"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 November 2008

Performance wise

“So, performance wise ok tak?” tanya Daun.

“Aku ke komputer?” tanya aku, semula.

Semalam. Aku terima hard disk baharu. Apabila dah ada dua hard disk dalam satu komputer... timbul konflik bila startup. Amyz kata, masalah jumper tu. OP kata, masalah ram kot. Daun kata, entah, aku tak tahu Mac. Timbul konflik bila startup... apabila dah ada dua hard disk dalam satu komputer. Aku terima hard disk baharu. Semalam.

Tapi, hari ini dah ok dah.

“So, performance wise ok tak?” tanya Daun.

“Aku ke komputer?” tanya aku, semula.

“Cilakakkkk!” kata Daun.

HA HA.

27 November 2008

Warna-warna cinta

Semalam. Aku beritahu Hana. Perihal warna-warna cinta.

[ , ]

Merah warna cinta,

Hijau warna cinta,

Biru warna cinta,

Kuning warna cinta,

Ungu warna cinta,

Putih warna cinta,

Kelabu warna cinta,

Hitam warna cinta,

“So, semua warna pun warna cinta, lah?” Hana kata.

“Ya.” Aku kata.

Biru kobalt warna cinta,

Merah teluki warna cinta,

Remia warna cinta,

Karat warna cinta,

...

[ , ]

Pernah. Aku beritahu Faisal Tehrani. “Siapa kata hijau tu warna Islam, merah tu warna Cina, kuning tu warna budaya negatif, bla bla bla...?”

Faisal Tehrani pesan koko panas, satu gelas lagi. :)

25 November 2008

Menjelang PRU13: Kemelut sayap wanita

“Enam kali bayarlah, Piah!” Nenek Munah Leper kata. Sambil tangannya mengibas-ngibas sepasang jubah warna hitam yang Sepiah Mata Smokey jual.

“Hisssshhh, tak bolehlah macam tu, Nek! Tiga kali bayar oklah!” Sepiah Mata Smokey kata. “Lagi pun, ini semua kehendak akar umbi ni, Nek!”

“Enam kali bayarlah, Piah!”

“Tiga kali bayarlah, Nek!”

[repeat till fade]

Nenek Munah leper mengerenyot. Sepiah Mata Smokey separa mengekek. Sesekali matanya yang menyihir itu mengerling ke arah Karim Driving School yang sedang mengenyut batang kemuncup.

“Hish hish hish! Orang perempuan ni... kalau tak berebut ‘sudip’... tak sah!” Karim Driving School kata. Sambil buat-buat muka meluat. “Pinoiiiii! Cepatlah!!!! Kalau tak berlatih... macamana nak lulus ujian memandu nantiiiii!”

“Kejaplahhhh! Pinoi tengah isi borang pencalonan untuk jawatan nombor dua niiiii! Kehendak akar umbi juga niiiii! Bang Karim pergilah panaskan enjin kereta tu duluuuuu!” Kak Pinoi kata. “And one more thinggg... bila masa pula kami berebut sudip ni, Bang Karimmmm?”

*Tap!*

Karim Driving School tepuk dahi.

Label:

24 November 2008

Ong

Pada suatu hari. Emak hulur lima puluh ringgit. Kepada Cina Goh. “Goh! Bulan ni last-kan, habis dah kan?” Emak kata. Dan. Macam selalu-selalu. Cina Goh tidak pernah kata ya. Cina Goh tak pernah kata tidak. Yang selalu dia kata, “Dah habis bayar tv… angkat ice box pula, Nya!”

Nama emak, Puteh. Puteh bte Ali. Cina Goh panggil emak, Nyonya.

[ , ]

“Hah! Budak ni lahir tahun apa, Nya?” Cina Goh tanya. Ketika dilihatnya aku sedang menghalau ayam masuk ke reban. Dan. Pada ketika yang sama, Shidah, anak dara pakcik Mail dah lepas mandi, dah pakai baju, dah berbedak; duduk-duduk di atas pangkin di hadapan rumah mereka – saja nak tengok aku halau ayamlah tu….

“Fire goat. Five elements dia… aaa… the South!” Emak jawab.

“Uiiiiih! Banyak ong ni! Besar nanti jadi jeneral budak ni, Nya!” Cina Goh ramal.

[ , ]

HA HA. Banyaklah Cina Goh tu punya 'general'!!!

20 November 2008

Malam Gala HISTERIA: Trivia

Klik sekali untuk review semi teknikal HISTERIA.

