"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Mac 2009

Bebeh, gua demam!

Aaa... ada siapa-siapa yang mahu jadi baby-sitter kepada gua tak?

29 Mac 2009

Tanya Matahari kepada Bulan pada hari Bumi bergelap

Engkaukah itu
yang meminjam cahaya;
jadi teman di malam yang sepi?

[Beberapa jam sebelum Earth Hour
dan pada momen Wani Ardy membacakan sajak-sajaknya.]
Tinggalkan 2 Lauk untuk Perempuan Simpanan itu
Silverfishbooks
Bangsar
28 Mac 2009


Image Hosted by ImageShack.us
Asam Supali dan Wani Ardy

# # #

Vovin. Aku. Azzam Supardi. Di Jalan Telawi, Bangsar. Azzam Supardi minum teh tarik. Aku minum koko panas. Vovin? Ya, Vovin tak minum. Dia hisap rokok sajalah.

Kami didatangi oleh dua orang gadis (gadis Filipina aku rasa). Yang seorang bermain gitar. Dan. Yang seorang lagi bernyanyi.

Aku. Azzam Supardi. Vovin. Di Jalan Telawi, Bangsar. Vovin bagi dua ringgit. Azzam Supardi bagi dua ringgit. Aku? Ya, aku tak bagi. Aku hisap rokok sajalah.

Ya! Masa tu dunia masih terang walaupun hari sudah gelap.

# # #

Aku. Dan. Beberapa orang kawan. Sedang minum-minum (minum lagi?) di Jalan Telawi, Bangsar.

Kejap-kejap aku kerling jam, kejap-kejap aku kerling jam. Sufian Abas sedang memetik gitar. Tapi, dia tak menyanyi. Dan, tajuk lagu pun dia tak mahu beritahu. Ha ha. Dalam hati, aku berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku! Minta-minta janganlah kedai makan ni totop lampu... aku dahlah rabun... kalau gelap ni kang, lagilah tak nampak apa... biji limau punyalah banyak di dalam limau ais aku ni, weh!!!!"

Ya! Masa tu dunia masih terang walaupun hari sudah gelap; kat Bangsar tak totop lampu pun, dek! Ha ha.

25 Mac 2009

Menjelang PRU13: Bagaikan puteri

Kelisa membrek. Ngam-ngam di hadapan Kak Pinoi yang sedang menjemur pakaian dalam di ampaian. Pintu Kelisa berkeriut. Sepiah Bermata Smokey keluar menggugu.

"Laaa... Kenapa ni Piah? Kau kalah bertanding ke? Atau... abang JJ kau kalah bertanding ke?" tanya Kak Pinoi.

"Taaak!" jawab Sepiah Bermata Smokey. Menggugu.

"Habis tuuu?" tanya KaK Pinoi.

"Semua orang pakai tudung warna merah teluki, kaaak... hik hik.... I seorang saja yang pakai tudung warna biru remia... hik hik.... Malu I, kaaak! Maluuu!" jawab Sepiah Bermata Smokey. Menggugu.

"Laaaaaaaaaaaaaaaaaa...." kata Kak Pinoi, pendek, tapi panjaaaaang.

Label:

21 Mac 2009

Balada seorang *office boy

Jimi Mahmud adalah seorang *Budak Pejabat.

Pada suatu hari yang indah, ketika Jimi Mahmud sedang kandung surat itu ini itu ini, dia telah menerima sepucuk surat panggilan temuduga yang tertera perkataan Urusan Seri Paduka Baginda pada bahagian luar sampulnya.

“Bertuahlah kau, Jimi!” Kata Kak Pinoi, di kubikel Jabatan Pemetaan di Jalan Gurney, yang peratusannya adalah ketukketakketukketak bunyi taipan 55 p.s.m. “Kalau dapat kerja tu nanti… belanja akak makan Kenteki tau!”

Jimi Mahmud menyandarkan belakang badannya ke kerusi. Bibirnya sarat dengan senyuman. Surat-surat dibiarkan tidak berkandung buat seketika. Pen di tangannya mengetuk-ngetuk di antara dua baris gigi-giginya yang putih dan besar itu. Segera Jimi Mahmud mengkhayalkan - dia bernektai di dalam sebuah pejabat besar yang berhambal tebal, dilengkapi pula dengan penyaman udara, meja besar sedepa setengah, kerusi empuk, intercom, dua tiga orang staf bawahan; kalau bermesyuarat – secawan teh dan dua potong kuih berlainan jenis, kalau mesyuarat itu berlanjutan sehingga melewati ke tengah hari – ada makan nasi dan minum air sirap, wahhh!

