"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Mac 2005

Pesta Kanda

Image Hosted by ImageShack.us
Dulu.

Kalau musim bunga mahu beralih masuk ke musim panas, aku rajin ke Asakusa, Tokyo.

Bukan mahu bergambar-gambar dengan pagoda tujuh (sembilan?) tingkat. Bukan mahu memetik limau percuma dari pokok di perkarangan kuil. Bukan mahu melihat burung merpati bersiram di longkang kuil. Bukan juga mahu menikmati ais kepal biru merah kuning hijau di warong di sebelah tepi kuil.

Ada Pesta Kanda di Asakusa!

Ada beban berat bertan-tan matrik yang perlu dikandar oleh banyak orang. Bercampur. Lelaki dan perempuan. Berpusu-pusu. Bergasak-gasak. Mereka berlilit kepala dengan selendang putih kain kasa bertulis 'kanji'. Berpakaian cuma 'yukata'. Yang lelaki, kadang-kadang bercawat. Yang perempuan tidak.

Dan aku? Mengambil kesempatan. Menyelit di tengah-tengah amoi-amoi Jepun. Berpakaian 'yukata'. Bercawat tidak, alahai!

Sudahnya, berbekas lebam di bahu. Biru kehitaman. Dan berbekas lebam-lebam lain juga. Kemerah-merahan. Di peha. Oit! Siapa cubit hah???

Balik. Di dalam keretapi bawah tanah. Aku. Berbahasa isyarat. Dengan amoi-amoi Jepun yang berselisih bahu. Masing-masing menyelak 'yukata'. Memperlihatkan lebam-lebam di bahu.

Jarang aku mahu melihat lebam-lebam itu. Anak mata seakan terarah ke lain... adalah, ahaiii!

Dulu.

Pejabat aku 'hired' bomoh baru! Ini baru bomoh!

Aku mengendap. Dia. Berseorangan di dalam stor pejabat. Berdiri. Tangan kanan memegang tombol pintu kabinet. Tak lepas. Sambil mulut berkumat-kamit bagaikan sedang membaca jampi serapah. Antara dengar dengan tidak.

Sesekali matanya picing. Nafasnya tersangkut... lagi. Kembali dia menggeleng-geleng. Kepala. Ayat yang dibaca tidak cukup harakat. Barangkali mungkin. Entah!

"Oit! Kau buat apa ni...?" Aku.

"O-pocot! Oh, engkau... ingat siapa tadi. Aku tengah berlatih!" Dia.

"Berlatih halau hantu?" Aku.

"Tak. Berlatih akad nikah!" Dia.

Ha ha. Kawan aku berlatih akad nikah dengan tombol pintu kabinet di dalam stor pejabat!

"Hah! Cuba buat sekali lagi! Aku 'check' betul ke tidak..." Aku.

"Ok ok! Aku terima nikahnya si polan binti si polan..." Dia. Sambil pegang tombol pintu kabinet. Lagi.

Selamat Pengantin Baru kawan!

Strategi Pemasaran Gerilya...

"Habis! Laku! Aku dah dapat RM40!" Aku.

"Siapa jurubeli kau? Kau ada bakat untuk masuk 'apprentice'." Rimau.

"Spyz, Ahsuez, dan 'budak-budak' aku. Nak beli zine propaganda, kata mereka." Aku.

"Aku rasa aku dah wujudkan konsep bisnes yang baru. Aku namakan konsep ini Strategi Pemasaran Gerilya atau 'Terrorist Marketing Strategy'."

"Ya ya. Nama kau akan terpahat dalam lipatan sejarah. Nanti. Kau orang yang pertama pergi haji balik hari!"

30 Mac 2005

Zine PROPAGANDA

Image Hosted by ImageShack.us
Satu. Aku tertanya-tanya. Kenapa aku terima banyak sangat GT4? Rimau kata, sebab aku buat dua kerja dalam satu perkara. Ooo, begitu....

