Ano ne, o nani desu ka?
Aku. Mari. Berkongsi keropok Jepun. Yang rasanya entah apa apa entah. Sambil duduk-duduk. Di 'railing' siar kaki. Mengadap premis-premis. Yang menyajikan perempuan-perempuan telanjang.
Memerhatikan. Lelaki. Silih berganti. Melepaskan nafsu. Di dalam kekotak berbayar. Yang menayangkan. Video. Orang telanjang.
"Berapa?" Aku.
"Satu minit tiga puluh sembilan saat!" Mari.
"Satu minit lima puluh lapan saat!" Aku.
"Ok. Siapa paling hampir, menang! Yang kalah, kena belanja halusmitai!" Mari.
Lelaki separuh abad. Itu. Keluar dari kekotak berbayar. Tiga minit dua puluh tujuh saat. Kemudian. Sambil membaling. Gumpalan tisu. Tepat. Ke dalam perut bakul sampah.
Aku. Mari. Sudah tidak berkongsi keropok Jepun. Yang rasanya entah apa-apa entah. Kami makan halusmitai. Seorang satu. Halusmitai. Sambil duduk-duduk. Di 'railing' siar kaki. Mengadap premis-premis. Yang menyajikan perempuan-perempuan telanjang.
"Berapa?" Mari.
"Hah??" Aku.
Dan. Halusmitai. Di dalam mulut. Aku. Ghaib. Menderas.
10 Comments:
naga, 'terlanjang' sepatutnya dieja tanpa huruf r -'telanjang'.
aku cuba membaca di antara ruang tapi aku sesat dan keliru lagi. akhirnya, soalan untuk hari ini.
1. kenapa orang buang tisu selepas keluar dari kekotak berbayar?
2. kenapa naga dan mari bertaruh masa?
3. halusmitai tu menatang apa? halal ke?
:D
Jun 17, 2005 4:03 PTG
jap jap jap..
onani?! serius?
Jun 17, 2005 4:03 PTG
soalan 1 tu saya rasa saya tahu jawapan, 2 dan 3 tak tau.
uncle, as of 4.09 pm, 17 June 2005, 14 orang dari batch saya akan pergi dinner, insyaAllah. yang tak beli tiket melalui saya, tak tau la pulak.
Jun 17, 2005 4:05 PTG
Telanjang? Ok, terima kasih. Akan saya perbetulkan.
Jun 17, 2005 5:07 PTG
bugil sedap sikit. sedap dibaca.
Jun 18, 2005 8:17 PG
utk memberi kesenian tambahan dalam penulisan kau, mungkin kau blh guna perkataan 'wu-dho' : menggantikan bugil atau telanjang...
Jun 18, 2005 9:00 PG
raden: 'wu-dho'?
naga: melopong aku...blog ini kira dah nak masok jadi 18-sx?
ko lupa kamera lagie?
Jun 19, 2005 9:26 PG
3 x baca utk cuba faham..
errr.. "berapa?" tu dia tujukan pada ko or orang dlm kotak??
ko kan?? ;-)
Jun 20, 2005 5:59 PG
Aku dan Mari berkongsi keropok Jepun yang rasanya entah apa apa entah sambil duduk-duduk di 'railing' siar kaki mengadap premis-premis yang menyajikan perempuan-perempuan telanjang.
Kami memerhatikan lelaki yang silih berganti melepaskan nafsu di dalam kekotak berbayar yang menayangkan Video orang telanjang.
"Berapa (lama sebelum orang tu keluar dari kekotak berbayar)?" Aku.
"Satu minit tiga puluh sembilan saat!" Mari.
"Satu minit lima puluh lapan saat!" Aku.
"Ok. (Masa) siapa paling hampir, menang! Yang kalah, kena belanja halusmitai!" Mari.
Lelaki separuh abad itu keluar dari kekotak berbayar tiga minit dua puluh tujuh saat kemudian sambil membaling gumpalan tisu tepat ke dalam perut bakul sampah.
Aku dan Mari sudah tidak berkongsi keropok Jepun yang rasanya entah apa-apa entah. Kami makan halusmitai. Seorang satu halusmitai sambil duduk-duduk di 'railing' siar kaki mengadap premis-premis yang menyajikan perempuan-perempuan telanjang.
"Berapa (halusmitai kau nak belanja aku)?" Mari.
"Hah??" Aku.
Dan halusmitai di dalam mulut aku ghaib menderas.
Jun 20, 2005 8:52 PG
teringat travelog "Fenomena" kat TransTv yang cerita kegiatan XXX di dunia. masa siri pergi Jepun ada la dia tunjuk pasal box tu. tapi masa ke Malaysia, aku malu sebab esoknya kat kampus banyak kawan2 yang tanya sebab tak percaya. depa dok kata Malaysia negara Islam, takkan ada gak benda2 maca tu
Jun 21, 2005 2:23 PTG
Catat Ulasan
<< Home