"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Oktober 2009

Bagi gua setelkan Maskara Shorties ni dulu...

Peha gua sakit. Entah apa pasal. Ada yang suruh gua pergi klinik. Ada yang suruh gua pergi urut. Ada yang suruh gua tampal dengan koyok. Ada yang suruh gua sapu dengan Yoko Yoko. Ada yang suruh gua sapu dengan minyak panas warna merah cap Pak Haji Dawam Mude. Ada yang...

"All this while you letak apa 'ja?" tanya Ani Beyonce.

"Air paip!" jawab gua.

HA HA HA. Ok dude, gua nak pergi mandi!

27 Oktober 2009

Bekas budak-budak Sekolah Pandai

Di antara banyak-banyak kami (Sindiket Sol-Jah), Vovin sahajalah yang pernah bersekolah di sekolah perempuan - SMK Raja Permaisuri Bainun, he he.

Pada suatu petang, Pipiyapong yang berambut gondrong dan Vovin yang berwajah macam ada yang tak kena sudah lama menunggu di kedai mamak. Aku kata, hai! Pipiyapong kata, hai! Vovin? Dalam kepala dia ada macam-macam wayang dan dia tak kata, hai!

Oh lupa, dan yang membontoti aku ialah Cik Nurul Satu Cinta.

Kami memesan minuman dan berbual-bual, kemudian.

"Oh, you sekolah kat SMK Raja Permaisuri Bainun? What year?"

"Bla bla bla..."

"Oh! You my junior la! Ha ha. Eh, you kenal bla bla bla..."

"Kenal! Bla bla bla dah jadi Pengarah Belia!"

"Bla bla bla... Hoh! Budak perempuan memang bal bla bla tau! Sampai la ni dok berdendam-dendam bla bla bla..."

"Hoh! Dulu, I kena pulau bla bla bla tau!"

Aku pandang Pipiyapong; aku kata, hai! Pipiyapong pandang aku; Pipiyapong kata, hai!

Kami tak mahu mencelah apabila bekas budak-budak sekolah perempuan bercerita. Sebab kami berdua budak sekolah sains. Budak sekolah sains tak main dendam-dendam. Budak sekolah sains main telepati.

'Chlorofluoro de bromoethane tu fluorocarbon-kan, PP?'

'Hoh! Bahayeee! Boleh menjahanamkan dunia tu, wo!'

'Perghhhh! Macam bom?'

'Hoh!'

Maskara Shorties Musim Ke-2

Semua orang kool di seluruh negara berada di Maskara Shorties. Kalau dia tidak berada di Maskara Shorties - dia tidak kool.

23 Oktober 2009

Panas-panas Kuala Lumpur

Siang itu adalah siang yang sama seperti selalu-selalunya. Panas. Debu. Hanyir. Pencemaran. Dan, dah lama tunggu tetapi bas nombor 10 tak juga sampai-sampai.

Mamat Khaldi SMS, 'Abang nak bikin filem pasal Mat Rempit. Kamu nak jadi heronya?'

Aku SMS, 'Aaa... siapa heroinnya? Nora Danish ke, bang?'

Mamat Khalid SMS, 'Tak! Mak Mah!!!!'

Aku SMS, 'Ceh! Abang mamat nak bikin cerita hantu ke ni?'

Mamat Khalid SMS, 'Ha ha ha!'

Selanjutnya adalah - balik-balik bas nombor 2 yang sampai, balik-balik bas nombor 2 yang sampai, alahai! Dan, dan lama tunggu tetapi bas nombor 10 tak juga sampai-sampai.

22 Oktober 2009

Menjelang PRU13: Bajet 2010

Sebuah Nissan Sunny membrek emergency. Pintu kereta terkuak. Kak Pinoi berlari-lari keluar; menekup muka sambil menangis teresak-esak.

"Kenapa pula dengan Pinoi tu, Rimmm?" laung Mat Trompet kepada Karim Driving School yang menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, "Najib tak umum bonus untuk kakitangan Kerajaan ke?"

"Tak..." laung Karim Driving School kepada Mat Trompet yang sedang mengusap-usap baritone pusakanya, "Pinoi tak reti nak bajet clutch dengan minyak (accelerator)! Sampai kat slope 'ja enjin mati!"

