"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 November 2004

Sensei semestinya bergeliga

Kalau aku ke luar negara, mahu tidak mahu, aku akan belikan omiyage (cenderamata) untuk kawan-kawan. Kalau aku mempunyai ramai kawan-kawan - maknanya aku akan terpaksa berbelanja besar untuk hal-hal omiyage ini.

Untuk Bob dan Ben, selalunya mereka memesan senaskhah dua majalah gambar-gambar orang perempuan terlanjang. Untuk kawan-kawan yang lain, selalunya aku ke kedai Yen100; aku beli cawan-cawan sake sepaket lima (kadang-kadang sepaket enam). Maknanya, dengan sepaket cawan-cawan sake sebagai omiyage itu aku dapat memuaskan hati lima orang kawan-kawan apabila aku kembali ke tanah air nanti.

Sensei (cikgu) aku, Encik Seizo Tashima, datang ke Malaysia... Aku bawa dia jalan-jalan di pasaraya sahaja (sebab dalam pasaraya ada banyak design). Dia tak membantah. Bahkan dia macam seronok semacam sahaja.

"Apa kebendanya ni?"

"Ubat nyamuk."

"Ubat nyamuk?"

"Ak aaaahh, ubat nyamuklah. Lingkaran ubat nyamuk!"

Biasalah cikgu aku ni, 'darat' semacam, semua benda pelik baginya.

"Nak beli. Nak beri omiyage kepada kawan-kawan di Jepun. Kau bayangkan sudah berapa banyak yang cikgu sudah save... Satu keping ni dah boleh dibahagi dua. Pergh! Berapa banyak sudah save ni..."

Biar benar! Dia lebih bergeliga dari aku rupanya, alahai!

NOTA KAKI BANGKU: Aku rasa, Encik Seizo Tashima merupakan orang pertama yang memberi ubat nyamuk sebagai cenderamata.

28 November 2004

Sakit keputihan

Sinaganaga hari ini adalah Sinaganaga yang lebih baru (Lebih riak?). Sinaganaga hari ini menduduki satu dari sembilan kerusi tertinggi Kesatuan Pekerja-pekerja Syarikat D (yang akan dikenali dengan nama kongsi gelapnya - "Kumpulan Abang Sembilan").

Beliau segera belajar sesuatu: Lapan (termasuk beliau sendiri) daripada sembilan ahli "Kumpulan Abang Sembilan" mempunyai jenis penyakit yang serupa. Sakit KEPUTIHAN!

Beruban!!

26 November 2004

ALBUM Lagu-lagu Nasyid yang Kita Suka...

Image Hosted by ImageShack.us

Kepada aku, ISTIQAMAH (sebagai tajuk album) terlalu 'berat' buat Jali junjung di atas pundak jemala. Bukan sahaja susah buat Jali, bahkan susah juga kepada sesetengah kita untuk memahami maksud perkataan asing ini. Kalau tidakpun perlu belajar bahasa yang satu ini - terpaksa pula berkamus-kamus sudahnya nanti...

ISTINJAK mungkin pilihan yang lebih mesra pengguna sifat maknanya. Sesuai dengan kerjaya Jali sebagai pendidik di universiti tersohor. Bahkan, adakalanya, Jali menjadi pendidik di laman universiti kehidupan orang lain di sekelilingnya. Kita perlu mendidik orang cara bersuci (alt.) juga. Agar orang tahu.

Jarang Jali mahu bobek-bobek tentang hal yang 'berat-berat'. Tentang hal perpaduan kaum, tentang hal peperangan di antara Iraq dan Amerika, tentang orang perempuan yang mengusik anak dara orang, misalnya... Bobek-bobek Jali cuma berkisar tentang hal kawan-
kawannya yang suka membaca buku, keletah anak-anak daranya yang berdua itu (Sarahmon dan Sabrinamon?), tentang hatinya yang risau apabila isterinya pergi membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan... KOMA

NOTA KAKI BANGKU: Kononnya, dulu, di awal perkenalan mereka - isterinya yang mengorat Jali terlebih dulu... he he... Entah ya entahkan tidak, aduhai! Dan kalau tiba-tiba hatinya dipaut rindu - dia mengutus sajak kepada isterinya yang satu itu. Sajak-sajak Pyan yang dia suka.

