31 Mei 2009
30 Mei 2009
Apologi Buat Hideyoshi II
Katakanlah. Pada suatu pagi. Yang dingin. Di Niigata. Ketika Hideyoshi terbangkit daripada tidur... di hatinya tumbuh bunga. Bukan itu sahaja, malah, di matanya tumbuh bunga. Di hidungnya tumbuh bunga. Di mulutnya tumbuh bunga. Di lidahnya tumbuh bunga. Di telinganya tumbuh bunga. Di lehernya tumbuh bunga. Di bahunya tumbuh bunga. Di dadanya tumbuh bunga. Di pusatnya tumbuh bunga. Di penis-nya tumbuh bunga. Di punggungnya tumbuh bunga. Di tangannya tumbuh bunga. Di kakinya tumbuh bunga. Bukan itu sahaja, malah, pada setiap pelipat-pelipat sendinya dan pada setiap liang-liang romanya tumbuh putik-putik bunga. Katakanlah.
Label: certot
28 Mei 2009
Lambang Buku Indipenden Bermutu
Dapatkan buku Kacip, Perempuan Simpanan, dan Jongkang Jongket di Pekan Frinjan 2.0 pada Sabtu 30 Mei 2009 di Laman Menara Jam Shah Alam.
Jumpa PIPIYAPONG (Siapa tak kenal PP - memang kodi), ALINA ABDULLAH (Dia dah buat keputusan... dia nak jadi lesbirian), dan MAT JAN (Dia belajar undang-undang untuk mengisi masa lapang) di sana nanti.
Ketelipang
Menjengah ke luar gerabak
lalu hijau pun menderas sekawan lebah.
26 Mei 2009
22 Mei 2009
Kembara Seni di Kuala Lipis
Kuala Lipis adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Lipis di negeri Pahang. Dengan kepadatan penduduk sekitar 20,000 orang, Kuala Lipis pernah menjadi pusat pentadbiran bagi negeri Pahang sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1953.
Dua ikon pop Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Siti Nurhaliza, merupakan anak kelahiran Kuala Lipis ini.
Aaa... apahal serius sangat gaya penulisan gua ni? Mmm...
Jadi, jika lu berkunjung ke Kuala Lipis, tidak sah jika lu tidak menikmati dua hidangan istimewa yang hanya terdapat di Kuala Lipis:
1. Pulut Jamil
Pulut Jamil yang dimakan dengan rendang ala-ala rendang Minang ini memang lazat (bagi pengemar-pengemar pulut macam gua). Yang magisnya, Pulut Jamil ini cuma boleh dinikmati sebelum jam 8:30 pagi. Kerana, kalau lu lambat datang ka, kalau semua Soljah mandi lama-lama dalam bilik air ka - Pulut Jamil tu akan habis! Sori, gua tak boleh nak adjust untuk lu, kalau lu lambat - lu pergi makan nasi lemak sajalah!
Oh ya, kedai Pulut Jamil terletak di antara deretan kedai di stesen bas (gua tak jumpa bas pun kat situ - mungkin ini stesen bas lama) di Kuala Lipis. Kalau lu sesat - telefon Mael, pemain gitar utama The Fury. Tapi, kalau lu nampak ada satu mamat pakai jersi Mecesteh United dok lepak kat situ, dok pum pang pum pang cerita pasal Amy Search nyanyi kat Jengka - hah, itulah lokasi sebenar kedai Pulut Jamil yang gua ceritakan ini.
2. Sambal Hitam
Sambal Hitam ini sebenarnya diperbuat daripada belimbing buluh yang direbus lama dan disimpan kering, kemudiannya. Apabila hendak dimakan, bahan perasa ini akan ditumis/digoreng/dimasak dengan ikan bilis. Hidangan istimewa yang pedas dan lazat ini amat sesuai dimakan dengan nasi pada jam 2:00 pagi (selepas Soljah turun dari keretapi malam). Kalau ditambah dengan lauk ikan bawal masak masam-masam manis, pucuk paku masak lemak, dan telur dadar berukurlilit 12 inci - pergh, memang susah lu nak adjust butang seluar lu... gua kabo ke lu! HA HA.
Yang magisnya, Sambal Hitam air tangan isteri Pak Hashim Zabidi dari Tempoyang yang lazat ini hanya boleh dinikmati dengan cara memesannya secara online. Ya, Sambal Hitam ini tidak ada dijual di mana-mana kedai makan di Kuala Lipis! Sori, gua tak boleh nak adjust untuk lu!
