Gerabak
Pada suatu senja, hari hujan, jalan sesak, aku masih di pejabat, dan Nida di dalam kereta; terasa benar benar hendak terkencing. Ada mana, dia tanya. Ada di pejabat, aku jawab. Ringkas. Cukup ringkas. Aku nak tumpang kencing [di pejabat kau], dia kata. Ok, aku kata.
Aku syak, selepas ini, ada ramai lagi perempuan-perempuan akan menelefon aku kalau mereka rasa nak terkencing, ha ha.
Tapi, bukan itu yang hendak aku ceritakan kepada kamu.
[ , ]
Tiba-tiba hari pun malamlah.
Aku di dalam gerabak lrt yang cuma ada aku. Pada satah tingkapnya ada bintil-bintil air. Kejapan, aku terasa seperti John Travolta dalam filem Saturday Night Fever.
Mata aku tertancap kepada sebuah beg hitam tidak bertuan, kemudian.
“Entah-entah... ada bom kat dalam beg tu!” getus hati.
“Bukak dude, bukak! Kasi check-lah... ada bom ke tak ada bom kat dalam beg tu!!!” kata Tok Rimau. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop*. Seperti selalu-selalu.
“Bukak dude, bukak! Kasi check-lah... entah-entah ada 30 juta kat dalam beg tu!!!” kata Spyz. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop*. Seperti selalu-selalu.
[ , ]
Lrt berhenti di stesyen yang lain. Aku 'melompat' masuk ke dalam gerabak sebelah.
“Manalah tahu... kalau bom meletup... taklah hancur sehingga tidak dikenali, he he!” getus hati.
Mata aku masih tertancap kepada sebuah beg hitam tidak bertuan, di gerabak sebelah.
Kejapan, aku terasa seperti John Travolta dalam filem Saturday Night Fever. Pada satah tingkapnya ada bintil-bintil air. Aku di dalam gerabak lrt yang cuma ada aku.
Malamlah pun hari tiba-tiba.
36 Comments:
tiba-tiba aku terbayang kau menari macam john travolta juga. haha.
Oktober 23, 2008 5:11 PTG
John Travolta suka hisap cerut seperti dalam filem Swordfish dan Broken Arrow.
Oktober 23, 2008 5:18 PTG
kalau aku nak tumpang kencing jugak boleh?
tapi aku lelaki haha !
aku teringat john travolta jadik perempuan dalam filem yang aku lupa tajuknya !
comel macam ko bang naga hahaha !
Oktober 23, 2008 5:32 PTG
gua dah macam terpengaruh ngan gaya tulisan lu..ha ha....
Oktober 23, 2008 5:45 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Oktober 23, 2008 6:15 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Oktober 23, 2008 6:15 PTG
salam
kiranya anda mempunyai wajah yang mengiurkan si jelitawan dan anda pandai menari la nih
Oktober 23, 2008 6:16 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Oktober 23, 2008 6:16 PTG
Napa tak buka dude?
Entah-entah ada duit bukannya bom!
Oktober 23, 2008 6:34 PTG
Sufian Abas tak muncul???
Oktober 23, 2008 7:27 PTG
Kalau ada mayat bayi camne agaknya?
Oktober 23, 2008 8:35 PTG
Abang Naga,
Cath pun nak tumpang kencing kat opis Abang Naga, boleh..?? Hehe!
Oktober 23, 2008 9:58 PTG
Amyz,
Petang tadi aku tunggu2 juga kalau2 Nida ada telefon - tarakkkk - Jimadie yang telefon, tapi bukan nak tumpang kencing - ajak aku gi Dewan Perhimpunan Cina, dan-dan tu juga. :)
Dug,
:)
Adi,
Boleh. :)
Gun,
HA HA.
Gafaro,
Tulisan dalam blog ini hanyalah fiksyen. Harap maklum. :)
Khal,
Apabila dah sampai rumah - rasa menyesal juga sebab tak buka. :)
Mukhriz,
Tak. :)
Water,
Tatau. He he.
Cat,
Boleh. :)
Oktober 23, 2008 10:56 PTG
Ha ha ha.. Keji saja.
Kau kan concern..
Tapi, kalau hari-hari aku telefon kau cakap nak tumpang kencing (kat pejabat kau) nanti dikata aku gilakan kau pulak, kan?
weh, beg hitam kat lrt aku selalu nampak la dulu-dulu kalau balik malam-malam.. itu orang LRT punya.. tp apa barang dalam tak tahu lah aku
Oktober 24, 2008 9:17 PG
aku syak dalam beg tu ada spanar la bang.... ha ha.