Untuk itu, bagi memenuhi fungsi tugas baharunya kelak, Jimi Mahmud bercadang hendak meminjam kejap majalah-majalah hiasan dalaman daripada Nan Kompang, pelukis peta dan juga merupakan pengurus dan jurulatih kepada Pasukan Bola Jaring di Jabatan Pemetaan itu untuk dibuat rujukan. Ya, Nan Kompang memang suka menghias rumah. Hiasan dalaman di rumahnya macam rumah perempuan! Beropol-ropol!

“Apa kata kalau kita upgrade sedikit Bilik Mesyuarat Lembaga ni, Jimi!” Cadang Datuk Ketua Pengarah.

“Saya tak ada apa-apa halangan, Datuk! Kalau mesyuarat meluluskan… aaaa… saya akan uruskan kerja-kerja renovation-nya dengan secepat mungkin!” Kata Jimi Mahmud.

Bangga sungguh Jimi Mahmud. Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan di situ dan kontraktor-kontraktor yang dilantik memang percayakan ‘air tangan’ Jimi Mahmud. Kalau bab-bab pengubahsuaian bilik ni Jimi Mahmud memang champion-lah! Kalau Jimi Mahmud kata, “Kali ni… tingkap, kita nak design macam tingkap masjid sikit…”, semua orang akan kata, “Canteeeeekkkk!”

# # #

“Hello! Kak Pinoi ke tu?”

“HelloooOOooo! Jimi ek? Amacam kerja kat tempat baharu?”

“Aaa… saya rasa macam sama je kerja saya dulu dengan sekarang… dok kerja kandung surat dan cari fail je ni…”

“Hahhh? Takkanlah samaaa…! Eh, dulu tu… aaa… Jimi apply kerja apa ek?”

“*Penyelenggara Pejabat!”

Kak Pinoi tersedak. Serdak kuih bahulu bersepai keluar dari mulutnya. Cepat-cepat Kak Pinoi menolak rimah-rimah bahulu yang masih melekat pada bibirnya ke dalam mulut.

‘Jimiii, Jimi!’

FIN

*Kini, nama jawatan-jawatan tersebut - Pembantu Am Rendah.

17 Mac 2009

Aku memilih untuk tidak memilih

Jimi Mahmud sudah fed up! Jimi Mahmud memilih untuk tidak memilih.

Manisah membebel-bebel. Nak pilih Barisan Nasionalkah, nak pilih Pakatan Rakyatkah, terserah! Pokoknya, Jimi Mahmud harus memilih satu di antara dua. Sebabnya, itu tanggungjawab Jimi Mahmud sebagai rakyat, kerana rakyatlah yang berhak untuk memilih para pemimpin mereka. Pokoknya, Jimi Mahmud harus memilih satu di antara dua. Nak pilih Barisan Nasionalkah, nak pilih Pakatan Rakyatkah, terserah! Manisah membebel-bebel.

Jimi Mahmud membetul-betulkan rambut afronya yang penyek ditiup angin. Jimi Mahmud kata, “Memetik kata-kata Adam Kasturi, si penyair kurus melidi tetapi kacak yang digilai oleh perempuan-perempuan banyak itu, Aku rasa dunia ni ada hutang dengan aku!” Jimi Mahmud kata lagi, kalau pilih Barisan Nasional pun gua tak jadi apa, kalau pilih Pakatan Rakyat pun gua tak jadi apa. Gua tetap macam ni sajalah... semakin hilang jatidiri, semakin merempat di negara sendiri. Kemudian, Jimi Mahmud mengosok-gosok perutnya yang sedikit gendut, ‘Tak apa, suatu hari nanti Adam Kasturi pun akan gendut juga, ha ha ha,‘ katanya dalam hati.

“Tetapi, lu kena memilih satu antara dua juga!”

“Tetapi, gua ada pilihan ketiga! Jadi, gua pilihlah pilihan ketiga tu! Tutup kes!”

Jimi Mahmud memilih untuk tidak memilih. Jimi Mahmud sudah fed up!