KOMA ...tentang perkara-perkara asas sahaja; hal-hal seperti ilmu kira-kira mudah untuk murid tahun satu, membaca doa sebelum makan, tertib makan, bersuci, bersembahyang lima waktu net, berpuasa net, bersedekah, mematuhi lampu isyarat, menziarah orang sakit, rewang di rumah kenduri, mengumpat Encik Azalan (yang kononnya telah 'tidur' bersama-sama Encik Zama Mat Din ha ha), cerita nasi lemak, cerita arnab dan kura-kura... Hal-hal yang sering kita 'ambil ringan'. Tetapi, sudah 'cukup berat' apabila difikirkan oleh Jali.

Jali geletek. Dan kawan-kawan ketawa mengekek. Apabila kekekkan mereka reda, mereka sama-sama insaf. Sekejap. Selepas itu mereka (hatta, Jali pun sama) kembali ke tabiat lama. Dan Jali akan geletek lagi. Lagi. Dan lagi.

Adakalanya Jali geletek diri sendiri juga. 'Test power' kot, ntah!

LAGU-LAGU YANG TERDAPAT DI DALAM ALBUM INI:
1. Wain Kuntum Junubaan Faath-Thah-Haru*
2. Suci Lagi Menyucikan
3. Istinjak
4. Istinjak (remix)
5. Istinjak (radio version)

Dalam perjalanan mencari langit filsuf...

"Jacob! Nah gula-gula!"

"Terima kasih!"

"Tak payah terima kasih terima kasihlah... gula-gula saja!"

"Tak boleh begitu... kalau orang beri, walaupun satu sen, kita kena cakap teri..."

Cepat-cepat aku tarik laci. Lalu mengambil wang dari dalam laci lantas cepat-cepat diberikan kepada Jacob.

DUA SEN!

22 November 2004

Orang Kansai orang Kanto

Aku perhatikan, ada perbezaan jiwa dan tingkah laku di antara orang Jepun yang berasal dari daerah Kansai dan daerah Kanto. Jika kau berlawak bodoh, orang Kansailah yang akan ketawa mengekek. Hatta, ketawa berguling-guling pun pernah. Orang Kanto? Entah, hati mereka 'sejuk'. Kalau ketawapunlah, tidak bersungguh.

Kalau naik eskalator di daerah Kanto, kalau mahu berdiri pegun - berdiri di sebelah kiri laluan. Laluan kanan untuk mereka yang mahu cepat-cepat sampai ke atas (atau ke bawah). Hal ini jadi sebaliknya di daerah Kansai.

Jadi, kalau kau melihat seseorang pegun di laluan kanan (di daerah Kanto), ada dua kemungkinan. SATU, dia mungkin dari daerah Kansai. DUA, dia mungkin orang dari negara luar.

Aku? Aku macam orang dari Malaysia yang lainnya. Kiri boleh, kanan boleh, suka-suka hati saja nak berdiri pegun di sebelah mana apabila naik eskalator.

20 November 2004

Yasmin ajak aku berlakun filem SUNDAL (SG30)

Aku yang gatal. Suruh Yasmin bikin 'short movie' dari sajak tu (sajak sundal?). Yasmin kata, dia nak cuba juga buat filem sundal, nanti.

"Weh, jangan lupa, kalau kau buat cerita sundal - panggil aku. Aku nak tumpang tengok."

"Tumpang tengok je? Tumpang berlakun sekalilah."

Ha ha. Yasmin pelawa aku berlakun filem. Filem sundal.

"Rimau, Yasmin ajak aku 'main' filem sundal. Ha ha."

"Sundal seni atau sundal komersial? Untuk Petronas atau TV3? + SKRIP: Aku lebih rela ada anak yang mati dari sundal yang hidup :-)" NOTE: Rimau petik teks iklan Petronas dan gubah dalam bentuk lain sedikit.

"Sundal seni kot. Entah, aku berlakun jadi katil agaknya. Kalau tak pun, berlakun jadi kertas tisu."

NOTA KAKI BANGKU: Sundal pun orang juga... Aku tak prajudis!

19 November 2004

Buku cerita kanak-kanak pra-sekolah: Naga naik kapal terbang

Bad. Kawan aku sejak sekolah. Kecil molek orangnya. Kerja - 'bawa' kapal terbang.

