"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 Oktober 2008

Mak Teh kena stroke

Nama emak, Puteh.
Stroke merongrong tubuh emak. Otak kanan emak lumpuh. Mulut kanan emak lumpuh. Tangan kiri emak lumpuh. Kaki kiri emak lumpuh.

Apabila emak dah sedar, emak nak minum teh o ais. Aku kata, hishhhh, doktor tak bagi minum lagi, sebab salur tengkorok dan salur penafasan emak masih tak ada tindakbalas... susahlah kalau tersedak nanti.

Nama kakak aku, Maimon. (Ya, nama kami adik-beradik memang tak best, ha ha.)
Apabila doktor leka, Kak Mon curi-curi bagi emak minum air mineral. Nak bagi emak minum banyak-banyak - takut. Jadi, bagi emak minum sikit-sikit, guna camca kecil - itu sajalah yang berani.

“Ape tawarrr 'je teh o ais ni, Mon?” tanya emak, dalam nada yang sukar untuk difahami.

Aku tak tahu sama ada emak serius atau emak buat komedi masa tu. *ding!*

Right Brain and Left Brain Inventory

33 Comments:

Blogger siew said...

salam takziah buat abg Naga sekeluarga,
semoga ibu tercinta cepat sembuh.
Di masa ni lah ibu memerlukan kehadiran anak-anaknya di sisi,

Oktober 21, 2008 12:30 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Moga-moga mak teh akan bangun dan berjalan kembali.

Moga-moga mak teh akan merasai kemanisan teh o lagi.

Moga-moga mak teh akan mampu melihat anak-anaknya bersama berkumpul di sisi. Sebagaimana di penempatan rumah setinggan dulu.

Moga-moga mak teh akan tersenyum melihat dapur berkembar butterfly.

Aku doakan.

Tuhan maha mendengar.

InsyaAllah.

Oktober 21, 2008 12:33 PTG

 
Blogger addyaholix said...

Moga mak teh mampu bangun semula.

Aku tau semangat yang kau ada sekarang asalnya datang dari ibunda tercinta kan.

Doa aku sentiasa ada bang naga !

Oktober 21, 2008 12:43 PTG

 
Blogger .abell.habil. said...

semoga ibunda bang naga yang tercinta cepat sembuh dan kembali ceria dan komedi seperti biasa.

dan semoga semangat anak anak yang sentiasa disisi ibunya tidak pernah akan padam.

regards,
abell

Oktober 21, 2008 12:50 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

bagi je apa dia nak makan, cuba kau yg kat atas katil tu, sure ko nak burger king....

Oktober 21, 2008 1:17 PTG

 
Blogger hegira said...

Semoga mak teh sentiasa tenang. dan semoga anak anak mat teh sentiasa tenang. saya doakan semoga mat teh dan anak anak nya sentiasa tenang dalam rahmatNya.

Oktober 21, 2008 1:28 PTG

 
Blogger cik puan daun said...

arghhhh.. sedihhhh... aku tak tau nak kata apa.. :(

Oktober 21, 2008 1:40 PTG

 
Blogger Zaini said...

Enche Naga bes.

=)

Oktober 21, 2008 1:52 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Moga-moga mak Teh kembali sembuh.

Akan ku doakan.

Oktober 21, 2008 1:53 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Anak Mak teh sedang sibuk uruskan majlis Maskara Shorties dan penerbitan buku Romlah: The Untold Stories.

Jadi, blog ini tidak akan di-update dalam tempoh terdekat ini.

Oh ya, Mak Teh sudah dibawa pulang ke rumah beliau di Padang Temu, aku dah beli tilam angin untuk beliau, dan Kak Mon akan bawa beliau berurut kerana Mak Teh ada mengadu yang belakang badan dan tangan kirinya terasa sakit-sakit.

Oktober 21, 2008 1:55 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

salam dude...
semuganya mak teh cepat sembuh...

