"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 Januari 2009

Nothing to display

23 Januari 2009

Menjelang PRU13: Keledar (mati tetap mati)

Nenek Munah Leper melenyek-lenyek ubi keledek empuk di dalam pasu. Kak Pinoi teka, Nenek Munah Leper nak buat kuih cik mek molek. Sepiah bermata smokey teka, Nenek Munah Leper nak buat kuih cucur badak. “Badak!” “Molek!” Badak!” “Molek!” Badak!” “Molek!” Nenek Munah Leper rasa macam nak tempeleng ’ja kedua-duanya.

Karim Driving School wongweng wongweng. Mata Usop Ludin, mata Pak Akop, mata Wak Merah-merah Taman Kok Doh, mata Mamang Sulan, mata Mat Trompet – mengonek wongweng wongweng Karim Driving School.

“Tuan tuan dan puan puan! Kerajaan telah mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk depan dan di tempat duduk belakang kereta. Kerajaan juga telah mewajibkan pemakaian topi keledar yang lima tahun sahaja jangka hayatnya. Bayangkan tuan tuan dan puan puan…, kalau Menteri yang meluluskan undang-undang tersebut mengambil satu peratus ’ja atas keuntungan penghasilan keledar-keledar tersebut… sudah berapa punya banyak untung ni? Kalau accident... mati tetap mati!” Kata Karim Driving School.

“Hah! Kalau Pak Akoplah menteri yang berkenaan… apa pula Pak Akop punya idea?” Tanya Mat Trompet, tiba-tiba.

“Speed no limit! Dengan syarat, semua pemandu dan penumpang kereta kena pakai topi keledar yang lima tahun sahaja jangka hayatnya … wah, sudah berapa punya banyak untung ni! Kalau accident... mati tetap mati! Ha ha ha!” Kata Pak Akop.

“Badak!” “Molek!” Badak!” “Molek!” Badak!” “Molek!” Nenek Munah Leper rasa macam nak tempeleng ’ja ‘badak’ dengan ‘cik mek molek’ tu.

Label:

22 Januari 2009

Parking II

Tok Rimau tanya aku, “Biasanya kau parking atas atau kau parking bawah?”

Aku jawab Tok Rimau, “[Ke] Bawah! Sebab, aku punya bukannya besar sangat! Kalau parking [ke] atas pun... nanti, secara automatik ia parking [ke] bawah juga!”, dan pada masa tu aku rasa macam nak gelak. Kemudian, aku tanya Tok Rimau pula, “Kau, Mau?”

Tok Rimau jawab aku, “Kalau aku bawa Kancil - aku parking bawah. Kalau aku bawa kereta besar sikit tu - aku parking atas.“

BAHAK

KOMA

“Kadang-kadang melintang juga, Mau!”

“Melintang? Habis, parking kat mana?”

“Kat atas paha, Mau!”

“Ceh! Ha ha ha!”

BAHAK

FIN

21 Januari 2009

Black House

Malam. Tak tahu nak buat apa. Azzam Supardi pun tak ada untuk aku buat bahan melawak. Mmm... Aku SMS Alina Abdullah.

“Presiden Obama nak cat White House dengan warna hitam, nanti!” Bunyi SMS aku.

“Serius?” Bunyi SMS Alina.

“Taklah, taklah! He he.” Bunyi SMS aku.

Malam. Tak tahu nak buat apa. Azzam Supardi pun tak ada untuk aku buat bahan melawak. Mmm... Aku SMS Alina Abdullah. Alina Abdullah 'reply' SMS aku (dengan penuh syak wasangka?).

20 Januari 2009

Matematik pasca moden

Jika cuti Hari Raya Cina ‘jatuh’ pada dua puluh enam dan dua puluh tujuh haribulan, dan aku mengambil satu hari lagi cuti tambahan pada dua puluh tujuh haribulan, sedang pada hari sabtu dan hari ahad sebelumnya adalah hari tidak bekerja kepada staf Syarikat D, lantas kakak Kerani Kanan tu kata, “Baki cuti tahunan kau adalah empat puluh lapan hari... jadi, kenapa ambil cuti satu hari sahaja, Labu?” - Soalannya, aku nak buat apa dengan cuti yang banyak sangat ni?

HA HA.

....
Blog Sindiket Sol-Jah dah macam majalah Rolling Stone.

15 Januari 2009

Blogger sensasi (mangsa Paparazzi)

Harian Metro 14 Januari 2009
Image Hosted by ImageShack.us

"Soal jodoh tiada siapa yang tahu. Saya senang dengan sikap 'ambil berat' abang Haking!” - Memeh.

"Kami cuma kawan biasa. Memang, saya mengaku, kami pernah keluar makan bersama-sama. Tapi, bukan kami keluar berdua sahaja - beramai-ramai!" - Normang Haking.

HA HA.

14 Januari 2009

Bebeh, don't let me down!

Ada kawan lama yang menelefon.

“Hey! Kau tahu... dah enam tahun kau tak singgah ke Crossroad @ Concorde!” Dia kata.

