30 Mac 2007
29 Mac 2007
Kereta kabel dan naga gayat
Suatu hari. Aku pergi ke Singapura. Aku pergi ke Pulau Sentosa. Naik kereta kabel.
“Aaa… bagi I satu tiket pergi balik! Untuk kereta kabel yang keseluruhan dindingnya lut cahaya ya! Mahal sedikit harganya tak apa.” Kata aku kepada nyonya jual tiket tu.
Apabila kereta kabel tu melepasi platform, apabila aku pandang ke bawah, apabila aku nampak kapal Virgo sedang berlabuh, apabila aku nampak orang di atas kapal tu kenit-kenit macam anak semut belaka – aku jadi gayat, alahai!
KOMA
Semasa balik. Kena naik kereta kabel juga. Mamat jaga tiket tu periksa tiket aku. Jadi, dia sudah lepaskan beberapa kereta kabel yang sebahagian dindingnya lut cahaya. Dia akan tunggu dan berhentikan kereta kabel yang keseluruhan dindingnya lut cahaya untuk aku… Aiseyman!
“Dude! Any cable car will do-lah! I Nak cepat ni… ada meeting! ” Kata aku.
LeAnn Womack pun berlagu Never Again, Again. Ha ha.
28 Mac 2007
27 Mac 2007
Jualan Gudang
Aku bertanya kepada Mat Jan. Perihal buku Jongkang Jongketnya. Yang melambak di bawah meja aku.
“Bila kau nak buat Jualan Gudang?”
Ha ha.
Indiglo
Mat Jan yang bercerita:
Ada seorang mamat tu. Dia sudah pujuk seorang budak lelaki. Masuk ke dalam selimut dia.
“Adik nak tengok abang punya? Boleh glow in the dark, tau! Woooo!" Pujuk mamat tu.
...
"Wo! Hebatnya mamat tu punya 'dia', Mat Jan!!!!!" Aku kata.
"Ha ha. Mamat tu nak tunjuk jam indiglo kat budak lelaki tu je... Dia bukan paedophilia! Ha ha." Mat Jan kata.
Spyz? Ketika kami bercerita, Spyz tengah tekan-tekan punat jam indiglo yang baru dibeli, "Nyala tak? Nyala tak?"
Aku cemburu. Aku rasa macam nak kapak-kapakkan saja kepala mamat separa botak ni. Ha ha.
26 Mac 2007
Singapore: oh seven hundred hours zzz...
Malam itu, peratusnya adalah kesenyapan. Yang selebihnya adalah bunyi roda-roda keretapi yang menghentak landasan. Aku di antara lena dengan jaga.
Tik! Tik! Tik! (Ada jari yang mengetik bahuku.)
“Aaa… Dah pukul berapa ek?” Tanya gadis yang duduk di bangku sebelah, “Saya lupa nak pakai jam.” Tadi, dia tengah sibuk memamah Twisties berperisa sos bbq. Krup krap krup krap!
Aku hulur tangan. “Tekan punat tu… nanti lampu menyala!” Aku kata. Dia cakup pergelangan tangan aku hampir ke dadanya, aaa… ke mukanya. Dia pandang jam aku lama-lama. Masih, aku di antara jaga dengan lena.
Tik! Tik! Tik! (Ada jari yang mengetik bahuku.)
“Aaa… Pukul berapa sebenarnya ni, ek?”
“Twenty-three-hundred-hours.”
“Aaa… Awak ni army, ek?”
“Taklah!”
“Alien, ek?”
“Tak!”
“…ek?”
“…!”
“…ek?”
“…!!!!!”
.
.
.
Psst! Ada siapa-siapa yang boleh tolong campakkan gadis ni ke luar keretapi?
22 Mac 2007
20 Mac 2007
Pirates of the Semenanjung Tanah Melayu
"Sindiket Sol-Jah?" Pyanhabib tanya. "Pirates!" Katanya, sambil tekup sebelah tapak tangan ke sebelah mata.
Kami berdekah-dekah, kemudian.