15 Mac 2009

Dari kamakamaleon ke belbelbel

[Menjelang private party Aku Pernah Jadi Rockers]

Ketika itu. Yip Poh Meng sedang memasukkan dua batang heater sekali gus ke dalam baldi - agar air cepat masak. Pada pautan giginya terdapat sebungkus mi segera berperisa asam laksa. Tanpa berbaju, dan cuma berkain pelikat, Yip Poh Meng kayak seorang Melayu berwajah Cina. Walhal, dia memang Cina.

Aku mahu keluar ke bandar, gua kata, kau mau kirim apa-apa tak?

Tohong behihan ahu kehet hobet pehan, Yip Poh Meng kata, sebungkus mi segera berperisa asam laksa masih pada pautan giginya.

KOMA

Gua keluar ke bandar. Naik bas nombor 123. Gua pergi ke Campbell. Gua angkat satu kaset cap tapak kaki hitam. Gua hulur tiga ringgit kepada nyonya Cina tu. Selepas gua pergi makan kat Beringin - gua balik semua ke Kampung Kongo.

KOMA

Ini bukan Robert Plant, Yip Poh Meng kata, ini Robert Palmer!!!!

KOMA

Malam tu. Yip Poh Meng paksa gua dengar lagu Robert Palmer. Gua rasa macam nak menangis.

Her methods are inscrutable
The proof is irrefutable, ooh-ooh-ooh-ooh-ooh-ooh-ooh
Shes so completely kissable, huh
Our lives are indivisible...

Simply irresistible
Simply irresistible...

14 Mac 2009

Dari kamakamaleon ke hati kama

[Menjelang private party Aku Pernah Jadi Rockers]

Masa tu. Rock sedang mati.

Di dalam banyak-banyak dorm, kat dorm Yip Poh Meng saja yang ada double deck cassette player, kat dorm lain tak ada.

Pada suatu hari, gua ada tape kosong, gua cadang nak suruh Yip Poh Meng dubbing apa-apa lagu yang best ke dalam tape tu. Yip Poh Meng kata, ok. Gua kata, gua nak pergi basuh baju dulu. Yip Poh Meng kata, lepas lu habis basuh baju - siap! Gua tanya, lu ada sabun basuh dengan berus sabut ke? Yip kata, cuba lu raba kat bawah locker! Semasa gua raba di bawah locker - Yip Poh Meng sudah pun memasukkan tape dia dengan tape kosong gua ke dalam double deck cassette player dia, tinggal nak tekan butang record saja lagi.

KOMA

Malam tu, semasa gua turun nak pergi prep, gua dan Yip Poh Meng asyik dok kamakamaleon kamakamaleon kamakamaleon sajalah.

Karma karma karma karma karma chameleon
You come and go
You come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red, gold and green
Red, gold and green


Ceh! 'Apa barang' gua dengan Yip Poh Meng ternyanyi kamakamaleon kamakamaleon kamakamaleon pula ni?

Rock sedang mati. Masa tu.

13 Mac 2009

Dulu-dulu bukan ada PPSMI pun

Dulu. Di ‘sekolah pandai’. Gua dan Ayis suka belajar English. Sebab teacher-teacher kami lawa dan seksi. Ha ha. Memulai dengan Set 4, kami mengakhiri pembelajaran bahasa Inggeris kami dengan Set 6. Oh ya, jangan bimbang, Set 6 bukanlah set tercorot kerana di bawah kami ada Set 7. Sebagai info, Ucin yang ternak landak (yang pernah keluar di Majalah 3 tu) adalah alumni Set 7. Ha ha.

Teacher Zuraida (kini, Prof. Dr. Zuraida Md Dom, UM): berambut wavy, berkulit cerah (or, if i may say, 'merah jambu, youuu!'), berpinggang kerengga, tinggi tak tinggi - rendah tak rendah - “ngam-ngam” bak kata Pipiyapong, ber-high heel. Apabila dia berjalan nak pergi ke kelas... pergh... lu boleh terlanggar fire extinguisher wo!

[Sorry teacher! Bukan I tak nak kapel dengan you... well, anggap sajalah kita dah tak ada jodoh! He he. <= Ini kalau Teacher Zuraida baca ni, ahaks, mampus gua kena langgar dengan kereta dia ni. NOTA: Teacher Zuraida masih lawa dan seksi macam dulu-dulu & dah straighten rambut, wo!]