“That longggggggg???” Aku kata.

“Ya, ingat-ingat Kak Long, last sekali, masa kau ketawakan mamat Cina yang duduk di sebelah kau tu.” Dia kata.

Serentak, kami menyanyi-nyanyi, macam mamat Cina yang duduk di sebelah aku di Crossroad @ Concorde, enam tahun dahulu.

“Lon'tttt let me lownnnn! Lon'tttt let me lownnnn!” Kami mengekek-ngekek, kemudian.

12 Januari 2009

Tak ada mood

...

08 Januari 2009

Kalau perempuan kau adalah Gautama Buddha

Cinta adalah matahari, awan gemawan, Tateyama, Kurobe onsen, raichu, kudup ume, koi birah, nikotina, Dunkin' Donuts, buih berkarbonat, merah kesumba yang menyulam-nyulam dan mengimbang-imbang di antara satu sama lain.

Hari itu. Bulan April. Hari lahir aku. Dan. Miyuki hadiahkan. Sebatang hashi.

“Kenapa tak hadiahkan sepasang?” Tanya aku.

“Hah! Ini untuk mengingat-ingatkan kau...” Miyuki kata, sedang mulut mulusnya riuh mengunyah donat; setelah gembanya menyurut, dia menambah, “Hasyi... kalau sebatang, manakan berfungsi... betul tak? Dan, bukankah hidup ini sepatutnya berpasang-pasang?”

Di dalam murup dan gemilap anak matanya - ada aku. Di dalam kami - masing-masing menyimpan seorang sebatang hashi.

Cinta adalah matahari, awan gemawan, Tateyama, Kurobe onsen, raichu, kudup ume, koi birah, nikotina, Dunkin' Donuts, buih berkarbonat, merah kesumba yang menyulam-nyulam dan mengimbang-imbang di antara satu sama lain.

07 Januari 2009

Anak Rusa Nani

Suatu hari. Gua. Yapong. Pergi tengok. 'Preview' filem MAUT. Tajaan Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Tiba-tiba. Truuut tut tut! Gua terima. Satu pesanan ringkas, “Wer r u, my dear?", dari seorang awek.

Cepat-cepat. Gua tunjuk. Itu pesanan ringkas. Kepada Yapong.

"Dude! Dia panggil gua 'dear'! Aaa... Lu tahu ke 'dear' tu apa benda?” Gua kata.

“Aaa... Rusa!” Yapong kata.

“Wah! Sweet-nya!” Gua kata.

____
Nota kaki: Sinaganaga dan Pipiyapong adalah mantan pelajar Sekolah Menengah Sains. English set berapa? Tak tau. Ha ha.

____
Nota kaki: Review filem 'Maut' - esok lusa kot gua tulis kat blog 'cowgumrubber'.

06 Januari 2009

Katakanlah

Katakanlah, nama anak kau, Ain Syuhadah Noramalina Muzaliffah binti Abdul Kadeer Kuti, dan pagi itu kau pergi daftarkan anak kau di Sekolah Rendah Agama (SRA). Dan. Ustazah terpaksa menulis tangan di atas resit - nama anak kau, + harga yuran yang perlu dibayar.

“Siapa ek nama anak? Emmmm... Oh, ok! Ain... Syuhadah... Noramalina... Muzaliffah... binti... Ermmm... siapa ek nama bapa?” Kata Ustazah Umi Kalsom.

“Abdulll, Kadeerrr, Kutiii,, ustazah!”

“Ya right... Ermmm... Abdul... Kadeer... Kuti... Ermmm... Dan, ringgit dengan perkataan... tiga ratus... sebelas... sahaja.” Tambah Ustazah Umi Kalsom, lagi.

Dan, katakanlah, ada sembilan belas orang lagi ibu bapa yang berbaris di belakang Encik Abdul Kadeer Kuti turut mempunyai nama anak yang panjang-panjang.

Damn!

Dah sampai masanya Kementerian Pendidikan mengusahakan Sistem Pembayaran Yuran Persekolahan Anak-anak Secara Berkomputer (SPY PASEMBOR) demi untuk kesejahteraan pergelangan tangan ustazah-ustazah dan demi kesejahteraan kaki ibu bapa yang terpaksa berdiri lama. Azzam Supardi, misalnya (contoh ibu bapa yang kita maksudkan di sini). Ha ha.

01 Januari 2009

Cincin tanda tanya

Aku. Dah jumpa. Dua orang perempuan. Yang pakai rantai. Dengan cincin 'belah rotan'. Sebagai loketnya. Ini, barangkali mungkin, trend masa kini, kot.

"Kenapa tak pakai cincin tu di jari?"

"Besar sangat!"

"Kenapa tak beli yang kecil?"

"Abang tak belikan!!! He he."

"Aaa, apa size? 11? 13?"

"Pinggang?"

"Tak! Jari! Ha ha. Takkanlah pinggang *toot* saiz 13?"

"Ha ha."

Lepas tu. Dia hantar grafik. Budak botak warna kuning. Yang terjelir lidah. Kat aku.

"Buekkkkkk!"