"Siapa mamat ni?" Pyanhabib tanya pasal Abdullah Jones. "Pirate!" Kata aku, sambil tekup kedua-dua belah tapak tangan ke kedua-dua belah mata.
Lagi. Kami berdekah-dekah, kemudian.
Amir? Amir tengah sibuk makan nasi lemak sedap.
15 Mac 2007
SAP
Kak Lang Shera bersekolah di SMP Jalan Ipoh, KL (Alaa... sekolah yang budak-budak perempuannya tak pakai kutang tuuu!). Bila dah dekat-dekat nak peperiksaan SPM - Kak Lang Shera buat permohonan untuk berpindah sekolah ke sekolah kampung. Jadi, Kak Lang Shera akan menduduki peperiksaan SPM di sekolah kampunglah. Nanti.
“Kalau di SMP, Kak Lang boleh dapat gred dua... Kalau di sekolah kampung, Kak Lang boleh dapat gred 1, fer sure. Quota gred kat sekolah bandar dengan kat sekolah kampung tak sama. Quota gred kat sekolah kampung rendah banyak!” Kata Kak Lang Shera.
“Kalau dapat 25 aggregate dah kira gred 2 kan, kan, kan, Lang?" Tanya Jo, adik Kak Lang Shera. Aku pernah berkenan kat si Jo ni dulu. Rupa dia macam pelakon Lydiawati. Ha ha.
Zaman tu, kami kejar aggregate. Kami tak kejar berapa A1, berapa A2, atau berapa C3, C5, P7, P8, F9. Zaman tu, gred boleh dikira secara grouping atau six the best. Zaman tu, kalau kau dapat bawah 10 aggregate semasa peperiksaan percubaan SPM - 'state' dah hantar kau pergi belajar kat London dah. Walaupun keputusan SPM sebenar belum keluar. Wo!
"Akulah kan, Lang... *syerot syerot syerot* Kalau tak dapat SAP (Sijil Am Pelajaran) pun *syerot syerot syerot* dah bersyukur sangat dah, Lang!" Kata aku. Sambil nyonyot-nyoyot aiskrim Malaysia yang aku ambil dari ice box Mak Uda.
"Nak nyonyot sikit!" Minta Jo.
NOTAKAKIBANGKU: C4 ialah bahan peledak.
14 Mac 2007
Senandung keroncong tentang 'hujan'
Hujan di Jepun tak sama dengan hujan di Malaysia. Hujan di Jepun – emas. Hujan di Malaysia – batu.
Kalau travel. Kalau terpaksa bawa beg pakaian 20 kilo, beg buku 10 kilo, dan beg peralatan 10 kilo… Selalunya aku poskan sahaja. Ha ha.
“Poskan ke Hotel New Hiroden di Hiroshima, ya!” Aku kata.
“Baikkkkkkkk!” Amoi Jepun staf syarikat perkhidmatan penghantaran cepat tu kata.
Mereka akan bungkus beg-beg itu dengan sampul plastik. Percayalah, beg-beg itu akan sampai dulu sebelum tuan punya beg sampai ke destinasi. Dan, kau cuma perlu berlenggang-lenggang kangkung di sepanjang perjalanan.
mega mendung di angkasa
hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara
rahmat dibawa bersama
limpahannya meresap di jiwa
adakala bahagia terasa
meskipun duka nestapa
tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung
hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi
~Lirik dan Lagu oleh Pak Atan, 'Mukhsin 2006'.
Sayang sekali, musim panas di Hiroshima pada kali ini tanpa hujan turun, alahai!
13 Mac 2007
Trilogi
And one… and two… and three… and four…
Mohsein
“Khalid al-Walid pun memerintahkan tentera-tentera Islam untuk menyerang...,” cerita ustaz Mohsein, “Serang! Seranggg! Serangggg!”
Di antara ibu jari dan tapak tangannya – tersepit kapur tulis warna putih. Empat lagi jari tegak menggamit-gamit. Ustaz lulusan al-Azhar ini persis panglima perang. Cuma, panglima perang yang ini berbaju kotak-kotak, berseluar slack warna gelap, dan bersandal.