1. Pipiyapong dan aku memang datang saing dengan Liyana Jasmay. Dan aku dah standby dah jawapan kalau Azwan dan Wahi (wartawan) tanya, aku akan jawab, “Well, buat apa nak sorok-sorok, tapi kami masih diperingkat baru nak mengenali hati budi masing-masing, hak hak hak.”

2. Spontan, aku tercakap, “Pergh!”, agak kuat jugalah, semasa jumpa Liyana Jasmay ketika kami hendak naik ke tingkat atas. Semasa di hadapan kedai menjual gitar, Liyana Jasmay menoleh ke belakang, aku dah tak tahu nak pandang mana - so, aku pandang gitar. Berdebor. HA HA.

3. Pinggan dan sudu dalam restoran tu memang berat.

4. Air warna hijau tu rasa daun pandan.

5. Ahmad Fedtri Yahya ada sebut satu perkataan, “Logamaya!” Logamaya adalah perkataan sama erti Fata morgana.

6. Di dalam panggung - kerusi aku bergegar-gegar, mungkin ada hantu nak test power kot. Lamaaaa lepas tu baru aku tahu, kaki Pipiyapong yang terhenjut-henjut menyebabkan kerusi panggung bergegar-gegar. Mungkin Pipiyapong sedang menahan sejuk atau sedang menahan kencing masa ni. Atau, Pipyapong memang ada Parkinson's, hak hak hak.

7. Aku balik naik kereta sukan Pipiyapong. Buka tingkap, cucuh rokok, letak siku keluar tingkap, kami rasa macam Starsky & Hutch. Perghhhhh!

8. Kereta sukan 'Starsky & Hutch' memang tak ada talipinggang keledar. Perghhhhh!

19 November 2008

HISTERIA: Air tangan James Lee & Amri Ruhayat

PROLOG
“Aok ade mane?” Tanya aku.
“Keh on the way!” Jawab Pipiyapong.

Sementara menunggu Pipiyapong tiba, aku menyelonong ke dalam MPH. Tiba-tiba mata aku tertancap kepada album terbaharu Tracy Chapman, Our Bright Future.
“She's good!” Kata seorang gadis Inggeris berambut blonde.
“Yah!” Kata aku. Pendek.
“I've all of her albums!” Kata dia. Lagi.
“Yah, yah!” Kata aku. Pendek. Tetapi, sedikit panjang daripada jawapan aku yang terdahulu. Pergh, first time kena tegur dengan awek blonde ni... Bedebor!
Aku buat isyarat tangan ‘Mary, gua nak pergi bayar CD ni kat kaunter pembayaran!’, kemudian. Dia kata, “Sure!” Tetapi, bunyi macam dia kata, “Shore!” Ha ha. American kot ni, entah.

[ , ]

Kami beriring-iringan dengan Liyana Jasmay dan (aku tak kenal awek lagi seorang ni) ke restoran Thai seperti yang telah dijanjikan. Liyana Jasmay berpimpin-pimpin tangan dengan awek lagi seorang tu. Aku angkat kening kat Pipiyapong. Pipiyapong angkat kening kat aku, “Aok nok jalan pimpin-pimpin tangan dengan keh juge ke?” “Hishhhh demeh!” Kata aku. [Saiz pinggang Liyana Jasmay adalah ‘secekak’.]

Ajami kata, “Ge, tulis nama kat buku... lepas tu gi makan dulu ya!”

[ , ]

“Oit! Nagaaaaaaaaaaaaaa!” Abang Mamat Khalid panggil nama aku.
Aku angkat tangan. Kami dipisahkan oleh satu meja. Dia angkat tangan kembali. Malam tu dia tak pakai songkok, ha ha.


[Klik sekali untuk review semi teknikal HISTERIA.]


EPILOG
Wayang tamat. Aku bangun daripada kerusi. Dalam kesamaran dimmer di dalam panggung, ada minah tegur aku.
“Abang Naga, yerrr?” Tanya minah tu. Dia hulur tangan.
“Yah! Ni, Hangit yerrr?” Tanya aku pula. Aku hulur tangan.
Kami tak berbual panjang. Sebab di belakang dia ada orang banyak sedang berpusu-pusu nak keluar panggung.

Nama dia Nurul. Selalunya aku lupa nama dia Nurul. Aku panggil dia, “Hangit. Hangit Sangat.”

[ , ]

“Jumpa kereta? Parking kat mana tadi?” Tanya Nurul.
“Entah! Tak tahulah kat mana Pipiyapong dah parking kereta sukannya tadi...” Jawab aku. Pipiyapong sedang mengaru-garu kepalanya yang tak gatal.