Makanya, akhir kata daripada gua yang jauh di perbatasan ini, "Kurik kundi merah saga, orang memberi kita merasa! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati!"
P/s: Gua ingat gua nak adjust untuk selalu dapat makan Sambal Hitam ni. Untuk itu, gua ingat gua nak adjust IdaWati. Tapi, kalau gua adjust IdaWati - gua jadi adik ipar Pipiyapong la pulak! Hish! Kensel!
Sepanjang Hayat 73 - Sindiket Sol-Jah oleh Pak Hashim Zabidi
14 Mei 2009
Twenty Years Too Late!
Hari tu, selepas Nurul serahkan DVD 'Melayu 106', selepas aku belanja dia makan roti halia dan sup cendawan - kami berpisah (kerana masing-masing ada kerja masing-masing yang perlu disiapkan dan-dan tu juga).
Nurul salam dan cium tangan aku. Aku kata, "Err!" HA HA.
KOMA
Aku beritahu Tok Rimau akan hal tu, "Benda-benda ni... he he... kalau cium-cium tangan ni... ha ha... ada dua perkara 'ja, Mau! Aaa... kalau bukan anak cium tangan ayah..., isteri cium tangan suami... ho ho ho!" kata aku.
Tok Rimau mengekek, "Selalunya, Ge... ayah atau suami akan balas balik... ha ha... kalau ayah, dia akan cium dahi..., kalau suami, dia akan cium pipi... ho ho ho!" kata Tok Rimau.
KOMA
Hari tu juga, Sufian Abas muncul entah dari mana, "Dude! Lu ada kampit muntah dari kertas warna pelangi?" dan *plop!* macam selalu-selalu.
Aku kata, "Err!"
.
.
.
Soljahs ke Kelantan. Kami akan update perjalanan kami pada setiap masa di 'follow Sol-Jah on Twitter' yang terdapat di blog Sindiket Sol-Jah. "Kalau rindu... kauserulah namaku!" *Ahaks!*
11 Mei 2009
Mengabut
Malam tu, Jimi Mahmud pulang ke rumah. Dia penat. Oleh kerana dia penat - dia terlupa nak tutup pintu rumah. Selepas mandi, selepas sembur CH 212 Splash Special Edition ke serata tubuh, dia pun tidur.
Keesokkan pagi, apabila Jimi Mahmud membuka sahaja kelopak matanya, pandangannya berkabut!
.
.
.
"Sori brother! Gua ingat semua orang dah keluar [dari rumah] tadi!" kata mamat yang bawa ekzos ke sana ke mari tu, "Alaa, janganlah marah... kalau kena gigit nyamuk nanti... brother gak yang susah, kan, kan, kan!"
Jimi Mahmud pandang mamat yang bawa ekzos ke sana ke mari tu macam rasa nak telan.
07 Mei 2009
06 Mei 2009
Tanya sama pokok, apa sebab goyang, nanti jawab pokok, angin yang goncang
Seekor dubuk, kita namakan dia Lahiri, telah membaham seekor gazel sehingga mati.
Lahiri kemudiannya telah merobek-robek hati gazel tersebut. Kerana, pada pendapat Lahiri - hatilah anggota badan yang paling licik, nakal, dan jahat sekali. Hatilah punca segala-galanya. Makanya, hati memang telah dijadikan untuk dirobek-robek.
Jimi Mahmud dan Teh Junaidah berjalan menuju ke satu cahaya sorot. Sampai di situ, Jimi Mahmud bercakap dengan jam mahal warna hitamnya, "Beam me up, Scotty!" Teh Junaidah menepuk-nepuk dahi dan mengekek-ngekek ketawa seperti seekor Dubuk kegirangan setelah ia berjaya merobek-robek hati seekor gazel. "Star Trek-lah pulak dahhhh!" kata Teh Junaidah.
Di sebuah dunia imaginari yang lain, Adam Kasturi telah berkata, "Kalau guna lighter - lambat, dude!
FIN
Label: certot
04 Mei 2009
Selamat Tinggal, Romance!
"Love me love me not love me love me not...", suatu malam, sebelum tidur, si gadis genit yang telah kotai hatinya, Alina, mencabut-cabut bulu pelepah Jimi Mahmud satu per satu, "...love me love me not love me love me not...."
"Sori, Bebeh...", kata Jimi Mahmud, "ini sahaja permainan yang gua miliki untuk lu buat main!"
