"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Jun 2009

Kini anda boleh memeluknya erat-erat

'Perjanjian' [dengan penerbit] pun aku tak tandatangan lagi ni. Tetapi, apa salahnya jika anda mahu memilikinya dan-dan ni juga (selagi stok masih ada).


Buku paling kontroversi yang pernah diterbitkan oleh PTS - Majlis Pelancaran buku ini dibatalkan pada saat-saat akhir atas alasan 'keselamatan', Puan Ainon Mohd. cukup membenci buku ini (ironinya, Puan Ainon memang sayangkan saya, he he, penasihat/pegawal peribadi dia la katakannnnn....), dan buku ini direka bentuk oleh Hisham Salmin. Hah, siapa tak kenal Hisham Salmin - dia memang kodi! HA HA.

Beli STINGARDEN di BOOKCAFE
Pengarang: Sinaganaga
Editor: Nazri M. Annuar & Syafizan Kasim
ISBN: 978-967-5136-37-5
Harga diskaun: RM11.12 Kulit Lembut Sahaja




Beli GRAGONG di AMEENBOOKS
Pengarang: Zainuddin Jamil [Ilustrator: Sinaganaga]
Editor: Azzam Supardi
ISBN: 978-983-3991-78-5
Harga diskaun: RM29.00 Kulit Keras Sahaja

Jangan bertangguh-tangguh; dapatkan naskhah-naskah anda pada hari juga (sebelum kami bakar kesemuanya).

29 Jun 2009

Percubaan blues berani mati, pergh!

- Video oleh OP & Vovin.
- Kombo Dewangga Sakti di bawah pimpinan Zoy al-Ram.



Dia tanya, tak ada shawty-shawty bagi awak bunga ke lepas tu?

Aku jawab, tak ada... sebab shawty-shawty sekarang minat kat budak-budak pop indie je... dia orang tak minat deh kat mat-mat blues!!!!

27 Jun 2009

Shawty bernama Loli-e

Sudah dua tahun, plus minus. Dia cuma, saya ulangi, dia cuma memerhati dari jauh shawty tu turun naik lrt ke tempat kerja. Panjang rambutnya, kurus susuknya, gemalai langkahnya membuatkan hati dia melagu-lagukan lagu Sudirman, Milik Siapakah Gadis Ini?

Pagi itu, awan gemawan bagaikan bersimpati. Hujan turun.

"Payung!?" kata dia, pendek, tetapi bukanlah dia tidak tahu langsung tentang kata nama terbitan, kata ganda berulang, kata sendi nama, imbuhan apitan, dan segala macam tok nenek prinsip yang terkandung dalam tatabahasa leksikal-fungsional yang boleh diguna pakai... cuma, pagi-pagi memang dia tak cakap banyak. "Mood belum mari!" orang Singapore bilang.

"Boleh juga! Thankssss!" kata shawty.

Mereka jalan berpayung. Dan, orang banyak pun menulis puisi. Tentang hujan. Tentang payung. Tentang degup jantung. Tentang denyut hati.

"Am Loli-e!" kata shawty.

"El Ow El Ai?" tanya dia.

"El Ow El Ai with Ee!" jawab shawty.

Pada hari-hari seterusnya, Loli-e menyangkut dagu di bahu dia. Dan, orang banyak pun menulis puisi. Tentang hujan. Tentang payung. Tentang degup jantung. Tentang denyut hati. Tentang mereka, mmm, barangkali mungkin.

Label:

24 Jun 2009

Five [Plus One] Man Acoustical Jam

gitar bes

deram

penyanyi yg berbibir Steve Tyler

gitar utama

gitar pendua, ha ha

biola

"The Beatles want to hold ya hand but The Gum-Punk want to rock ya soul, bebeh!"

17 Jun 2009

Kidege

Alina kata, kalau kita malas atau sibuk atau berada di lokasi yang tidak mempunyai 'kaverej' Internet atau berada di perbatasan... di Uganda, misalnya - letak sahaja apa-apa gambar di blog kita. Dengan itu, blog kita masih 'maintain'!!! :)

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Kidege (burung kecil)

Dalam hiruk mortar dan pikuk grenad
ku khayalkan riuh ciap mu.


Kampala, Uganda
17 Jun 2009

12 Jun 2009

Jambo, my brother!

Aku lompat ke dalam bunker. Akiiki dah kena tembak. Darah hitam buak-buak dari bolong hatinya.

Jambo my brother, Akiiki kata.

Hey jambo jambo, aku kata.

Akiiki minta kertas. Aku kata, tunggu kejap dan seluk ke dalam pouches dan keluarkan sehelai kertas renyuk dan berikan kepada dia. Akiiki minta pen. Aku kata, aku tak punya. Akiiki kata, tak apalah!

Akiiki celup hujung jari ke dalam bolong hatinya dan dengan darah hitam itu dia tulis sesuatu, Malaika, nakupenda Malaika. Nami nifanyeje, kijana mwenzio. Nashindwa na mali sina, we. Ningekuoa Malaika.... [beberapa teks telah terpadam dek manik-manik peluh yang menitik jatuh] Kidege, hukuwaza kidege....