Kalau aku naik kapal terbang dan dapat tahulah Bad yang 'bawa' kapal terbang itu - nescaya aku akan angkat tangan dan minta kebenaran untuk turun serta merta... Aku cuak! Bukan aku cuak untuk naik kapal terbang. Aku akan cuak kalau Bad yang 'bawa' kapal terbang. Ha ha

Bad, Selamat Hari Raya. Raya di mana tahun ini? Milan? London? KL?

KOMA

Ada kerja di Singapura. Aku kena pergi naik kapal terbang. Ini kali pertama aku naik kapal terbang. Cuak juga.

"Jangan lupa bawa telur rebus! Di dalam kapal terbang tak ada sarapan!"

Encik Hamid Hadi cuba nak tipu aku dan aku hampir-hampir nak percaya.

Kalau bekerja dengan kerajaan, selalu kena naik kapal terbang tersangat pagi atau tersangat tengah malam. Kenapa entah. Sebab tambang lebih murah kot, ntah!

Telur rebus tu? Ya ya, telur rebus tu aku makan apabila dah sampai di RELC, Singapura. Malunya. Ha ha.

KOMA

Dulu, semasa bekerja 'di bawah' Kak Nor, naik kapal terbang macam naik teksi. Selesai buat kerja di KB terus balik KL. Rehat sehari terus sambung kerja di JB.

Macam Touch and Go. Nasib baik bukan macam Plus Tag, alahai!

Kak Nor akan bawa buku-buku pameran berkotak. Kalau tak dibungkus kemas, kotak akan terbungkas dan buku-buku akan melambak keluar. Pernah aku dengan Jalil (our Photographer) kena kutip buku-buku yang melambak dari atas 'railing' tu. Satu-satu, alahai!

Kak Nor? Kak Nor pun kutip juga. Satu.

KOMA

Kapal terbang tu dah pusing dua tiga kali di atas Subang. Aku perasan. Marina pun perasan juga. Aku cengkam 'handrest' tu macam... macam... macam aku cengkam 'handrest'. Aku mengucap. Aku baca doa macam-macam. Aku pandang Marina dan cuba nak buka mulut... Marina cakap: "Shut up you..." Marina pun mengucap juga dan baca doa macam-macam. Sumpah, lepas ni kami tak mahu naik kapal terbang lagi.

Esok, di pejabat, Kak Nor bagi tugasan lagi. Aku kena pergi Sabah. Marina kena pergi Bologna, Italy. Oit! Mana aci. Marina macam seronok saja apabila dapat pergi luar negara. Cit! Semalam dok sumpah-sumpah kata tak mahu naik kapal terbang lagi... Cit cit cit!

KOMA

Sepatutnya Yusof Gajah pergi dua tiga hari lewat. Tapi, dia tetap berkeras nak pergi saing dengan aku. Pegawai ACCU di Tokyo pun dah kata "Borehhh!".

"'Boring'lah kalau pergi seorang-seorang", katanya. A ah, yalah tu...

Yusof Gajah pergi atas tiket Noma Concour dan aku pergi atas tiket Asian/Pacific Ocean Co-Publication (ACP). Kami 'check in' bersama-sama.

"Nak ke mana, encik?"

"Tokyo. Ada kerja sikit. Kerja untuk UNESCO."

Yusop Gajah belajar satu: Kalau kita sebut 'UNESCO', kita akan dapat 'privilege'. Dan aku belajar dari Yusof Gajah tentang perkara yang satu ini.

"Kejap ya encik!"

Kejap? Kejap ke apa... Lama. Tak dapat 'privilege' pun?

Macam biasa, kalau naik kapal terbang besar dua lorong, kita akan tunjukkan tiket tempat duduk kepada pramugari; untuk tahu lorong mana yang perlu kita ambil/lalu untuk sampai kepada tempat duduk kita.

"Encik berdua di atas ya!"

Hah? Atas? Di atas tu tempat duduk 'golden class'...

Aku tak tahu kenapa tiket kami di'upgrade'kan ke 'golden class'... samada, tadi, Yusof Gajah sebut perkataan UNESCO atau janggut Yusof Gajah panjang macam profesor. Ha ha.

KOMA

Kau tahu tak kenapa pramugari selit pen di celah bukaan kolar baju seragam mereka?

Ya ya, sebab pen itu akan berfungsi sebagai pengepit yang mengepit baju kepada kutang mereka. Supaya, apabila mereka membongkok mengambil bungkusan biskut yang sengaja aku jatuhkan itu - tidaklah boleh terlihat dek aku tentang sebahagian daripada pangkal buah dada dari celah-celah bukaan kolar baju seragam mereka.

