Kalau aku jadi PM. Nanti. v1.0
Kalau aku jadi PM. Nanti.
Kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kaunter akan bekerja tiga shif. Supaya orang banyak. Boleh buat MyKad pada bila-bila masa. Boleh bayar saman pada bila-bila masa. Boleh perbaharui paspot pada bila-bila masa. Boleh buat urusan pencen pada bila-bila masa. Boleh bayar cukai pada bila-bila masa. Boleh beli setem pada bila-bila masa. Boleh tuntut duit PERKESO pada bila-bila masa.
Sistem 'nombor giliran' pada semua perkhidmatan kaunter akan dimansuhkan. Akan digantikan dengan sistem 'plug and play'.
Dengan itu, penambahan jumlah kenderaan pada waktu-waktu puncak akan dapat dikurangkan.
Kalau aku jadi PM. Nanti.
DRAMA SEBABAK:
Orang awam: "Assalamualaikum encik! Errr... saya datang ni..."
Pegawai kaunter: "Op op, pakcik tak payah habiskan ayat tu... Pakcik belum sebut pun saya dah tahu dah hajat pakcik! Pakcik nak buat MyKadkan?"
Orang awam: "Uwaah! Saya ingat emak Miyuki saja yang ada magis... encik pun ada juga ya!"
Pegawai kaunter: "Thank you pakcik! Please come again! He he."
8 Comments:
System 'plug and play':'Cucuk dan Main'-guna joystick hardware nor software. haha...
Jun 02, 2005 3:18 PTG
Nak jadi PM?
1. Sila isi borang
2. Sertakan 3 salinan surat beranak,ic, pengistiharan harta, resit cukai harta dan tanah.
3. Gambar 3 keping. saiz: 5.5 cm X 1 inci.
4. Isikan e-mel dan nombor ahli umno, nombor mykad, nombor KP lama, No kereta, nombor rumah dan nombor ekor
5. Letak borang kat sini, datang lagi tanya samada borang dah proses atau belum bulan depan.
Jun 02, 2005 3:20 PTG
Lupa pulak,
Jangan lupa beli panduan mengisi borang Rm5 sahaja. Dijual dikaunter 23.
Jun 02, 2005 3:21 PTG
Kalau boleh, Kalau. Sertakan surat rekomen YB. Atau MP. Atau Menteri. JKKK. Takdepun kakitangan kerajaan kumpulan A. Oh ye. Jangan lupa. Cop Rasmi.
noname/tekde blog.bacaje.
Jun 02, 2005 4:50 PTG
lagi satu korang lupa. datang hantar borang pukul 6:30 pagi ya!
Jun 02, 2005 11:13 PTG
podah chait!! kalau setakat cakap, "please come again later" 'plug-and-play' apekebendenya.
Jun 03, 2005 4:01 PTG
Naga, kau kena tambah skit:-
1. Masa rehat kul 10 dan kul 3
dimansuhkan.
2. Setiap kakitgn kena ada alat pengesan agar dapat dikesan dengan radar apabila dicari utk berurusan.
3. Jgn lupa letak huruf 'e' kat depan suma projek2 mega kau, contohnya, e-makan, e-minum atau e-ngulor.
kalau setuju, meh aku pangkah borang undi tu...
Jun 03, 2005 4:21 PTG
hey,
saya adik ipar PA boss stor awak tau!
kasi saya nombor cepat!
Jun 06, 2005 12:22 PTG
Catat Ulasan
<< Home