Kemudian, Jimi Mahmud menyalakan sebatang rokok, menghisapnya dalam-dalam, dan menghembus asapnya pelan-pelan. Di iTunes, Dweezil Zappa sedang memetik-metik temali gitar, dan Lisa Loeb sedang menyanyi-nyanyi lelagu, "Selamat Tinggal, Romance!"
Sekole malt sudah lama sejuk. Teh Junaidah entah pergi mana.
Label: certot
01 Mei 2009
Malam Air Tumpah dan St Jimi
Hari itu, teh 'o' ais Alina tumpah. Dia kata, "Soriiiiii!"
Hari ini, musim dingin yang terakhir, salji mencair, aprikot mengorak kelopak, beburung berkicau, anak-anak rerubah keluar dari lubang hibernat; menguit-nguit kekumbang yang merdeka. Lalu kekumbang itu berkata, "Demokrasi adalah - semua orang boleh dapat first!"
"Jika berkawan, boleh jadi berkasih...," kata Jimi Mahmud, sambil dia membetul-betulkan sepasang kepak putih yang merebeh di belakang badannya, "...jika berkasih, kemudian putus... payah jika mahu berkawan semula! Mmmm, kalau berkawan semula pun... macam tak berapa nak jadi 'ja!" kata Jimi Mahmud lagi, sambil mengangkat bahu; bibirnya mencemek. Sebatang rokok memang tidak pernah lepas dari bibirnya yang lebam.
"Ha ha... See! Lu macam malaikat, Jimi!" kata Teh Junaidah, sambil mengekek-ngekek. Di belakang badannya juga ada sepasang kepak putih.
Jimi Mahmud ajak Teh Junaidah pergi menakut-nakutkan anak-anak rerubah dengan kisah-kisah cinta tak kesampaian. Teh Junaidah kata, "Jom!" Mereka berjalan kaki dengan kepak yang menggodek-godek di belakang badan.
"Why walk when you can fly?" tanya Sinterklas.
"Ini kepak mainan pemberianmu pada Hari Natal yang baru lalu kerana kami berkelakuan baik sepanjang tahun! Mana mungkin kami bisa terbang, Pak!" jawab Jimi Mahmud.
Hari itu lagi, teh 'o' ais Alina tumpah [untuk kedua kalinya]. Dia kata, "Soriiiiii!" Jimi Mahmud kata, dalam hati, "Apsal tangan lu lembek semacam je hari ni, bebeh? Berdebor lagi ke? He he."
Kerana ingin berhati-hati agar tidak tumpah lagi, atau dia rasa malu, atau dia berasa bersalah, atau dia rasa berdebar, lalu Alina tidak mem-finish-kan teh 'o' aisnya lagi.
Makanya, lu teka, siapa yang mem-finish-kan teh 'o' ais Alina? Cempelai? Kucing? Anak-anak rubah? Kumbang yang merdeka? Sinterklas?
"Mem-finish-kan teh 'o' ais kekasih/bekas kekasih adalah satu lambang percintaan!" kata Jimi Mahmud.
"Cilalak lu, Jimiiiii!", kata Alina, "Choooooooooooi!"
KOMA
Patung Kertas Musim 2 masih berlangsung di Matic sehingga 3 Mei 2009. Lakonan Ku Mohd Yusry @ Adek Sutun (adik Wan), Ashraf Muslim (adik Chu) Dato' Jalaluddin Hassan (abang Long/kak K), Rosnan Abdul Rahman @ Penolong Pengarah Produksi di Istana Budaya (primadona makyong), Adik Faiz (adik Chu semasa kecil), dan lain-lain sangat best. Tapi, mak nyah Vivianna sebagai pengacara Mala Gala Patung Kertas paling mencuit hati dan bikin gua ketawa tak kering gusi, keluar panggong sehingga kena minum 2 gelas air.
"Kalau selepas lima tahun, selepas lu balik dari oversea, dia dah bertukar jadi mak nyah under constructions - gua tatau hah, itu dah di luar bidang kuasa Sindiket Sol-Jah!" bisik gua ke cuping telinga gadis genit yang duduk di sebelah.
Dia ketawa, lagi besar daripada ketawa gua.
Label: certot
Kalau badan lu rasa panas - tak perlu minum air badak lagi dah
Sudah Terbit! Sedang Jual! Cetakan Limitasi! Bakal Sold-Out, Macam Selalu-Selalu Juga! Jadi, lu tunggu apa lagi?
Blook KACIP ini telah disunting untuk penerbitan oleh dua orang mamat Cina (Asam Supali dan Lau Siew Sien). HA HA.
"Cover oleh King of Kaver memang 'kacip'!" ~ Jimi Mahmud.