Teacher Mrs Ho: berambut lurus panjang, berkulit kuning langsat, berbibir mulus, berkaca mata, pakai skirt atas sikit dari lutut, ber-high heel juga. Teacher Mrs Ho adalah teman fantasi gua ketika di dorm. Ha ha.

[Sorry teacher, I can't help myself-lah...! Ha ha.]

Teacher Mrs Nathan: Kalau lu duduk meja depan, kalau kena dengan angle-nya, dari celah sari yang terdedah lu boleh nampak ada benda macam berlapis-lapis dan berlipat-lipat dan segera lu tanam dalam hati, “Bila dah besar esok... gua nak kahwin dengan Teacher Zuraida!” Ha ha.

[Sorry teacher, I can't help myself-lah...! But, you ra still my favorite, seriously!]

Jadi, gua belajar English bersungguh-sungguh. Supaya gua dapat sambung belajar di United Kingdom. Untuk paper English 322 - gua dapat C3, pergh! Paper English 321? Gua tak ambil. Apa barang gua nak ambil paper Cambridge tu - dahlah mahal, bukan boleh lulus, ha ha.

KOMA

“Kalau are wa, sore wa, kore wa pun tak faham lagi... macam mana nak beli ikan nanti ni?” kata Razak Sensei.

“Alaa sensei... kalau nak beli ikan... watashi lukis gambar ikan sajalah nanti!” kata gua.

HA HA. Sensei Razak gelak. Gua pun gelak.

Image Hosted by ImageShack.us
Sinaganaga sedang beraksi. Foto oleh Vovin.

Image Hosted by ImageShack.us
Vovin sedang beraksi. Foto oleh Sinaganaga.

09 Mac 2009

Sidang Media GMP

Image Hosted by ImageShack.us
Kami bukan nak merusuh! Kami sebenarnya bertujuh [untuk menyerahkan memorandum anti-PPSMI kepada Pihak istana]. Pada masa tu saya ke mana, Pak Samad ke mana, yang lain-lain entah ke mana... [Kerana kami dibedil dengan gas pemedih mata.] Apapun, terima kasih kepada para penyokong!

Image Hosted by ImageShack.us
Kami bukan boneka! [Saya ada akal! Saya ada ilmu!] Penjajah pun tak suruh tok nenek kita guna bahasa Inggeris. Tetapi, ini tidaklah bermaksud kami anti bahasa Inggeris [Maaf cakap... bahasa Inggeris saya lebih baik daripada sesetengah menteri...]. Kami cuma mahu dasar pengajaran dan pembelajaran dikembalikan kepada yang asal (berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996). Itu sahaja!

Image Hosted by ImageShack.us
Panglima-panglima bahasa Melayu.

Image Hosted by ImageShack.us
Ikon-ikon GMP.

Image Hosted by ImageShack.us
Kak Ainon memperkatakan sesuatu kepada wartawan. [Wartawan TV9 di sebelah kanan sekali itu sungguh cun, ahaks!].

Baca teks lengkap memorandum anti-PPSMI yang diserahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong di blog Prof. Abdullah Hassan.

Baca 'Bukan sekadar PPSMI, tetapi soal kepimpinan' di blog Nobisha.

Baca 'Golongan bebal - baca surat ini!' di blog Puan Ainon.

07 Mac 2009

GMP dihujani gas pemedih mata

"Kita isi perut dulu! Selepas makan baru ada tenaga!" Saya beritahu Marsli N.O. Sebentar kemudian, Vovin menyertai kami.

KOMA

Hujan renyai-renyai. Kami di pintu hadapan Masjid Negara. Betul-betul di belakang pasukan FRU, sebenarnya. Orang banyak yang berhimpun sudah mula keluar. Pasukan FRU cuba menahan kemaraan mereka di jalanan (jalan di hadapan Dayabumi sehingga ke Jalan Maharajalela memang telah sedia dikosongkan oleh polis pada masa itu). Tolak menolak berlaku. Dan, inilah kali pertama saya melihat pasukan FRU kalah. Kalah teruk!

