"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 April 2008

Kami suruh Cik Daun bancuhkan teh sebab kami tak pandai bancuh teh

Cik Daun beritahu aku, Encik Awak cemburukan kau, Ge!

Aku beritahu Cik Daun, don't worry, itu lazim, sejak zaman berzaman lagi mamat RMC (sekolah Encik Awak) dengan mamat Alam Shah memang cemburukan mamat SMSS, ha ha.

Cik Daun tanya aku, kenapa?, sebab kau sekolah sains ke?

Aku jawab Cik Daun, tak!, sebab aweks Seri Puteri dan aweks TKC dan aweks STF ngorat kami tapi tak ngorat mereka, ha ha.

KOMA

Aku beritahu Cik Daun lagi, aaa... aku telefon kau ni bersebab... aaa... nak minta kau tolong bancuhkan teh nanti... soljahs tak pandai bancuh teh... panggang kambing kami pandailah!, HA HA.

...

NOTA KEPADA ENCIK AWAK: Selamat balik kampung, berhati-hati ketika memandu, wa akan suruh Yapong 'tengok-tengokkan' tunang lu sebab Yapong tak bahaya (aiseyman, Yapong mamat SEMSAS la pulakkkk... mamat sekolah sains juga tu.) ... aaa, kasi kami pinjam bekas air yang ada pili tu, al-maklum sajalah, Sindiket Sol-Jah ni miskin, mampu beli cerek dan extension wire 'ja baru.

28 April 2008

Pengantara BLOG yang fakap

Minggu lalu, Hashim wawancara A. Kadir Jasin, dan kata, “blog itu satu sindrom ‘ja!”

Semalam, Hashim wawancara Raja Petra, dan tanya, “tidakkah kerana Raja Petra menulis di blog maka pembaca akan percaya (kepada apa yang ditulis) dan negara akan hilang kestabilan?”

Raja Petra kata, wo, pemikiran Hashim macam komunis.

Hashim jawab, saya pun bloga juga.

HA HA.

Nyah ke tepilah Hashim! Nurul Alis lebih sesuai untuk jadi pengantara BLOG. Setidak-tidaknya, penonton-penonton lelaki bolehlah berfantasi macam-macam... Atau... Syed Munawar? Hey, kami suka Syed Munawar!

25 April 2008

Cock-a-roach

Di luar sana. Salji. Bagaikan debu-debu gandum. Yang lolos dari jaring pengayak.

Miyuki. Di dalam baju panas. Benang bulu kambing. Warna merah teluki. Dan. Di dalam jean. Fabrik stonewash. Warna biru kobalt. Sedang mencicip koko panas. Dari dalam mug. Warna putih polos. Yang separuh kosong. Yang pada tangkainya. Ada sedikit retak. Akibat terlepas. Ke dasar singki. Ketika aku membasuhnya. Tadi malam.

Srrrrrrrrrut!!!

Ahh! Lelaki manakah. Yang tidak akan. Berfantasi bukan-bukan….

Miyuki. Menyelit rambutnya. Yang terjurai. Ke belakang telinga. Kemudian.

“Nak mandi air panaslah!” kata Miyuki. Sambil letak mug. Di atas kotatsu.

Aku. Kalau sejuk-sejuk begini. Kulit jari mudah kecut. Dan. Mudah longkah dari kuku.

“Awww… sakit!” kata aku. Orang lelaki. Memang tak tahan sakit. Kata mak aku. Ha ha.

“Aaa… boleh masuk ke bilik air sekejap tak?” tanya Miyuki. Sambil sarung shower cap. Ke kepala.

Damn! Aku dah spray dah. Ta’kan lipas tu. Tak mati-mati lagi?

Di luar sana. Salji. Bagaikan debu-debu gandum. Yang lolos dari jaring pengayak.

