F1
Pada aku, dalam bidang IT ni ada tiga jenis golongan pengguna:
SATU, Golongan Bijak Pandai.
Macamana kita nak kenal golongan ini? Ya ya, dari tajuk emailnya pun kita dah boleh cam dah.
Con: "Computer are really stupid."
Lepas itu kita kena kenal pasti isi kandungan emailnya.
Con: "Today I found out how stupid a computer can be. Before you turn on your PC, pull out the keyboard. The PC will tell you that "keyboard not found". That is fine with me. It is smart enough to know that there is no keyboard attached.
But then, it is also asking you to press F1 to proceed. Aaiiiyaaaahhhhh,DUMB! DUMB! DUMB! DUMB! Whose idea is that????"
Kunci katanya pada perkataan "F1". See! Hanya golongan bijak pandai ini sahaja yang menggunakan fungsi kekunci F1 sehingga F15 pada PC mereka.
DUA, Golongan Tak Berapa Bijak Pandai.
Macamana kita nak kenal golongan ini? "It's so easy (kata Wan Zaleha Radzi)". Tengok daripada pola soalan sahaja kita dah boleh cam dah.
Con. soalan: "Naga, macamana nak print email tu ek?"
See! Dan seperti biasa aku akan jawab: "Hah! Mula-mula kau kena beli printer dulu. Lepas tu kau kena sambung wayarnya ke komputer. Lepas tu make sure kau switch on powernya tau... bla bla bla... Lepas tu... bla bla bla... lepas tu kan... bla bla bla..."
TIGA, Golongan MACINTOSH! Golongan ni special. Sikit. Golongan MAC ni pun boleh kita pecahkan kepada dua kategori. Satu kategori MAC USERS dan satu lagi kategori MAC ADDICT. Macamana kita nak kenal golongan ini? Ermmm... Percayalah, kalau kau tengok/perati/amati - sure kau akan kenal punya! Diaorang ni sama serba serbi. Bau pun sama.
Aku? Aku penagih Mac juga. McDonald's!!
NOTA KAKI BANGKU: Woi, 'McDonald's' dah turun harga woiiiii! Tarapa papaaaa!!!
5 Comments:
Adoi! Kelakar la awak ni!!!
Oktober 15, 2004 4:40 PTG
Naga, the computer is only as smart as the user le....
u know who I am...
Oktober 16, 2004 9:04 PG
Dalam dunia orang buta IT, lelaki rabun IT adalah raja.
(salahkan diri kau sendiri, kau buat aku bersajak :) )
Oktober 16, 2004 2:42 PTG
Cover GT selamat sampai. Thanks mr. postman.
Oktober 18, 2004 11:41 PG
...tapi iMAC G5 tak turun pong harge nyer...nak iMAC G5 gak...!!!
Oktober 18, 2004 2:37 PTG
Catat Ulasan
<< Home