Ops! I did it again...
Selalunya, apabila kita berselisih jalan dengan orang yang kita rasa kita kenal, kita beri salam. Kalau tidak pun, kita angkat tangan dan kata "op!" Tidak kiralah sama ada kita angkat tangan tinggi-tinggi ataupun kita angkat tangan ala kadar sahaja. Ianya bergantung kepada siapa yang kita nak 'op'kan itu...
Kita 'op' dia. Nanti, dia 'op' kita semula! Adakalanya 'op' kita lebih panjang. "Oooopp!" Dan dia balas 'op' kita pun lebih panjang juga! "Oooooooooopppp!" Sambil hujung jari berlima itu mencecah ke kening.
Adakalanya 'op' dia pendek, tapi berganda-ganda dan bertegas-tegas. "Op op, op op!!!!"
"Op?"
"Op op!"
"Op, op??"
"OooOOOoooOoooooop! Lepas pukul enam, dua setengah sekali masuk encik!"
Dulu, masa di Toyama, aku cuba buat perangai yang serupa. Aku 'op op' juga! Suatu hari tu, aku berselisih dengan seorang lelaki Jepun sedang memandu traktor di atas batas sawah. Konon-kononnya aku ni jenis makhluk yang mudah mesra dan suka nak berkawan-kawanlah. Aku angkat tangan tinggi-tinggi dan kata 'op' kat dia (dengan harapan yang dia akan 'op' aku semula dan kami boleh jadi kawan)!
Dia tekan break kecemasan, dia berhenti dan dia TERtanya-tanya: "Hah apsal, apa masalah, kena patuk dek ular ke, kau tak apa-apa ke Labu?"
Pergh! Lain padang lain belalang rupa-rupanya. Lain perayaan, lain pula OPsnya ya tak!
PERIOD
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home