Oktober 21, 2008 2:54 PTG

 
Blogger tasekM said...

moga cepat sembuh ye mak teh.







:(

Oktober 21, 2008 3:32 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

abg naga..

nk jaga org yg kna stroke ni mmg kena da ksabaran..
yg kena stroke lak kena btoi² bersemangat nak sembuh..

maka..
mak teh + anak² beliau kena la betoi² kuat..

Allah xkan bg kita ujian kalo kita xmampu nk hadapinya..

smoga mak teh cpt semboh..

Oktober 21, 2008 4:20 PTG

 
Blogger oyett said...

semoga mak teh cepat pulih...aminnnn

Oktober 21, 2008 4:26 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Arwah bapak aku dulu mintak teh tarik, aku jawab tak boleh nanti doktor marah.

Rupanya itulah jadinya permintaannya yang terakhir :-(

Oktober 21, 2008 5:02 PTG

 
Blogger Layla Haq said...

Semoga Mak Teh tabah. Hadapi dengan penuh keimanan dan keredhaan. Allah Sedang menguji Mak Teh dan keluarga.

Semoga encik Naga tabah. Dan dapat menguruskan segalanya dengan baik.

AMIN

Oktober 21, 2008 6:34 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

sorry bro.saya sama sedih.

Oktober 21, 2008 9:13 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

Abang Naga,
I pray hard for Mak Teh full recovery. Take care!

Oktober 21, 2008 9:40 PTG

 
Blogger siskinny said...

Mak Teh,

Cepat sembuh ye. Nanti boleh tgk tivi. Makan dodol pun boleh.

Ok!

Oktober 21, 2008 11:37 PTG

 
Blogger Sayuti said...

insyaAllah, pahala besar dan berkat kehidupan menanti orang yang berbakti kepada orang tua mereka.

Oktober 22, 2008 12:57 PG

 
Blogger tuan tanah said...

:(

Saya harap Mak Teh sembuh semula.
Banyakkan bersabar ye Encik Naga.

Oktober 22, 2008 4:48 PG

 
Blogger Nida Shaari said...

Adik balik KL dan kerja baik-baik ya..

Kak Mon akan jaga Mak Teh..

Tapi nanti Kak Mon akan sekejap-sekejap telefon adik untuk bagitahu perkembangan Mak Teh

Adik jangan marah Kak Mon pula..

Oktober 22, 2008 9:37 PG

 
Blogger ceri masam said...

hmmmm

Oktober 22, 2008 11:39 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku bersimpati. Moga-moga Tuhan menyihatkan semula emak kau.

Oktober 22, 2008 12:09 PTG

 
Blogger Artozy said...

pasti ada rahmat tersirat. semoga mak teh lebih sihat dari dulu selepas ni.

Oktober 22, 2008 4:34 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Sob... sob.. sob..

Takziah.

Oktober 22, 2008 4:44 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

moga cpt sembuh ibumu.

Oktober 22, 2008 5:28 PTG

 
Blogger fusarium solani said...

Salam,
Semoga ibu encik naga segera sembuh. Amin.

Oktober 22, 2008 6:46 PTG

 
Blogger GAFARO a.k.a. agentno9 said...

salam

ketawa penawar duka semoga mak teh cepat sembuh

Oktober 23, 2008 8:45 PG

 
Blogger Unknown said...

semoga aunty teh segera pulih.

*dude, bg tau aunty, u kewl yo!*

Oktober 23, 2008 11:52 PG

 
Blogger up on my forehead said...

encik naga, i hope your mum get well soon!

-ika-

Oktober 23, 2008 11:59 PG

 
Blogger Ron97 said...

ya..
sekarang giliran hang pulak untuk jaga dia
dunia ni mmg umpama roda
berbaktilah tika sempat.

Oktober 23, 2008 2:41 PTG

 
Blogger . said...

moga cepat sembuh.

Oktober 23, 2008 2:44 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home