"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Oktober 2004

Are you Ramones, sir? (suatu fonologi)

Aku belajar satu. Bagi sistem fonetik romaji Jepun, huruf konsonan "n" boleh 'berdiri dengan sendiri' (walaupun tidak digandingkan dengan huruf vokal) dan membawa bunyi "nG".

Mari kita bersama-sama perhatikan perbualan (sebuah drama berat) di bawah:

"Anooo... kocha (teh Ceylon), onegai-shimasu!"

"RemonG sir?"

"Hah, RemonG?? Ramones??? No no, am not!"

"RemonGGG sir???? This this, re... monGGGG...!!!"

"Oh! Lemon!! Cakaplah lemon.... RemonG, remonGGGG... manalah aku tahu!"

NOTA KAKI BANGKU: Rupanya pelayan tu tanya, nak letak hirisan limau tak di dalam teh 'o' aku tu?

Aku belajar dua. Lidah Jepun tu pendek. Tak boleh nak sebut huruf "L".

10 Comments:

Blogger red said...

macam mamat tu bilang...
"sekarang orang canggih, internet pun pakai WIFI..."

mamat sorang nie pulak, menjawab,
"Wife I?" "Ada kat rumah?!"

...sheeesshh...

Oktober 28, 2004 1:41 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Eh red you pun orang Singapura juga? You nak 'bilang' apa tuh?

Oktober 28, 2004 2:27 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

mereka juga susah nak sebut 'R' bukan?? berehat jadi belehat...karangan jadi kalangan....hahahaha

Oktober 28, 2004 4:20 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

tu jepun yang saya jumpa la (yg boleh cakap melayu)...sebut R jadi L...tapi Jepun si naga-naga tak bleh sebut L la plak?...

Oktober 28, 2004 4:25 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Banyak yang mereka susah nak sebut. eg.: r, l, hu, etc!
Kawan aku (Oki_san) nyanyi: Lon't ler me lown!!! Aku ketawakan dia. Sampah sudah dia kata aku anti Lock n Loll! muerekekekekekee...

Oktober 28, 2004 4:50 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

hahaha..mmg patut digelakkan...:).Yg si Jepun saya kenal ni plak, eja belacan jadik belacang & sebut burung jadik burun.hancussss tul...hihiihihi

Oktober 29, 2004 8:20 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

November 01, 2004 4:51 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ko selalu cerita jepun. tak taulah sama ada ko dah tau ke belum, dlm GJ ada 2 orang yg pernah belajar kat jepun.. http://www.livejournal.com/users/napang dan http://bluehikari.com (yg ni dah pencen blogging..)

spyz

November 01, 2004 4:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Aku tak belajar kat universiti di Jepun. Aku jalan-jalan kat dalam kawasan universiti kat Jepun adalah!

November 01, 2004 6:27 PTG

 
Blogger StingRay said...

potong kaparrrraaaaaa!

Februari 17, 2011 1:53 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home