Tiba-tiba, Akiiki mendengus seperti kerbau kena sembelih. Aku rapatkan bibir ke telinganya. Aku suruh dia istighfar. Akiiki beliakkan mata. [Hey, aku panik okayyyy! Makanya, apa saja yang aku reti buat!!!]

Akiiki beritahu, dia nampak cahaya dari langit. Aku genggam tangannya erat-erat.

Jambo my brother, aku kata, salama!

Hey jambo jambo, Akiiki kata, salama!

Aku keluarkan rokok batang yang terakhir dari dalam pouches; nyalakan, hela asapnya dalam-dalam, hembus asapnya deras-deras, dan pacakkan ke bibir tebal Akiiki kemudian. Ada helikopter terbang di atas kepala sedang suluh kami dengan lampu sorot.

Sekarang, putung rokok tu dah jadi macam putung colok.

Label:

10 Jun 2009

Panduan menulis poskad kepada sahabat pena

Image Hosted by ImageShack.us

Kehadapan sahabatku Vovin yang berada di... aaa... tak tahu di mana.

Apa khabar? Di harapkan sihat-sihat belaka hendaknya. Saya di sini pun sihat-sihat sahaja, cuma cuaca di Uganda sedikit panas daripada biasa. Maklumlah... kesan daripada penipisan ozon menyebabkan cuaca dunia menjadi semakin tidak menentu.

Semalam, ada seorang perempuan dari Kuala Lumpur menelefon saya, "Kalau awak betul-betul berada di Uganda - cakap alif lam lam ha!" Awak pula macamana? Apakah ada seorang dua perempuan yang menelefon awak dan menyuruh awak berbuat perkara yang sama? Saya harap - ada!

Oklah, panjang benar kita berbicara pada kali ini, dan oleh kerana masa begitu mencumburui kita, saya sudahi poskad saya ini dengan ucapan Selamat Berhari Minggu dan dengan pertanyaan Kenapa Dah Lama Tak Hantar Berita?

Yang benar,

SINAGANAGA
Kampala, Uganda.

09 Jun 2009

Panduan menulis surat kepada sahabat pena

Kehadapan sahabatku MatJan yang berada di New Zealand.

Apa khabar saudara? Diharapkan saudara bahagia selalu di samping biri-biri peliharaan. Untuk pengetahuan saudara, saya kini telah berada di Kampala, Uganda.

Terletak bersempadan dengan Kenya, Sudan, Republik Demokrasi Rakyat Kongo, Rwanda, dan Tanzania, negara dari Afrika Timur ini kaya dengan galian tembaga dan kuprum.

Berkeluasan 236,040 km persegi, terletak pada ketinggian 1100 meter dari aras laut, dan berkongsi tasik Victoria (68,800 km persegi) dengan negara jirannya Kenya dan Tanzania, negara yang pernah diperintah oleh bekas Presiden Idi Amin ini menjadikan bidang pertanian dan asas tani sebagai sumber utama ekonominya. Oleh kerana itu, saya kini pun sedang mencuba-cuba untuk menanam lalang di bahagian belakang rumah saya. Manalah tahu kot-kot saya boleh untung rib-rib hasil daripada penanaman lalang ini.

Dengan populasi penduduk sekitar 30,900,000 orang, majoriti masyarakat negara ini beragama Kristian (84%), Islam Syiah (14%), dan lain-lain agama (4%). Apapun, jiran sebelah rumah saya beragama Hindu. Ya ya, selain daripada agama Yahudi - agama Hindu adalah salah satu agama yang 'hip' dewasa ini.

Selepas beroleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1962, Uganda telah mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa rasminya, di samping bahasa Swahili yang ditutur oleh kebanyakkan penduduk negara-negara di Afrika sebagai bahasa kedua, diikuti dengan bahasa Luganda, Lasoga, dan Runyankore. Seperti mana nasib bahasa Melayu, keempat-empat bahasa kodi ini juga semakin kurang dituturkan oleh anak-anak muda Uganda dari etnik Baganda, Banyankole, Basoga, Bafumbira, Batoro, Bakiga, Alur, Banyoro, Iteso, dan Acholi.

Saya rasa ini sahaja dahulu yang dapat saya ceritakan tentang Uganda. Semoga kita dapat saling berutus-utus surat; bertanyakan khabar dari semasa ke semasa jika keadaan mengizinkan.

Pecah kaca
Pecah gelas
Lepas baca
Harap balas.


Yang benar,

SINAGANAGA
Kampala, Uganda.

Image Hosted by ImageShack.us

07 Jun 2009

Pengurus MASKARA dan Dua Rajah Blooke didapati hilang

KUALA LUMPUR, 7 Jun - Vovin telah hilang entah ke mana. Mat Jan pun turut hilang entah ke mana. Sinaganaga pun.

Penampilan perdana Sinaganaga malam tadi dengan menyanyikan lagu berentak blues inang Jom Naik Kereta di Maskara Showcase Dewangga Sakti rupa-rupanya adalah penampilan beliau yang terakhir di khalayak umum. Sejak tengah malam tadi bayang-bayang Sinaganaga pun tidak kelihatan di mana-mana. Ahli-ahli Sindiket Sol-Jah yang lain enggan mengulas lanjut.

