"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Julai 2009

Inkues

Malam itu adalah malam yang macam selalu-selalu di Bandar Baru S. Malam yang kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Malam yang mungkin Imran dan Ajie sudah lama masuk tidur. Malam yang mungkin Azmie baru sahaja pulang dari studio. Malam yang mungkin Sultan Muzaffar baru sahaja hendak turun pergi makan. Malam yang mungkin Faisal T sedang menganyam ketupat cinta. Malam yang mungkin Azwan Ismail sedang mencelup hujung jari-jari kakinya ke dalam kolam renang sambil menulis puisi. Puisi-puisi tentang anjing, tentang kucing, tentang tikus, dan tentang sisa roti anak Cina jiran sebelah rumah antara yang dia paling suka tulis. "Kehidupan adalah seperti suatu rantaian makanan. Mmm, sungguh lazat!" Mungkin itu yang akan tertulis pada status Facebook-nya esok hari. Entah!

Malam itu aku dan Kak Saripah Hasnor sedang melangut. Malam itu tiada orang menjual durian, manggis, rambutan, atau mata kucing. Makanya, malam itu kami makan jagung rebus sahajalah. Dan, jagung rebus itu sudah lama tinggal tongkol.

"Chua!"

"Oit!"

"Ni akak nak tanya sikit ni... kau jangan marah ek!"

"Tanyalah!"

"Kau rasa-rasalah kan... dia terjatuh ke bawah atau ada orang campak dia ke bawah?"

"Saya rasa-rasalah kan, kan, kan... angin tiup dan bawa dia terbang lalu jatuh ke bawahlah, kak!"

"Iya ke, Chua?"

"Iyaaaa!"

Malam itu aku dan Kak Saripah Hasnor sedang melangut. Malam itu, pada pucuk pokok di hadapan Menara O telah tersangkut sehelai T-back jarang berwarna merah teluki yang sedang berkibar megah.

"Chua!"

"Oit!"

"Akak ingat, akak nak beli sehelailah! Abang kau mesti suka ek!"

"Ada saiz ke, kak oiiiii?"

"Choiiiiii!"

30 Julai 2009

Sensitif

Petang-petang. Aku. Norsalina. Berbual pasal kamera. [Perbualan kami dalam bahasa Inggeris sebenarnya. Di bawah ini adalah transkripsinya dalam bahasa Melayu].

Kena hati-hatilah, barang elektronik ni sensitif sikit, Norsalina kata.

Barang hidup lagi sensitif wo, aku kata, salah sikit - “Hantar I balik ke rumah mak I! Hantar I balik sekarang jugakkkkkkk!!!!!"

Wakakakakakakaa, Norsalina kata, atau Norsalina ketawa, atau Norsalina wakakaka.

Petang-petang. Aku. Norsalina. Berbual pasal kamera. Dia kata aku kena beli lagi satu bateri sebagai bateri gantian, "RM100++ 'ja!!!!"

Kopak!!!

28 Julai 2009

I am always this blue

Kadang-kadang, kita terasa rindu. Dan, kadang-kadang, kita rasa rindu itu tak mungkin terungkap (atas pelbagai sebab).

KOMA

Makanya, aku (tergatal) hantar youtube 'Blues Berani Mati' tu kepada kawan-kawan di Jepun.


Ayako Maki kata (minah ni boleh berbahasa Melayu, dulu),
hahaha!!! I love it!!!! you are definitely a good singer!!!! look forward to your next new song!!!?? have a good day!

p/s: abang, saya sudah forward the URL to Nami Komeda san. hahaha

Ayako.


Nami Komeda kata (minah ni masih boleh berbahasa Melayu),
Abang!!!
Memang saya ingat abang le. Apa khabar?? Nampaknya sihat dan sangat sama dgn abang yg saya ingat. menyani pun pandainya--- :)

Saya sudah kahwin le.. he.. he.. malu..

Nami.
('Menyani' tu apa barang, dek? Ha ha.)


