"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Oktober 2004

Bagasi Wagashi

Ebi tu udang. Dan Hebi tu ular. Jadi, kalau ke Jepun, dan kalau mahu makan di luarlah - molek-molek! Jangan salah sebut!! Sebutan kena betul!!! Kalau tidak, amoi pelayan tu yang pening kepala. Ya lah, mana dia nak cari ular? Kalau dia dapat tangkappun ular tu - dia nak masak lauk apa? Dalca?? Kari?? Singgang??? Balut dengan telur?????

Dulu, kalau bosan-bosan, aku rajin temankan emak Miyuki pergi tokong. Orang tua tu sembahyang lama sangatlah! Dan asap colok di tokong buat mata aku berair, alahai! Jadi, sementara tunggu dia sudah sembahyang, aku singgah minum teh dan makan wagashi dulu.

Wagashi ni ialah sejenis manisan yang diperbuat daripada tepung beras. Bersaiz kecil (adalah sebesar cekodok pisang) dan diukir cantik. Sehinggakan nak makanpun terasa sayang. Aku suka wagashi yang dibalut dengan daun sakura, sehelai. Ermmm, ada macam rasa 'colgate', sedikit. Untuk orang Malaysia, satu tak cukup, kena makan sepuluh!!!!!

WAGASHIlah!!!!

Bukan 'Wasabi'. Bukan 'Watashi' juga. BAGASI lagilah bukan...

Bagasi tu maknanya *beg pakaian dll yg dibawa dlm suatu perjalanan. Tak ada kena mengena dengan wagashipun.

2 Comments:

Blogger Tok Rimau said...

Kolum kanan blog jatuh bawah sebab gambar Muzium tu melebihi saiz ruang yg diperuntukan utk main blog content.

Aku baru balik dari tanyangan video students. 30 minit mengenai Kursus TESL. Interesting. Aku komen cam Paul Moss of Malaysian Idol.

Kemudian aku tunjuk video cakarama pada mereka. Seronok bila mereka ketawa lihat Arnab dan Kura dan menjerit lihat Takut.

Selamat Berpuasa.

Jumpa disini:
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3306

Oktober 14, 2004 12:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ok, jumpa kau di sana!

Oktober 14, 2004 2:45 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home