Jarak mereka berdiri tak sampai pun lima meter. Tetapi, kenapa entah, mereka berdua melaung-laung di antara satu sama lain, alahai!

"So, tak pass-lah?"

"Tak!"

Label:

18 Oktober 2009

Bebeh, lu ada ubat warna kuning tu lagi?

HA HA. Kalau Mat Zat tak jaring gol sendiri dan kalau pengadil bagi lebih masa lagi (lagi 90 minit ke) - kita (baca: Bolton Wanderers) mungkin seri malam tadi. Moq SMS aku, "Macam-macamlah alasan lu bagi kalau dah kalah!"

Aku batuk. Tekak gatal. Aku selsema. Hidung sumbat. Hujan. Azzam Supardi kata, "G, aku dah ada kat bawah!" Aku pakai topi pancing. Aku turun bawah. Kemudian, berdesup kami 'otw' ke Ampang Ulu Kelang. Abdullah Jones sudah sampai di Batu Caves. Meor, Black, dan Nik Javid akan tunggu kami di Dewan AU2.

Dulu. Masa budak-budak. Kalau demam. Mek Teh bagi aku makan ubat.

Mula-mula Mak Teh bagi makan ubat air. Apabila dah besar sedikit, Mak Teh bagi Cortal lenyek dengan air panas kat atas sudu. Apabila dah besar lagi sedikit, Mak Teh bagi makan Cortal patah dua; makan setengah biji dulu, kemudian makan setengah biji lagi. Lamaaaaaaaaa selepas itu baru Mak Teh bagi aku makan Cortal sebiji penuh. "Dah bergelas air yang dia minum... ubat tu masih ada kat atas lidah dia lagi, mmm!" kata Mak Teh, "Hah! Minum air banyak-banyak! Pejam mata! Telan! Telann! Telannn!"

"AAAAA..." Aku nganga mulut besar-besar. Cortal masih ada di atas lidah. Entahlah, lidah aku jenis banyak 'bunga' agaknya. Grip tahap dewa! HA HA.

Dulu. Masa aku budak-budak. Kalau sakit perut. Mak Teh bagi aku makan pil Pil Chi Kit Teck Aun (cap Burung dan Menara Kuil).

Cuba kau bayangkan. Pil Chi Kit Teck Aun tu walaupun kecil-kecil tetapi ada banyakkkkk biji di dalam satu kelongsong plastik tu! Jadi, aku makan satu biji dan minum air, aku makan lagi satu biji dan minum air, aku makan lagi satu biji dan minum air... (repeat till fade). "Hah! Minum air banyak-banyak! Pejam mata! Telan! Telann! Telannn!" kata Mak Teh, "Mmm, tak jadi masak aku hari ni, wehhh!"

"AAAAA..." Aku nganga mulut besar-besar.

Moq SMS aku, "Macam-macamlah alasan lu bagi kalau dah kalah!" Kalau Mat Zat tak jaring gol sendiri dan kalau pengadil bagi lebih masa lagi (lagi 90 minit ke) - kita (baca: Bolton Wanderers) mungkin seri malam tadi. HA HA.

16 Oktober 2009

The Wanderers (The Very Happy Deepavali)

Khairin, "Apa ramalan enche tentang pertemuan di antara The Wanderers dengan The Red Devil pada hujung minggu ni?"

Gua, "Bersempena perayaan cahaya ini, saya berharap akan ada cahaya yang menyinari Bolton pada perlawanan hujung minggu ini. Ya, ramalan saya, Bolton Wanderers 1 - Manchester United 0. Ya ya, gol jaringan sendiri pun tak apa, janji menang, ha ha ha!"

Khairin, "Ceh!"

14 Oktober 2009

Hujan pagi yang gua redah saja semasa nak pergi kerja

Pada suatu hari, ketika dia tidak mendeting-deting temali gitar, Wani memberitahu dunia, "Tuhan berikan kita hati yang kuncinya tersimpan hanya pada kita [sendiri]".