Bos aku di ACCU (UNESCO) Tokyo, (Director of Culture Division) Misako Ohnuki kata,
Wow!! You voice is so sweeeeeeeet. Many flash! A new Malaysian Star born! Oh yah! I CC-ed to my friends. Send me another one? When??

It's tooooooooo hot and humid here in Tokyo. HELP~!

Love
Misako.
(Inilah satu-satunya bos yang 'cinta'kan staf bawahannya, hak hak hak! Wo, bertuah wo dapat bos cantik macam minah ni, wo! "I love you too, Boss!" Ha ha.)


Noriko Takemae kata (minah ni suka Sila Majid - penyanyi baharu ni),
Hi Ryuu-san,
Saya telah check youtube! SAAAAAANGAT Seronoknya.

Kenapa Ryuu-san di-pilih sebagai penyani?? Saya agak mungkin Ryuu-san tidak boleh bermain alat-alat muzik, bukan? Atau mungkin ada TALENT nyanian!!! Saya suka Sila Majid!

Ryuu-san dan kawan-kawan yang tidak baik, menyorokkan diri-sendiri. Saya betul-betul senang hati bahawa Ryuu-san ENJOY kehidupan anda. Harap berjumpa lagi.

Noriko.

27 Julai 2009

"Bukan masanya dia meninggalkan kita..."

Yasmin Ahmad tidak pernah mengenali saya, agaknya.

Saya menonton preview/tayangan amal filem Rabun (2003) di DBP dan itulah kali pertama saya mengenali beliau. Sebelum memberikan ucapan, beliau telah merakam gambar-gambar kami, "Ini [gambar penonton] sebagai bukti kepada Mak Inom yang saya dah bikin filem!" dan penonton pun tertawa kecil. "Wah! Pembikin filem indie mana pula ni!!!" getus hati kecil saya.

Hari-hari seterusnya adalah kehidupan malam di Jabatan Seni; Yasmin di Leo Burnett dan saya di Syarikat D. Untuk meredakan tekanan bekerja, adakalanya kami ber-'online'.

"Tak buat filem lagi ke?"

"Ada buat jugak."

"Bila nak buat 'blue' pulak? He he."

"Kalau I buat 'blue' - you jadi pelakonnya ek!"

"I kena pegang watak apa?"

"You jadi katil!" HA HA."

"HA HA HA. Siot 'ja!"

KOMA

Pada suatu hari, saya bengang sangat apabila Yasmin kata, "Lelaki Melayu tak okey! Itu sebab ramai perempuan Melayu cari... bla bla bla!". Dan, saya percaya, Yasmin pun bengang sangat apabila saya balas kata-kata beliau, "Perempuan Melayu pun ada yang tak okey! Jadi pengkid hapeee... bla bla bla!" Sejak hari itu kami tak ber-'online' lagi. Tetapi, pertelingkahan itu tidak pula sampai menyekat saya daripada menonton filem-filem beliau [kendatipun saya tidak berapa menggemari filem-filemnya yang lain sebenarnya].

KOMA

Saya SMS Ahmad Izham Omar, "Yasmin Ahmad meninggal?"

Izham menelefon saya dan-dan itu juga, "Helo Bro! Yasmin bla bla bla... Stop breathing bla bla bla... Damansara Specialist bla bla bla... koma!"

Yasmin Ahmad tidak pernah mengenali saya, agaknya [tetapi, filem Rabun tetap terkesan dan bertakhta di hati saya sampai bila-bila].

al=Fatihah!

22 Julai 2009

Menjelang PRU13: Transformasi

Kak Pinoi, Sepiah Mata Smokey, dan Lijah Somel duduk-duduk di atas sofa sambil menonton Bio-Nik.

"Eh Sepiah," kata Kak Pinoi, "Karim Driving School kata... nyam nyam nyam... kau dah beli Transformer! Mana ke dia nye?"

"Ok, bangun semua," kata Sepiah Mata Smokey, "Bangun, bangun, bangun!"

Sepiah Mata Smokey cuit sana cuit sini usik sana usik sini lipat sana lipat sini; terkangkang terkoyak. Kak Pinoi dan Lijah Somel tengokkan sahaja. Dalam pada itu, mulut mereka masih mengunyah Kentaki.