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Pakcik baju oren ni kena tangkap betul-betul di hadapan saya. SB yang tangkap pakcik ni dressing macam orang masjid, berjanggut panjang putih dan menudung kepala dengan sereban. Pakcik ni kena sumbat masuk ke dalam trak polis. "Hidup bahasa Melayuuuu!" kata dia dari dalam trak.

KOMA

Saya panjat tembok pembahagi jalan. Vovin pun panjat tembok pembahagi jalan juga. Kami ambil gambar. Orang membuak-buak di jalan raya. 10 ribu orang? Hampir 100 ribu orang pada hemat saya. Kenderaan-kenderaan membunyikan hon tanda sokongan.

Pasukan FRU 'menahan lukah' di hadapan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Orang ramai berarak dari Jalan Kinabalu dan membelok ke Jalan Kampung Attap. Pasukan FRU sudah pening kepala. Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Burung terbang dipipiskan lada! Hah!

Image Hosted by ImageShack.us

Ada orang panggil nama saya, "Lan! Lan! Lannnn!" Saya nampak Dato' Bahazain di celah-celah orang banyak dan melambai-lambai kepada saya. "Datooooo'! Marsli kat sebelah sanaaaa!" Semasa tu, saya rasa macam saya sedang melaporkan kepada ketua platun saya, "Kaptennnn! Marsli dah 'kenaaaaa'!" Ha ha. Selepas itu saya jerit kepada Marsli pula, "Marsss! Dato' Bahaaaaa!" sambil tunjuk-tunjuk dengan jari kepada Dato' Bahazain yang diapit oleh Dollah Abas dan Nordin Che Wan. Kedua-duanya adalah pesara DBP yang berwajah bengis.

Image Hosted by ImageShack.us
Di dalam kampit yang tergantung di leher Marsli N.O. ada tangkal kaki ayam hutan, agaknya. [Mars, saya bergurau.] Ha ha.

Dalam orang banyak membuak-buak itu, ada satu mamat, yang saya tak kenal siapa, panggil nama saya, "Abang Naga!!!" dan kami bersalaman. Saya tak sempat nak tanya nama dia siapa. Dalam hati saya kata, "Femes juga aku ni ek!"

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Orang melaut dari Jalan Kinabalu sehingga ke Jalan Syed Putra

KOMA

Filem Vovin habis. (Ini sahaja jurugambar yang saya ada pada masa tu. Kamera pula jenis kamera 'filem gulung'. Sekali snap - 36 frame 'terbang', alahai!) Saya sendiri dengan kamera poket, alahai!

Saya dan Vovin menyelusup ke Jalan Maharajalela. Kami singgah di 7-Eleven. Membeli filem gulung dan dua botol air mineral. Sepasukan lagi jentera berat FRU mengepung dari arah Jalan Maharajalela. Saya menelefon kepada Marsli, "FRU kat belakang kauuuu!" Kemudian saya dengar Marsli memberitahu orang lain, "FRU kat belakang! FRU kat belakang!!"

KOMA

Saya dan Vovin menyelusup dari Jalan Maharajalela ke Jalan Wisma Putra dan seterusnya menyelusup ke Jalan Istana. Kemudian saya menerima panggilan telefon dari Marsli, "Kami di hadapan Public Bankkkk! Dato' Baha dan kena! Dato' Baha dan kenaaaaa! FRU lepaskan gas pemedih mataaaa!"

Damn! Saya sepak angin. Di belakang saya, Vovin yang sedang mengkelek kamera 'filem gulung' dan mengepit payung. Ya, jurugambar saya bawa kamera 'filem gulung' dan payung. Jadi, kamu boleh bayangkanlah betapa berliku dan penuh onak durinya perjalanan kami. Ha ha.

Di jalan Belfield dan di Jalan Bellamy ada polis bermotosikal membuat rondaan. Dari jauh saya boleh dengar pasukan FRU menembak gas pemedih mata. Berdentum-dentam!

KOMA

Ini kali pertama saya melihat pasukan FRU menembak gas pemedih mata dengan begitu banyak sekali. Sebelum-sebelum ini tidak pernah sebanyak ini. Orang banyak ada yang lari. Tetapi, masih ada juga orang banyak yang cuba merapati Istana Negara. Pasukan FRU melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata lagi bagi menyekat gerombolan yang datang dari arah Jalan Syed Putra.

