"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Jun 2005

Loaded gun

Aku. Yang terdahulu. 'Dive'. Bersembunyi. Di perdu pokok. Itu. Diikuti Rostam.

Kami. Macam dalam cerita-cerita Combat! Ya ya, 'combat' mengantuk yang disorongkan bantal. Meniarap. Pegun. Dengan nafas yang seakan-akan terhenti. Senyap. Sunyi. Dan. Kalau adapun bunyi-bunyi - hanyalah bunyi cengkerik birah yang sedang galak menganyam cinta.

Aku. Rostam. Menarik pencekah. M16. Masing-masing. Dan melepaskannya. Perlahan-lahan. Bahkan, terlalu perlahan-lahan amat. Lantas. Jari ibu. Segera menekan picu. Di tepi pencekah. "Klik!" Dan. Jari telunjuk. Segera mengambil tempat. Di picu.

Anak-anak mata. Aku. Rostam. Melilau. Di dalam guguk. Hutan. Malam. Ya ya, buka matapun tak nampak apa, tutup mata pun tak nampak apa, baik lelap mata jugalah.

Tiada tanda-tanda. Musuh akan menyerang. Aku. Rostam. Dan. Yang lain-lain. Taat. Menunggu arahan selanjutnya.

"Pang!!!"

"Oit! Siapa suruh kau tembak, Tam?" Aku.

"Alamak, aku tertembaklah..." Rostam.

"Hoiiii! Siapa yang 'start' tembak tu, hahhhhh?" Sarjan Leman.

Sah-sah Sarjan Leman akan denda kami 'dua-dua'. Sebentar lagi.

"Tam! We shouldn't go out (dating) wi' a loaded gun lah!" Aku.

Dan. Raum cengkerik birah yang sedang galak menganyam cinta agak berlainan pada malam itu. Mereka 'gay' barangkali, mungkin. Alahai!

5 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

"mencari Cinta" tu dah bermulalah naga. Kau peserta yang pertama? berdasarkan bakat boleh tahan juga mamat ni!

Jun 29, 2005 5:52 PTG

 
Blogger Anonymous said...

prebet Naga..

Gempurrrrr!

Wiraaa!

Member aku tak leh sebut 'R'. Jadi 'Wiaaaa..!'

so, kami tukar.

Gempuuuuuu...!!
Wiyaaaaa....!!

ha ha ha

Jun 29, 2005 6:09 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

aku datang sini nak gelakkan komen Bro Po jer.

Ehem, ehem.

HAHAHAHAHHAHAH!!

yang benar,
salina

Jun 30, 2005 2:14 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

cengkerik tu terkena tembakan tam la. mengerang kesakitan tu.

Julai 02, 2005 1:38 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Aku setuju dengan cengkerik. Bukti, kau tidak boleh bagi arahan barissssssssssssssssss. Kemut terlepas.

Julai 02, 2005 1:26 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home