"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

20 Jun 2005

Royal Blood

Atas permintaan ramai. Saturday Night Fever. Ditayangkan semula. Di Rex.

Dan. Kebenaran 'keluar bandar' pada hujung minggu itu kami manfaatkan untuk tengok wayang. Kami tugaskan Ramli. Untuk membeli tikets. Kelas satu. Saturday Night Fever.

Di layar. Iklan. Demi iklan. Trailer. Demi trailer. Tayangan Tengah Hari. Tayangan Tengah Malam. Akan Datang. Tukaran Akan Datang. Dan. Wayang yang ditunggu-tunggu pun bermula.

Tajuk. Royal Blood. Teks lain-lain. Cong ceng cong ceng. Cerita Cina. Sami Buddha. Monyet mutasi. Babi mutasi. Lembu mutasi. Bercakap cong ceng cong ceng. Ada lawan-lawan pedang. Sekali sekala.

"Ini baru 'gezet' ni. Lepas ni baru 'start'." Ramli.

"Ooo!" Aku.

Lima minit. Sepuluh minit. Tiga puluh minit. Empat puluh lima minit. Satu jam. Satu jam setengah. Kami cuma tengok. Sami Buddha. Monyet mutasi. Babi mutasi. Lembu mutasi. Bercakap cong ceng cong ceng. Ada lawan-lawan pedang. Sekali sekala.

'Gezet' ke apa ni...!!????

4 Comments:

Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

Berapa harga tike? Guna duit biasiswa lagi? Atau dah pandai buat part time..

Jun 20, 2005 11:38 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

iklan free namanya
- farking.spunge.org/blog

Jun 20, 2005 5:14 PTG

 
Blogger el-Maaniq said...

'royal blood' dapat tengok?

hahha. salah tiket le tu. ramli.. ramli..

Jun 20, 2005 9:23 PTG

 
Blogger Tok Rimau said...

Apa la kau ni. Cuba kau tengok belakang. Row seat belakang sekali. Di situlah wayang sebenar. Lebih hebat dari kung fu monyet mutasi.

Jun 21, 2005 12:19 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home