Hosted by ImageShack.us

Ladang epal kepunyaan keluarga Takemae. Di Nagano.

"Kau jangan bimbang. Noriko dah memberitahu awal yang kau akan tiba ke sini. Pakcik dah petik epal tu sebelum masuk musim sejuk tempoh hari. Untuk kau - pakcik dah ketepikan."

"Tapi, kan aku sudah memberitahu... aku mahu memetiknya sendiri!"

"Sekarang musim sejuk. Kau pergi bermain dengan salji sahajalah, Labu!"

NOTA KAKI BANGKU: Epal keluarga Takemae tidak disembur dengan sebarang bahan kimia.

Wasabi

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar seorang kawan duduk di atas tugu wasabi, yang berlatar belakangkan ladang wasabi. Wasabi merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang berubi dan ditanam di atas batas-batas dengan keadaan akarnya terendam ke dalam air (saliran).

NOTA KAKI BANGKU: Kusangka panas (hot) hingga ke petang, rupanya sekejap sahaja. Aku memilih untuk menyukai cili. "Yeop! Tabasco ada?"

11 Disember 2004

Alhamdulillah! Aku tak hamil...

"Kau sakit?"

"Sikit..."

"Pergilah ke klinik! Petang nanti, selepas aku dan papa habis kerja, aku minta papa ambil kau dan kita pergi ke klinik ya!"

Sampai di klinik, sebelum berjumpa doktor, kena isi borang. Aku suruh Miyuki yang isikan kerana aku tak reti nak baca tulisan cacing kerawit 'bahasa nombor dua tersusah di dunia' tu (aku petik kata-kata Rudy Bluehikari).

"Nama?"

"Labu."

bla bla bla...

"Adakah kamu hamil?"

"Hah? Nak kena isi juga ke?"

"Ok ok, aku tulis TIDAK HAMIL ya!"

10 Disember 2004

Pakai SUKATO di pagi hari raya

>>>bluehikari said...
Ok Naga aku tunggu criter PENGALAMAN ONSEN ko.. yay!

Komen dari Rudy Bluehikari mengingatkan aku. Ok, aku akan tulis pengalaman ofuro di onsen. Secara rinci. Nanti. Tapi kau kena ingatkan aku selalu Rudy. Aku dah tua. Selalu lupa.

...

"Hello! Oit, kau dah bangun ke? Jom, sembahyang raya! Jumpa di International House!!"

Siapalah yang mengejutkan aku pagi-pagi ni... Oh, lupa! Hari ni hari raya. Beberapa minit kemudian kami berkumpul di International House. Terletak di hadapan pintu utama universiti.

"Hah?"

"Hah??"

"Hah, apa?

"Hah, hah??"

"Siapa nak jadi imam ni?"

"Siapa nak jadi imam tak jadi masalah. Siapa nak baca khutbah ni?"

"Hah?"

"Hah, hah?"

"Hah, hah apa?"

"Hah, hah..."

Begitulah payahnya nak bersembahyang sunat hari raya kalau dah 'adik-beradik' tak cukup sekandang, alahai!

"Jadi... nak sembahyang apa saja ni?"

"Anone... kita sembahyang ghaiblah. Boleh?"

"Nagaaaaa....!!!!!!"

Sudahnya kami berkawat-kawat kaki ke Dunkin' Donuts berhampiran Koshi-Kaikan sajalah. Berbaju Melayu, bersamping, bahkan ada yang bertengkolok seperti helang menyonsong angin.

Dan aku tahu, pakcik Jepun yang kerjanya menghantar susu segar di depan pintu rumah orang setiap pagi tu kutuk aku.

"Sukato? He he... Sukato?? He he he..."

Dia mengata akulah tu. Orang lelaki pakai skirt...!

NOTA KAKI BANGKU: Miyuki pernah sangka aku kaya apabila aku beritahu yang benang songket itu diperbuat daripada emas. "Berapa banyak kau ada sukato ni Labu? Enam helai ya?"

Apabila PEMIMPIN berbual-bual...

11:30 malam.

"Cover GT3 tu best. Kau memang boleh baca fikiran aku. Kalau aku kaya esok lusa, kita buat cover warna pula."

"Aku selsema. Hidung tersumbat sebelah. Ubat tak ada dalam ice box. Kalau kau kaya malam ni pun hidung aku tetap tersumbat sebelah."

"Baru baik batuk, selsema pula. Kau kena kurangkan main hujan."

"Aku ingat, aku kena kurangkan main semua bendalah."

NOTA KAKI BANGKU: Perbualan Pemimpin GEJU dan Pemimpin Kump. Abang Sembilan ini telah berjaya dipintas oleh Bukit Aman. Sebelum melelapkan mata, mereka bersetuju dengan satu perkara - KUNG FU HUSTLE dengan MI KUNG FU adalah perkara yang sama sekali berlain!

SOALAN: Kau rasa, apa Pak Lah kata/tulis apabila dia SMS Thaksin?

09 Disember 2004

Entry enam hari tanpa AntaraPukat

Entry 4/12/2004
SHAH ALAM: Kawasan Penternakan Pelangi

Pagi. Aa SMS lagi. Aa nampak pelangi. Lagi.

"Yang, pelangi di Shah Alam pagi ni sungguh jelas dan cantik! Tapi, tiada siapa yang perasan tentang kehadirannya. Semua orang sibuk memandu... Tak ada siapa yang nak tengok pelangi tu. Pelangi tu tak berjaya nak ceriakan semua orang. Kasihan pelangi!"

Aku dongak langit. Tak ada pun. Pelangi?

Ermmm... aku syak dia orang tak ternak pelangi di Kuala Lumpurlah. Dia orang ternak di Shah Alam. Kot. Ntah!


