"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

06 Oktober 2004

Mencari pelangi

WakTam kata: "...tapi ari ni pun aku tak sempat (nak jumpa aku, Yonz, & Red)... (sedang) 'mengejar bayang'..."

Mengejar Bayang-bayang? Oh, sibuklah maknanya tu... Aku? Aku sedang mencari pelangi.

Dah dua pagi Aa hantar SMS. "Yang, Aa nampak pelangi kat Shah Alam. Cantik!!!" Dan dah dua pagi juga aku mencari pelangi yang sama di kaki langit Kuala Lumpur. Tak ada.

Semasa kecil, kalau aku menundinglah ke arah pelangi, kakak-kakak aku yang berdua itu akan ludah ke atas jari ini. Kalau ditakdirkan cepat kering, mereka akan ludah lagi. "Supaya jari kau tak KUDUNG!", kata kakak-kakak aku yang berdua itu. Oh! Perihatin sungguh kakak-kakak aku yang berdua itu ya. Terima kasih kakaks (more than one kakak, kena tambah 's')!

Nasib baik aku tak menunding pelangi dengan muncung bibir.

Dulu, apabila umur dah masuk lima belas minit separuh masa pertama, baru aku syak yang kakaks memang sengaja dajalkan aku, alahai!

Tapi, apabila aku baca semula apa yang SultanMuzaffar tulis perihal pelangi di dalam GT1, akuuuu....

AAAArgh...!!! Aku rasa jari aku dah KONTOT-KONTOTlah... AAAArghhhhhhhhhh...!!!

6 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Selamat menulis :D

Aku gelak baca entry encik naga. Itu tandanya blog
encik naga beshhhh

saya nak link nanti, boleh?

http://basrie.tk

Oktober 06, 2004 3:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Boleh.

Oktober 06, 2004 3:48 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

penah dengar x kisah mengejar pelangi; dari jauh nampak cantik, clear & menawan, tapi bile makin dekat makin hilang dari pandangan.
'somethings are meant to be seen from faraway..'

cole parmer

Oktober 06, 2004 5:11 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Bibir tak leh kudung?

Oktober 07, 2004 1:52 PTG

 
Blogger Ish Meen said...

Sudah lama aku tak melihat Pelangi... kenapa ye? Mungkin kerana hutan-hutan konkrit di KL ni menghalang aku dari melihatnya... atau mata aku rabun... atau aku tidak pandai mencari Pelangi... tolong tunjukkan aku di mana aku boleh cari Pelangi...

Oktober 07, 2004 5:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau,
Boleh kot, ntah!

Oktober 07, 2004 6:48 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home