23 April 2008

Makan pakai aku dah ada orang jaga

Dulu. Mak aku, Cik Teh, ada cakap. “Kalau dah kahwin ’sok, ‘makan pakai’ dah ada orang jagakan! Kawinlah, eh!”

Sehingga sekarang. Aku simpan kemas. Idea Cik Teh tu. Ha ha.

KOMA

Nordeen. Si bujang lagenda di syarikat D. Sedang menyumbat pakaian-pakaian kotor. Ke dalam beg plastik. Dan. Aku. Si lelaki yang pernah dibebel-bebelkan Cik Teh. Sedang membakar hujung rokok. Entah batang yang ke berapa entah.

Kami. Masih di syarikat D. Pada suatu petang.

“Berkemas-kemas, nak ke mana tu?”

“Nak hantar dobi!”

“Kalau kau ada tukang dobi yang boleh memasak, kan ke senang!”

“Ceh!”

21 April 2008

Congkak: Satu ulasan yang sungguh semi-teknikal

Aku rasa, ada dua tiga kali jugalah lengan Riezman Khuzaimi tersentuh buah dada Nanu Baharudin. Ha ha.

PENONTON:
Aku baru nak kunyah Twisties, apabila beberapa orang penonton perempuan terjerit-jerit, macam ada lipan dah merayap ke dalam vagina mereka. Lepas tu mereka terjerit-jerit lagi dan lagi dan lagi. Dan aku rasa nak bangun dari kerusi, nak pergi kepada mereka, dan nak kata, “Hoi! Aku tengah nak kunyah Twistieslah, weh!”

Masih ada mamat fakap yang jawab telefon di dalam panggung. Kalau seminit ‘ja lagi dia tak berhenti bercakap - memang aku pergi rampas telefon tu dan lemparkannya ke skrin.

LAKONAN:
Lakonan Riezman macam palat. Monotone. Tetapi, di hujung-hujung cerita – oklah sedikit. “Dah watak jantan monotone – gua berlakon monotone-lah!” Agaknyalah kata Riezman apabila ditanya pendapatnya oleh Melodi.

Lakonan Erin Malek lebih bagus daripada Erynne Erynna. Tunggu dia 'besar' sikit lagi. Ha ha.

Pelakon yang lain-lain ok.

Percayalah, Mak Mah akan berlakon jadi hantu sampai bila-bila. “Lisaaaaaaa… Lisaaaaaaa…” Eeeeiuuuoooo!

SELAIN ELEMEN SERAM
Penonton ketawa apabila tiba pada dialog Kasman, “…isteri saya dah terapung!!!!” dan “…tapi rumah tu saya beli dengan dokumen yang sah…” Jadi, filem ini juga dititipkan dengan elemen komedi.

Elemen kekeluargaan - anak perempuan nak lepak kat cyber cafe dengan kawan-kawan, mak bapa pula ajak pergi berkelah kat rumah berhantu, alahai!

PRODUKSI
Aku tak ada masalah dengan skrip, pembinaan watak, plot, lakon layar, arahan, kerja kamera, dan suntingan. Dah cerita hantu, ta’kan nak ada twist-lah, sudut kamera macam filem Cinta-lah, et cetera.

CINEMATOGRAFI
Ok. Aku tak ada masalah.

ARTISTIK
Ok. Aku tak ada masalah.

SET
Cantekkkk!

PENCAHAYAAN
Ok. Aku suka. Aku tak sempat nak tengok credit title (sebab dah nak terkencing). Tetapi, aku syak ini kerja Indera Che Muda.

ASAP
Ok. Aku suka. Asap kemenyan terbukti lebih ber-texture daripada asap yang dihasilkan oleh fog machine. Eh, ke mereka guna fog machine? Entah.

BUNYI
Ok. Aku suka. 3D. Synchronize dengan visual dan idea yang hendak dipaparkan. Tetapi, oleh kerana aku duduk di barisan tepi dinding, dekat dengan speaker – adakalanya sedikit bingitlah. Kalau ada banyak masa lagi – kalian boleh kasi detail lagi bunyi tu kan, kan, kan?