"Taraaaaaaaaa!" kata Sepiah Mata Smokey, kemudian.

"Ni bukan Transformer-lah, Sepiah!" kata Lijah Somel, "Ini sofa beddddddd!"

"Welllll...!" kata Sepiah Mata Smokey, sambil menjongketkan kedua-dua belah bahunya.

Kak Pinoi, Sepiah Mata Smokey, dan Lijah Somel baring-baring di atas sofa bed sambil menonton Bio-Nik.

Label:

18 Julai 2009

Pada suatu hari yang sungguh merah

Sejak Abang Gemuk buka meja menjual nasi lemak pada malam hari di sebelah perhentian bas di hadapan Menara O - Kak Saripah Hasnor hanya menjual nasi lemak pada siang hari sahaja. Maka, waktu malam harinya dihabiskan dengan menonton perlawanan-perlawanan bolasepak di TV.

"Akak rasalah, Chua... [Dia masih syak yang aku ni Tian Chua] lebih elok rasanya jika diadakan perlawanan persahabatan antara kelab-kelab ternama antarabangsa dengan pasukan negara kita ni pada setiap bulan... Penuh stadium! Maka, meriahlah sikit iklim bolasepak di negara kita ni jadinya nanti!" kata Kak Saripah Hasnor, "Tak payah dah lagi kita nak berliga super, berpiala Malaysia, bla bla bla..."

Aku menyuap nasi lemak Abang Gemuk ke dalam mulut. Kak Saripah Hasnor mencilok kacang tanah nasi lemak yang sedang aku makan.

"Bulan ni kita lawan Manchester United. Bulan depan kita lawan Barcelona. Bulan tulat kita lawan Deportivo de La Coruña. Bla bla bla..." kata Kak Saripah Hasnor, "Boleh menjana ekonomi negara juga tu!"

Aku menyuap nasi lemak Abang Gemuk ke dalam mulut. Kak Saripah Hasnor mencilok ikan bilis nasi lemak yang sedang aku makan.

"Ni, akak nak tanya sikit ni... kau jangan marah ek, Chua!" kata Kak Saripah Hasnor yang terkenal dengan frasa 'akak nak tanya sikit, kau jangan marah', "Kenapa semua orang pakai jersi merah... kau pula pakai t shirt putih 'ja hari ni?"

"Saya penyokong kelab Bolton Wanderers, kak!" kata aku.

"Ha ha ha!" ketawa Kak Saripah Hasnor, "Kalau kelab Inggeris itu lah yang datang ke Malaysia... 138 orang penyokong sahajalah yang pergi ke Bukit Jalil, Chuaaaaa!"

"Ceh! Mana statistik yang akak dapat ni?" tanya aku.

"Akak dah check kat Fecbuk kau!!!!" jawab Kak Saripah Hasnor.

Kak Saripah Hasnor cuba mencilok timun nasi lemak yang sedang aku makan. Aku menampar tangan dia. Dia kata, "Alaa! Nasi lemak Mat Gemuk tu bukannya sedap sangat punnnnnn! Akak tak ingin dehhhhhh!"

16 Julai 2009

Apologi Buat Hideyoshi III

Hideyoshi menyarung pedangnya dan berjalan keluar dari istana dengan perlahan-lahan. Pada tubuhnya terdapat sembilan puluh enam luka tusukkan pedang, tombak, panah, dan sebagainya. Tetapi, Hideyoshi masih belum juga mati.

Hideyoshi ke kali; membersihkan liang-liang luka. Pedih bertala-tala.

Tiba-tiba muncul seekor belut dan berkata-kata, "Kozaru! Apakah sebuah kematian adalah pelarian kepada sebuah kehidupan atau apakah sebuah kehidupan adalah pelarian kepada sebuah kematian?"

"Ahhhhhhh! Banyak cakap!!!!" kata Hideyoshi.

Malam itu, Hideyoshi duduk bersila di hadapan unggun api; menikmati hidangan kabayaki-don yang lazat.

