"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Oktober 2004

I think she missed a train to Mars laa...

Semuanya bermula pasal cerita-cerita perihal nak dapat pahala lebih di bulan puasa. Jeehan kalau bercakap memang 'tak tengok orang'! Hasilnya, Itote naik angin lagi, alahai! Jeehan pun Jeehan!!! Tapi, 'panas' Itote jarang sampai ke petang. Dia dah 'sejuk' dah.

"Bro, tahun depan Shamin darjah empat. Dia akan baca buku yang kau 'design' ya. Moga-moga kau akan dapat banyak pahala." Kata Itote.

Tahun dulu, aku 'design' buku teks English Year One SJK Cina/Tamil. Awal tahun ni, aku 'design' buku teks Bahasa Melayu Kelas Peralihan. Kalau budak-budak Cina dan India (dan bangsa lain) tu pakat berdoa - kau rasa-rasa aku dapat masuk SYORGA tak?

Hujung tahun ni, aku 'design' buku teks English Year Four SK. Kalau budak-budak darjah empat seluruh Malaysia mendoakan aku - aku rasa-rasa... aku... masuk SYORGA kot, ntah!

Tapi, mana ada budak-budak sekolah buka buku dan berdoa untuk aku. Tak pernah! Cikgu tak pernah ajar. Cikgu tak pernah suruh pun!! Cikgu mana yang pernah mengajar 'from cover to cover?'

Aku harap, apabila Shamin buka buku itu nanti, dia akan doakan Uncle Bronya yang seorang ini. "Ya Allah ya Tuhanku. Nanti, Kau tempatkanlah Uncle Bro di SYORGA ya! Tingkat yang 'last' sekali pun tak apa..."

Jeehan, mak aku kata, kalau kita potong kuku pun kita akan dapat pahala. Itote, kau jangan marah-marah. Mungkin Jeehan dah terlepas kereta api ke Marikh tu...

MUZIK LATAR: Lagu Missed A Train to Mars orang belum tulis lagi. So, aku pasang lagu Midnight Train to Georgia by Tina Turner.

1 Comments:

Blogger Itote said...

Bangga aku dgn 'riak' kau ni Bro..ari tu dah baca kat weblog kau ni kat smss alumni, nak post komen tak menjadi sebab tak reti..

Jehan tu ada masalah aku ingat..dia rasa dia penuh dgn pahala dan aku ni penuh dgn dosa..tapi yang pasti Tuhan saja yang maha mengetahui..Tapi takpe..yang buat aku cepat cool down kerna ramai kengkawan yang prihatin, eg. bagi aku cerita2 zaman rumaje ku di sek. segambut yang mmg dah aku tak ingat..ingatan kau hebatlah Bro..

Uncle Bro..tahun depan Shahmi tengok buku yg Uncle design ni..Shahmi dgn 'riaknye' bagi tau kengkawan yang ni Uncle Bro design..harap2 Shahmi pun boleh design buku & macam2 gak satu hari..(buat masa ni ape2 dia lukis pun kena tanye, gamba ape ni Shahmi..?)

Itote

Oktober 13, 2004 4:53 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home