CGI
Ok. Aku tak ada masalah.

MAKE UP
Aku rasa, muka Mak Mah tak perlu disolek sehingga menutupi keseluruhan wajah asal. Cacing yang menjalar di muka tidak jelas kelihatan. Alangkah bagusnya jika ada satu dua close up shot untuk dipertontonkan watak cacing yang mengeliat-ngeliat di muka Opah tu.

Makcik yang duduk di perhentian bas di tepi kubur tu ada misai. Hah! Kasi cukurlah woi!!!

KESUDAHAN
Filem ni tak takut sangatlah. Aku suka Congkak daripada Jangan Pandang Belakang sebab ada Nanu Baharudin. “Yang, kenapa dengan you ni Yang? Yang? Yang?” kata aku, sambil goncang-goncang bahunya. Hish, kalau akulah yang berlakon dengan Nanu – lagi banyak kali aku terpegang buah dada dia agaknya, "Eh cut, eh cop cop, eh eh, eh sori... I terpegang!" HA HA.

18 April 2008

Aku mahu jadi bunga api

Image Hosted by ImageShack.us

16 April 2008

Mencari Tian Chua II

“Ni, ni, ni,” kata Kak Saripah Hasnor, sambil jari telunjuknya yang dempak mengetuk-ngetuk halaman suratkhabar Mingguan Malaysia yang tertera gambar orang tua berambut putih dengan komputer riba tu, “dalam rencana ni, Dokter Hir ada kata, percakapan orang Melayu lebih kesat dan kasar daripada percakapan orang Cina yang lebih bersopan dan berhemah dalam melepaskan geram,” Kak Saripah Hasnor menguis-nguis rerambut yang terkeluar daripada anak tudungnya, “akak nak tanya ni, kau jangan marah, ek… jadi, apa pandangan kau, Tian Chua?”

“Pertama, saya bukan Tian Chua, ek,” kata aku, sambil buat-buat muka meluat, “kedua, seingat-ingat sayalah, dulu, bekas Menteri Besar Melayu tu jugalah yang menghadiahkan penyapu kepada pengarah-pengarahnya!”

Aku. Meninggalkan Kak Saripah Hasnor. Semakin lama, Kak Saripah Hasnor semakin mengecil. Daripada pandangan mata. Aku.

“Tian Chuaaaaaaaaaa!” laung Kak Saripah Hasnor, “bekas Menteri Besar Melayu tu... Dokter Hir kan, kan, kannn?”

“Tian Chua tu Cina! Saya ni Hindustannn!” laung aku, kembali.

14 April 2008

Mencari Tian Chua

Pada suatu pagi hari ahad yang easy. Kak Saripah Hasnor menghadang-hadang perjalanan aku. Yang mahu ke restoran yang namanya seperti kemaluan wanita itu.

Ke kiri aku, ke kananlah dia. Ke kanan aku, ke kirilah dia. Ke kiri aku, ke kananlah dia.

"Op, op, op! Ni akak nak tanya sikit ni, kau jangan marah, ek!" Kata Kak Saripah Hasnor. Kedua-dua tangannya mendepang-depang. Bagaikan mak ayam sedang menjaga anak-anak ayam di belakangnya daripada dimakan musang. "Ni, ni, ni... Kak Musalmah Lebar kata kat akak... kau ni sebenarnya Tian Chua, betul ke?"

"Hissssh!" Kata aku. "Tian Chua tu Cina, saya ni... err... err... Hindustan!"

Dan dan, pipi Kak Saripah Hasnor membelon. Seperti ada udara panas yang sedang menggumam-gumam di dalamnya. Seketika kemudian, Kak Saripah Hasnor muntah!

Eeeeiiuuuu!