Saya dan Vovin ditahan oleh seorang SB berbangsa India yang dressing-nya macam pekerja IndahWater, "You press ka? Mana pas? Kalau ada pas... kasi pakai!" Saya mengelabah beruk. Tak tahu nak cakap apa. Saya seluk kocek belakang seluar; keluarkan beg duit. "Awak 'orang kita' ke?" SB tu tanya lagi. "Eh, tak! Saya orang DBP!" kata saya, sambil tunjuk pas entah apa pun saya tak tahu, entah lesen memandu, entah business card workshop Ah Hong. Dia syak saya SB sebab saya berambut pendek dan selepang beg kecil macam SB selalu-selalu selepang tu agaknya, he he.

Saya dan Vovin panjat bukit di hadapan Istana Negara. SB tak kacau. Sebab mereka ingat saya press. Kemudian, saya nampak Prof. Abdullah, Kak Ainon, Hasni dan seorang dua lagi yang berbaju Melayu berjalan merapati Istana Negara. Pasukan FRU masih melepaskan gas pemedih mata. Berdentum-dentam!

Ada banyak polis berpakaian biasa dengan lilit merah di lengan bergerak ke orang banyak untuk melakukan tangkapan. Saya jumpa jurugambar DBP, Jalil Kassim, di sini.

Image Hosted by ImageShack.us

KOMA

Image Hosted by ImageShack.us
Singa bahasa Melayu

Apabila keadaan sedikit reda, saya dan Vovin menyelusuri Jalan Syed Putra. Kami terserempak dengan Prof. Abdullah dan Kak Ainon dan Lokman (anak Haji Mazlan Al-Ameen). Kami dan beberapa saki baki orang banyak yang telah dilaporkan oleh berita TV3 malam tadi sebagai 'perusuh' kembali menuju ke Masjid Negara. Marsli? Marsli masih di Public Bank Kampung Attap. Cuci mata dengan air dari kolam air pancut, agaknya. Dato' Baha? Tak tahu di mana, entah-entah sedang muntah terbelahak dek gas pemedih mata jahanam tu.

Dalam perjalanan, saya mendapat berita, Masjid Negara kembali diserang dengan gas pemedih mata. Dan, semakin saya menghampiri Masjid Negara, saya rasa mata saya pedih dan muka saya pijar.

Dua pasukan FRU 'menahan lukah' di Jalan Kinabalu (di atas fly over dan berhampiran DayaBumi). Sepasukan lagi pasukan FRU 'menahan lukah' di tepi Masjid Negara. Prof. Abdullah ambil gambar FRU guna kamera telefon bimbit, "Ni saya nak tunjuk kepada Agong nanti!"

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Prof Abdullah

Image Hosted by ImageShack.us

Di hadapan Masjid Negara saya jumpa banyak orang Kampung Baru. Di hadapan Masjid Negara saya jumpa Encik Hamid Hashim, kerani kanan saya dulu. Di perkarangan Masjid Negara saya jumpa Hasni. Di perkarangan Masjid Negara saya jumpa Jimadie. Di dalam Masjid Negara saya jumpa Pak Samad Said. Damn! Baru sekarang saya berasa lapar. Dan, tiba-tiba hari pun hujanlah dengan selebat-lebatnya. Saya, Vovin, Marsli duduk berteduh di sebelah pegawai polis dan SB di bahagian belakang Masjid Negara.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Hasni

Image Hosted by ImageShack.us
Yang bertopi hitam - Jimadie

KOMA

Di kaca TV Hisam Husin kata hal ini melibatkan isu perkauman dan isu agama. Saya garu kepala, "Bila masa pulak isu ni jadi isu perkauman dan isu agama?" Kalau saya PM, saya pecat menteri-menteri yang bangang ini. Dan, saya fikir lagi, "Kalau wakil rakyat adalah mereka yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka (yakni, rakyat); membawa suara mereka (yakni, rakyat)... kenapa apabila wakil rakyat dan menteri-menteri ini dah 'sampai di level Parlimen' mereka pandai-pandai nak bercakap dengan suara mereka sendiri (yakni, tidak lagi mewakili suara rakyat)? Meminjam kata-kata Pak Samad, "Ya, persoalan ini selalu bermain-main dibenak saya!"

Ini sudah tak betul!

Ayuh! Kita mesti mendesak mereka agar meletak jawatan! Malaysia tidak memerlukan menteri-menteri yang bangang dan bongok!

