Pasar gelap Ueno
Bosan. Berputar-putar di Ikebukuro cuma. Aku ke Ueno. Kalau berkeretapi bawah tanah. Tak jauh. Dari Ikebukuro. Ke Ueno. Ada 'park' untuk berlabuh punggong. Membaca buku. Mencari ilham. Baring. Tidur. Atau. Melihat-lihat lutut. Amoi Jepun. Yang merah jambu, alahai!
Ada kedai menjual senjata api. Pelbagai. Apabila keluar dari stesyen belok ke kiri. Dan. Aku akan berfantasi macam-macam. Gangster. Polis. Koboi. Aaa... selalunya koboi!
Ada pasar gelap juga. Di Ueno. Menjual pelbagai. Dari tali leher tiga seribu Yen. Yukata. Kemeja. Epal. Pisang. Cawan 'sake' Hingga ke 'seaweed' kering kepingan besar.
Dan. Jika nasib tidak menyebelahi. Kau akan disapa. Dua tiga lelaki. Timur Tengah. Iran? Iraq? Entah. Yang bersungguh-sungguh. Mahu menjual. Kad telefon. Lima dua ribu Yen. Siapa tak teruja?
Dan. Jika nasib lebih tidak menyebelahi. Dompet di punggong. Di copet. Entah bila, alahai!
Dan. Jika nasib terlebih tidak menyebelahi. Empat daripada lima kad telefon yang dibeli di pasar gelap Ueno tidak boleh digunakan!!!
Damn!
6 Comments:
damn!
Pandai kau mencarut bahasa orang putih. Kau jangan buat malu keluarga kita Naga. Nak mencarut pun, gunalah bahasa kebangsaan.
(aku rampas beg tangan kau)
Ini apa ni?! Kau beli kat pasar gelap tu ya?! Kau nak buat apa dengan gincu ni? Kau nak warnakan lutut kau jadi merah?!
Kau memalukan keluarga kita Naga.
Jun 15, 2005 12:51 PTG
Dummm!
Tok pun mencarut dalam bahasa orang putih. Mencarut lah dalam bahasa orang Jawa. Tak ramai yang paham. Bagus.
Naga, lutut amoi Jepun yang merah jambu? Hem.. manis?
Jun 15, 2005 1:57 PTG
Rimau,
Aku mencarut? Omigod!!!! Aku tak sengaja... Omigod omigoddddd!
Notebook,
Manis? Ermmm, bergantung. Kalau lutut tu jatuh dalam garam - rasa masin. Kalau jatuh dalam gula - rasa manis. Kalau jatuh dalam sweet corn - rasa jagung dan rasa masin mentega. Adanya! Ma'asalam!
Jun 15, 2005 2:20 PTG
Rimau,
Gincu?? muerekekekekeee... Kau masih dalam mode 'jalil ju cantik' eh? Ha ha.
Jun 15, 2005 2:25 PTG
Naga kau 'JP' kah? Tak sangka buah nangka menimpa muka...haha.
Jun 15, 2005 3:18 PTG
sebab itu ramai budak muda pakai wallet berantai, jangan salahkan budaya mereka. salahkan pencopet.
Jun 15, 2005 10:16 PTG
Catat Ulasan
<< Home