Di luar kelas. Aku dan Ramli (Ramli Ishak) sering mengajuk-ngajuk perlakuannya itu. “Serang! Seranggg! Serangggg! Tentera musuh pun habis matilah.”
Besar nanti, kami mahu jadi macam ustaz Mohsein juga. Kami mahu jadi panglima perang. Ha ha.
Mukhsin
Aku keluar panggung. Dengan keroncong Hujan yang terlekat di fikiran. Sayangnya, Kuala Lumpur semakin panas. Musim kemarau sudah semakin menghampiri. Agaknya.
Aku menyukai: 1. Irwan Iskandar yang melakonkan watak Pak Atan semasa muda. Ada kesinambungan gaya dengan watak Pak Atan ketika tua yang dilakonkan oleh M. Rajoli dalam Rabun. 2. Pelakon yang melakonkan watak Mak Senah (ibu saudara kepada Mukhsin). 3. Pelakon yang menyanyikan lagu Ne Me Quitte Pas (Don’t Leave Me) dengan spray pembunuh serangga di tangan sebagai microphone. Lelaki ini mungkin adik Pak Atan yang baru pulang dari belayar. Agaknya. 4. Pelakon kanak-kanak perempuan yang mempunyai mulut sangat cilahat itu. Ha ha.
Mukhsin adalah sebuah filem yang ‘dekat’ dengan penulis cerita dan pengarahnya sendiri. Dalam erti kata lain, Mukhsin adalah filem self-portrait; tentang cinta pertama atau cinta monyet pembikinnya. Aku rasa, pengarahnya tidak ada apa-apa masalah ketika menggarap filem ini.
Maka, lengkaplah sebuah trilogi. (Rabun adalah cinta pertama aku.)
Cinta Pertama
Aku cuba untuk mengingat-ingat. Tentang cinta pertama. Aku.
Aku dan Ramli menyintai gadis yang sama. Cikgu Magdelena adalah guru praktikal di sekolah kami. Dia sangat cantik. Pinggangnya ramping dan punggungnya ‘patah’. Guru berbangsa Tionghoa ini gemar berbaju kebaya ketat dan berkain batik lepas. Alahai!
And one… and two… and three… and four…
Kalau ada yang bertanya. Kenapa Trilogi? Sebab aku cuma menonton Rabun, Sepet dan Mukhsin. Tidak Gubra! Ha ha.
Oh ya, lupa nak beritahu, aku menonton ketiga-tiga filem ini di panggung. Bukanlah seperti kawan aku yang menonton VCD cetak rompaknya... HA HA.
09 Mac 2007
Bahagian Susah Nak Sebut, DBP
Dulu. Aku tanya Adam.
“Kau kat bahagian mana sekarang ni, Dam?"
"Kat slopedia!”
“Hah! Bahagian apa tu?”
“Entah. Susah aku nak sebut. Aaaa... aku satu bahagian dengan Pawie lah!”
“Ooo... Kat Bahagian Ensiklopedia lah ek?”
Ha ha.
Tadi. Aku jumpa Adam. Aku tanya soalan yang serupa. Dia kata, dia dah tak di Bahagian Susah Nak Sebut tu lagi. Dia dah dipindahkan ke Bahagian Sastera.
“Ooo...”
Dari kacamata seorang pengamal visual 2
K HOLE
“Lubang Kubur ke?” Jun teka.
Saya mempunyai teori yang berlain dengan Jun.
Setiap bahan bercetak (four color process) dihasilkan dengan cara mencetak warna sian (cyan) terlebih dahulu, diikuti dengan warna magenta, warna kuning (yellow), dan yang akhir sekali ialah warna hitam (black) pada helaian kertas. Warna-warna asas untuk kerja penyudah dan pisah warna dan percetakan ini ditandai dengan huruf awalan C untuk Cyan, M untuk Magenta, dan, Y untuk Yellow. Kecuali untuk blacK, warna ini ditandai dengan huruf akhiran K.
Mungkin, K pada K HOLE membawa maksud ‘Lubang Hitam/Gelap/Guguk’. Atau mungkin saja membawa maksud ‘Lubang Terakhir’. Atau mungkin saja membawa maksud, “kalau kau ambil dadah – pada suatu hari yang indah permai – kau mesti mati!”. Atau, mungkin saya salah. Ha ha.