Jahanam punya Melayu! (Kata saya sambil menghunus keris imaginari - serupa dengan keris yang Hisam pernah hunus tempoh hari.)

http://www.youtube.com/watch?v=pJn4xiLraqA
http://www.youtube.com/watch?v=e6ITstMtvhY
http://www.youtube.com/watch?v=Vzc2Zrj2rAc
http://www.youtube.com/watch?v=X97IK84vAXs
http://www.youtube.com/watch?v=hAWb6I0smMM
http://www.youtube.com/watch?v=zVW9t8PR_d0
http://www.youtube.com/watch?v=5G0AfvpiWAY
http://www.youtube.com/watch?v=1gfn6RCPOU4
http://www.youtube.com/watch?v=pucrk5znbhI
http://www.youtube.com/watch?v=ipQyT996fr4
http://www.youtube.com/watch?v=wjOk0B7tUyw

Selepas anda tonton klip video ni, cuba cerita kepada saya, berapa das tembakkan yang anda boleh dengar. 10? Lebihhhh!

Ya, saya mahu pergi ke pejabat, mahu selongkar gambar lama-lama. Kemeja T dengan cetakan gambar Pak Samad sudah ada. Sekarang, saya mahu cetak Kemeja T dengan gambar Dato' Hassan Ahmad pula.

Satu Hari Di Jalanraya, kata jurugambar saya.

04 Mac 2009

"Adek kena samak perut tu dengan air tanah tau!" Mak Teh kata

Aku. Hana. Berbual-bual. Tentang hidup di perantauan. Tentang makanan di sana. Tentang daging babi. Seperti yang kita maklum, daging babi memang haram untuk dimakan oleh orang Islam.

Hana kata, di United Kingdom, ada banyak makanan halal, tidak susah. Aku kata, di Jepun, kalau pandai cari, ada banyak makanan halal juga, tidaklah susah mana.

KOMA

"Eh, kau tahu tak macamana rasa burger MekDonal di Tokyo?" Aku tanya.

"Tak! So, macamana rasanya?" Hana jawab dan tanya.

"Sama saja rasanya dengan burger MekDonal di Malaysia!" Aku kata.

"Cilakakkkkkkkkkk! Ha ha!" Hana kata.

Aku. Hana. Berbual-bual. Tentang hidup di perantauan. Tentang makanan di sana. Tentang daging babi. Seperti yang kita maklum, daging babi memang haram untuk dimakan oleh orang Islam.

03 Mac 2009

Ole-ole Chef Nage

sinaganaga:
Ok, malam ni aku nak ajar kau buat kentang putar. Mula-mula rebus kentang. Kalau nak senang, kopek kulitnya dahulu, kemudian baru rebus. Rebus sampai empuk.

sinaganaga:
Weh! Dah empuk ke belum? BUZZ!

sinaganaga:
Sedang masak pun boleh tidur ke, weh?

hana_kirana:
Ha ha.

hana_kirana:
Nak rebus berapa lama? Macamana nak tahu dah empuk ke belum?
(Ini pertanyaan biasa perempuan yang jarang turun ke dapur tetapi selalu turun ke sungai untuk kumpulkan sample air sebagai kajiannya).

sinaganaga:
Kau cucuk kentang tu dengan garfu. Kalau sedap sedap ‘ja kau rasa masa kau cucuk kentang tu – hah, dah empuklah tu. So, kita anggaplah kentang tu dah empuk… Eh, berapa biji kentang kau rebus tadi? Aaa, katakanlah 3 biji kentang ya. Ok, sekarangkau toskan di dalam bekas.

hana_kirana:
Oooo, ok!

sinaganaga:
Kau tahu tak ‘tos’ tu apa benda?

hana_kirana:
Yang kena buangkan airnya tu kan?
(See, part-part air perempuan ni memang expert.)

sinaganaga:
Ya betul! Ok, sekarang lenyek kentang dengan garfu. Kemudian, bubuh 3 sudu mayonis. Dah? Laaa, tidur lagi ke ni? BUZZ!

hana_kirana:
Garam, gula tak payah letak ke?

sinaganaga:
(Kentang dah ada gula kat dalamnya - nak bubuh apa lagi, weh) Kejaplah! Ada benda paling penting yang perlu kau bubuh. Ok, lepas tu kau bubuh dalam 3 or 4 sudu BUTTER (masa kau bubuh butter ni, pergh, dia punya bau sudah ‘mari’, dekkkk!)