"Hah! Encik ni nakal ya?"

"Tak tak, sumpah, biskut tu memang terjatuh..."

KOMA

Kalau kita sedang duduklah dalam kapal terbang dan berkehendakkan lampu untuk membaca - aku akan ambil pen dan tujah suis lampu yang terletak di komponen di atas kepala. Sayang, hari itu aku terlupa bawa pen. Dan terpaksalah aku cuba-cuba tujah dengan jari. Tak sampai. Sebab jari-jari aku ketot.

"Ya encik, nak lampu ke?"

"Tak. Nak ngorat!"

KOMA

Penerbangan balik dari Narita ke Kuala Lumpur ambil masa dua belas jam. Transit di Langkawi dan Pulau Pinang. Biasanya enam jam sahaja kalau penerbangan terus.

Mamat Cina yang naik dari Pulau Pinang tu buat kecoh. Mabuk kot, ntah!

"Kenapa tu?"

"Isteri dia tertinggal di 'airport', encik..."

Laaa...

NOTA KAKI BANGKU: Sejak bekerja dengan DAWAMA aku dah tak naik kapal terbang lagi. Aku lipat kapal terbang kertas sahaja.

16 November 2004

(Haiku) Langit Filsuf

Aku
menyuruh Rimau
mencari langit filsuf

Mana tahu
jika nanti boleh kutukar
menjadi wang saku

Rimau: "Oit! Hari Raya pun kerja ke? Aku puasa net enam hari..."

15 November 2004

Hujan air batu di rumah emak

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...

Di negara orang, pernah ikan yang mencurah-curah turun dari langit. Allahuallam bissawab!

Dulu, ketika di negara orang, kalau tak ditimpa saljilah, kepala akan ditimpa rabung ais yang mencair. Tajam seperti tombak. Aduh! Mengelaknya bererti kau dalam langkah pertama belajar kung-fu.

Di Malaysia tiada salji. Tetapi ada hujan. Air. Kadang-kadang, air batu.

Rumah setingan emak beratap zink. Tentu sahajalah aku dapat membezakan yang mana satu hujan air dan yang mana satu hujan air batu; berdasarkan bunyi rat-tat-tat-tatnya yang menimpa atap.

"Tadah! Tadaaaahhhh! Tadah dengan nyiru tu!!"

Kata emak, kalau minum hujan air batu - HATI TERANG! Kalau makan kelip-kelip - pun HATI TERANG! Kalau minum air basuhan beras selalu - MATA TERANG! Kalau sakit perut - dia ketuk-ketuk perut, dia ketuk-ketuk dinding, dia ketuk-ketuk perut, dia ketuk-ketuk dinding (repeat till fade)... Kalau mata masuk cili - dia siram kaki dengan air (Hah?). Kalau mata masuk habuk - dia hembus saja. Entah, emak macam tabib.

Tapi, itu dulu, masa emak tinggal di rumah setinggan.

Aku gunting rambut, dua hari lepas, sebelum Hari Raya. Aku belajar satu: Kepala aku ada tanda-tanda semakin 'terang'! Alahai!

11 November 2004

Senarai penyakit Aa panjang macam pantun pada kad hari raya

Datin D masuk hospital. Kanser. Payu dara. Aku dan Aa pergi melawat Datin D.

Aa pun berpenyakit juga. Asthma. Migraine. Rabun (kalau tak pakai kanta sesentuh). Jantung pun tak berapa nak stabil (mudah terkejut beruk ha ha). Yang terbaru - *High Platelets (Thrombocythemia?). Doktor suruh makan ubat seumur hidup, alahai!

Hari tu Aa tak puasa. Aa sakit macam orang perempuans (plural ni - kita mesti kena tambah 's' he he) selalu sakit. Apabila Aa tersampuk penyakit yang satu ini - moodnya akan mudah berubah dan kepalanya rasa sakit macam nak pecah. Aa perlu makan ubat. Dan MAKAN! Kalau tidak - aku yang sakit, sungguh!

Dekat pintu masuk wad HKL ada dua tiga kedai jual macam-macam. Aa beli kuih pau tiga (untuk dia satu dan untuk Datin D dua). Air mineral satu. Jagung rebus dalam kole polyester satu.

