"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

12 Oktober 2004

Mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan kot, ntah!

Semalam, aku terima sepucuk surat dari Pejabat Daerah dan Tanah. Antara isi kandungannya:

"Tuan,

...

3. Untuk makluman tuan, pihak pentadbiran ini telah memberi satu notis untuk tuan membersihkan tanah tersebut tetapi pihak tuan gagal untuk mengambil tindakan...

4. Sekiranya tuan gagal mematuhi arahan ini, maka tindakan akan diambil terhadap tuan di bawah Seksyen 126, Kanun Tanah Negara dan akan mengakibatkan tanah tuan tersebut (akan) dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri. ..."

Satu, aku tak faham tentang Seksyen 126, Kanun Tanah Negara. Mungkin kena rujuk weblog MatJan http://jongkang.blogspot.com/

Dua, kenapa surat ini ditujukan kepada aku sedangkan pada geran tanah itu ada nama kakak-kakak aku? Aku bukannya tuan tanah mutlak! Tak adil!!

Tapi, aku belajar satu perkara, apabila kau terima surat yang sebegini - maknanya lalang (semak samun?) dah NAIK tinggi. Lalang tu NAIK sebab dia tahu harga rokok dan minyak pun dah NAIK kot. Mungkin 'mereka' pun ada UNION kot, ntah!

Hari tu, Rimau pula NAIK belang (minyak?). (Dia berangan?) weblog dia adalah yang pertama mengenakan caj.

"Artikel mendatang akan dilindungi password. Pembaca tanpa password cuma dapat membaca 10% dari artikel penuh. Untuk membaca artikel penuh, caj akan dikenakan melalui sistem pesanan ringkas SMS. Pembaca atau pemberi komen hanya perlu hantar sms ke nombor khas 280868 dengan mesej weblog < kod artikel > tokrimau. Satu SMS balas mengandungi password akan diterima oleh pembaca.

Caj Membaca: RM0.30
Caj Komen: RM0.20
Doodleboard: Masih Percuma...

...KeNAIKan kos ini tidak dapat dielakkan kerana keNAIKan harga-harga bahan yang meningkat dewasa ini."

RUJUK http://tokrimau.tk/

Satu, kalau betullah hal itu jadi - aku akan kata, weblog Rimau weblog yang 'sophisticated'. Seiring dengan perkembangan industri hiburan tempatan.

Dua, aku bimbang. Sebab? Sebab Rimau yang satu ini sungguh berpengaruh (sesuai dengan jawatan Presiden Geng Jurnal yang disandangnya). Baru berdehem, MatJan dan Spyz dah kata setuju!!!! Kalau terpengaruhlah dengan tindak-tanduk Encik Presiden yang satu ini, Spyz mungkin akan design photopagesnya macam 'pay tv' (seperti yang terdapat di hotel-hotel negara Jepun). MOSAIC EFFECT!!! Pay first, see later!

Rujuk http://spyz.fotopages.com/ dan http://spyz.blogspot.com/

Aku? Aku NAIK juga. NAIK riak! Sebab, mungkin aku yang pertama buat Majlis Perasmian Weblog (secara maya). Lancar maya, minum-minum pun maya jugalah. *ahaks*

NOTA KAKI BANGKU: Hal-hal yang berlaku mungkin bukan disebabkan oleh harga rokok dan minyak yang naik. Mungkin disebabkan faktor pemakanan... Kau makan apa tadi? Roti sardin lagi??

2 Comments:

Blogger Anonymous said...

Section 126 Kanun Tanah Negara adalah tentang breach of condition. Maknanya kalau Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah meletakkan syarat 'pertanian' contohnya, kalau dibuat bangunan maka sudah pecah syarat, PBN boleh rampas lelong.Kalau syarat 'getah' tetapi di tanam Strawberry...pun sama.

Kalau syaratnya 'pertanian' tapi penuh dengan lalang, itu tak mengapa kerana lalang adalah tumbuhan juga, cuma perlu buktikan bahawa anda adalah penanam lalang untuk dieksport ke luar negara.

Itu je...

Oktober 13, 2004 3:35 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

alo bang naga.. lambat pulak aku respon bila nama aku disebut. pattern aku melawat blog sudah bercelaru, kekadang seminggu skali aku dtg, tak tentu.. so.. faham2 ajelah..

kalo aku nak charge.. pakcik kayo dah.. hahahha..
(spyz perasan blog/f'pages dia ramai org tengok :-) )

btw, ko blogger pendatang baru yg mencuit hati aku.. syabashh inspektor naga.. syabashh.. (kata spyz mcm cerita hindustan..)

Oktober 15, 2004 5:32 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home