Waktu-waktu seterusnya adalah adegan ‘mencari kereta sukan si Pipiyapong’.

17 November 2008

Kuis

Hari tu. Gua capai. T shirt putih. Dan. Gua sarung. Ke badan. (Maklumlah, jersi pasukan bolasepak Inggeris pilihan gua ni bukannya ada terjual di kedai jual jersi di tepi Odeon tu.)

Lepas tu. Gua turun bawah. Member sudah tunggu. Gua beli jagung rebus, panas-panas. Gua beli Dunhill dua puluh (Selalunya gua beli ‘empat belas’). Gua pesan teh tarik, halia. Dan. Gua melangut tengok Astro.

[ , ]

“Dengan Hull City boleh menang... dengan Liverpool macamana boleh kalah! Hampehhhhh!!!” Gua baling. Tongkol jagung. Ke arah Munirah. (Yang berani-berani meletakkan kedua-dua belah tangannya yang comot itu di atas peha gua.) Munirah mengiau.

[ , ]

Soalan Terkumpul Untuk Penonton Di Rumah: Apakah nama pasukan bolasepak Inggeris kesayangan gua tu?

P/s: Oh ya, semua orang boleh teka kecuali ahli keluarga 'fan club' pasukan tersebut. He he.

13 November 2008

Naga baby boy

Image Hosted by ImageShack.us
Kepak macam tu mana boleh angkat burung gemuk, kata Tok Rimau.

Ok, malam ni aku study part 'kepak' 'ja. Esok aku draw [kepak] lain. Yang ni dah ada orang booking. Aku nak jual 'kat dia rib rib, ha ha, kata aku.

[Kalau dah jual rib rib...] belanjalah kami! Eh, draw-kan harimau terbang untuk I! Kepak, nak macam kepak pepatung! Cayang baby boy, muaaaahhh!, kata Tok Rimau.

[Baby boy? He he.]

Image Hosted by ImageShack.us
Agak-agak... boleh terbang tak ni? kata aku.

Boleh... dengan syarat kau kena lambung dululah burung tu, kata Tok Rimau.

[Ha ha.]

07 November 2008

Norman pasrah

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar hiasan

05 November 2008

Memey, we love you [v 0.3 beta]

Aku perlukan [cadangan] nama tiga calon KP DBP daripada kau, Faisal T cakap, macam berseloroh, tapi dia kata dia serius.

Kau, aku, Nisah Haron, aku cakap, kau jadi KP, aku jadi TKP atau Pengarah Penerbitan, Nisah jadi ‘Bunga Api’ (Nisah pernah cakap pasal jadi ‘lilin’ atau ‘bunga api’ ni pada suatu masa dulu), ha ha.

Tapi, aku nak pilih setiausaha aku sendiri, aku cakap lagi, kalau harapkan kau… entah siapa-siapa yang kau akan berikan kepada aku, Kak Saripah Hasnor lah, Kak Pinoi lah, ha ha.

Ok, Abby Abadi untuk kau, dan Memey untuk aku, Faisal T cakap.

Mana aciiiii! aku cakap, aku nak Memey jugaaaa!

Eh, kau KP ke [atau] aku KP? Faisal T cakap.

HA HA.

Nota: Memey, we love you [v o.1 dan v 0.2] tidak akan disiarkan di dalam blog ini kerana ia melibatkan hal yang benar-benar serius.

Nota2: Blog ini akan dijarang di-update kerana Sinaganaga sedang sibuk.

04 November 2008

Semua cuti terpaksa dibekukan

Blog ini tidak akan di-update untuk seketika kerana Sinaganaga banyak kerja. Harap maklum.

“Berapa sebenarnya cuti tahunan kau ni?“

“25 hari. Campur hok carry forward tahun lepas... 40 hari, bos!”

“Tahun ni dah ambil berapa?”

“15.”

“Berapa baki?”

“25 hari.”

“Kau carry forward-lah 25 hari tu!”

“Mak aiiii, nanti dah jadi 50 hari, bos!!!!”

THE END

01 November 2008

BESTSELLER-TO-BE (Ha ha)

Image Hosted by ImageShack.us

Seleksi 19 cerpen seksi, oleh 18 penulis sensasi, tentang seorang gadis misteri! Romlah: The Untold Stories adalah suplementari kepada antologi bestseller Sindiket Sol-Jah - K-ei8ht (2007).

Jika anda tidak pernah membaca K-ei8ht, hey, don't worry, cerpen-cerpen dalam buku ini boleh 'berdiri sendiri'. Humcha!

AWAS, CETAKAN LIMITASI!