"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

26 Oktober 2004

Cawan 'sake'

Aku memilih satu. Cawan 'sake' yang putih bersih. Cuma dihiasi dengan garis halus bertinta emas.

"Kau ni 'simple' sangatlah Ryuu (bunyi english: duke)!" Kata Misako, ketua unit Asia/Pacific Ocean Co-Publication (ACP, ACCU, UNESCO) yang duduk berlipat kaki di sebelah.

NOTA KAKI BANGKU: Ini cara 'boss' Jepun aku menilai hati budi para tetamu. Dulang berisi cawan-cawan 'sake' ini akan diedarkan berkeliling semasa 'kampai party'. Tidak kiralah jika kemudiannya akan terisi 'sake' atau air sejuk. Dan kemudian, beliau akan berlagak seperti ahli nujum Pak Belalang; memberitahu yang si polan itu begini begitu begini begitu!

Aku? Dia malas dah nak tilik aku...

3 Comments:

Blogger Tok Rimau said...

Jepun memang halus tentang ritualnya seperti tea ceremony. Mereka membaca apa yg tersirat.

Nenek aku pun begitu. Dia baca apa yg tersirat dari dulang-dulang hantaran. Sehingga tidak memakan sireh dari tepak pun boleh jadi isu.

Oktober 27, 2004 11:57 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Joe,
Biar melambak, jangan selambak! Kawan aku dah kena flirt dengan yang selambak!! muerekekekekekeeee... Ayok lu!

Oktober 28, 2004 8:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Rimau,
Kau tak makan sireh tu ya?

Oktober 28, 2004 4:53 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home