"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Jun 2005

Loaded gun

Aku. Yang terdahulu. 'Dive'. Bersembunyi. Di perdu pokok. Itu. Diikuti Rostam.

Kami. Macam dalam cerita-cerita Combat! Ya ya, 'combat' mengantuk yang disorongkan bantal. Meniarap. Pegun. Dengan nafas yang seakan-akan terhenti. Senyap. Sunyi. Dan. Kalau adapun bunyi-bunyi - hanyalah bunyi cengkerik birah yang sedang galak menganyam cinta.

Aku. Rostam. Menarik pencekah. M16. Masing-masing. Dan melepaskannya. Perlahan-lahan. Bahkan, terlalu perlahan-lahan amat. Lantas. Jari ibu. Segera menekan picu. Di tepi pencekah. "Klik!" Dan. Jari telunjuk. Segera mengambil tempat. Di picu.

Anak-anak mata. Aku. Rostam. Melilau. Di dalam guguk. Hutan. Malam. Ya ya, buka matapun tak nampak apa, tutup mata pun tak nampak apa, baik lelap mata jugalah.

Tiada tanda-tanda. Musuh akan menyerang. Aku. Rostam. Dan. Yang lain-lain. Taat. Menunggu arahan selanjutnya.

"Pang!!!"

"Oit! Siapa suruh kau tembak, Tam?" Aku.

"Alamak, aku tertembaklah..." Rostam.

"Hoiiii! Siapa yang 'start' tembak tu, hahhhhh?" Sarjan Leman.

Sah-sah Sarjan Leman akan denda kami 'dua-dua'. Sebentar lagi.

"Tam! We shouldn't go out (dating) wi' a loaded gun lah!" Aku.

Dan. Raum cengkerik birah yang sedang galak menganyam cinta agak berlainan pada malam itu. Mereka 'gay' barangkali, mungkin. Alahai!

28 Jun 2005

Stand two

Entah! Mereka kata 'stand two'. Aku ikut. Kata 'stand two' jugalah. Tapi. Apa istilah yang sebenar? Apa perkataan yang sebenar? Apa ejaan yang sebenar? Entah!

Yang aku tahu. Semasa siang. Kau dah pilih-pilih 'pot'. Di sekeliling khemah besar. Kalau satu khemah ada sepuluh orang - maknanya, kau kena kenal pasti lima 'pot'. Berkeliling. Dua dua, dua dua, dua dua, dua dua, dua dua. 'Recruit'.

Ya ya. Dua orang. Untuk satu 'pot'. 'Pot' mesti 'cantik'. Agar musuh tak boleh nampak kau. Tapi. Kau boleh nampak musuh. Aku? Aku pilih 'pot'. Yang lebih 'cantik'. 'Pot' musuh tak boleh nampak aku dan aku pun tak boleh nampak musuh. Rostam. Teman 'satu pot dua dua'. Aku. Pun bersetuju. Amat!

Malam. Kami tidur. Atas 'hammock'. Warna hijau tahi lembu. Kasut sudah tiga hari. Tak buka. Dan. Peluk M16. Erat-erat. Bukan rindu. Kepada 'buah hati'. Bukan! Cuma langkah berjaga-jaga. Agar. Kalau Sarjan Leman. Menyelinap masuk. Ke dalam khemah. Untuk mengambil M16. Aku. Kau. Atau M16 milik penghuni satu khemah pun. Secara senyap-senyap (bersopan santun?). Dia tak akan berjaya.

"KA-BOOOOM!!! Rat-tat-tat-taaat!!!!"

Apabila. Bom meletup. Kau aku mesti bingkas bangun. Dan cepat-cepat. Keluar dari khemah. Bersama-sama M16. Dan. Mengambil tempat. Di 'pot-pot'. Yang telah ditetapkan. Siang tadi.

Hah, perlakuan inilah yang dinamakan 'stand two'.

