"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 April 2007

Wakil pekerja

Sibuk.

Hari itu. Tangan seorang teman sekerja (WokSir @ M. Nasir Abdullah). Tersepit di antara dua roller mesin cetak yang sedang berputar. Mengakibatkan kecederaan serius - tujuh belas jahitan, aduhai! Lihat, bukan senang nak terbitkan buku...

Seorang wakil pekerja yang baik ada potensi untuk jadi seorang wakil rakyat yang baik juga, beritahu seorang teman yang lain kepada aku.

Ha ha. Aku ketawakan sahaja. Bukan tidak mahu jadi wakil rakyat... cuma, bimbang akan sama tersasul kata macam Tan Sri A. Khalid Ibrahim pula nanti. Alahai Tan Sri! Ha ha.

Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada cikgu K. R. Parthiban atas kejayaan di Ijok tempoh hari. Dah jadi YB ni - dah tak mengajar lagi lah ek, cikgu? Dah ada cikgu pengganti dah ke tu? Ha ha. Apapun, Selamat Hari Pekerja, cikgu!

Sibuk.

26 April 2007

Pada satu hari cuti umum yang kalau kau ambil dua hari cuti rehat kau akan bercuti selama tujuh hari

Ada di mana? Tanya Ayis. Via SMS.

Masih di istana negara. Tuanku tak kasi balik. Jawab aku. Via SMS.

Tuanku suruh kau cuci apa lagi? Tanya Ayis. Via SMS.

Choi!

24 April 2007

Yin II

Aku. Ajak. Menginap di chalet kecil-kecil. Yang membontoti Istana Pulau Santap itu.

Kiblat arah mana? Ajak tanya aku. Dia dalam wuduk.

Nun! Aku beritahu Ajak. Sambil memuncungkan bibir. Ke arah Istana Pulau Santap. Di tangan aku ada pisau Swiss Army dan ubi kentang.

KOMA

Pagi esoknya. Setelah subuh. Aku perhatikan. Matahari terbit dari sebelah belakang Istana Pulau Santap.

Alamak! Maghrib. Isyak. Subuh tadi. Aku dan Ajak... menyembah matahari!

Tik! Tik! Tik!

“Jak! Aaa... Boleh kau qada sembahyang maghrib, isyak, subuh.... Aaa, aaa, pasal... aaa....”

“Hah?”

NOTAKAKIBANGKU: Ajak akan muncul manja di kolum Rakaman Pengembara, Dewan Siswa, MEI 2007.

23 April 2007

Sembang politik di restoran yang namanya seperti kemaluan wanita itu

Sebanyak 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, berbanding orang Melayu, kaum lain mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjadi pengundi sebaik sahaja mencapai umur 21 tahun.

Menurutnya, antara alasan mereka enggan berbuat demikian kerana tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat.

Sumber: Mingguan Malaysia, 21 April 2007


...

“Tan Sri kena tambah lagi satu alasan ni… ermmmm… kerana dah bosan dengan janji-janji ahli politik dan state! Kau tengok… berapa banyak projek perumahan untuk rakyat yang terbengkalai… tak selesai-selesai juga… apa gunanya ada Kementerian Perumahang… ” Kata pakcik yang duduk semeja; sama-sama menunggu roti kirai untuk dihantar ke meja. Dan, akhirnya aku tahu, pakcik tu orang Terengganu yang telah bertahun-tahun berlatih cakap KL.

Roti kirai aku sampai dulu.

“Pakcik rasa-rasalah kan… nyam nyam nyam… kalau 80 peratus orang Melayu tu pakat-pakat mendaftar dan mengundi parti lainlah… nyam nyam nyam… apa akan jadi kat state?” Tanya aku.

“Hishhhhh! Tak bolehlah macam tu… orang Melayu kenalah mengundi parti Melayu… parti AMNU… Hishhhhh!” Kata pakcik tu.

Roti kirai pakcik tu sampai kemudian. Double!!!! Siapa nak bayar ni?

“Kau dah masuk… nyam nyam nyam… Islam hadhari?” Tanya pakcik tu.

“Agama baru tu… nyam nyam nyam… ek, pakcik?” Tanya aku.

Ha ha. Kami ketawa kuat-kuat. Macam pontianak tercucuk paku setengah inci kat tengkuk. Pasangan pengkid di meja sebelah sedikit terganggu. Awek dia menjeling-jeling kepada kami. ‘Abang’ dia kata, “you pekakkan telinga je… sabarlah sikit, sayang!”

