"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Oktober 2004

Lagu-lagu Sedih yang Kita Suka

Aku berkehendakkan sangat teks di dalam VCD Rimau tu. Rimau kata "Ambillah!"

Bahawasanya aku telah rabun amat. Sungguh! Atau teks itu yang cenonet sangat kot, ntah?

Aku ambil sebahagian. Sebahagian yang jelas (pada mata aku) sahaja. Dan untuk sebahagian lagi - aku tambah-tambah dengan ayat-ayat 'syok sendiri'.

Kemudian, aku berkehendakkan runut bunyi tanpa tajuk di dalam VCD yang sama pula. Rimau kata "Ambillah apa sahaja yang kau mahu! Harta ataupun nyawa... (part belakang ni aku sengaja tambah supaya kelihatan dramatik)."

Aku namakan runut bunyi bagaikan metafora cinta terlarang itu ... aaa... "Lagu-lagu Sedih yang Kita Suka!"

Dan segalanya bermula di sini...

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home