NOTA KAKI BANGKU: Ada lagi... tunggu!

24 Jun 2005

Berkemut-kemut

Kata Sarjan Leman. Untuk memberi 'command'. Dagu kena langut. Baru suara. Akan terlontar. Dari anak tekak. Dengan cemerlang. Macam halilintar. Macam guruh. Macam Sarjan Leman jugalah.

Kalau ada pertandingan. Suara-suara sedap. Sarjan Leman akan suruh. Kami berpantang. Minum air suam. Atau. Minum air asam. Jawa. Campur gula batu. Gula pasir tak boleh. Tak mujarab. Tak akan menang nombor 'wahid'. Kalau terlanggar pantang. Kalau.

Itupun dah cukup punya syukur. Sebab Sarjan Leman tak suruh. Kami telan. Belalang Kunyit. Belalang Mekah. Atau. Pak Belalang. Ha ha.

Dan. Tambah Sarjan Leman. Lagi. "Jub*r kena kemut!"

Ya ya. Kau kena kemutkan jub*r dulu. Kemudian, baru kau lontarkan suara. Sambil-sambil itu, mata (kau) kena perhati. Kaki squad. Hukuman (berhen)"...tiii!" mesti 'jatuh' pada kaki kiri. Ketika sedang terapung. Di udara. Ya ya.

"Oit! Apa pasal kau tak bagi 'command' lagi? Kau nak biarkan hingga squad masuk longkang ke, Labu?" Sarjan Leman.

"Tak dapat, Jan!!!!" Aku.

"Apa yang tak dapat?" Sarjan Leman.

"Kemut, Jan!!!! Tak boleh dapat... Kemut kemut, terlepas!! Kemut kemut, terlepas!" Aku.

NOTA KAKI BANGKU: Apapun pekerjaan, untuk jadi 'expert', perlu banyak latihan.

22 Jun 2005

Body locking pin

Naa. Aku tak salahkan. Sarjan Leman. Dah memang. Mukanya cacat macam itu. Senyumnya tak pernah lengkap. Dengan kumis Tom Selleck menutup penuh. Bibir atas. Tinggal bibir bawah. Yang terkumit-kumit. Hampir bergeser. Dengan cuping telingga. Aku.

"Faham tu squad?" Sarjan Leman. Dan. Aku tak akan mendengar apa-apa dah selepas itu. Pekak!

Sebengis-bengis singa betina baru bersalin, bengis lagi Sarjan Leman. Kalau perlakuan kau salah. Sarjan Leman akan denda. “Front support, down!” Salahnya aku juga. Lalai. Ketika memasang semula. M16. ‘Body locking pin’. Tertinggal. Tertimbus. Dalam hijau ‘ponco’.

Tak apa. Aku dah tanam tekad. Besar nanti. Aku nak jadi. Macam Sarjan Leman...

...berkumis Tom Selleck. Jugalah!

21 Jun 2005

TV realiti

Mesyuarat perlu ditamatkan awal. Itote dan Jegang perlu pulang segera. Mahu mengundi, katanya. Mengundi? Ini bukan musim pilihanraya. Ya ya, mereka mahu AFUNDI, sebenarnya! Ha ha.

Kata Jac, kewujudan pelbagai program realiti TV seperti AF, MI, Mentor, Audition (auch!) dan Bintang RTM (Bintang RTM pun guna kaedah undi SMS?), sebenarnya satu perkembangan sihat kerana mampu mewujudkan permintaan, umpamanya - pembikinan album.

Jac terlupa nak sebut WWW. Tak salahkan Jac. Ha ha.

Malam tadi. Aku bermimpi. Menerbitkan rancangan TV realiti. Juga. Malaysian Idol: Musabaqah (MIM) musim pertama. Adakah. Orang. Mahu mengundi. Menerusi Khidmat Pesanan Ringkas?

DRAMA SEBABAK:

Juri satu: "Alif sebesar pokok kelapa pun kau tak boleh nampak?"