20 April 2007

Yin

Sharpener ada, Jan? Aku tanya SarJan Leman.

Hah, kalau tak ada sharpener, kasi tajam itu pensel dengan gigi! Sarjan Leman jawab aku. Sinikal.

Aku. Tentukan koordinat pada peta. Dan, lukis satu garis lurus dari titik A ke titik B. Dengan pensel tumpul. Lantaklah! Kemudian, aku tenang kompas. Dan, aku arah anggota seksyen untuk bergerak membontoti aku.

Squad, follow me! Aku kata. Sarjan Leman pandang langit. Dan, bersiul-siul lagu Pak Ngah Balik.

KOMA

Seksyen kami sesat! Tersasar jauh dari laluan sebenar. Rupa-rupanya, 5pt tebal garisan pada peta bersamaan dengan satu kilometer jauh pada atas bumi.

*Plap!*

19 April 2007

Keji (epilog)

“Kawan aku cakap, tentu dia berangan nak orgy dengan pengarang-pengarang tampan (seperti kita). Tengok-tengok... kita potong stim, suruh dia register blog dia sendiri. Ha ha!”

“Ha ha. Kita ni bongok, rasanya. Kalau dapat kat orang lainlah… Khasanah dah ‘duduk’ di dalam kotak TV dan dah di letak di depan UM, rasanya.”

“Alhamdulillah! Kita taklah se‘keji’ yang mereka sangkakan.”

TAMMAT

17 April 2007

Khasanah

Itu malam. Khasanah tersedar dari mimpi. Nafasnya mencungap. Dada ragasnya berombak.

"Apa tafsir mimpiku ini?"

Kononnya. Dalam mimpinya itu. Khasanah ketemu dengan dua orang karyawan. Sekali gus. Sinaganaga, si pandai lukis. Dan. Faisal Tehrani, si pandai tulis. Kedua-duanya kacak dan seksi belaka. Auuum!

Dikatakan oleh orang banyak. Kedua-dua lelaki ini sangat 'keji'. Ha ha.

Dada ragasnya berombak. Nafasnya mencungap. Khasanah tersedar dari mimpi. Itu malam.

16 April 2007

Mimpi Khasanah

Malam itu. Adalah malam-malam yang sama seperti selalu-selalu. Tanpa kafeina. Tanpa bintang. Dan. Tanpa magis. Yang ada hanyalah koko ais berkisar dan nikotina… yang ini entah batang yang ke berapa.

Cuma, yang membezakan sedikit malam itu dengan malam-malam yang sama seperti selalu-selalu, adalah – malam itu, dua orang karyawan (yang dikatakan oleh orang banyak) 'keji' akan bertemu. Ini pertemuan kami yang keempat kali, sebenarnya.

Yang seorang – melukis. Dan. Yang seorang – menulis.

KOMA

Faisal Tehrani lagi 'dalam' maghrib. Aku lagi duduk merokok di Hot Café; memerhatikan mortal-mortal yang lalu-lalang.

Kejap. Faisal Tehrani muncul entah dari celah mana-mana. Seketika duduk dia memesan, "teh tarik, makan... aaaa... tak mahu!" Sedang krim putih berputar di lapisan paling atas koko ais berkisar milik aku masih kekal elok tidak dikenyut. Diameter penyedut minuman itu lebih besar daripada yang lazim.

Buku-buku memenuhi muka meja. Perbincangan kami lebih banyak tertumpu kepada kerja-kerja reka bentuk Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu.

KOMA

Tiba-tiba. Muncul seorang perempuan entah dari celah mana-mana. - Berwajah separa buram. Berambut lepas; berombak dan sedikit kusut. Berpakaian rona tanah dan hijau tahi lembu. Berskirt paras lutut; berbelah dan berbutang depan. Berbut hitam separas betis dengan kemasan bulu harimau bintang di bahagian pangkalnya. - Merapati meja kami. Dan. Menegur dalam decibel nyamuk.

Hah? Aku kata. Boleh cakap kuat sikit tak?

Maafkan saya, enche-enche! Untuk pengetahuan enche-enche, saya pernah berkahwin dua kali. Yang pertama, Dato’. Yang kedua, Tan Sri. Kedua-dua laki saya itu akhirnya saya bunuh. Jadi, bolehkah saya kahwini enche-enche, seorang demi seorang? Dan, akan saya bunuh juga, kemudiannya.

