"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

23 Oktober 2004

SPYZ datang nak menyepai... nyespy? nyepy?? (hah, macamana eja?)

Rimau minta nombor telefon aku untuk diberikan kepada Spyz. Ini kali kedua Rimau minta. Dan ini kali kedua aku beri.

Aku SMS Rimau. Lebih kurang begini bunyinya: "Jangan beri nombor ni kepada orang lain (kecuali kepada Spyz) dan jangan beritahu orang lain yang aku ni Anuar Zain. Aku malu! - NAGA"

Rimau SMS aku. Lebih kurang begini bunyinya: "Spyz akan menghubungi Anuar Zen untuk apoinmen."

Spyz telefon aku: "Hello! Boleh bercakap dengan Encik Anuar?" HA HA HA...

Aku jumpa Spyz sepuluh minit selepas itu. Dan aku tahu, aku dapat baca apa yang tersimpan di fikiran Spyz, mesti dia kata: "Wah! Handsome juga Naga ni ya!"

Sayang, kami berpuasa. Kalau tidak boleh aku suakan kuih tat nanas yang masih tinggal dua per tiga balang untuk Spyz jamah.

2 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

dan kelakarnya, org tua tu forward msg ko tapi tak sertakan phone no. ko.. dah tentu2 msg tu kluar no. phone dia.. hahaha.. (ampun tok.. ampunn.. :D )

naga ni lebih hensem dari dari that anuar zain.. (puji ada makna ni.. boleh aku listdown buku2 best yg aku sendiri nak?? hehehe..)

spyz

Oktober 23, 2004 9:36 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku punya telefon jenis lama. Masa aku beli dulu RM700, sekarang harganya RM100 (baru). Ruang utk simpan nombor HP terhad. Aku cuma simpan nombor yang aku kerap panggil je. Kalau aku lupa nombor kau lagi, aku call kau utk tanya.

Oktober 25, 2004 10:25 PG

 

Catat Ulasan

<< Home