Label:

15 Julai 2009

Nama lelaki gondrong itu Sufian Abas

Tak kerja pun penat. Kerja pun penat. Alahai!
Take five. Aku SMS Sufian Abas.


'...ada tak?' Aku. Via SMS.

'Kalau ada pun... maunya gua nak kongsi dengan lu!' Sufian Abas. Via SMS.

'Ceh! Sejak bila pula lu pandai setia dengan cinta ni, dude?' Aku. Via SMS.

'Gua cakap dari hati ni, beb!' Sufian Abas. Via SMS.

'Ceh! Sejak bila pula lu ada hati ni, dude?' Aku. Via SMS.

'Siot 'ja statement lu tu, dude!' Sufian Abas. Via SMS.


Tak kerja pun penat. Kerja pun penat. Alahai!
Take five. By Dave Brubeck.
Layan.

12 Julai 2009

Meletup!

Aku sibuk. Tengah buat benda ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Penulis: Leftenan Kolonel Mohd Radzi
Disclaimer: Blurb di kulit belakang hanyalah dummy.

09 Julai 2009

Funny Things Happen!

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

“Cantik! Saya sukakannya!” kata penyunting dalam emelnya kepada penyelia aku, “Nasib baik kaver ni bukan Sinaganaga yang design. Kalau Sinaganaga yang design... entah apa-apalah jadinya (buruk, hodoh, macam palat?)!" [Lebih kurang begitulah isi kandungan emelnya].

"Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga visual kaver ini Sinaganaga yang design! Sekian, terima kasih!" kata penyelia aku dalam emelnya kepada penyunting.

Aku tak berapa suka kaver yang aku design ni, maka sebab itulah aku lambat letak visualnya di blog CowGum Rubber. Dan agaknyalah, kalau penyunting tahu awal kaver ni aku yang design - pasti dia tak akan kata, "Cantik! Saya sukakannya!"

Ha ha, ok ok, sekian, terima kasih!

07 Julai 2009

TIGAVENUS: Kenit sahaja, enak bukan main

[Ulasan Yang Tertangguh]

Gua tonton TV. Ada satu nyonya sudah nyanyi sambil petik gitar. Tap! Gua 'tangkap' dia punya melodi. Habis sahaja nyonya tu nyanyi sambil petik gitar - gua keluar rumah; gua masuk di stesen Ikebukuro dan keluar di stesen Akihabara. Gua lompat masuk ke dalam satu kedai kaset, kemudian. Gua pergi ke kaunter, gua humming melodi yang gua dah 'tangkap' tadi.

"Ahhhhh... Iruka desu neh!" Jepun kedai kaset tu kata.

Malam tu, Iruka nyanyi sambil petik gitar di cuping telinga gua. Lagu Nagori Yuki yang gua suka.

...Nagori yuki mo furu toki o shiri
Fuzake sugita kisetsu no ato de
Ima haru ga kite kimi wa kirei ni natta
Kyonen yori zutto kirei ni natta...


La la la la la.

KOMA

Gua dengan Ben pergi tonton wayang kat Odeon. Masa tu Odeon hip lagi. Sebelum wayang mula - panggong mainkan lagu-lagu. Ben tanya, "Siapa yang nyanyi ni?" Gua jawab, "Tracy Chapman!" Masa tu Tracy Chapman tengah nyanyi dan petik gitar lagu Fast Car.

Sejak hari itu gua dengar folk song. Venus-venus folk song pun macam rajin ja nyanyi-nyanyi sambil petik gitar di cuping telinga gua. Melanie Safka (What Have They Done To My Song Ma), Joan Baez (Blowin' In The Wind), Joni Mitchell (Blue), semua ada. Kadang-kadang Melissa Etheridge dan Suzi Quatro pun join sama, walaupun mereka rmain rock, ha ha. Joan Jett dan Lita Ford pun nak join juga. Tapi, gua tak kasi. Depa ganasss! Ha ha.

KOMA

Hari tu gua pergi tonton dan dengar TigaVenus buat persembahan. Wani Ardy nyanyi sambil petik gitar. Ana Raffali nyanyi sambil petik gitar. Fynn Jamal? Dia baca sajak dan orang lain main gitar. Hey, tapi Fynn Jamal pandai buat lawak jenaka. Serius! Hingga hampir-hampir pecah perut gua ketawa.