Dua. Nak jual kepada siapa? Nak beri kepada siapa? Aku bukan ada ramai peminat. Macam Mat Jan. Macam Rimau. Macam Rudi. Macam Spyz. Macam Yasmin. Macam entah siapa-siapa lagi entah... Aku pemalu. Amat! Rimau kata, aku boleh jual semua dan duitnya boleh buat belanja Aa tengok wayang.

Nasib. Spyz berkunjung. "Sepuluh minit sampai!" Katanya.

Aku beri satu. Dia minta lebih. Aku beri lebih. Dan dia hulur duit. Merah-merah. Aku beri lima. Termasuk yang satu percuma. Tanpa tandatangan. Tak sempat. Hujan rintik-rintik (kambing biri-biri?)

Yang lebih, aku simpan satu. AhsueZ dah order satu. Dan 'budak-budak' aku di syarikat D beli tiga.

"Wa dengar lu ada jual Zine Propaganda? Jual kat wa satu!"

Azhar beli dua. Satu untuk awek (yang diberitahunya - 'hanya kawan'). Dan Antu beli satu. Antu baca Zine Propaganda sambil dengar lagu entah apa-apa entah...

Aku belajar banyak: SATU Kugiran CROMOX (hai Sam! hai Chet!!) tak perlu promosi melampau - album tetap dapat dijual. Laku! DUA Sam pemalu orangnya. Tapi dengan tunjuk ajar dari orang lain, kini, dia dah pandai turunkan tandatangan di kulit album dan kata "Hai!". TIGA ada insan yang melihat GT sebagai Zine PROPAGANDA. Ha ha!

28 Mac 2005

One breast bouncing...

"Kau ajar aku buat blog, Bro!"

"Ok."

"Apa nama blog kau?"

"Cancer Survivor?"

"Tak bestlah... lain!"

"Aku nak something yang macam.. ermmm... aaaa... 'One Leg Kicking!"

"How 'bout 'Healthy Breasts Bouncing'?

"Ok Bro... how 'bout 'One Breast Bouncing'?"

Ha ha. Kami ketawa bersungguh.

So, selamat melayari suara hati 'dia':
http://onebreastbouncing.blogspot.com

25 Mac 2005

Kanina...

Jangan ambil apa-apa kecuali kenangan. Jangan tinggalkan apa-apa kecuali tapak kasut.

Abang Mat marah-marah. Sebabnya? Dia ditahan penguatkuasa.

"Kanina... Kanina...!"

Hari itu. Abang Mat ke hutan. Saja. Berekreasi. Dia menebang buluh. Sebatang. Yang paling kecil. Untuk dibuat joran mengail. Barangkali. Dan dia kena tahan. Kena marah.

Ya ya, di dalam hutan simpan memang tak boleh menebang pokok dan membuang sampah.

"Tapi, 'kanina...' tu tebang balak boleh?" Abang Mat.

23 Mac 2005

Apabila bangsa nombor satu merungut

Dia berbangsa nombor satu. Merungut. Via SMS.

"Mula-mula babi. Kemudian anjing. Nanti tak tahu bintang apa pula lagi... Bangsa nombor dua itu memang celaka. Babi." Dia.

"Bangsa nombor satu patut berniaga macam-macam. Dari dulu lagi. Sosej. Tauhu. Mi. Ikan Selar. Baju kodi. Nombor ekor. Todi. Bir." Aku.

"Oh, aku baru tahu... Bangsa nombor satu kalau berniaga todi - halal eh? Tapi bahan mentah (untuk membuat todi) pun bangsa nombor dua yang bekalkan." Dia.

"Ok. Bangsa nombor satu patut berniaga bahan mentah juga. Kulit popia. Ibu roti (ragi). Spirit. Kertas reja." Aku.

Aku? Aku tak reti berniaga. Kira duit persatuan pun asyik salah-salah, alahai!

