Dan dari pintu ke pintu (jangan dilangsiri)
Aku melihat pintu sebagai kelopak penyekat yang berfungsi untuk menghubungkan satu ruang kepada satu ruang yang lain. Dan kelopak yang menyekat masuk keluarnya objek dari satu ruang kepada satu ruang yang lain juga.
Dengan membuka pintu, aku belajar banyak perkara. Aku membenarkan tetamu masuk ke dalam (MyStudio) dan membenarkan alatan melukis aku ghaib! Namun yang penting ialah apabila pintu dibuka, aku dapat menikmati keindahan di luar, jika tidak pun untuk memerhatikan segala kegiatan yang berlangsung di ruang yang satu lagi dengan selesa. Begitu juga sebaliknya.
Bagi yang mahu melapangkan fikiran, pintu juga sering dijadikan tempat untuk bersantai, melepaskan resah kongkongan di dalam ruang. Muka pintu juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk berfikir, mencari idea (untuk menulis blog?), melepaskan geram, bersenda gurau, bersenam, alat percussion, pengganti kertas nota dan tempat mengingati seseorang! Con: Apabila aku tengok pintu - aku akan ingat Ahmad Al-Bab.
NOTA KAKI BANGKU: Aku tampal gambar sebelah mata Aa, dari dalam, pada ruang berlubang yang terbentuk setelah tombol pintu itu aku bungkaskan. Bersama-sama dengan nota: Awas! Laman ini sedang diperhatikan!!
4 Comments:
1. Lekatkan nama kau pd alatan lukisan kau.
2. Dgn menyertai forum GJ, kau otomatik jadi ahli GJ.
Oktober 21, 2004 11:41 PG
Uuuuwaaahhh! Keahlian secara automatik!!! Begitu senang, tidak perlu diproses lama, uuuwaaaaahhhhhhh!!!
Oktober 21, 2004 3:42 PTG
Emma,
Aku rasa macam Presiden Kesatuan Sekerja DAWAMA yang diterima keahliannya oleh MTUC pulak dah...
Oktober 21, 2004 10:26 PTG
wahhh..cerita pintu lagik..hebat..
Oktober 22, 2004 12:55 PTG
Catat Ulasan
<< Home