"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 Jun 2005

Ayah kita boss

DRAMA SEBABAK

Dua orang kanak-kanak perempuan. Prasekolah. Berbual-bual. Sementara menunggu bas datang. Dan. Seorang lelaki dewasa. Melangkah rumah pengawal. Mahu pergi kerja. Naik LRT.

Kanak-kanak A: "Uhh, ayah kita boss!"

Kanak-kanak B: "Mana kau tahu?"

Kanak-kanak A: "Hari tu. Masa kita dan ayah kita. Pergi beli VCD. Cerita kartun. Kawan ayah kita (cina jual VCD) kata - Hello boss! Apa VCD cari?"

Lelaki dewasa. Pemilik blog 'hikayat si naga origami': (ketawa dalam hati).

14 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

Betulah tu! Ermmm...kat rumah kau ada orang lain jadi boss ye?

Jun 09, 2005 8:50 PG

 
Blogger el-Maaniq said...

"Hello Boss.."
"Saya bukan Boss, saya jaga."

petikan : 'Seniman Bujang Lapok'

Jun 09, 2005 9:42 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ada boss, ada mem besar jugak.

Jun 09, 2005 10:14 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

lelaki dewasa tu agaknya sama dengan 'boss' tu ek?

hehehe

-salina-

Jun 09, 2005 11:36 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Lelaki dewasa adalah pak pacak dalam ini drama.

Jun 09, 2005 12:57 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Boss..apa cerita mau cari?

Tauke..itu cerita tak bleh keluar bunyi ada?

Ada Boss!

Jun 09, 2005 1:37 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

hey boss.. teh tarik satu..

dey macha, saya bkn bos la.. saya kuli itu bos juga..

aisehh...

-petikan babak di kedai mamak-

Jun 09, 2005 3:45 PTG

 
Blogger Unknown said...

Allo Boss! Boleh cakap ke waktu ni? - dulu.
Allo Aji! Boleh cakap ke waktu ni? - sekarang.
Boss/Aji jawab: Aku sibuk! I'll call you back.
Muahahahaha

Jun 10, 2005 2:43 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

err..maksud "sama" aku, dari segi sifat membeli vcd cetak rompak nya. eheh.

-salina-

Jun 10, 2005 2:46 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

maap boss
proses editing belum siap
:-)

Jun 11, 2005 11:47 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

wahh salina, semakin hari semakin mahir dengan ayat cover genre "maksud aku"...

Jun 12, 2005 3:06 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

cikgu: awak dah besar nak jadi apa?

kawan aku: saya nak jadi kuli cikgu..

cikgu: apasal awak nak jadi kuli, semua orang lain nak jadi boss..

kawan aku: kalau dah semua orang jadi boss, sapa nak buat kerja?

boss aku: dah..dah.. pegi buat kerja... asyik baca blog je ye...meh sini bagi aku baca plak..

Jun 13, 2005 5:29 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

boss saya botak.

hahahah.

-basri

Jun 14, 2005 1:13 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Boss I pendek je, malah mungkin antara yang terpendek dalam kilang kalau tak campur pak gat. Yang tinggi tinggi semua jadi kuli. I? I sama pendek dengan boss, jadi I ni separa boss (masa boss takde).

September 21, 2005 2:54 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home