Kuih pau, Aa sempat makan (di belakang tirai dalam wad Datin D). Jagung, tak sempat. Sebab kawan-kawan lain dah datang menderu.

"Ta'kan nak usung jagung ni ke hulu ke hilir Yang?"

"Kita pergi ke kantinlah! Aa makan kat situ!"

"Kalau kena tangkap?"

"Tak apa. Aa makan di kantin HKL tak apa. Orang sakit kenalah makan. Kalau tak nanti, orang tak sakit pula yang kena makan dengan orang sakit..."

"Oittt!"

"Hah! Jangan lupa, makan ubat sekali...!"

NOTA KAKI BANGKU: Di dalam beg Aa sentiasa ada bekal aspirin. Kena disiplin. Kena makan ubat tu sebiji sehari. Kalau tidak, darah mudah membeku...

What is thrombocythemia?
Thrombocythemia is a myeloproliferative blood disorder. It is characterized by the production of too many platelets in the bone marrow. Too many platelets make normal clotting of blood difficult.

What causes thrombocythemia?
There is no known cause for thrombocythemia.

Guys, Selamat Hari Raya. Kalau sakit, mesti makan ubat ya!

09 November 2004

Aidilfitri yang kita raikan...

Esok hari raya. Aku masih di Atami. Ada tugasan. Sejuk, walaupun sudah masuk musim panas.

"Surpriseeee!!!!"

"Hah! Apa yang surprisenya Labu?"

"Lihat, kami beli mercun dan bunga api. Esok hari raya kaukan? Jom main!"

"Laaa... kenapa beli mercun? Kenapa kau tak masakan kakiage saja untuk aku? Laaaaaa..."

Malam. Kami ke pantai. Berlima. Aku, Hitomi, Junko, adik beradik Mina dan Mari. Mereka main mercun macam jantan! Aku dan Hitomi memilih untuk bermain dengan mercun yang paling kecil sahaja. Zittttttt!!!! Pop!

KOMA

Ka-Boom! Ka-Boommmm!!!! Ka-Ka-Boommmmmmmm!

"Abang dah tak tahan dah ni... Memekakkkkk!!!!" Rat-tat-tat-tat!!!!! Kalau abang Ketua Penduduk ini ada 'machine-gun'lah, nescaya dia akan menggunakannya.

Mereka main mercun. Di dalam kawasan apartment. Di beranda. Tentu sahajalah bunyi letupan mercun itu akan bergaung-gaung seperti bunyi peluru berpandu balistik macam dalam cerita-cerita kombat yang pernah kita tonton.

Aku berpakat dengan abang Ketua Penduduk yang sedang marah-marah itu. Kami 'on'kan picu alat penggera kebakaran (yang terletak di tingkat bawah, di tepi dinding di tepi lift, di dalam kotak empat bersegi berwarna merah). Kami biarkan loceng amaran itu berbunyi selama tiga puluh minit. Ha ha padan muka semua orang.

Hasilnya? Tiada lagi bunyi letupan peluru berpandu balistik di kawasan apartment kami malam tadi. Dan anak abang Ketua Penduduk itu bolehlah tidur dengan aman.

NOTA KAKI BANGKU: Kalau malam ni dia orang buat hal lagi - aku nak pakat pi bom tangki air pula! Amacam? Ekekekeke... (see, aku dah gelak macam Dubuk (Hyaena Crocutus)!)

06 November 2004

Puisi Pyan yang kita (kami?) suka

Rimau wrote in his blog:
It was a long distant love affair in the beginning. They went through trials and tribulations but love prevails.

When he missed her, he would write a letter with this poem attached:

Saat itu resah terjadi
Aku tiba-tiba seakan ingin memanggil namamu
Tatkala itu aku merasa himbauan
Sesuatu yang dalam
Senda apakah yang ingin kau beri
Duka apakah yang paling abadi
Dari sepi yang berabad ku ini

--------------------------------Pyan Habib


Kebetulan. Dua tiga hari lepas. Puan Tut puji aku dan aku SMSkan bait-bait puisi Pyan kepadanya:

...kalau suka, okay!
Tapi jangan puja!
Aku bukan api,
atau engkau Majusi...

"Puji dengan puja tak samakan? Kan? Kan?" Ha ha. Ya ya, tak sama KOMA

Aku tidak dapat mengingatnya semua. Cuma puing-puing. Tapi, puisi PERAWAN yang satu ini aku ingat sungguh dan rinci:
Alangkah nikmatnya jika waktu-waktu begini aku bersamamu di kamar yang peratusnya adalah kesenyapam.

