"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Jun 2005

Stand two

Entah! Mereka kata 'stand two'. Aku ikut. Kata 'stand two' jugalah. Tapi. Apa istilah yang sebenar? Apa perkataan yang sebenar? Apa ejaan yang sebenar? Entah!

Yang aku tahu. Semasa siang. Kau dah pilih-pilih 'pot'. Di sekeliling khemah besar. Kalau satu khemah ada sepuluh orang - maknanya, kau kena kenal pasti lima 'pot'. Berkeliling. Dua dua, dua dua, dua dua, dua dua, dua dua. 'Recruit'.

Ya ya. Dua orang. Untuk satu 'pot'. 'Pot' mesti 'cantik'. Agar musuh tak boleh nampak kau. Tapi. Kau boleh nampak musuh. Aku? Aku pilih 'pot'. Yang lebih 'cantik'. 'Pot' musuh tak boleh nampak aku dan aku pun tak boleh nampak musuh. Rostam. Teman 'satu pot dua dua'. Aku. Pun bersetuju. Amat!

Malam. Kami tidur. Atas 'hammock'. Warna hijau tahi lembu. Kasut sudah tiga hari. Tak buka. Dan. Peluk M16. Erat-erat. Bukan rindu. Kepada 'buah hati'. Bukan! Cuma langkah berjaga-jaga. Agar. Kalau Sarjan Leman. Menyelinap masuk. Ke dalam khemah. Untuk mengambil M16. Aku. Kau. Atau M16 milik penghuni satu khemah pun. Secara senyap-senyap (bersopan santun?). Dia tak akan berjaya.

"KA-BOOOOM!!! Rat-tat-tat-taaat!!!!"

Apabila. Bom meletup. Kau aku mesti bingkas bangun. Dan cepat-cepat. Keluar dari khemah. Bersama-sama M16. Dan. Mengambil tempat. Di 'pot-pot'. Yang telah ditetapkan. Siang tadi.

Hah, perlakuan inilah yang dinamakan 'stand two'.

NOTA KAKI BANGKU: Ada lagi... tunggu!

9 Comments:

Blogger rudy bluehikari said...

kalau stand three..stand four? macamana plak? kuang3x

Jun 28, 2005 5:15 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

teringat kwn aku baling bom ke pasukan sendiri dan jerit, Fire in the hole!!

ceh, nasib baik itu hanya dalam counter strike!

Jun 28, 2005 11:22 PTG

 
Blogger Korakora said...

ni cerita sarjan hassan kah?

Jun 29, 2005 10:56 PG

 
Blogger Korakora said...

ni cerita sarjan hassan kah?

Jun 29, 2005 10:57 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Tau dah rahsia Naga...ambik kesempatan disebalik imej pot. Itu akal dia rupanya...

Jun 29, 2005 12:20 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Tok Rimau,

Seronok gak baca pengalaman kau dalam Kumpulan Militan Malaysia.

Jun 29, 2005 12:59 PTG

 
Blogger Anonymous said...

weh prebet Naga...

Askar tak sebut stand two lah..

depa sebut stento.

Barisss...bertiga-tiga..dalam satu barisannnn....ke kannnndddannggg pusing!

Woiii apa ke kandang!? Ko ingat lembu ke? - Kopral Mat.

he he

Jun 29, 2005 1:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

D'ark,

Budak ambil 'command': "Barisan, keluaaaaarrrr barisannnnn!"

Sarjan Leman: "Hah, kau nak masuk PAS dah ke?"

Jun 29, 2005 5:08 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

'stand two' aku tak tau.
'one night stand' aku tau.
:-)

Jun 29, 2005 6:47 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home