"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

13 Jun 2005

Panas-panas Tokyo

Naa. Kami hanya kawan. Sungguh!!

Musim panas. Di Tokyo. Sesekali. Hujan turun. Menderas bak sekawan lebah. Dan kami berpayung. Seorang satu payung. Menyelusuri lorong-lorong pejalan kaki Chiyoda-ku. Di hujungnya ada cafe. Ala-ala Eropah. Secangkir teh panas. Sepotong kek keju. Masing-masing menunggu. Hujan berhenti. Sesekali. Di Tokyo. Musim panas.

"Eeee... romantiknya... kan? kan? kan??" Dia.

"Hish hish, gila kau!" Aku.

"He he!" Dia.

Diam. Aku. Dia. Yang bising. Hujan. Apabila terbias. Ke satah tingkap cermin. Cafe.

"Aku pulang esok!" Aku.

"Mahu aku hantarkan ke 'airport'? Mahu aku 'bye-bye' kau?" Dia.

"Hish hish, gila kau! Jangan! Malulah..." Aku.

"He he!" Dia.

Diam. Aku. Dia. Yang bising. Hujan. Apabila terbias. Ke satah tingkap cermin. Cafe.

"Kirim salam pada emak mentua aku apabila kau pulang ke Yokohama nanti!." Aku.

"Hish hish, gila kau!" Dia.

"He he!" Aku.

6 Comments:

Blogger el-Maaniq said...

haha.

'reverse-psycho' yang makan tuan.

Jun 13, 2005 9:31 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

naga cuba hint dia, tapi dia tolak. mungkin kena hantar rombongan merisik dulu?

tokr jadi ketua rombongan - pantun semua dalam tangan, spyz jadi backup, aku tukang angguk-angguk sengih-sengih dalam majlis. tiket kapal terbang pergi balik kl-yokohama jangan lupa. ;)

Jun 13, 2005 11:48 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

ish gila kau!
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula teman sepayung. :D
anyway, apa dah jadi dengan blog suffian abbas?

Jun 14, 2005 8:25 PG

 
Blogger Anonymous said...

Hish..gila kau.

Nanti bila kau balik kampung. Yokohama.

Belikan aku tayar. Ya. Tayar.

Tayar Yokohama low profile, 195/16.

dan ubat sapu. Sakit urat. Yoko-Yoko.

Jun 14, 2005 10:06 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ish gila kau! Naga...kekadang kau ni 'BERTEGANG URAT GAK!!' Peluang yang di lepaskan begitu saja...kempunanlah! Lain kali selepas dia cakap macam tu, jangan buang masa! Apa kata kita...Tindakan seterusnya terpulang kepada fantasi kau yang selama ini terpendam...OK!

Jun 15, 2005 9:04 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Labu,
Masa tu budak lagi. Tak reti. Ha ha.

D'ark,
Mujur. Kau tak minta YOKO O NO! Ha ha.

Jigo,
Aku ulangi. Kami berpayung. Seorang satu payung!!

OP,
Jangan lupa bawa MOP! Supaya senang nak berpantun dalam 'nihongo'.

El,
Makan tuan? Tak. Kami makan kek keju. *wink*

Jun 15, 2005 9:37 PG

 

Catat Ulasan

<< Home