Sambil memetik-metik hujung jari-jarimu mengulit membelai mimpi di ranjang.

Engkaupun menakluki keakuanku dan meleburnya tanpa rasa kesangsian. Degup jantungmu umpama hentakan tapak-tapak kuda. Malulah aku untuk menceritakan tentang harum tubuhmu itu.
--------------------------------Pyan Habib


NOTA KAKI BANGKU: Aku bukanlah seorang PEmuisi. Aku... Aku seorang PElupa! Bahkan dengan meletakkan entry puisi ini aku sudah dikira melanggar pantang! (Maklumlah, naga kalau langgar pantang boleh jadi pulau.)

05 November 2004

Tisu gulung

Setiap bulan kami dibekalkan dengan tisu gulung. Empat gulung setiap seorang. Tapi, aku tak pernah gunapun. Kawan-kawan berbangsa Cina yang selalu guna. Guna aku punya. Aku? Aku ***** kat rumah.

"Oit Malay male. Pinjam you punya tisu sikit. I mau pigi toiletlah!"

Aku koyakkan satu bahagian (sekeping?) dan aku berikan kepada kawan Cina tu...

"Haiya! Mana ada cukup maaa!"

"Laa... mana I tahu. Berapa banyak baru cukup maaa???"

"Ciau cit cit ciau... one part only, haiya... kudukut... ciau ciau cit ciau... pangsai... ciau ciau... not enough ooo... ciau cit cit ciau ciau... one part only, haiya...!" Mamat Cina Jinjang tu membebel (cakap Cina) kat kawan-kawan lain.

Tapi, itu dulu. Masa aku kerja dengan agensi periklanan yang tersohor di ibukota.

Sekarang? Aku tak sahur... alahai!

04 November 2004

Rashid Bulan explain BANDWIDTH

"Macam ni la BRO. Let say engkau datang kerja naik Monorail. Sekarang nih monorail tuh ada dua gerabak dan boleh bawak maksimum 150 penumpang pada sesuatu masa = The amount of data that can be transmitted in a fixed amount of time.

Tetiba ada pesta kat KL dan ramai sangat orang nak naik Monorail tu = ramai sangat orang nak access engkau punya website (popular).

Tapi monorail cuma boleh bawak 150 orang jer at one time = bandwith limitation.

Jadi engkau kena tunggu next Monorail (termenung kat stesyen) = "your website have reached the bandwith limit".

So the best solution is to have wider band = tambah gerabak supaya lebih ramai boleh naik = ramai yang boleh access pada sesuatu masa."

Aku gelak. Mengekek. Dia tahu aku naik LRT. Dan dia tahu, kalau dia guna sample LRT ke, MONOREL ke, KOMUTER ke - aku akan lebih cepat 'tangkap'.

(1) A range within a band of frequencies or wavelengths.

(2) The amount of data that can be transmitted in a fixed amount of time. For digital devices, the bandwidth is usually expressed in bits per second(bps) or bytes per second. For analog devices, the bandwidth is expressed in cycles per second, or Hertz (Hz).

The bandwidth is particularly important for I/O devices. For example, a fast disk drive can be hampered by a bus with a low bandwidth. This is the main reason that new buses, such as AGP, have been developed for the PC.

Aku belajar satu: MatJan, kau kena TAMBAH GERABAKlah!!!

03 November 2004

Toyama Shi Toyama Ken

> bluehikari said...
> Toyama? Ii tokoro deshita!

Tokoro? AnoOooOOoo... aku pernah belajar pasal 'tokoro' ni, hish! Dululah. Sekarang, dah berkarat.

Tokoro-dokoro, tokoro-kamawazu he he... Dia tanya aku pasal tempat ni. Dia tanya, which part of Toyama kot, ntah?

Sumimasen, watashi wa nihongo de skoshi dake (dekimasu?) he he... Marego, ichiban number one! Yappari! Anone... Rumah Miyuki dua puluh minit berkereta dari bandar. Hey, kedai Dunkin' Donuts berhampiran Koshi-Kaikan tu ada lagi ke?