Gua rasa macam nak tergelak. Dan, kalau Wani ada bersama-sama gua pada suatu hari yang entah bila itu, barangkali mungkin dia akan kata, "Apa pasal lu rasa nak tergelak, John?"

"Lu ok lagi, Wani! Sebab kunci pintu hati lu ada pada lu.... Gua...?"

"Hah! Apa pasal dengan lu, gua?, ehhhh..., John?"

"Kunci pintu hati gua tertinggal kat dalam!"

12 Oktober 2009

WAJIB TAYANG & MESTI TONTON [ PL18 ]

Image Hosted by ImageShack.us

"Kadang-kala... bertukar pun tak akan mengubah apa-apa!" kata Kak Pinoi.

MASKARA SHORTIES, 31 Okt. 2009, 8 mlm, Rumah PENA.

11 Oktober 2009

TINGGAL SEDIKIT LAGI

Image Hosted by ImageShack.us
RM15 senaskhah. Kalau nak bagi lebih pun ok juga, he he.
Sila beli naskhah anda dengan segera! Hubungi sindiketsoljah at gmail dot com dan katakan “NAK BELI SALUN EKSOTIKATA, JOHN!

07 Oktober 2009

MU vs. BW - 17 Ooktober 2009

Bila masa pula Manchester United ada jersi warna oren?

Image Hosted by ImageShack.us

Statistik EPL:
Berdasarkan 10 pertemuan sejak 2004 sehingga 2009, Bolton Wanderers cuma menang sekali sahaja.

06 Oktober 2009

Menjelang 8 Oktober: Membuluh lalu melintang patah

Pak Akop jegilkan mata. Karim Driving School jegilkan mata. Mat Trompet jegilkan mata. Kak Pinoi jegilkan mata. Usop Ludin Tanah Lot yang terliuk-lentuk macam api pelita panjut Malam Tujuh Likur itu pun jegilkan mata.

"Aku cakap, kau tulis!" arah Mat Trompet.

Mamang Sulan menyeringai sehingga nampak gusi. Cepat-cepat diambilnya pen dan 'aerogram'. Dia mula menulis...

Kehadapan temanku, Tupik [Taufik].
Semoga dalam keadaan sehat walafiat. Kapan mau ke Melaysia?
Oh iya! Jika kalian mampir ke mari nanti... ngak usah dibawa sekali bambunya ya, karna...,


"Ayuh! Tulis terusss!!" arah Mat Trompet, lagi.

...karna, di sini pun ada banyak bambu, donggg!

01 Oktober 2009

Tetapi aku nak jadi designer, Teacher Alice!

Perempuan muda itu mempunyai hobi yang pelik. Dia gemar mengamati gambar-gambar yang tertera pada kotak rokok. Dan, gambar popular yang sedang dia amati pada hari ini adalah gambar sebuah laring yang telah kokak dan bolong.

"Sempat lagi kalau awak nak sambung belajar dan jadi doktor!" kata perempuan muda itu sambil mencicip teh halia yang beransur-ansur menjadi sejuk.

Aku ambil rokok, entah batang yang keberapa, menyalakannya, menyedut asapnya dalam-dalam, dan menghembus asapnya deras-deras. Lalu, asap pun berpuput-puput menghiasi sore kami.

Beberapa tahun dahulu, ketika kami sedang melakukan rat dissection, Miss Alice Tan telah mengetuk kepala aku dengan buku makmal, "Lukis outline sahaja! Tak mahu lukis shading-shading! Ini bukan art class hah, boy!"

Aida (kini Dr Aida) ketawakan aku, "Kalau nak lukis shading-shading... pergi masuk sekolah Cap Kunci-lah, Bro!" katanya sambil membetul-betulkan tali BeeDees, entahkan kerana ketat, entahkan kerana gatal. Ceh! Aku rasa macam nak kloroformkan sahaja si Aida ni.

"Sempat lagi kalau awak nak sambung belajar dan jadi doktor!" kata perempuan muda itu sambil mencicip teh halia yang beransur-ansur menjadi sejuk, "Semmmpattt!!!"

Dia tersenyum. Dan, senyumannya bagai kloroform. Cair dan mengewap.