Gua syak Wani Ardy main folk. Gua syak Ana Raffali main pop/folk. Melodi lagu-lagu mereka gua boleh layanlah. Cuma, lagu-lagu Wani Ardy gua tak senang 'tangkap' dan simpan dalam kepala dan-dan tu juga sebab liriknya mencabar minda gua. Manakala lagu-lagu Ana Raffali pula gua rasa macam lebih mudah 'tertanam' dalam kepala sebab... barangkali mungkin sebab melodinya lebih mudah dan menarik (catchy?); liriknya tak deep sangat. Dan, di antara kedua-duanya, Ana Raffali lebih yakin daripada Wany Ardy ketika strumming guitar. Well, ini hasil daripada pemerhatian gualah. Tetapi, mungkin gua salah, ha ha.

Satu perkara lagi, selama ni gua tengok, kalau Ana Raffali perform - selalunya dia pakai baju kurung. Petang tu, Ana Raffali perform - dia pakai baju kebaya nyonya yang dipadankan dengan jeans. Pergh!, gua cakap lu!!!!

Makanya, sama-samalah kita tunggu kalau-kalau mereka release album nanti. :)

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Petang ni hujan.

Aku, akulah Sindarela
Hatiku diriku anganku mimpiku
Cerita hidupku
Akulah Sindarela, Sindarela, Sindarela lala…


Damn! Macam mana gua boleh ternyanyi lagu Amylea pula niiiiii!

03 Julai 2009

TIGAVENUS

[Ulasan Yang Tertangguh]

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Gua baru keluar dari Masjid Jamek. Telefon bersel dalam poket jean gua dah berdenyut-denyut. Sufian Abas dah melalak-lalak dalam SMS, “Lu ada mana, dude? Lu ada manaaaa?” Gua jawab dalam SMS juga, “Jap!”

Gua sampai di The Annexe Gallery. Sufian Abas entah mana. Gua nak masuk - tiket tak ada. Sudahnya, gua berdiri di luar dewan, gua cabut keluar sebatang rokok, gua hisap, sambil bola mata gua melilau cari Wani Ardy.

Tiba-tiba, bola mata gua tertancap pada Wani Ardy yang berada di dalam dewan. Gua lambai-lambai dia. Dia lambai-lambai gua. Gua buat bahasa isyarat dengan tangan, macam bentuk love, ‘Tiket I mana?’ [Ya, kalau dengan shawty, gua bahasakan diri gua - “I”.] Dia pun buat bahasa isyarat dengan tangan, tunjuk-tunjuk kat kaunter di hadapan pintu masuk. Lepas tu bibir dia kumat-kamit, ‘Thank you for cominggg!’ Gua buat isyarat dengan tangan lagi, macam bentuk love lagi, ‘...because I love youuu!’ Dia tunjuk-tunjuk kat kaunter di hadapan pintu masuk lagi, ‘A'ahhh! Yessss! Tiket you ada kat kaunter tuuuu!’ Masa ni gua dah rasa macam nak gelak dah, tapi gua tahan, ha ha.

[Sebagai info, sejak gua kenal Wani Ardy - kalau ternampak antara satu sama lain - kami memang bercakap dalam bahasa isyarat. Gua angkat tangan; senyum. Dia senyum; angkat tangan. Memang kami tak ada jodoh dalam bab berbual-bual mesra ni agaknya, alahai!]

Hari tu, Wani Ardy pakai blaus putih, pantyhose jaring-jaring hitam, cermin mata bingkai hitam - macam Lisa Loeb. Semasa dia naik ke pentas; dia sangkut gitar merah menjahang tu ke bahu dan dia cakap kat mic, “Awak [semua] nampak comel apabila pakai baju putih!!!”

Gua tundukkan kepala. Gua tengok apa warna baju yang gua pakai pada hari tu. ‘Pergh! Gua pakai baju warna putihlah, bebbbbbb!!!’

Ahaks!

bersambung...