*Plop* Fantasi macam-macamku musnah…

Nama dia Khasanah. Berumur awal tiga puluhan. Telah sekian lama memendam minat untuk menulis buku [dan ingin menjadi 'pop' seperti kami berdua. Ha ha.]. Bla bla bla… [Tidak aku perturunkan rincinya di sini kerana sudah tentulah kamu semua tidak menaruh minat untuk mengetahui butir perbualan kami yang sungguh ilmiah tahap dewa itu. Ha ha.]

Dia meminta nombor telefon kami. Aku beri kad nama. Faisal Tehrani beri alamat emel. Dan, Khazanah meminta diri dan berlalu dalam lenggok yang paling memikat, kemudiannya.

Faisal Tehrani memesan teh tarik kedua. Aku mengenyut koko ais berkisar yang telah habis separuh. Dan, kami kembali semula ke alam perbincangan yang tadinya telah tertunda. Perbincangan itu diselang-seli dengan cerita pasal Khazanah. Adakalanya kami mengekek. Mortal-mortal di meja-meja lain sibuk dengan hal masing-masing.

KOMA

Khazanah datang lagi! [Hah? Biar benar...] Pada kali ini, aku tidak lagi membiarkan dia terus-terusan berdiri. Sebagai seorang lelaki berhemah aku mempersilakan dia duduk. Tetapi, kerusi di sebelah Faisal Tehrani telah penuh dengan bag. ...

Maafkan saya, enche-enche! Saya rasa tertekan. Sungguh. Sebenarnya saya kerap mengalami mimpi-mimpi aneh. Bahkan, mimpi-mimpi itu kelihatannya sungguh real. Jadi, saya mahu membukukan mimpi-mimpi itu. Perlukah meminta izin dari si polan si polan (Dato’ Seri) yang hadir di dalam mimpi saya itu terlebih dahulu?

Khazah duduk berlipat kaki. Dari sudut pandangan ini, aku tidak dapat melihat mukanya tepat-tepat. Tetapi, jika menunduk sedikit sambil menongkat dagu dan mengerling, kau boleh lihat butang paling bawah skirtnya terbuka satu dan ini sudah tentulah menyerlahkan betisnya yang tidak berparut, alahai!

Awak kerja di mana? Faisal Tehrani tanya. Ha ha. Aku rasa pertanyaan itu tiada kaitan apa-apa. Sekadar mahu meredakan rasa kaget atau sekadar mahu melampiaskan rasa bosan.

Setelah berpuas hati dengan penjelasan kami, Khazanah meminta diri dan berlalu dalam struts kucing baka Madura yang paling memikat.

KOMA

Kemudian. Aku mendapat tahu. Dari Faisal Tehrani yang bercerita. Sebelum tadi, butang baju Khazanah terkatup kemas. Sebentar tadi, butang baju Khazanah terbuka beberapa. Ini mendedahkan sebahagian besar atas dadanya. "Ada bedak kilat-kilat!"

Aku syak itu silver dust.

*Plap!* Pelangi renjanaku musnah…

"Kenapa Naga?"

"Aku lupa nak minta nombor telefon Khasanah!"

Malam itu. Adalah malam-malam yang sama seperti selalu-selalu. Tanpa kafeina. Tanpa bintang. Dan. Tanpa magis. Yang ada hanyalah koko ais berkisar dan nikotina… yang ini entah batang yang ke berapa.

13 April 2007

Khasanah

Itu malam. Khasanah tersedar dari mimpi. Nafasnya mencungap. Dada ragasnya berombak.

"Apa tafsir mimpiku ini?"

Kononnya. Dalam mimpinya itu. Khasanah ketemu dengan dua orang karyawan. Sekali gus. Sinaganaga, si pandai lukis. Dan. Faisal Tehrani, si pandai tulis. Kedua-duanya kacak dan seksi belaka. Auuum!

Dikatakan oleh orang banyak. Kedua-dua lelaki ini sangat 'keji'. Ha ha.

Dada ragasnya berombak. Nafasnya mencungap. Khasanah tersedar dari mimpi. Itu malam.

12 April 2007

Keji (prolog)

Lelaki keji memang disukai oleh perempuan keji, kata seorang blogger wanita.