hana_kirana:
Ooo, ok! Adakah dijamin lebih sedap daripada mana-mana kentang putar??

sinaganaga:
WEH, MESTILAH SEDAPPPPPPPPPP DARIPADA MANA2 KENTANG PUTAR DI RESTORAN MAKANAN SEGERA! Selepas tu, kalau nak pedas - bubuh pepper sikit, bubuh garam sikit (sebab lidah kau lidah Asia-kan... lidah Asia suka pedas pedas.)

hana_kirana:
Hmmmm, interesting resepi kau ni. Daripada aku tak berapa minat nak cuba, terus rasa nak cuba.

sinaganaga:
Sosnya? Kau beli kat kedai yang ready made ‘ja.

hana_kirana:
Nak kena sos sos juga ke? Makan macam tu ’ja tak boleh?

sinaganaga:
Tak bubuh sos pun ok dah. Ikut suka lidah Asia kaulah!

hana_kirana:
Baik!

sinaganaga:
Part hiasannya pula. He he.

hana_kirana:
Ya Allah, nak hias hias juga ke?

sinaganaga:
BUBUH DUA HELAI (SAYA ULANGI, DUA HELAI SAHAJA) DAUN PUDINA DI ATAS GUMPALAN KENTANG PUTAR TERSEBUT. Nak kasi color ’ja ni (Coz, orang Jepun ‘makan dengan mata’, ya). Hahahahahhaaaa…

hana_kirana:
Ah, aku letak kelopak bunga mawar ‘ja. Colour juga!

sinaganaga:
Kalau nak mahal lagi bubuh bunga tulip ke, orkid ke. Hahahaha. So, itulah tadi resepinya puan-puan…

hana_kirana:
Ok, thanks banget!

sinaganaga:
KENTANG PUTAR BAUUUU DIA TAK HINGAT PUNYA!

hana_kirana:
Aku akan cuba pada hujung minggu nanti. Weekdays aku bz.

Sinaganaga:
Kalau kau nak kasi tambah kelakar - bubuh dua tiga hirisan bacon.

hana_kirana:
HA HA.

sinaganaga:
Ya puan puan, kalau anda tak makan babi, sila kaup dan ketepikan bacon tersebut.

hana_kirana:
Ok, nanti aku beli babi dan akan aku kaup dan ketepikan, ok?

Gambar-gambar ujikaji di blog Hana

Nota: Teks Drama YM ini telah diedit untuk siaran. Dan, jangan harap aku nak sediakan kentang putar ni semasa MASKARA.

02 Mac 2009

Momen di lobi sebuah hotel pada suatu hari yang sungguh imaginari

Aku dudukduduk di lobi sebuah hotel; sedang mengedit manuskrip Pipiyapong dengan pen mata bola berwarna merah, persis seperti cikgu-cikgu Sekolah Menengah Sains (menurut Pipiyapong, cikgu Sekolah Menengah Sains jarang ada pen mata bola berwarna merah sebab pada ketika kami menjadi pelajarnya - kami mengamalkan sistem tukartukar buku dengan kawan di sebelah, kau pangkah aku punya buku, aku pangkah kau punya buku, sebab kepandaian guru dan pelajar di sekolah berasrama penuh ini adalah setara, almaklumlahhhhh... kami bersekolah di sekolah pandai.).

Sesekali mata aku mengerling gadis kaunter yang wajahnya persis seperti worawari di taman asmaraloka.

Dan pada ketika sedang rancak mengerlingngerling itulah Syuhada tiba-tiba muncul entah dari mana dan berkatakata, “Apa lagi bang! Pergilah mengorat!” sebelum dia *plop* seperti selaluselalu.

Aku menanggalkan cermin mata, mengeluselus kumis, dan mendatangi kaunter di mana gadis itu sedang berada dengan gerakan bahu persis seperti seekor cheetah sedang berjalan.

“Ya enche! Boleh saya bantu?” kata gadis kaunter. Nama dia Mira. Aku tahu, sebab ada tandanama di dadanya.

“Errr... kat sini sejuklah! Kalau saya masuk ke bilik, pergi ambil selimut, dan bawa turun ke lobi... boleh tak?” kata aku.