Ada jiwa kanak-kanak dalam setiap diri orang lelaki
WakTam kata: "Lets meet and discuss about the WTS and marry this project together! bla bla bla... We can kill some birds with one stone..."
Brother Red jawab: "I don't wanna kill birds... they need to live too... let's catch them and nurture them... we live on the same big blue marble, we need to co-exist..."
Nurture them? Bunyi macam nak jadi BAPAK BURUNGs jer bang...
Brother Red dewasa dengan BIG BLUE MARBLE dan aku pula dewasa dengan MICKEY MOUSE CLUB. WakTam? WakTam pun dewasa dengan BIG BLUE MARBLE jugalah, ntah!
Masa bujang aku suka tengok THUNDERCATS. "Thunder! Thunder!! Thundercatsssss!!! YooOOoooOOOoooo..." Sehingga anak dara rumah sebelah perli. "Encik Thundercats lambat pergi kerja ke hari ni?"
Apabila umur sudah masuk separuh masa kedua ini pun aku masih seronok tengok rancangan untuk kanak-kanak. Aku tengok SESAME STREET dan THE CRAYON SHIN-CHAN.
Setiap pagi minggu, macam biasa, akulah yang dok kelam-kabut kejutkan anak-anak. "Bangun! Bangun!! DRAGON BALL dah startttttt!"
Percayalah, ada jiwa kanak-kanak dalam setiap diri orang lelaki. Dan kami pun mahu dimanja!
NOTA KAKI BANGKU: Kini, brother Red tengok CSI dan aku tengok MONK (sambil makan roti sardin)!
9 Comments:
kah..kah..
bapak burung is alrite...jangan bapak ayam dah...
Oktober 05, 2004 10:06 PTG
Datang sini apabila terpengaruh dengan promosi Tok Rimau Belang.Tertarik dengan entry 'ada budak kecik dalam diri seorang lelaki'. Aku tersengih sebab itu adalah hakikat yang jarang disedari.
Aku sendiri sebagai peminat Monk adalah seorang pengumpul model-model kenderaan terutamanya motosikal. Stakat ini sudah ada 21 buah model motosikal berkuasa besar berderet di dalam bilik aku di pejabat.
Ramai yang tak faham. Kawan aku di KL mengumpul model-model kapal angkasa Star Wars yang setiap satu berharga RM 500 ke Seribu !Dia dah mengumpul nilai mencecah berpuluh ribu.
Ramai yang tak mengerti tentang anak kecil yang bersembunyi di sebalik jiwa seorang lelaki dewasa.
Salam berkenal mesra.
Oktober 06, 2004 8:34 PG
Monday to Friday aku jadi lelaki machor tapi sabtu, ahad aku jadi bebudak! sabtu ader x-men ngan justice league. ahad ada mr.bean.jgn lupa dragon ball!haha!
lan2003.blogspot.com
Oktober 06, 2004 9:42 PG
jangan kata lelaki sahaja, perempuan pun ada kanak2 yang main sorok2. sampai sekarang minat abis ngan sesame street. lagu tema die dah jadi main ringtone dah. penah depan boss terkantoi bunyi, die pon tanya 'mcm penah kudengar lagu itu tapi bila yea?'..
cole parmer
Oktober 06, 2004 5:05 PTG
hmmm... dunia kanak-kanak... sungguh indah ketika itu... tiada masalah yang perlu difikirkan... tidak perlu mencari duit... hanya main main main... rindu segalanya.... namun roda kehidupan perlu ku hadapi... perlu tabah... Tabahkan hati ku Tuhan untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang....
Oktober 07, 2004 5:52 PTG
terhibur baca...
bukan org lelaki je ada jiwa kanak2..aku yg pompuan ni pun ada gak.. setiap pagi sabtu & ahad suka tengok citer Super Dollica... dulu2 suka tengok citer The Smurf..
Oktober 08, 2004 3:17 PTG
Erm.. kadang-kadang tu perempuan lagi teruk. Sebenarnya sayalah perempuan yang teruk tu. Tak makan satu harilah siapa beristerikan saya ni. Hahhahaha...
*Tomoko suka The Jetsons masa muda muda dulu~
Mac 03, 2005 9:34 PTG
doraemon tgk ke tak? krkrkrkrrr :)
Julai 05, 2006 11:51 PG
Esmer kızların ve erkeklerin büyük götlü kızların zenci porno filmlerini, kararmış amcıklarını oral sex yaparak zevk almak istiyor
Mac 06, 2020 10:06 PG
Catat Ulasan
<< Home