Mengambil dadah secara berlebihan cuma ‘suatu penyebab’ atau titik mula bagi naratif dalam filem ini. Jadi, jangan terlalu hiraukan sangat rinci pada bahagian ini.
K HOLE adalah filem tentang sebuah journey (Pengembaraan? Perjalanan?) yang berkembang dari saat pra-mati hinggalah ke saat pra-tanam. Dan, dalam proses itu, si narator bertembung dengan watak-watak lain; dengan cerita-cerita lain mereka sendiri. Sedangkan, pada masa yang sama kisah si narator masih terus berlangsung. Dan, oleh kerana si narator telah idle, maka cerita-cerita lain yang berlangsung itu adalah di luar kawalannya.
Otak saya terbahagi dua. Satu, menumpukan kepada visual dan kejadian yang berlaku kepada si narator, dan pada masa yang sama, satu lagi, menumpukan kepada visual dan cerita-cerita yang dibawakan oleh watak-watak yang lain itu. (Oh ya! Saya memang mempunyai kemampuan yang sungguh magis ini. Sungguh!)
Saya longkahkan bingkai-bingkai K HOLE. Lalu saya bentangkan sebelah menyebelah menjadi sebuah lukisan yang panjang. Dan, saya dapat mengesan harmoni (ulangan/irama) pada K HOLE. Kesepaduan ini telah dirancang dengan teliti oleh pengarah (saya percaya… seawal peringkat papan cerita lagi) untuk satu kesempurnaan.
Di akhir tontonan, mahu saja saya labelkan filem ini (jika saya tidak labelkan sebagai filem avant-garde pun) sebagai filem ‘experimental’ dan ‘progressive (favoring or implementing social reform or new, liberal ideas)’.
Menghasilkan filem adalah usaha yang rumit dan kompleks. Pada saya, K HOLE adalah filem kreatif dan menarik.
Jadi, kepada ‘suara-suara’ yang mengatakan bahawa K HOLE adalah sebuah filem pendek yang tiada potential untuk berkembang/dikembangkan (watak-watak di dalamnya, mahupun jalan ceritanya ) – anda salah! Pada tangan pengarah yang bijak – apa sahaja boleh terjadi. Ingat, filem StarWars itu pun dijelmakan dengan sequel keempat, kelima, keenamnya terlebih dahulu. Tidak mustahil jika sequel K HOLE selanjutnya adalah pada masa si narator mula-mula mengambil dadah atau pada masa si narator di alam selepas mati.
Kongsi Dalam Gelap
Melissa Saila masih cantik. :) Saya harap.
NOTA: Jadi, saya mengundi K HOLE pada hari-hari seterusnya.
Oh iya, Nordeen dan Kuben kata saya terlalu serius apabila memperkatakan tentang seni dan ideas – jadi, ini ulasan saya yang terakhir untuk projek BMW SHORTIES. Esok lusa tulat – saya akan menulis cerita-cerita yang saya tulis macam selalu-selalu. Cerita-cerita yang anda suka baca.
Akhir kata, jika rindu – sebutlah namaku. Humchaaa!
Dari kacamata seorang pengamal visual
Kekuatan sesebuah filem terletak pada jalan cerita, skrip, dan garapan visual yang seimbang. Keseimbangan boleh sahaja terbentuk daripada kesan imbangan tidak simetri atau imbangan simetri.
KELAPA
KELAPA mengisahkan seorang kanak-kanak kecil, Haziq, tiada teman untuk bermain kerana kakaknya demam. Dan Haziq tahu, air kelapa muda boleh menjadi penawar kepada demam; dia mahu kakaknya cepat sembuh agar dia ada teman untuk bermain bersama-sama.