Juri dua: "Penampilan you ok. Songkok. Janggut. Capal. Minyak atar. Semua ok. Cuma, kakak rasa, masa di hujung-hujung tu nafas you tak sampai. Tak cukup harakat... Dengung pun kurang tu..."

Juri tiga: "I love ya style man!! 'Yes' fer me. See ya in KL."

Juri satu: "Oit oit, kau nak pergi mana tu Labu?"

Labu: "Ana uridu azhabu ilal hamam!"

Ma'asalam!

20 Jun 2005

Royal Blood

Atas permintaan ramai. Saturday Night Fever. Ditayangkan semula. Di Rex.

Dan. Kebenaran 'keluar bandar' pada hujung minggu itu kami manfaatkan untuk tengok wayang. Kami tugaskan Ramli. Untuk membeli tikets. Kelas satu. Saturday Night Fever.

Di layar. Iklan. Demi iklan. Trailer. Demi trailer. Tayangan Tengah Hari. Tayangan Tengah Malam. Akan Datang. Tukaran Akan Datang. Dan. Wayang yang ditunggu-tunggu pun bermula.

Tajuk. Royal Blood. Teks lain-lain. Cong ceng cong ceng. Cerita Cina. Sami Buddha. Monyet mutasi. Babi mutasi. Lembu mutasi. Bercakap cong ceng cong ceng. Ada lawan-lawan pedang. Sekali sekala.

"Ini baru 'gezet' ni. Lepas ni baru 'start'." Ramli.

"Ooo!" Aku.

Lima minit. Sepuluh minit. Tiga puluh minit. Empat puluh lima minit. Satu jam. Satu jam setengah. Kami cuma tengok. Sami Buddha. Monyet mutasi. Babi mutasi. Lembu mutasi. Bercakap cong ceng cong ceng. Ada lawan-lawan pedang. Sekali sekala.

'Gezet' ke apa ni...!!????

17 Jun 2005

Ano ne, o nani desu ka?

Aku. Mari. Berkongsi keropok Jepun. Yang rasanya entah apa apa entah. Sambil duduk-duduk. Di 'railing' siar kaki. Mengadap premis-premis. Yang menyajikan perempuan-perempuan telanjang.

Memerhatikan. Lelaki. Silih berganti. Melepaskan nafsu. Di dalam kekotak berbayar. Yang menayangkan. Video. Orang telanjang.

"Berapa?" Aku.

"Satu minit tiga puluh sembilan saat!" Mari.

"Satu minit lima puluh lapan saat!" Aku.

"Ok. Siapa paling hampir, menang! Yang kalah, kena belanja halusmitai!" Mari.

Lelaki separuh abad. Itu. Keluar dari kekotak berbayar. Tiga minit dua puluh tujuh saat. Kemudian. Sambil membaling. Gumpalan tisu. Tepat. Ke dalam perut bakul sampah.

Aku. Mari. Sudah tidak berkongsi keropok Jepun. Yang rasanya entah apa-apa entah. Kami makan halusmitai. Seorang satu. Halusmitai. Sambil duduk-duduk. Di 'railing' siar kaki. Mengadap premis-premis. Yang menyajikan perempuan-perempuan telanjang.

"Berapa?" Mari.

"Hah??" Aku.

Dan. Halusmitai. Di dalam mulut. Aku. Ghaib. Menderas.

15 Jun 2005

Kota lampu merah

Bukan bukan bukan, kota ini bukan dipenuhi dengan lampu isyarat merah yang tidak bertukar hijau atau kuning, bukan bukan bukan!

Ini kota jalang! Roppongi. Di selatan Tokyo. Yang penuh dengan makhluk-makhluk birah. Apabila malam menjelma.

"Tisu! Tisu!!" Mari.

"Tak ada. Orang lelaki mana ada bawa tisu. Tak macholah!" Aku.

"Tu bukan tisu?" Mari.