21 Mac 2005

Berkelah di Togamura

Dulu. Kalau berkelah, kami ke Togamura.

Bapa Miyuki akan mengempang anak sungai air batu dengan batu-batu sungai. Ikan-ikan akan terkepung. Dan tugas aku ialah untuk menangkap ikan-ikan yang terempang. Dengan tangan.

Kalau di tangan Miyuki, seekor ikan pun akan menjadi begitu susah untuk ditangkap, alahai!

"Oit Labu! Tak usahlah sampai angkat-angkat batu sungai tu untuk tangkap ikan-ikan!!!" Bapa Miyuki.

"Laa... ingatkan suruh bagi 'clear' satu sungai?" Aku.

Ikan-ikan itu kami buang perut. Kami cucuk dengan ranting. Di panggang. Tanpa bersira garam dan kunyit. Apalah sedapnya, aduhai!

"Itulah cara untuk mengekalkan rasa ikan sebenar." Mak Miyuki.

Dan kemudian, Mak Miyuki akan mengetuk-getuk belakang ikan. Dengan 'chopstick'. Dipatahkan kepala ikan. Ke kiri ke kanan. Di cabut. Lerai dengan tulang-temulangnya sekali.

Ikan 'AYU' kah ini BlueHikari?

16 Mac 2005

Bila rindu kau lihatlah potretku

BUAYA DARAT
Image Hosted by ImageShack.us
Ini bukan potretku. Ini potret orang lain. Harap maaf!

GASSHOO TSUKURI
Image Hosted by ImageShack.us
'Gasshoo Tsukuri' yang mencecah usia 200 tahun ini diwarisi turun-temurun oleh keluarga Samurai. Atapnya yang diperbuat dari jerami padi dapat berfungsi sebagai penebat suhu. Selalunya, kami tidur di loteng. Dan berangan-angan menjadi seperti Samurai baru balik perang.

ASEAN JUNIOR FRIENDSHIP PROGRAMME
Image Hosted by ImageShack.us
Program untuk 'young adult' sekitar usia 13 - 16 tahun. Yang dikendalikan oleh sekumpulan fasilitator berpengalaman dalam hubungan antarabangsa. GAMBAR: Naga dan dayang-dayang di hadapan sebuah sekolah untuk anak-anak orang asli Thailand di Doi Poi, utara Thailand.

Dan aku tahu betapa susahnya menjaga empat orang anak perempuan.

Beza anak lelaki dengan anak perempuan: Anak lelaki, kalau shopping, beli untuk diri sendiri sahajalah. Anak perempuan, kalau shopping, beli tie untuk papa + beli songket Siam untuk mama + beli lampu tidur untuk Alia + beli baju bola untuk Aiman + anak kucing kat pasar malam pun dia nak bawak balik ke Malaysia... Dan aku? Aku jadi tukang tawar-menawar.

TUGU
Image Hosted by ImageShack.us
Lama berdiri seperti tugu, lama-lama terasa seperti tugu jugalah, aduhai!

14 Mac 2005

Dengar! Dengar! Aduhai peminat!

Kepada peminat sekelian,
Harap bersabar! Bukan rajuk yang panjang... Saya akan berpindah pejabat. Tak sampai sepelaung, jauhnya. Jadi, segala wayar-wayar antarapukat pejabat lama akan dicabut-cabut untuk dibawa ke pejabat baru.

Hal ini tentu sahajalah akan mengundang rindu dendam yang teramat sangat. Pesan saya (kepada peminat-peminat): Jangan mati beragan! Saya pergi tak lama. Akan kembali secepat mungkin. Doakan.

Salam pantai timur... aaaa, maksud saya, salam rindu buat semua, salam kasih buat yang teristimewa!

SAYA

Boss aku minat Donald Trump

Dia tengok siri The Apprentice. Dia berangan nak jadi macam Donald Trump. Marah sana marah sini. Ugut "ya'ra fired!" sana "ya'ra fired!" sini.