Pada sesetengah babak (part), KELAPA agak meleweh (dragging). Kendatipun, KELAPA diselamatkan dengan visualnya yang cantik. Sebagai seorang pereka grafik, Muhammad Faiz Ramli, menerap prinsip-prinsip rekaan dalam garapannya terhadap KELAPA. Faktor imbangan, kadar bandingan, penegasan, pergerakan dan pertembungan (opposition), harmoni (ulangan/irama), dan kepelbagaian mencetuskan kesepaduan; menjadikan KELAPA ini cantik.
Babak Haziq berjaya memperoleh sebiji kelapa muda dan menyerahkan kepada emaknya untuk dijadikan penawar kepada demam kakaknya itu sangat ‘sweet’, saya rasa. Dan saya tersedu! (Kan, saya dah kata… saya ini seorang lelaki yang sentimental. Ha ha.)
Tapi, alangkah lebih moleknya jika KELAPA dimulai dengan jeritan, “Haziiiiiiiiiiq!” dan diakhiri dengan jeritan, *“Haziiiiiiiiiiq!” juga?
*Pada satu paparan gelap tanpa imej apa-apa yang pegun beberapa saat selepas credit title selesai. Kemudian, tamat.
NOTA: Saya mengundi KIRI pada hari pertama. Kerana Ghazali Bunari dan DeanSham kawan saya. Ha ha.
KIRI
KIRI mempertaruhkan jalan cerita dan mesejnya yang kuat dan tersendiri.
Visualnya agak biasa. Imejnya agak glare akibat daripada penggunaan kostum pelakonnya yang berwarna cerah. Masalah glare ini boleh diselesaikan sekira Ghazali Bunari dan DeanSham merendam kostum itu ke dalam air teh terlebih dahulu dan dibiarkan kering kemudian.
Audionya tidak sekata.
Babak al-Quran dan rehal yang terlepas dari tangan kanak-kanak perempuan lalu jatuh ke tanah membuatkan saya berfikir. Barangkali, saya menjumpai ‘sesuatu’ pada sela-sela visual babak ini. Atau, mungkin juga tidak.
Babak ketua peminangan mengelak apabila dibaling dengan dulang sungguh mencuit hati. Saya suka. Ha ha.
Apapun, saya percaya, banyak usaha telah dicurahkan untuk filem ini. Bravo!
NOTA: Saya mengundi CAN YOU HEAR ME? pada hari kedua.
CAN YOU HEAR ME?
Sama seperti alasan kenapa saya menyukai KELAPA, begitu jugalah alasannya kenapa saya menyukai filem ini. Cuma, saya lebih sukakan CAN YOU HEAR ME? kerana Chee Kar Ching bijak memanfaatkan sepenuhnya tone putih (off white), hitam, dan warna tanah (shades kelabu, coklat, dan hijau) dalam mode filem garapannya ini. Visualnya sangat dinamik (tidak statik). Dan, saya rasa kesepaduan idea ini sangat best.
Berkisar tentang kisah wanita yang kehilangan suami dan anak lelakinya dalam satu kemalangan: wanita itu percaya (atau berusaha untuk memujuk dirinya agar percaya?) bahawa sampan origami itu menjadi penghubung (link) di antara mereka yang kini berada di dunia yang berlain.
CAN YOU HEAR ME? bukanlah cerita hantu atau cerita seram. Ia adalah kisah yang tepu dengan emosi hasil daripada visual-visualnya yang *bersemiotik. Kerja kamera, suntingan dan runut bunyi filem ini juga sangat baik.
*Ada kawan saya kata, imej air penuh di dalam takungan, air menitik, air mengalir, air berbintil, paip air dan seumpamanya itu melambangkan gelodak rasa/perasaan si isteri setelah kehilangan suaminya. WO!
WESTBOUND
WESTBOUND adalah filem seram kelakar yang menghiburkan. Kerja kamera dan suntingan untuk filem ini agak cantik juga. Lebih-lebih lagi semasa babak selepas senja sehingga ke malam.
NOTA: Saya sudah tonton habis J’AI PAS SOMMEIL dan A LONELY MAN. Saya belum habis menonton K HOLE dan saya kira, filem ini juga harus diberikan perhatian. Dan saya berkira-kira juga untuk mengundi CAN YOU HEAR ME? pada hari ketiga.
Bersambung… (kalau rajin).