"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 Jun 2005

Body locking pin

Naa. Aku tak salahkan. Sarjan Leman. Dah memang. Mukanya cacat macam itu. Senyumnya tak pernah lengkap. Dengan kumis Tom Selleck menutup penuh. Bibir atas. Tinggal bibir bawah. Yang terkumit-kumit. Hampir bergeser. Dengan cuping telingga. Aku.

"Faham tu squad?" Sarjan Leman. Dan. Aku tak akan mendengar apa-apa dah selepas itu. Pekak!

Sebengis-bengis singa betina baru bersalin, bengis lagi Sarjan Leman. Kalau perlakuan kau salah. Sarjan Leman akan denda. “Front support, down!” Salahnya aku juga. Lalai. Ketika memasang semula. M16. ‘Body locking pin’. Tertinggal. Tertimbus. Dalam hijau ‘ponco’.

Tak apa. Aku dah tanam tekad. Besar nanti. Aku nak jadi. Macam Sarjan Leman...

...berkumis Tom Selleck. Jugalah!

11 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Tabik Sarjan Naga..
Kumis dah ada, calet je belum ya?

Jun 22, 2005 5:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

sepanjang penglibatan, aku dapat calit juga, satu!

Jun 22, 2005 5:48 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

sepanjang penglibatan aku, dapat 2 calit - kat pipi, 1 calit kat dahi sebab tak bersihkan periuk masak nasik malam sebelumnya. masa tu jambori pengakap.

Jun 22, 2005 6:04 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

1. Calit naga adalah penanda aras bilangan esteri. Bukan anak!

2. Misai cari makan!? Dulu kawan tak percaya. Kawan perlihara kucing dan gunting misainya. Konon betina tak perlu bermisai. Emak kata. Misai tu perlu untuk petanda-macam suluh. Kawan tak percaya. Sehinggalah kawan menonton National geograpic..kat TV. Benar. Misai kucing tu berfungsi bagai pengerak rasa dan seakan penyuluh! Dan Misai 'Tom Selek'naga kawan tak pasti apa fungsinya?? a. untuk AFUndi kehenseman b.Cari aweks? c. Penapis kopi berhampas! Yang pasti bila Naga trim misai tak akan jadi Tom Selekeh. haha..

Jun 23, 2005 9:07 PG

 
Blogger Unknown said...

Nasib baik suara kau tak macam Sarjan Leman... kalau sama kuatnya mau pekak aku ek?

Kau ni berkumis ke bermisai eh Naga?

Jun 23, 2005 11:51 PG

 
Blogger sinaganaga said...

D,
KUMIS = rujuk kamus. jangan ikut kegunaan lazim. lazim tak semestinya betul.

maklum.

Jun 23, 2005 2:40 PTG

 
Blogger Unknown said...

ok aku rujuk kamus ya 'kamus-man'...
eh terkumit- kumit tu kan ke sepatutnya terkumat-kamit? (Cikgu Salihan kata tu perkataan berganda tu)

Jun 23, 2005 2:48 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

D,
TERKUMIT-KUMIT = rujuk kamus juga. kau tak akan jumpa kata dasar kumit dgn penambahan 'ter', tapi kau akan jumpa dengan penambahan 'ber' dan 'meng'. aku tak guna yang lazim. aku merevolusikan.

maklum.

Jun 23, 2005 3:45 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

bukan TERKEMUT-KEMUT ke?

lalala!

Jun 24, 2005 3:45 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

J, kau pun tengok kamus juga ke? la la la la!!

Jun 24, 2005 5:58 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

786: tengok kamus sajalah. bab kemut2 ni experience tak ada. lalala!

Jun 26, 2005 1:26 PG

 

Catat Ulasan

<< Home