12 April 2008

Sinaganaga ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Aku. Sedang beli. Buku itu. Buku ini. Buku itu. Buku ini. Kopak jugalah dua ratus ringgit. Apabila bergema pengumuman, "aduhai pengunjung Pesta Buku yang dihormati sekalian, nanti, kita akan dapat menyaksikan tarian naga di pentas utama... bla bla bla... bla bla bla...."

Bila masa pula aku bersetuju untuk menari?

Damn!

10 April 2008

Romlah 1983

“Serius! Nama dia memang *Romlah!” Jawab Yah, adik Saipol, anak Wak Yaya, budak Sekolah Menengah Puteri Wilayah.

“Bukan Ramlah ke?” Tanya aku.

“ROMlahhhhhh! Aku tahulah, sebab aku satu sekolah dengan dia!” Jawab Yah, adik Saipol, anak Wak Yaya, budak Sekolah Menengah Puteri Wilayah. “Kenapa? Nak suruh aku hantarkan surat cinta ke?”

“Aaa, tak! Kau tolong hantarkan tepak sirih, boleh?” Tanya aku.

05 April 2008

Blogger dot kom dot dot dot

Mata aku masih kelat.

"Akak nak tanya sikit ni... kau janganlah marah," kata Kak Saripah Hasnor, sambil tangan menyenduk nasi lemak, aku kata daging, dia bubuh sotong, aku kata daginglah, aku mana makan sotong, dia senduk keluar sotong dan senduk masuk daging sambil bibir kata sorry, aku seluk dua tangan ke dalam saku jeans sambil buat-buat muka meluat, "akak tengokkkk kau niiii... pergi pagiiiii, balik malammmm... kendong beg hijau pergi mari pergi mari, kelek iPod pergi mari pergi mari... kau kerja apa sebenarnya?"

"Blogger!"

"Wo! Ok, nasi lemak hari ni akak belanja! Free!"

04 April 2008

Hari Jumaat yang kita suka

Image Hosted by ImageShack.us
Nida kata, dia dah ada dah t shirt Senam Seni tu, tapi saiz M, kalau tak muat berikan saja kepada Muhammad, "Katakan kepada Muhammad, t shirt ni 'mummy' yang bagi, ek!"

Mummy? Ha.

Bayan singgah, aku beri dia buku Hikayat Nakhoda Muda tu, "Wow! Enche Naga tampak handsome hari ni! Terima kasih kerana berikan saya buku... nanti saya upah 'buah yang lazat' kepada burung enggang, ek!"

Buah yang lazat? Ha ha.

Aku beri Jimadie, tiga keping gambar aku, untuk dia simpan di dalam dompetnya, "Macam ni yang kau katakan handsome?"

??? HA HA HA.

Adehhh... deh... deh... penat gelak dah ni weh... adehhh....

03 April 2008

Burung terbang kupipiskan lada

...

“Mengapa memilih untuk tinggal di ‘penjara’ (sangkar)? Marilah terbang bebas bersama-sama dengan saya!” Bayan.

"Mana mungkin enggang dengan pipit dapat terbang bersama-sama!” Aku.

"(Kalau) Bayan bersama-sama dengan Naga...?” Bayan.

"Errr... Tak boleh jugalah... Sebab, saya enggang! Bayan pipit!” Aku.

"Tapi, pipit yang ni comel tau!” Bayan.

...

Uwoop! Uwoop! (Bunyi kongkang pun boleh, bunyi burung hantu pun boleh ni. Ha ha.)

01 April 2008

Mencari Sufiah... err... Sufian!

“Aku dah e-mel!” Aku.

"Tak ada pun!" Jimadie.

"Ok, aku akan e-mel semula. Itu pun kalau gambar kau masih belum aku delete (dari dalam komputer)." Aku.

"Kenapa delete? Kenapa tak save? Bukankah kau ni gay (suka simpan gambar lelaki)?" Jimadie.

"Tapi, kau tak handsome!" Aku.

...

Uwoop! Uwoop!!