"A'ah, tisulah. Lupa!" Aku.

Salah dia juga. Diserang selsema. Petang tadi. Tapi masih ada hati. Mahu belanja aku. Minum 'koka kora'. Di kafe Keras Batu. Roppongi. Macamlah di Ikebukuro. Tiada 'vendor machine'. Yang menjual 'koka kora'. "Sudah berjanji..," katanya. "Sotz, sotz, sotz!"

Nasib baik. Di sepanjang jalan. Aku disua. Dengan paket-paket tisu. Percuma. Dan. Bertampal dengan kertas iklan. Premis-premis yang menyajikan. Perempuan-perempuan telanjang.

"Uwahh! Ini sudah bagus. Boleh bikin 'omiyage' ni!" Aku.

"Tisu! Tisu!! Cepat!!!" Mari.

Diambilnya tisu. Dilap. Hingus yang meleleh. Dibuangnya pembalut plastik. Ke dalam tong sampah. Dengan gambar-gambar perempuan telanjangnya sekali, alahai!

Pasar gelap Ueno

Bosan. Berputar-putar di Ikebukuro cuma. Aku ke Ueno. Kalau berkeretapi bawah tanah. Tak jauh. Dari Ikebukuro. Ke Ueno. Ada 'park' untuk berlabuh punggong. Membaca buku. Mencari ilham. Baring. Tidur. Atau. Melihat-lihat lutut. Amoi Jepun. Yang merah jambu, alahai!

Ada kedai menjual senjata api. Pelbagai. Apabila keluar dari stesyen belok ke kiri. Dan. Aku akan berfantasi macam-macam. Gangster. Polis. Koboi. Aaa... selalunya koboi!

Ada pasar gelap juga. Di Ueno. Menjual pelbagai. Dari tali leher tiga seribu Yen. Yukata. Kemeja. Epal. Pisang. Cawan 'sake' Hingga ke 'seaweed' kering kepingan besar.

Dan. Jika nasib tidak menyebelahi. Kau akan disapa. Dua tiga lelaki. Timur Tengah. Iran? Iraq? Entah. Yang bersungguh-sungguh. Mahu menjual. Kad telefon. Lima dua ribu Yen. Siapa tak teruja?

Dan. Jika nasib lebih tidak menyebelahi. Dompet di punggong. Di copet. Entah bila, alahai!

Dan. Jika nasib terlebih tidak menyebelahi. Empat daripada lima kad telefon yang dibeli di pasar gelap Ueno tidak boleh digunakan!!!

Damn!

13 Jun 2005

Panas-panas Tokyo

Naa. Kami hanya kawan. Sungguh!!

Musim panas. Di Tokyo. Sesekali. Hujan turun. Menderas bak sekawan lebah. Dan kami berpayung. Seorang satu payung. Menyelusuri lorong-lorong pejalan kaki Chiyoda-ku. Di hujungnya ada cafe. Ala-ala Eropah. Secangkir teh panas. Sepotong kek keju. Masing-masing menunggu. Hujan berhenti. Sesekali. Di Tokyo. Musim panas.

"Eeee... romantiknya... kan? kan? kan??" Dia.

"Hish hish, gila kau!" Aku.

"He he!" Dia.

Diam. Aku. Dia. Yang bising. Hujan. Apabila terbias. Ke satah tingkap cermin. Cafe.

"Aku pulang esok!" Aku.

"Mahu aku hantarkan ke 'airport'? Mahu aku 'bye-bye' kau?" Dia.

"Hish hish, gila kau! Jangan! Malulah..." Aku.

"He he!" Dia.

Diam. Aku. Dia. Yang bising. Hujan. Apabila terbias. Ke satah tingkap cermin. Cafe.

"Kirim salam pada emak mentua aku apabila kau pulang ke Yokohama nanti!." Aku.

"Hish hish, gila kau!" Dia.

"He he!" Aku.

