"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 November 2008

Menjelang PRU13: Kemelut sayap wanita

“Enam kali bayarlah, Piah!” Nenek Munah Leper kata. Sambil tangannya mengibas-ngibas sepasang jubah warna hitam yang Sepiah Mata Smokey jual.

“Hisssshhh, tak bolehlah macam tu, Nek! Tiga kali bayar oklah!” Sepiah Mata Smokey kata. “Lagi pun, ini semua kehendak akar umbi ni, Nek!”

“Enam kali bayarlah, Piah!”

“Tiga kali bayarlah, Nek!”

[repeat till fade]

Nenek Munah leper mengerenyot. Sepiah Mata Smokey separa mengekek. Sesekali matanya yang menyihir itu mengerling ke arah Karim Driving School yang sedang mengenyut batang kemuncup.

“Hish hish hish! Orang perempuan ni... kalau tak berebut ‘sudip’... tak sah!” Karim Driving School kata. Sambil buat-buat muka meluat. “Pinoiiiii! Cepatlah!!!! Kalau tak berlatih... macamana nak lulus ujian memandu nantiiiii!”

“Kejaplahhhh! Pinoi tengah isi borang pencalonan untuk jawatan nombor dua niiiii! Kehendak akar umbi juga niiiii! Bang Karim pergilah panaskan enjin kereta tu duluuuuu!” Kak Pinoi kata. “And one more thinggg... bila masa pula kami berebut sudip ni, Bang Karimmmm?”

*Tap!*

Karim Driving School tepuk dahi.

Label:

30 Comments:

Blogger Cik Zura said...

uihkz... susah nak paham..heheheh..mmg oang dbp bahasa tinggi2 nin... tak tercapai akalmu la

November 25, 2008 11:19 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

ye dok akar umbi kata g2!! bukang mu ke yang kata...suka point-point orang tau...

November 25, 2008 11:41 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Zura,
Bila masa aku kerja di DBP? HA HA.

Art,
Lepah dio rebuk sudip - dio rebut aka le pulo weh! HA HA.

November 25, 2008 11:50 PG

 
Blogger sidra kamar aisa said...

la..macam tajuk lagu budak jer.

November 25, 2008 12:26 PTG

 
Blogger limmtatt said...

melampau betul hebatnya Kak Pinoi tuh...
berbahase omputih lak diaa...
edban betul...

November 25, 2008 1:27 PTG

 
Blogger addyaholix said...

kak pinoi pandai tagalog tak?

November 25, 2008 1:37 PTG

 
Blogger limmtatt said...

berbahase zulu, mungkin?

November 25, 2008 1:40 PTG

 
Blogger ilovebudu said...

haha...kesiam karim driver...pasni rebut la karim lak kak pioi,kot2 menag nak pakai driver baru kekkee

November 25, 2008 1:41 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

sudip ke sudin? hahahahaha

November 25, 2008 3:09 PTG

 
Blogger Po said...

Suatu hari di JB.

Bini talipun..'bang..lepas minum tu, singgah seben eleben, tolong belikan tuala ya..'

'ok' gua.

Sampai seben eleben..gua talipun bini...

'yang mana satu ni? yang bersayap ke tak bersayap?' gua.

'Tak nak yg bersayap!' dia.

Aku pegi kaunter. bayar.

balik.

'laa..bang..ini yang maxi! nipis!..ujung-ujung bolehlah!' dia.

mana aku tahu....he he

November 25, 2008 3:50 PTG

 
Blogger asuhara said...

perghh tajuk entri kamu ni bro, kumpulan wings pun kalahhh!

November 25, 2008 4:40 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Perghhhh... macam headline berita!

November 25, 2008 5:11 PTG

 
Blogger hegira said...

seronok jugak layan drama drama kat berita tv3 tu. erm. hiburan sambil makan malam.

ok gak macam tu. biar ada berkocak sikit. kalau semua setuju aje, takde yang menentang, tak thrill lah kan.

November 25, 2008 5:31 PTG

 
Blogger Amy Z! said...

Patah sayap bertongkat bahu sajalah~

November 25, 2008 5:54 PTG

 
Blogger Rajuna said...

mungkin mereka perlu belajar cara pakai tudung dengan betul dulu lah bang naga kan?

November 25, 2008 6:00 PTG

 
Blogger siskinny said...

Sepiah mata smokey?

wau!

ahahhaha..

November 26, 2008 12:18 PG

 
Blogger DeeN said...

Er..
Tu kes silap paham ker?
Haha.

November 26, 2008 12:22 PG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

Ooo...dia boleh cakap orang putih rupanya...

November 26, 2008 8:41 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Sid,
Ha ha.

Lim,
Ya, sungguh edban.

Adi,
Tak. :)

Budu,
Kesian Kak Pinoi, on the road pulak yang... kejap kejap mati enjin, kejap kejap mati enjin... alahai!

Jai,
Dua dua boleh. Ha ha.

Po,
Nasib baik kau tak belikan dia tuala good morning, dude! HA HA.

Asu,
HA HA. Boleh bikin tajuk lagu ke weh?

Dug,
Ha ha. Eh, sori, logo untuk kau belum siap.

Heg,
Eh, drama yang ada Fauziah Latif tu - aku sukalah!

Amyz,
Ya, bahu for hired. Ha ha.

Amyz,
Nurul Hangit pernah cari bahu for hired ni - aku cakap kat dia, bahu tarak... perut ada la! HA HA.

Rajuna,
:) Sinikal ni. :)

Skin,
Wao, wo, ho ho! Ha ha.

Deen,
Orang perempuan mana pernah betul2 faham. HA HA HA HA HA.

November 26, 2008 8:49 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nizam,
Ya.

November 26, 2008 8:50 PG

 
Blogger Hijabulous said...

Apa signifikannya sudip? Kesian sudip tak bersalah.

November 26, 2008 9:09 PG

 
Blogger limmtatt said...

moh gi makan...
perut lapo dah nehhh...

November 26, 2008 2:31 PTG

 
Blogger Anak Bumi said...

Nage is bacckkk.

hehe.

PRU13 tu kira PRU yang last la, lepas tu Malaysia jadi Republik.


;P

November 26, 2008 3:39 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Sudip?

Sudip besi ke sudip kayu?

November 26, 2008 4:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hij,
Tak ada kena mengena. :)

Bhumi,
Am back and am away again and again. :)

Khal,
Sudip goreng ikan. :)

November 26, 2008 5:09 PTG

 
Blogger one love said...

suka menor ngata org :p

November 26, 2008 6:18 PTG

 
Blogger Pakcik Luar Otak said...

Apa ni uncle? Jom NZ sepam.

November 27, 2008 12:18 PG

 
Blogger Pakcik Luar Otak said...

Eh. Typo error.

Abang.

November 27, 2008 12:18 PG

 
Blogger sinaganaga said...

One,
HA HA.

Luar Kotak,
NZ? LOTUS le wehhhhhh! LOTUS kat depan Ampang Prk tu banyak awek cun-cun!

November 27, 2008 9:13 PG

 
Blogger .abell.habil. said...

keh keh keh.
mata smokey ya.hot ni.

dia sat lagi orang perempuan ni mula lah nak cerita bunyi angin.

"ang nak tau.psstt.pstt.psst.minah.psst.jantan.psst.psst.karpet.psstpsst.terlentang.psst.psst."

abah kata, makin banyak angin, makin hot cerita nya.hahah.

November 30, 2008 6:40 PG

 

Catat Ulasan

<< Home