Entry 5/12/2004
POTLUCK

Kami sepatutnya mengadakan jamuan Hari Raya. Kerana masing-masing sibuk, kami terlepas perhatian. Agaknya, ntah!

Sudahnya, kami memilih sembilan belas hari bulan dua belas sebagai tarikh acara. Dah Zulkaedah. Bukan lagi Syawal. Tak apa.

Jegang arah aku cari tempat. Dapat. Aku arah Itote (bini Jegang) dan Mas buat itu buat ini buat itu buat ini.

"Baik boss!" "Baik boss!" Mereka panggil aku boss. Pakat ke?

Baim bawa bir akar terapung. Nanti. Aa bawa nasi himpit dan kuah kacang. Nanti. Itote bawa nasi minyak dan rendang. Nanti. Mas bawa satey. Nanti. Pojie bawa girlfriend. Nanti. Aku bawa sudu garfu plastik, mangkok foam, pinggan kertas, cawan kertas dan tisu kertas. Dah beli dah!

Aku offline. Lima hari. Berbengkel. Pada masa yang sama sempat SMS kawan-kawan.

Pojie: "Potluck tu apa Bro?"

Naga: "Bir dua baldi kot, ntah! Kau tanya Jegang. Aku di Uganda, tak boleh nak SMS kau selalu. Mahal!"


Entry 6/12/2004
BINI JEGANG EXPLAIN POTLUCK

Definitions for POTLUCK: Whatever happens to be available especially when offered to an unexpected guess or when brought by guests and shared by all.


Pojie: "Aku ingat nak bawa girlfriend tapi nanti kena share dengan semua orang pula..."


Entry 7/12/2004
SENSITIF

Datin D sakit. Hari itu, dia tak larat nak memasak untuk suaminya. Dia perlu rehat. Dan suaminya perlu makan. Suami Datin D masak. Untuk diri sendiri or untuk Datin D or untuk seisi keluarga.

Datin D mengadu, suaminya hempas-hempas pinggan, hempas-hempas sudu, hempas-hempas kuali, hempas-hempas sudip, hempas-hempas... ya ya, hempas-hempas semua benda!

Aku belajar satu dari Mas ZZ: Kadang-kadang, apabila kita 'jatuh' sakit, kita akan jadi sensitif sangat. Sudu plastik TERjatuh pun kita segera anggap ianya hal yang 'hempas-hempas'!

Aku? Tak sakit pun aku sensitif!!! Aku macam rasa nak 'hempas-hempas' juga!


Entry 8/12/2004
RESTRICTED VISA

Mesyuarat Alumni selalunya pada malam hari. Setiausaha akan mengingatkan ahli satu hari lebih awal. Ini membolehkan ahli (terutamanya dari puak bapa) memohon kelonggaran (dari puak yang satu lagi) untuk 'keluar masuk' (rumah).

Apapun, ia turut bergantung kepada status pasport yang dimiliki oleh seseorang ahli. Sama ada ianya pasport antarabangsa, pasport terhad singapura, atau pas lawatan harian...

Nazim? Nazim hanya ada kad pengenalan. Tak boleh keluar...

WakTam? WakTam ada pasport. Cuma...

"9 pm lah. Make my agenda first. Restricted visa!"

Aku? Perintah berkurung! Bengkel tak habis lagi. 'Naik' pejabat nanti nak dikenakan tahanan reman pula, aduhai!


Entry 9/12/2004
LOST IN SPACE

Nanti. Semasa jamuan Hari Raya, Itote akan bawa nasi minyak dan rendang. Aku suruh dia bawa TV kecil dengan pemain VCD juga.

"Bro, TV kecil tak ada. VCD player ada. Tapi, penuhlah kereta kalau nak kena bawa semua. Mana nak bawa nasi minyak, mana nak bawa rendang, mana nak bawa anak-anak lagi..."

"Itote, kau bawa nasi sahajalah. Minyak tak payah bawa. Jimat space!"

"Tak apa. Minyak tu aku rendam dalam nasi. Jimat space!!"

02 Disember 2004

Bungkus

Salji. Sejuk. Sudah dua tiga kali aku pergi balik pergi balik ke hujung simpang, berhampiran pejabat ACCU di Fukuromachi, Shinjuku-ku itu. Bukan disebabkan aku kemaruk nak makan nasi kosong berlaukkan kari kentang 'alat-alat' di kedai hujung simpang... Aku perlu ke kedai menjual majalah. Aku KENA belikan majalah perempuan telanjang itu untuk Ben dan Bob!

Semalam, waktu ke kedai AM:PM (macam 7-eleven juga), aku ternampak majalah-majalah itu di rak. Tak beli. Malu. Aku cuma beli rokok berjenama PEACE. Tapi, aku sempat selak sekali lalu, alahai!

Hari ini aku KENA beli majalah yang mereka pesan. "Naga, guna duit kau dulu! April punya hah!!"

April? Ni baru Januari... Hish! Keluaran April yang lepas kot, ntah!

Aku capai dua naskhah. Lain-lain. Agar mereka dapat bertukar-tukar majalah (dan pandangan?) kelak. Tak sempat tengok keluaran bila. Aku sua ke kaunter.

Amoi Jepun tu beri isyarat tangan: (Mahu bungkus sekali?). Aku beri isyarat tangan juga: Aku angkat kedua-dua tangan dengan kedua-dua jari telunjuk mencanak ke atas. Aku rapatkan kedua-dua jari telunjuk, kemudiannya aku pisahkan kedua-dua jari terlunjuk (Asing-asing!).

Ooo... amoi Jepun ni 'pakaikan baju' kepada majalah perempuan-perempuan telanjang tu. Ooo...