TOYAMA
Aku suka tinggal di Toyama. Cantik. Di kelilingi (tujuh?) gunung. Sejuk. Kalau nak main kepung-kepung ikan di sungai kita pergi ke Gokayama (dan boleh bermalam di Gasshoo Tsukuri). Kalau nak main salji kita pergi ke Tateyama (dan kalau nasib baik, musim panas pun ada ais lagi di sini). Kalau nak pergi ambil-ambil gambar kita pergi ke Kurobe (dan boleh ofuro di onsen jugalah).

Nanti aku cerita lagi.

Soradewa matane bye bye!

Mak aku bercakap perihal kedekut

Mak aku cakap, orang yang belakang tengkuknya berlekuk dalam - kedekut!

"Hah hah, 'dalam' tengkuk budak ni... Kedekut sok ni! Entah bagi nenek duit ke tidak ni..." Dia bercakap pasal cucu lelakinya yang seorang itu.

Apabila dah besar sikit, dah bersekolah rendah, aku tak berapa nak nampak pula ciri-ciri kedekut cucu lelakinya itu. Yang terserlah ialah ciri-ciri 'orang berniaga'! Dan ada gaya macam Encik Hasan yang jual minyak tu.

"Emily! Kau bagi abang duit kertas lima, abang bagi kau duit besi sepuluh! Kau nak tak?"

Lima dengan sepuluh, tentulah banyak sepuluh. Dah sah-sah adiknya mahu. Maka duit-duit itu segera bertukar tangan. Dan tiba-tiba hari pun malamlah... THE END.

Aku pun selalu juga check tengkuk. Manalah tahu kalau-kalau berlekuk dalam... Untung-untung boleh berniaga minyak.

"Hah, tak payah nak check-checklah Yang... mana nak ada lekuknya tu... penuh dengan isi sahaja!"

Oh iya ke?

02 November 2004

Hasan Kedekut

"Secawan kopi atau teh tarik naik lima sen tak munasabahlah. Caranya ialah jangan bubuh air itu penuh sangat, perkurangkan kuantitinya, jadi selesailah masalah kos yang sedikit extra itu"
- Hassan Marican, Mingguan Malaysia Ahad 31 Oktober 2004

"Itu pasal Che Det suruh dia jaga Petronas. Kalau tak kedekut mana boleh jaga Petronas."

"Jadi, kita kena kerja cukup-cukup jer berdasarkan upah yang dibayar oleh majikan ya Yang?"

"Tak. Aa kena kurangkan kerja berbanding upahlah!"

"Ooo...!"

01 November 2004

Sambal goreng

Aa bekalkan aku sambal goreng ikan bilis. Garing-garing. Satu balang nescafe.

"Nah! Bekal berbuka puasa di opis nanti!"

Ops! I did it again...

Selalunya, apabila kita berselisih jalan dengan orang yang kita rasa kita kenal, kita beri salam. Kalau tidak pun, kita angkat tangan dan kata "op!" Tidak kiralah sama ada kita angkat tangan tinggi-tinggi ataupun kita angkat tangan ala kadar sahaja. Ianya bergantung kepada siapa yang kita nak 'op'kan itu...

Kita 'op' dia. Nanti, dia 'op' kita semula! Adakalanya 'op' kita lebih panjang. "Oooopp!" Dan dia balas 'op' kita pun lebih panjang juga! "Oooooooooopppp!" Sambil hujung jari berlima itu mencecah ke kening.

Adakalanya 'op' dia pendek, tapi berganda-ganda dan bertegas-tegas. "Op op, op op!!!!"

"Op?"

"Op op!"

"Op, op??"

"OooOOOoooOoooooop! Lepas pukul enam, dua setengah sekali masuk encik!"

Dulu, masa di Toyama, aku cuba buat perangai yang serupa. Aku 'op op' juga! Suatu hari tu, aku berselisih dengan seorang lelaki Jepun sedang memandu traktor di atas batas sawah. Konon-kononnya aku ni jenis makhluk yang mudah mesra dan suka nak berkawan-kawanlah. Aku angkat tangan tinggi-tinggi dan kata 'op' kat dia (dengan harapan yang dia akan 'op' aku semula dan kami boleh jadi kawan)!

Dia tekan break kecemasan, dia berhenti dan dia TERtanya-tanya: "Hah apsal, apa masalah, kena patuk dek ular ke, kau tak apa-apa ke Labu?"

Pergh! Lain padang lain belalang rupa-rupanya. Lain perayaan, lain pula OPsnya ya tak!

PERIOD