Melayu yang satu itu menunding dengan muncung
Boss aku dulu, suka panggil orang secara terjerit-jerit. Betullah tu. Kalau kau tak menjerit-jerit nanti orang lain tak tahu yang kau tu beruk... aaa, maksud aku, ART DIRECTOR!
"Malay maleeeeeeee! Where is my Cow Gum???" Bukan Malay Mail. Malay male. Kenapa? Sebab aku seorang sahaja Melayu di situ. Tapi itu dulu.
Orang Melayu ni molek. Molek serba serbi. Kalau mahu menunding, kita akan menunding dengan jari telunjuk. Atau dengan ibu jari. Atau dengan kesemua jari (yang dirapatkan selari). Orang Melayu tak akan menunding dengan kaki. Pantang! KOMA.
Kalau kau ke Disneyland, Tokyo, dan membuat pembayaran di kaunter, kau akan disuakan dengan pelbagai pertanyaan (dalam bahasa Jepun). Jangan panik! Amoi Jepun tu bukan ingat kau tu Ella atau Sheila Majid atau Zainal Hijau atau Amy Search. Bukan.
Dia cuma mahu menanyakan beberapa perkara perihal proses jual beli tersebut.
Contoh soalan yang lazim (yang sudah aku terjemahkan ke dalam bahasa Melayu): "Ini sahajakah barangannya?" "Mahu potongan harga?" "Barangan ini sebagai hadiahkah?" "Perlu dibungkuskah?" "Perlu ditanggalkan tanda harganya?" "Ok, dah siap!" "Perlu kad ucapan?" "Mahu ditandatangan?" "Anonee, encik mahu saya cetak bil terperincinya?" "Harga barangan ini dua ribu tujuh ratus yen. Tadi encik beri wang berjumlah tiga ribu yen dan saya kembalikan wang bakinya sebanyak tiga ratus yen ya!" "Terima kasih!"
Kau tak perlu faham apa-apa pun.
Pesan aku begini: Pada setiap akhir baris-baris ayat itu, kau hanya perlu kata, "Ermm!" Erm sahaja. Tanpa iringan perkataan lain. Dan anggukkan sedikit kepala. Konon-kononnya kau faham dengan apa yang dicakapkan. Konon-kononnya kau dah dua tahun tinggal di Jepun. Kalau orang tanya, di Jepun kau tinggal di mana, kau jawab, "Ikebukuro". Ingat! "I~ke~bu~ku~ro!"
Ok. Sudahnya kau akan dapat sehelai kemeja T yang sudah siap dibungkus dengan kertas pembalut + ditampal dengan kad ucapan, bertandatangan kau sendiri kepada diri sendiri + bil terperinci + tanda harga yang sudah dipisahkan + duit baki + beg plastik + orang beratur panjang di belakang kau. KOMA.
Semalam. Aku ke kedai. Beli rokok, minyak cap kapak, dan shampoo. Dan buat pembayaran di kaunter.
Jurujual wanita Melayu yang satu itu pun memasukkan segala butiran kewangan barang yang hendak dibeli ke dalam mesin kira. Tetapi skrin penyata kira-kira itu tidak menghala kepada aku. Sebaliknya menghala kepada jurujual wanita Melayu yang satu itu. Aku? Aku tak nampak apa-apalah!
"Berapa (harganya) dik?"
"Urmmm!!!!" Jurujual wanita Melayu yang satu itu menunding skrin penyata kira-kira dengan muncung bibir.
Cis! Kalau skrin penyata kira-kira itu pelangilah dan kakak-kakak aku yang berdua itu adalah di tempat kejadian - nescaya mereka akan ludah muncung bibir jurujual wanita Melayu yang satu itu. Agar TAK KONTOT!
PERIOD.
6 Comments:
Fuyooooo...akak jeles gile...sinaga ade bisa..dah tak hembus asap kosong....blog canggih tu.... tapi bintang yng satu tu ape makne nye.... share-share dengan caltex ke...
Oktober 08, 2004 1:58 PTG
Komen aku terhadap artikel yg berapi ini: "Ermm!"
Oktober 08, 2004 2:56 PTG
dia nak mintak cium tu naga..
:-)
Oktober 08, 2004 4:55 PTG
Spyz : Hahahahahahah...
http://basrie.tk
Disember 02, 2004 11:20 PG
ermmm and u get everything... best TU!
mo tat
Januari 12, 2006 12:54 PTG
voyeur porno
franzoesischer porno
arabische maedchen porno
grosser arsch porno
brasilianischer porno
Januari 30, 2020 10:19 PTG
Catat Ulasan
<< Home