Kami buat tak tahu saja. Walaupun hati 'bengkek'. Kami cuma bayangkan Donald Duck yang sedang bercakap 'entah apa apa entah' sajalah!

Kuekkk kuekk here kuuuekkk kuekk kueeeekkkkkkk there! Kuekk Kuekkkk kuek...!!

Ka-Boom!!!!

12 Mac 2005

Magis emak Miyuki

Dulu. Emak Miyuki tegakkan ikan panggang. Di atas piring. Di ketuk-ketuknya. Belakang ikan. Dengan 'chopstick'. Diputar-putarnya kepala ikan. Dicabutnya. Lerai. Dengan tulang-tulang badannya sekali mengikut. Tinggal isinya sahaja. Di atas piring. Dulu.

"Fuyoo! Mama ada magislah!" Aku.

"Itu baru sikit sahaja yang kamu tengok. Ada banyak lagi tau, Labu!" Mak Miyuki.

"Hai! Saya dah balik. Kamu berdua sedang buat apa tu?" Miyuki.

"Kami tengah main magis-magislah." Aku.

Sekarang. Aku cuba ketuk-ketuk juga. Belakang ikan kembong goreng. Beli di restoran Kancil. Dengan sudu. Aku putar-putarkan kepala ikan juga. Lerai. Kepala ikan. Cuma. Tanpa tulang-tulang badannya yang sekali mengikut. Sekarang.

Aku tiada magis. Macam emak Miyuki, alahai!

09 Mac 2005

Perang harga?

Oit! Dunhill dan Pall Mall turun harga. Dari empat ringgit tujuh puluh sen kepada empat ringgit lima puluh sen. Kurang dua puluh sen. Untuk sekotak empat belas batang.

Kenapa? Entah. Strategi pemasaran, barangkali! Mungkin pengilang-pengilang rokok mahu mengikut pola pemasaran atau perang harga syarikat-syarikat telefon selular kot, ntah!

Mungkin iklan rokok, nanti, akan ditulis begini:
RANGKAIAN CIRI HEBAT TAMBAHAN PERCUMA.
Bertukarlah ke Dunhill empat belas untuk menikmati rangkaian ciri hebat tambahan tanpa caj tersembunyi. Penjimatan sehingga dua puluh sen.

ATAU

Harga kami cuma dua ringgit lima puluh sen untuk tujuh batang rokok berpenapis dan tujuh batang lagi tanpa berpenapis. Dapatkan tujuh lagi penapis tersebut dengan harga dua ringgit di pam-pam minyak yang berdekatan.
TIBA MASANYA UNTUK BERTUKAR.

Oit! Kalau inilah senarionya, ada kemungkinan, nanti, rokok akan hanya berharga lima puluh sen sahaja untuk sekotak empat belas batang.

NOTA KAKI BANGKU: Semalam, Spyz hisap rokok kotak besar. EeeeeiiiiuuuUUuuoooo...

08 Mac 2005

Naga selsema

Maaf! Aku selsema teruk hari ini.

Membonceng motorsikal Spyz. Tadi. Petang. Pakai topi keledar tutup penuh. Aku perasan macam anggota kumpulan MAT. Hiashhhhhhhhhhzzz!!!!

"Berat! Macam bawa Ultraman..." Kata Spyz. Dalam hati. Mungkin.

Dan Spyz selalu sangat 'break emergency'! Dia perasan tengah bawa awek bersiar-siar. Kot. Ntah!

07 Mac 2005

SEPET: Babak-babak yang aku suka

NOTA KAKI BANGKU: Pada aku, untuk buat filem, kau kena berlebih-lebih. Melampau. Tak mengapa! Kalau kau buat filem untuk babak orang bergaduh serupa macam India laki bini yang bergaduh di depan rumah kau - itu bukan filem, itu memang India laki bini bergaduh di depan rumah kau. Kau kena berlebih-lebihan sikit adegan itu supaya penonton tahu yang kau tu buat filem.

