"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

20 November 2008

Malam Gala HISTERIA: Trivia

Klik sekali untuk review semi teknikal HISTERIA.

1. Pipiyapong dan aku memang datang saing dengan Liyana Jasmay. Dan aku dah standby dah jawapan kalau Azwan dan Wahi (wartawan) tanya, aku akan jawab, “Well, buat apa nak sorok-sorok, tapi kami masih diperingkat baru nak mengenali hati budi masing-masing, hak hak hak.”

2. Spontan, aku tercakap, “Pergh!”, agak kuat jugalah, semasa jumpa Liyana Jasmay ketika kami hendak naik ke tingkat atas. Semasa di hadapan kedai menjual gitar, Liyana Jasmay menoleh ke belakang, aku dah tak tahu nak pandang mana - so, aku pandang gitar. Berdebor. HA HA.

3. Pinggan dan sudu dalam restoran tu memang berat.

4. Air warna hijau tu rasa daun pandan.

5. Ahmad Fedtri Yahya ada sebut satu perkataan, “Logamaya!” Logamaya adalah perkataan sama erti Fata morgana.

6. Di dalam panggung - kerusi aku bergegar-gegar, mungkin ada hantu nak test power kot. Lamaaaa lepas tu baru aku tahu, kaki Pipiyapong yang terhenjut-henjut menyebabkan kerusi panggung bergegar-gegar. Mungkin Pipiyapong sedang menahan sejuk atau sedang menahan kencing masa ni. Atau, Pipyapong memang ada Parkinson's, hak hak hak.

7. Aku balik naik kereta sukan Pipiyapong. Buka tingkap, cucuh rokok, letak siku keluar tingkap, kami rasa macam Starsky & Hutch. Perghhhhh!

8. Kereta sukan 'Starsky & Hutch' memang tak ada talipinggang keledar. Perghhhhh!

28 Comments:

Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

mana ada gua goyang kaki..gua ingat kaki lu yang goyang..dah tu kaki sapa tengah-tengah kerusi tu?

November 20, 2008 11:28 PG

 
Blogger Maryam said...

sangkaan percubaan hantu rupanya gegaran pipiyapong... kalau gegaran tsunami masa tu camana la ye?

November 20, 2008 11:28 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Yapong,
Hah, kalau lu tak goyang kaki gua tak goyang kaki - habis kaki siapa kat tengah-tengah kerusi tu?

Mar,
:)

November 20, 2008 11:30 PG

 
Blogger RY said...

haha..en naga ni, sekali pandang mcm brader bapak otai yg org takut gile nak tegur. tapi bila baca blog, mak aih, kelakau boleh tahan la pulak. haha

ingat nak tiru a entry ni. ah, skarang jugak saya tiru..wahaha..

tapi tang dah ready jawapan untuk wartawan tu x bole bla...haha..nasib baik xde nas ahmad. kena terjah sampai rumah kang!

November 20, 2008 11:33 PG

 
Blogger hegira said...

dem. saya minat giler liyana jasmay nih.

November 20, 2008 11:50 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Razor,
Ha ha, sila sila.

Alina,
Dem! Hell na! Ha ha. She's cuteeeee!

November 20, 2008 12:00 PTG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

Sekarang memang musim hantu-hantu masuk panggung...

Masa balik malam tu, ada perasan tak kereta sukan tu berat semacam?

.

November 20, 2008 12:22 PTG

 
Blogger GuruSilat said...

Isap rokok, sambil siku terjulur ke luar tingkap, takde rasa macam 'B.J. And The Bear' ke?? Perghhhhh!

November 20, 2008 12:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nizam,
Nak rasa berat macammana - radio kaset pun tak ada!!!! Itu pun, nasib baik kerusi belakang tu mau jugalah dia nak bubuh - kalau dia tak bubuh? HA HA.

By the way, kereta sukan memang kena ringan, barulah ‘kacip’!

GuruSilat,
BJ mana ada hisap rokok weh!!!! Ha ha.

November 20, 2008 12:34 PTG

 
Blogger Rajuna said...

aku dengar liyana nak release album. tak beli tak true la bang! sapa donlod kene cubit. buarghhh..

*tangan menunjukkan lambang 'kambing blek metel'*

November 20, 2008 1:28 PTG

 
Blogger cik puan daun said...

ferr... sungguh bukan review histeria..

November 20, 2008 2:16 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

BJ and The Bear? HAHA

November 20, 2008 2:33 PTG

 
Blogger sidra kamar aisa said...

hukkkhh!..sampai.

November 20, 2008 2:34 PTG

 
Blogger tasekM said...

hah! sudah. selain hantu te***, hantu kaki pun dah muncul.

dulu2 aku takut hantu kum-kum. ha ha.


.

November 20, 2008 3:06 PTG

 
Blogger Amyz! said...

Nasib baik macam 'Starsky & Hutch'. Bukan macam Duke of Hazard. Hon kereta tu cool, tuh!!

November 20, 2008 3:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Raj,
Kalau fulus ada lebih - aku belilah. :)

Daun,
HA HA. One day, Roshang Noor akan panggil aku untuk Fenomena Seni ni weh! Ha ha.

Dug, Tasek,
HA.

Amyz,
:) HA HA.

November 20, 2008 3:26 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

tah-tah tu kesan khas, 'khas' kat tpt duduk k tak en. naga.tu pasal ko jek yg rasa.

November 20, 2008 4:07 PTG

 
Blogger addyaholix said...

cemburu sebab ko jumpa liyana jasmay la bang naga!

aku tak pernah rasa naik kereta sukan. cuma kasut sukan pernah aku pakai.

ko dapat apa yang aku tak dapat. damn!

November 20, 2008 5:17 PTG

 
Blogger syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

Good day

New in Sireh Dan Cengkeh, interview with folk singer/songwriter Art Fazil from Rausyanfikir.

Visit us for more interviews and articles.

Regards
Syed

November 21, 2008 8:10 PG

 
Blogger benuasuluk said...

cerita engko membuatkan aku turut berdebor. Err pasal "secekaknya", kah?

November 21, 2008 8:32 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Asu,
Agaknyalah. :)

Adi,
Akukan Jenderal! HA HA.

Syed,
Ok.

Suluk,
HA HA. Macam-macamlah lu!

November 21, 2008 9:16 PG

 
Blogger Yana Ismail said...

huhu..liyana jasmay?ahaha..

takkannla berdebar kot smpai pandang gitar ;P

Pipiyapong ada parkinson?pergghhh..mgamuk dia kalau baca;p

November 21, 2008 10:19 PG

 
Blogger ceri masam said...

kaki sapa?
ha!!!

November 21, 2008 10:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Yana,
Ha ha.

Nurul,
Entah.

November 21, 2008 12:16 PTG

 
Blogger Unknown said...

fata morgana sungguh...hahahha.

:.kalau hujan tererempak tepi jalan boleh tumpang keter sukan tu?..keter sukan dengan yamaha sukan sama best tak ?...kekekeke

November 22, 2008 1:40 PG

 
Blogger kingbinjai said...

perghh naga pun bole gabra hahahaha

November 23, 2008 3:33 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

aku dah ada rumah baru (akhirnya).

http://hanakirana.com

November 24, 2008 3:20 PG

 
Blogger Unknown said...

sambil-sambil tengok wayang, makan kay ep si...barulah sehingga menjilat dinding.....

November 24, 2008 2:02 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home