"Gua syak beliau melarikan diri ke Kampala, Uganda! Uuu... Besar kes depa bertiga ni weh!" Op Zahrin, Setiausaha Agung Sindiket Sol-Jah.

"Gua masih kat kampung lagi niiiii!" Spyz, Eksekutif Akaun, Sindiket Sol-Jah.

"No komen! No komen!" Jigo, Eksekutif Pos, Sindiket Sol-Jah.

"Hah!!!! Naga dah hilang??????" Tok Rimau, Wakil Sindiket Sol-Jah Wilayah Selatan.

"Last gua nampak dia... kat guard room Menara O!" Azzam Supardi aka Asam Supali.

"Last gua nampak Jend... dia tengah hulur duit rib rib kat Mat Nasi Ayam! Pipiyapong.

Menurut sumber, segala aktiviti-aktiviti Sindiket Sol-Jah ketika ini diambil alih oleh Tok Rimau sehingga ketiga-tiga tokoh ini ditemui.

03 Jun 2009

Pelancaran buku-buku oleh Dua [Rama-rama] Rajah Blooke ini dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri

Blook Pipiyapong? Macam biasa - tak siap! Ha ha.

Image Hosted by ImageShack.us

"Bukan gua sengaja tak mau kasi siap, Jenderal... tapi, gua nak jual habiskan Kacip terlebih dahulu!" - Pipiyapong Abdullah.

"Apakah dengan kehadiran blook Konda-Kondi ini Mat Jan akan kembali ke carta nombor satu persada blook kebangsaan? Sama-sama kita saksikan nanti!" - Jimi Mahmud.

"Siapa tak kenal Mat Jan!" - Sepiah Bermata Smokey dan Kak Pinoi, serentak.

"Siapa Suharni Yusof tu?" - Lan Hussain.

"Sebenarnya gua cukup takut bila Naga berfikir. Naga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

"InsyaAllah, pada hari pelancaran tersebut, kami akan menjual blook tersebut dengan harga diskaun yang munasabah! Makanya, sila datang beramai-ramai! Jangan lepaskan peluang yang datang hanya sekali-sekala ini!" - Vo Vince.

01 Jun 2009

Malam tahi bintang jatuh - pasangan berkasih pun menanam harap cepat-cepat

Apabila gua kata gua nak tubuh satu kugiran - Meor picing mata, dia sedut asap rokok tu dalam-dalam, menghelanya seketika, dan menghembusnya pelan-pelan, kemudian. Apabila Meor sedang berkira-kira hendak memotong percakapan gua itu dengan topik yang lebih lain - Sufian Abas kata dia boleh main biola satu tali dengan gigi. Dan gua tambah kata, gua boleh main gitar dengan major chords C, G, ... E dengan A gua selalu keliru!

KOMA

Hah! Gua dah fikir dalam-dalam. Kalau gua boleh adjust Jigo untuk main deram (Jigo pernah main deram untuk kugiran Sek. Men. Alam Shah) dan kalau gua boleh adjust Azman Dewangga Sakti untuk main gitar bes (Azman Dewangga Sakti pernah main gitar bes putus tali di Hari Pelancaran Buku 'Kacip') dan kalau gua boleh adjust Pipiyapong untuk main gitar bes kedua (Wah! Kugiran ini akan punya dua orang pemain gitar bes! Hulala!) - gua dah boleh tubuh satu kugiran rok progresif dah.

Sufian Abas kata, kalau bubuh nama kugiran tu 'Kangkang Untuk Rok' ok! Gua kata, kalau bubuh nama kugiran tu 'Perfect Fifth' atau 'The Peni5' ok juga!

Tap!

Gua lupa.

Kugiran ni belum ada penyanyi undangan lagi.

Gua angkat telefon. Gua SMS Derrick Jaramillo. Malam-malam macam ni selalunya Derrick Jaramillo tak ada kelas. Makanya, senanglah untuk kami berSMS-SMS.

"Alaaaa bang! Sori! Bukan gua takmoh perform... Hujung minggu ni gua kena pegi Bentong! Member gua kawen! Gua kena jadik pengapet!" balas Derrick Jaramillo.

Ceh! Apa kejadahnya mamat rok kapak Panama ni tukar kerjaya jadi pengapit pula ni! Dan, mana ada orang buat - pengapit lebih 'jambu' daripada pengantin! Tetamu datang nak tengok pengantin; bukan nak tengok pengapit, dude!!!!

KOMA

Semasa Nik tiba dengan gitar bersarung vinyl hitam yang tersandang di bahunya - Meor dah lama koma dan tak dapat diselamatkan lagi (Meor melangkah ke arah cahaya itu dengan tenang! Begitu tenang, sehinggakan kita tidak akan merasakannya!). Gua dan Sufian Abas, dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, minta diri untuk menonton 3venus, kemudian.

Image Hosted by ImageShack.us

Wani Ardy sedang menggoreng somethin'