"Aciiii! Jangan gado laa malam-malam. Kasi stop laa. Esok Aci sambung gado okay...!"

SATU. Babak cinta pandang pertama Jason dan Orked di pasar siang. Muzik latar 'fade off' dan kembali normal apabila kawan Orked petik jari.

DUA. Babak Orked letak anak patung zirafah di atas mukanya. Dan kata "see! berbakatnya aku...".

TIGA. Babak Orked selit sikat kat celah dada. Part ini jiwa aku jadi kacau. Nak tengok sikat ke nak tengok Orked... ke nak dengar apa dialog yang Orked cakap. Lepas tu aku tertoleh sedikit ke belakang. Check. Takut-takut kalau Yasmin ada duduk kat kerusi belakang aku. Dan sergah aku. Atau pramugari yang selit pen di kolar baju tu ada. Dan kata "Encik ni nakallah!"

Dan kalau Yasmin boleh 'shoot' dari mula hingga habis dalam satu nafas, babak ni, tanpa 'cut', tanpa edit - aku tabik 'spring'! Tapi, Yasmin tak buat... sayang.

EMPAT. Babak Pak Orked dan Mak Orked menari tango. Masa ni pun fikiran aku jadi kacau. Soalan: Pak Orked 'kena loteri' malam tu. Ermmm... ta'kan Yam tak pernah beli 'nombor'? Ta'kan dia tak kena-kena? Ha ha.

LIMA: Babak Yam (orang gaji) bertutur dalam bahasa Inggeris dengan Orked (semasa Orked nak pergi 'airport').

ENAM. Babak Keong kena kejar dengan samseng. Nampak macam senang nak buat, tapi susah! Percayalah!

TUJUH. Babak Keong seluk seluar hospital selepas berbincang tentang '...wet sarong'. Ada pengaruh Tornatore di sini. 'Part' seluk seluar hospital.

LAPAN. Babak air mata Mak Orked mengalir deras semasa Orked baca surat Jason. Aku bukan suka babaknya. Aku suka Ida Nerina. Masa part ni. Mata dia macam pili air. Boleh buka tutup buka tutup.

SEMBILAN. Babak Yam dan Mak Orked tengok cerita Cina di kaca TV. Perhatikan pada tangan mereka. Masing-masing memegang 'remote control' seorang satu.

SEPULUH. Babak tepi tasik. Di ambil dari sudut belakang. Aku dah pernah tengok sudut/idea yang hampir serupa di dalam RABUN. Babak dalam kereta tak bergerak. Kau cuma boleh dengar dialog saja. Tapi kau tahu yang ada peran tengah bercakap-cakap dalam kereta tak bergerak tu.

BABAK BONUS. Babak Yam sikat rambut Mak Orked sikat rambut Orked sikat rambut Pak Orked yang tak ada rambut.

Berlebih-lebih. Tapi, itu yang aku suka. Apabila bercakap tentang filem.

06 Mac 2005

SEPET: Bukan cinta pandang pertama aku...

Aku masuk lewat lima minit. Pergi KENCH!!! Terlebih dahulu.

Tak. Sebenarnya berkira-kira untuk menonton pada waktu tayangan jam sebelas malam. Tapi, untuk waktu tayangan jam sembilan sepuluh masih berbaki dua 'seat'. Aku beli. Tak apalah kalaupun SEPET sudah bermula lima minit.

Duduk-duduk, Yam sudah memesan itu ini itu ini, di muka pagar.

RABUN 'cinta pandang pertama' aku. Bukan SEPET. Sebab SEPET datang kemudian. Dan aku masih bercinta tak terlerai dengan RABUN. Sungguh! Bukannya aku ini jenis yang setia sangat... tapi, itulah hakikat, itu yang aku rasa.

