"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

24 Jun 2005

Berkemut-kemut

Kata Sarjan Leman. Untuk memberi 'command'. Dagu kena langut. Baru suara. Akan terlontar. Dari anak tekak. Dengan cemerlang. Macam halilintar. Macam guruh. Macam Sarjan Leman jugalah.

Kalau ada pertandingan. Suara-suara sedap. Sarjan Leman akan suruh. Kami berpantang. Minum air suam. Atau. Minum air asam. Jawa. Campur gula batu. Gula pasir tak boleh. Tak mujarab. Tak akan menang nombor 'wahid'. Kalau terlanggar pantang. Kalau.

Itupun dah cukup punya syukur. Sebab Sarjan Leman tak suruh. Kami telan. Belalang Kunyit. Belalang Mekah. Atau. Pak Belalang. Ha ha.

Dan. Tambah Sarjan Leman. Lagi. "Jub*r kena kemut!"

Ya ya. Kau kena kemutkan jub*r dulu. Kemudian, baru kau lontarkan suara. Sambil-sambil itu, mata (kau) kena perhati. Kaki squad. Hukuman (berhen)"...tiii!" mesti 'jatuh' pada kaki kiri. Ketika sedang terapung. Di udara. Ya ya.

"Oit! Apa pasal kau tak bagi 'command' lagi? Kau nak biarkan hingga squad masuk longkang ke, Labu?" Sarjan Leman.

"Tak dapat, Jan!!!!" Aku.

"Apa yang tak dapat?" Sarjan Leman.

"Kemut, Jan!!!! Tak boleh dapat... Kemut kemut, terlepas!! Kemut kemut, terlepas!" Aku.

NOTA KAKI BANGKU: Apapun pekerjaan, untuk jadi 'expert', perlu banyak latihan.

9 Comments:

Blogger tujuh86 said...

Kemut. Terlepas?! Woii.. apa punya cerita ni woiii.. kembang tekak aku!! :)

Jun 25, 2005 10:04 PG

 
Blogger raden galoh said...

Sekarang dah 'expert' ke belum?

Jun 25, 2005 10:39 PG

 
Anonymous labu_labi@Yahoo.com said...

Kemut. Terlepas! Ada bunyi dan Bau. Haha...Kena tukar yang baru! Sebab wear and tear! dah tak elastik..haha..

Jun 25, 2005 11:50 PG

 
Anonymous kel@mbu said...

rasanya af ada ajar cara utk kemut tak?

Jun 25, 2005 7:07 PTG

 
Anonymous Op said...

selalunya kontrol kat perut
kemudian lepaskan
memang mashuk.

Jun 25, 2005 7:27 PTG

 
Anonymous bukan pelanggan said...

ayoyo
lu kowloon mari ka kawan?
:-)

Jun 25, 2005 8:02 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ye kemut jgn tak kemut ;p
- farking.spunge.org/blog

Jun 25, 2005 8:33 PTG

 
Anonymous mat jan said...

hahaha... kepit body-locking-pin celah tu... kemuttt!! jangan kasi jatuh...

* ting!! *

alamak! terlepas lagi....

Jun 26, 2005 1:30 PG

 
Blogger Penoreh Getah said...

aduhaii.. teringat masa secondary dulu jadi scout punya commander.. betul kalau kemut baru ade powerfull..

Januari 25, 2008 7:05 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home