TV realiti
Mesyuarat perlu ditamatkan awal. Itote dan Jegang perlu pulang segera. Mahu mengundi, katanya. Mengundi? Ini bukan musim pilihanraya. Ya ya, mereka mahu AFUNDI, sebenarnya! Ha ha.
Kata Jac, kewujudan pelbagai program realiti TV seperti AF, MI, Mentor, Audition (auch!) dan Bintang RTM (Bintang RTM pun guna kaedah undi SMS?), sebenarnya satu perkembangan sihat kerana mampu mewujudkan permintaan, umpamanya - pembikinan album.
Jac terlupa nak sebut WWW. Tak salahkan Jac. Ha ha.
Malam tadi. Aku bermimpi. Menerbitkan rancangan TV realiti. Juga. Malaysian Idol: Musabaqah (MIM) musim pertama. Adakah. Orang. Mahu mengundi. Menerusi Khidmat Pesanan Ringkas?
DRAMA SEBABAK:
Juri satu: "Alif sebesar pokok kelapa pun kau tak boleh nampak?"
Juri dua: "Penampilan you ok. Songkok. Janggut. Capal. Minyak atar. Semua ok. Cuma, kakak rasa, masa di hujung-hujung tu nafas you tak sampai. Tak cukup harakat... Dengung pun kurang tu..."
Juri tiga: "I love ya style man!! 'Yes' fer me. See ya in KL."
Juri satu: "Oit oit, kau nak pergi mana tu Labu?"
Labu: "Ana uridu azhabu ilal hamam!"
Ma'asalam!
8 Comments:
Petikan Pendekar Bujang Lapok:
Pegang surat anak Pendekar Mustar
Sudin: "Sekali bahasa Arab dahh"
Jun 21, 2005 12:20 PTG
Selepas Malaysian Idol kau tu, tak drama melayu pasang tape peserta Tilawah bila part mengaji a-Quran dan baca doa!
Jun 21, 2005 3:01 PTG
"itu jin pakai toncit" kata sudin.
:-)
Jun 21, 2005 5:50 PTG
aku tgk juga program tu tapi taklah afundi sapa pun...
eh, sapa Jac?
Jun 22, 2005 10:20 PG
D,
JAC ialah vokalis asal kumpulan lefthanded, sebelum Roy dan Nash.
Rujukan: Red Rooster.
Jun 22, 2005 1:51 PTG
orang suka hiburan, maka jamu hiburan lah. nanti2 orang suka tengok anak dara digomol 10 teruna dan kemdiannya anak dara tu pilih salah seorang daripadanya utk dijadikan pasangan hidupnya.
aik.. cam pernah aku baca je dr kitab2 lama... ooo lupa ni cara orang musyrik kawin zaman jahiliyah dulu!
Jun 22, 2005 3:28 PTG
"al tumfuk tumfuk taik unta"
-basri
Jun 24, 2005 9:48 PG
Aku boleh bayangkan...(no offense, cuma gurauan jek)..
Peserta rejek No. 1 : Apalah juri ketiga tu. Pi balik belajar cakap Arab da...
Peserta rejek No. 2 : Aku benci kau Juri 2. Ada ke kau kata celak mata aku tebal. Ingat muka kau tu hensem sangat ke? (sambil nangis...)
Peserta rejek No. 3 : No komen, no komen (sambil mengelap matanya dengan hujung serban...)
Julai 04, 2005 4:11 PTG
Catat Ulasan
<< Home