"...Takeshi KANINA(bu?)???" Ha ha... Mana kau (Yasmin) dapat 'text' ni? Ha ha...

Keluar panggung, aku dan Aa bertekak. Tentang 'ending' SEPET.

"Jason kemalangan (pendapat Aa - Jason mati! Sebab ada banyak darah), Orked telefon Jason, tapi Orked dapat bercakap-cakap dengan Jason lagi...???"

Aku kata kepada Aa, Yasmin tak buat filem macam Yusuf Haslam. Kalau Yusuf Haslam, plotnya mungkin - 'Orked telefon Jason, Jason angkat telefon (ketika menonggang motosikal) dan bercakap dengan Orked (selit telefon bimbit di celah topi keledar), kemudian baru Jason kemalangan dan mati!'

Yasmin terbalikkan plot. 'Orked telefon Jason, tak dapat, Orked telefon untuk kali kedua, Jason kemalangan (pada pendapat Aa - Jason mati!), kemudian Jason angkat telefon dan bercakap dengan Orked.'

Kata Mat Jan "Penonton boleh fikir yang Jason masih hidup dan merangkak-rangkak dapatkan telefon, atau Jason sudah mati dan Orked bercakap dengan roh Jason. Atau, Orked bercakap dengan 'voice-mail' (kalau tunggu lama lagi, ada bunyi *beep* dan Orked akan kata "Celaka Jason, 'voice-mail' rupanya, terkena aku!"...

...atau seribu satu 'atau' lagi!" Tambah Mat Jan.

Pada aku - '1.Orked telefon untuk kali kedua. 2.Jason angkat telefon dan bercakap dengan Orked. 3.Jason kemalangan dan mati. Cuma, Yasmin telah tukar urutan ini kepada - 1. 3. dan 2. untuk memecahkan klise. Atau Yasmin sengaja mahu 'break the monotonous'! Jalan ceritanya tetap sama. Cuma reka letak muka suratnya bertukar (sengaja ditukar).

Misteri ini boleh diselesaikan kalau kita cam 1. baju warna apa yang Jason pakai ketika adengan cilok-mencilok dengan motosikal; DENGAN 2. baju apa yang Jason pakai ketika Jason (mati) kemalangan. Ermmm... mungkin Jason mati pada hari yang lain tak? Ermmmm...

"Sayang, jom kita tengok sekali lagi!"

"Tak naklah! Lain kali kita tengok cerita kartun sajalah!"

NOTA KAKI BANGKU: Tengok 'Children of Heaven' dia faham. Sampai meleleh-leleh maskara. Tengok SEPET, dia... aduhai!

04 Mac 2005

Buaya minggu lepas

Kami menonton rancangan yang sama (tapi di lokasi yang berlainan). Rancangan lumba-lumba baca soalan dalam bahasa Inggeris dan lumba-lumba tanya orang keliling "Ini bas pergi Batu Ampat ke (or), Batu Anam?"

Rimau beritahu, abang pendek baju merah tu tahan lasak. Hebat. "Makan biawak agaknya..."

Aku beritahu Rimau, "Tak. Dia makan buaya minggu lepas (dalam rancangan yang sama, minggu sudah)."

COMMA

Ok. Cuba kalian pejamkan mata seketika. Bayangkan. Naga dan Rimau masuk rancangan lumba-lumba tu. Muerekekekekekekeeeee...

Sedutan rancangan:-

Naga: (Reading. The card) "Go to 'kubur', somewhere nearby DBP, ya'll find bla bla... a ghost maybe... or a girl wearin' white t shirt wi' no bra... he he he... bla bla bla... say 'hi' and take some picture wi' diGATAL camera... bla bla bla..."

Naga: (Callin'. His partner) "Rimau! Where ra ya? Still wi' the buaya huh?"