05 April 2007

Hari itu Hitomi melukis dia dan aku

Image Hosted by ImageShack.us

Hujan baru saja usai. Menyisakan bintil-bintil air yang melekap pada kaca tingkap. Semilir membusa dari celahan renggang bingkainya. Seperti selalu-selalu, ketika sedang bekerja, aku jarang mahu diganggu... Tentu sahajalah Hitomi akan menunggu dengan penuh setia dan bosan.

“Tadaaaaaaaaaaa!” Kata Hitomi. Yang tiba-tiba berpaut di belakang tubuhku yang merengkeh. Dari sudut pandangan ini, aku cuma dapat melihat sepasang lengannya yang mulus, pen berdakwat hitam, dan reja kertas yang telah siap terlukis. Dagunya menekan tulang selangkaku yang lekuk.

“Yang kenit tu siapa?”

“Akulah!”

“Yang lagi satu tu?”

“Kubis bunga! Ha ha ha!”

04 April 2007

Api-api

Image Hosted by ImageShack.us

...Perbualan secara online dengan Sinaganaga telah membuatkan saya sangat percaya yang saya adalah seorang penulis yang amat bagus dan secara automatik perlu memberitahu lebih ramai manusia mengenainya.

Lalu saya merasa telalu penting untuk segera membukukan tulisan-tulisan saya. Ditambah pula dengan ‘api-api’ dari kumpulan Sindiket Sol-Jah, yang kononnya buku saya ini bakal mencetus revolusi dalam industri penerbitan buku-buku sajak. Dan seperti mana yang kita ketahui, buku antologi sajak adalah suatu produk yang amat payah untuk dijual.

Mungkin itu hanya janji-janji palsu sekumpulan penerbit. Tetapi yang sudah terangsang ini tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Kerana, walaupun sombong dengan pendirian untuk tidak mahu ke arus perdana, saya perlu mengakui yang jauh di sudut hati yang penuh dengan kasih sayang ini, saya memang bercita-cita untuk menulis sebuah buku sekurang-kurangnya.

Impian ini biasanya disertai dengan angan-angan apabila setiap kali melihat gambar yang diambil sendiri lalu berkata, “alangkah cantiknya jika gambar ini tertera di kulit buku aku nanti”...

...Yang penting rasanya adalah menjadi diri sendiri dan inilah hasilnya.

~abdullahjones

03 April 2007

Arakian

Image Hosted by ImageShack.us

satu
awal bulan mac, aku ditemui dua mamat, khabarnya, anggota sindiket sol-jah.
“minta tulis prakata, bang,” pinta mereka.
aku dihulur sejilid kemas sebuah kumpulan puisi pracetak ‘sajak-sajak suci abdullahjones’.

abdullahjones?

dengan posing kepala menyenget, mata dilindungi topi, bermisai berjanggut yang baru belajar tumbuh, –lupakan lubang hidung dan telinga antara yang ternampak– reka bentuk kulit depan kumpulan puisi pracetak ini memikat sesiapa sahaja yang kaki buku, kutu buku atau yang tahu buku.

dua
“siapa mamat ni?” aku bertanya. ...

~Pyanhabib.

02 April 2007

Miss Saigon

Image Hosted by ImageShack.us

Suatu hari. Aku pergi ke Singapura. Aku nak pergi tengok teater muzikal. Miss Saigon. Di Kallang Theater.

“Naik bas pergi mana, ek?” Aku telefon Sri.

“Krek krek krek…”

“Bas ke Bongok?” Aku telefon Sri.

“Krek krek krekk…”

“Bas ke Bongek?” Aku telefon Sri.

“Krek krek krekkk…!!!”

“Ooo… Bas ke Bedok, ek!” Aku telefon Sri.

KOMA

Babak yang paling aku suka dalam Miss Saigon: Apabila kepala helikopter Huey turun dari siling lalu mendarat di tengah pentas. “Pergh!” Aku kata.

Syyyyyt!!!!

BERITA KEPADA KAWAN

01 April 2007

Ini buku baru. Ini baru buku.

Lapan ratus naskhah telah terjual dalam masa empat bulan!
Image Hosted by ImageShack.us
Pesanan GAYA POS (dalam Malaysia sahaja) = RM23 senaskhah
E-mel pesanan anda kepada: sinaganaga1547 at yahoo dot com
Atau pesan menerusi www.ujanailmu.com.my