08 Jun 2005

Ayah kita boss

DRAMA SEBABAK

Dua orang kanak-kanak perempuan. Prasekolah. Berbual-bual. Sementara menunggu bas datang. Dan. Seorang lelaki dewasa. Melangkah rumah pengawal. Mahu pergi kerja. Naik LRT.

Kanak-kanak A: "Uhh, ayah kita boss!"

Kanak-kanak B: "Mana kau tahu?"

Kanak-kanak A: "Hari tu. Masa kita dan ayah kita. Pergi beli VCD. Cerita kartun. Kawan ayah kita (cina jual VCD) kata - Hello boss! Apa VCD cari?"

Lelaki dewasa. Pemilik blog 'hikayat si naga origami': (ketawa dalam hati).

02 Jun 2005

SMS TV (new tv station in town)

"Seorang guru agama yg hilang d kota tinggi dtemui di bt ferengi – Rtm." Rimau. Via SMS.

"Alhamdulillah utz selamat." Rimau. Via SMS.

"Rimau, thanks kerana jadi radio aku. Aku masih di opis. Mentelaah pelajaran. Warden tak kasi tengok tv." Aku. Via SMS.

"Utz tersedr pensan d bt ferenggi. Ke balai polis. Ke hospital. Blum ke jhr. X cedera. Last sedar d mpti. Hantu = 1 melayu 1 india. Org rupa cam Hail masuk ntv7." Rimau. Via SMS.

"Orang rupa macam 'hail' hilang dr (syarikat) D. Menurut sumber2, "ada nampak di dlm tv/ntv7". Oit, staf dok kerumun aku. Aku wat 'live telecast' baca sms ko." Aku. Via SMS.

"Back to you gerald (benedict)! :-)" Aku. Via SMS.

"Prequel-Bini utz terima sms kata suami kena tangkap along. [Iklan tv]. Wang ugut dsyaki org amik kesempatn. Kawan2 utz tolong cari – TokR melapor utk sms news." Rimau. Via SMS.

"Aaaaa... Berita sokan lambat lagi ke? Ha ha." Aku. Via SMS.

"Berita ratu gawai 2005. Juara = ester 24thn. Syukur. Cenel surf. Klik. Who next - my mader. Klik. Chingchong. Klik. Iklan syampu. Aku betul arial utk jelaskn muka model." Rimau. Via SMS.

NOTA KAKI BANGKU: Uzt. Ali Supandi merupakan adik kepada Encik Taib Supandi, rakan sepejabat kami; yang paras rupanya macam Hail Amir.

Kalau aku jadi PM. Nanti. v1.0

Kalau aku jadi PM. Nanti.

Kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kaunter akan bekerja tiga shif. Supaya orang banyak. Boleh buat MyKad pada bila-bila masa. Boleh bayar saman pada bila-bila masa. Boleh perbaharui paspot pada bila-bila masa. Boleh buat urusan pencen pada bila-bila masa. Boleh bayar cukai pada bila-bila masa. Boleh beli setem pada bila-bila masa. Boleh tuntut duit PERKESO pada bila-bila masa.

Sistem 'nombor giliran' pada semua perkhidmatan kaunter akan dimansuhkan. Akan digantikan dengan sistem 'plug and play'.

Dengan itu, penambahan jumlah kenderaan pada waktu-waktu puncak akan dapat dikurangkan.

Kalau aku jadi PM. Nanti.

DRAMA SEBABAK:

Orang awam: "Assalamualaikum encik! Errr... saya datang ni..."

Pegawai kaunter: "Op op, pakcik tak payah habiskan ayat tu... Pakcik belum sebut pun saya dah tahu dah hajat pakcik! Pakcik nak buat MyKadkan?"

Orang awam: "Uwaah! Saya ingat emak Miyuki saja yang ada magis... encik pun ada juga ya!"

Pegawai kaunter: "Thank you pakcik! Please come again! He he."