Rimau: "Nope! No more buaya. Peti ais, this time... Aiyaaa, berat oooo!!! Hah, cover GT4 dah siap? EEEiiiiuuuuoooOOOoooo..."

02 Mac 2005

Ofuro lagi...

Dulu. Kalau mahu ke rumah Noriko, di Niigata, harus berkeretapi sambung-sambung dari Chiba ke Shinjuku. Dua setengah jam sampailah. Ke Shinjuku.

Akan berbelanja Yen 6,490 untuk tiket (Joetsu shinkansen - Asahi 321) ke Echigo-yuzawa. Kemudian, duduk 'mute' lima jam di stesyen bawah tanah tersibuk di Jepun itu. Sambil tengok amoi-amoi sekolah Jepun lalu-lalang. Pakai 'skirt' pendek macam Sailor Moon. Lutut mereka kemerah-merahan kerana terdedah dek cuaca sejuk, aduhai! Dan kau akan mula berfantasi macam-macam...

Dan akan 'mute' lagi satu jam lima belas minit di dalam 'shinkasen'. Sambil mengenangkan nasib. Taklah! Sambil menghisap rokok dan makan 'bento (portable lunch)'. Aku beli tiket untuk gerabak yang dibenarkan untuk merokok. Saja.

Kadang-kadang ada juga nyonya-nyonya Jepun yang mengajak berbual:

"Ami Search-san desu ka?"

"Iie, chigaimasu. Ami Search ja arimasen. Anuaro Zeng desu!"

['Part' perbualan ni aku saja tambah-tambah. He he.]

Nanti, akan bercakap 'ayam-itik' dengan pemandu bas di Echigo-yuzawa. Bertanyakan tentang bas untuk ke Tsunam. Akan turun di Kakuma-Nokyo-mae sahajalah. Sekerat jalan.

Dan, Noriko akan tunggu di simpang jalan, di dalam hujan salji, sambil bergaya bagai menyembah berhala di tokong. Untuk menghilangkan sejuk atau berdoa tak berhenti-henti, ntah! (Agar aku tak sesat dan selamat sampai. Di Niigata. Kot!)

Kami tak berlama-lama di rumah Noriko. Rumah lama. Di atas bukit. Berusia hampir seratus tahun, mungkin lebih. Sejuk. Kami pakat cabut ke rumah bapa Noriko. Di Nagano. Dan pakat-pakat untuk singgah 'ofuro' di pertengahan perjalanan. Nanti.

"Nor-san! Nanti kita 'ofuro' sekali ke?"

"Tak!"

Alahai!

Tetapi, macam selalu-selalunya, kami pakat-pakat untuk 'ofuro' santak ke dinding pemisah. Supaya kami boleh berbual-bual. Ermmmm... terjerit-jerit. Sebenarnya.

Pengalaman yang terasa lain. Kalau 'ofuro' di kawasan terbuka. Pada musim sejuk. Dari leher ke hujung kaki akan terendam di dalam kolam air panas dan kepala pula akan dibiarkan terdedah kepada cuaca sejuk. Dan banyak kali kepala kau akan disapa kabus tebal.

"Harro! Harro!! Still there?"

"Uhh! Uhhh!! Kabus!!!! Tengah tak nampak apa-apa ni..."

"Oit oit! Itu kabus ya, bukan halusmitai tau!"

Kawan aku, si Jepun penenun kain ini memang suka buat lawak...

Tuala berjantina

Aku: Tengok! Perempuan di dalam TV tu! Seronok bukan main apabila dia jumpa tuala wanitanya. She's tellin' all the world!!! He he.

Aa: Iyalah! Yang tak pakai tuala wanita, bolehlah cakap... esok lusa kalau Yang kena pakaiiii... hah, tahulah!!!

Aku: Choiiiii!

NOTA KAKI BANGKU: Aku belajar satu, tuala pun ada jantinanya. Wanita dan lelaki. Kot, ntah!