"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

20 Oktober 2004

Budaya ketuk pintu

Kecoh! Shoji (pintu kertas) itu terbungkas dari landasan gelangsarnya. Tak salahkan Raman. Bukan budaya kita berpintukan shoji. Sewajarnyalah shoji itu bungkas di tangan Raman.

"Mana nak letak ni? Mana nak letak ni??" Panik Raman. Dia pegang shoji itu dengan kedua-dua belah tangan. Ke hulu ke hilir, tak lepas. Dan ketawa aku pecah mengekek.

Orang Jepun, kalau di rumahlah, tidak ada budaya ketuk pintu. Kalau mahu diketuk juga, nescaya kertas surih yang membalut rangka pintu itu akan koyak. Apatah lagi jika ketukkan itu bertalu-talu kelakuannya. Kalau hendak diganti baru, mahal! Dan kalau hendak diganti sekeping cuma - warna dan teksturnya mungkin tak sama dengan yang lama. Yang lama dah 'makan hari'.

Aku, kalau menumpang tidur di rumah Miyuki, kalau sedap bergulung dalam futon dan mofu - bangun akan mudah meninggi hari. Dan Miyukipun tidak pernah mengetuk pintu. Sebaliknya Miyuki akan duduk berlipat betis, di luar bilik, mengadap shoji, dan bergonggong-gonggong menyuruh bangun!

"Bangun, bangun! Bangunlah sembahyang subuh!! Apa, kau sudah tinggalkan agama kaukah Labu?"

NOTA KAKI BANGKU: Kalau pada musim bunga, jam dua pagi sudah masuk waktu subuh. Jam empat pagi matahari dah terang benderang, alahai!

Tapi itu dulu. Sekarang, pintu studio aku bukan shoji. Pintu setengah kaca setengah kayu.

Hari itu, tombol pintu masuk ke studio (bilik aku) rosak dan majikan kedekut sangat. Sengaja aku bungkaskan tombol itu. Hah, senang! Bunyi kriuk kriuk pintu itu pun dah tak ada lagi. Kalau siapa-siapa nak masuk - tolak sajalah! Tak payah nak ketuk-ketuk pintu!

4 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

iskk..kalau aku..mau gak aku panik..pintu pecah beb..kalau yang kayu punya pecah pun org leh mengamuk..apa tah lagik yang kertas nie..mau berterabut kertas tu jadik pembakar colok.

Oktober 20, 2004 9:27 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

QUOTE:
Sebaliknya Miyuki akan duduk berlipat betis, di luar bilik, mengadap shoji, dan bergonggong-gonggong menyuruh bangun!

"Bangun, bangun! Bangunlah sembahyang subuh!! Apa, kau sudah tinggalkan agama kaukah Labu?"

PERTANYAAN:
Miyuki bergonggong? Adakah Miyuki anjing yang pandai berkata-kata?

Oktober 20, 2004 9:40 PG

 
Blogger Unknown said...

pertama kali memberi komen walau dah byk kali datang sini.. err... eko sungguh lawak la jang... err.. jemput ke rumah den...

Oktober 20, 2004 10:53 PG

 
Blogger sinaganaga said...

RIMAU TANYA:
Miyuki bergonggong? Adakah Miyuki anjing yang pandai berkata-kata?

NAGA JAWAB:
Ya ya, macam anjing bonsai yang manja. Yang kau akan kata EeeeEEeeee apabila ia cuba nak melompat ke dalam riba.

Oktober 20, 2004 5:08 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home