.
Oktober 24, 2008 10:21 PG
kalau saya kan, kompem tak perasan beg hitam tu. haha. sebab rabun.
abang. pepatah melayu ada cakap. curiosity kills the cat.
Oktober 24, 2008 11:10 PG
Lebah,
HA HA. Hari ni OP lak tumpang kencing kat opis aku. HA HA.
Beg Hitam tu mamat lrt punya? Laaa...
Tasek,
Aku syak - bom.
Alina,
Curiosity kills the cat? Ha ha. Selalunya macam tu... Ha ha. Kadang2, bukan kucing saja - rimau pun boleh mati, dek oiiiii! HA HA.
Oktober 24, 2008 11:28 PG
kalau dah ada sambutan hangat boleh le kamu bukak kaunter bro
Oktober 24, 2008 11:39 PG
Di dalam beg hitam itu pasti ada:
"Hi! You're In Candid Camera!"
Sengaja ditinggalkan.
Oktober 24, 2008 11:52 PG
ha ah.
apasal tak buka beg hitam tersebut?
kalau ada bom,boleh juga pakcik naga selamatkan keretapi.masuk surat khabar.tersohor sekejap.haha.
Oktober 24, 2008 12:26 PTG
woi woi cerita le bagi habis. Apa kena mengena Nida yang nak terkencing dengan John Travolta dengan lrt dengan beg dengan ahhh ko pun membuatkan aku rasa nak terkencing hujan-hujan begini
Oktober 24, 2008 12:35 PTG
john travolta masa muda2 kurang handsome x mcm skang....tp itu john travolta la.
beg hitam yG x bertuan tu sebenarnye AHMAD ALBAB YG PUNYA!! HA HA HA!
Oktober 24, 2008 12:36 PTG
Asu,
HA HA.
Amin,
Ha ha.
Ramal,
Ha ha.
Suluk,
Kedua2 cerita tak ada kena mengena. Harap maklum.
Amora,
Orang lelaki ni = makin tua makin jadi handsome. Tatau kenapa. La la la la la.
Oktober 24, 2008 2:51 PTG
Apa barang John Travolta. Ha ha ha!
Oktober 24, 2008 3:27 PTG
kenapa tak ambik beg? buat bekas kencing hahaha!
Oktober 24, 2008 4:56 PTG
kau ni....kan kat jepun kalu jmpa beg ke payung dlm gerabak kena bagi kat ekiing. huh... xda manner kejepunan dah tuh...ekekek :p
Oktober 25, 2008 2:12 PG
rugi dude sebab x bukak, sbb ak ader bacer stu blog, dia kater tggl laptop dlm beg hitam dlm gerabak. mgkin yg itu...
Oktober 25, 2008 6:07 PG
Purp,
HA HA HA HA HA. Apa barangggggg...
Art,
Ha ha.
Rudy,
Kat Malaysia mana ada ekiing.... Ha ha. Tapi bosan juga pergi ke ekiing utk cari barang - mereka tanya - tadi ingat tak naik koc nombor berapa? Mana nak ingat! Apa baranggggg... Ha ha.
Khayam,
*Tap!*
Oktober 25, 2008 9:01 PG
hmmmm
Oktober 25, 2008 1:00 PTG
kenapa x amik beg tu...kendian ketuk pintu driver & bg pd dia? sbb kalau betul itu bom, mesti en naga dpt masuk tivi
hehheheheh
Oktober 25, 2008 1:02 PTG
cheh, ko banyak sgt tgk movie lah bang!. hahahaha
Oktober 26, 2008 10:08 PG
last2 tak cek eh? alang2 da tade orang. cek je lah. mana tau ada setengah juta. bleh ko belanja aku minum jus oren.
Oktober 26, 2008 6:38 PTG
bang naga,ada duit tu!
rugi beb.kalau dapat duit,
memang balik berjoget sakan lah bang naga macam john travolta!
regards,
abell
Oktober 26, 2008 11:08 PTG
hahaha...entah2 JT dalam tu...
Oktober 27, 2008 1:33 PG
Amani,
Kasut Croc kanvas warna hijau aku mana???? HA HA.
Fafa,
:)
Yob,
Ha ha.
Lanun,
Bukak2 - kaboooom! Apa cer? Ha ha.
Abell,
Aku syak bom. :)
Budu,
JT? Apa tu?
Oktober 27, 2008 10:38 PG
abis tu, beg tu?
Oktober 28, 2008 11:14 PG
Catat Ulasan
<< Home