"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Ogos 2008

Sayembara ‘ROMLAH: The Untold Stories’

Tarikh tutup penyertaan: 31 Ogos 2008
Klik link untuk info lanjut.

Pengurus Projek: Mat Jan (di bawah pengawasan Sinaganaga)
Reka bentuk kulit luar: Sinaganaga
Juri/Editor: The Soljahs

30 Ogos 2008

2 jam sebelum '2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun'

Faisal telefon. Dia kata, hello. Aku kata, hello. Faisal tanya satu dua perkara. Aku jawab satu dua perkara itu. Kemudian, aku beritahu Faisal, aku akan pergi ke UM malam ni; nonton teater kau orang.

Faisal kata, semua orang dok pakat-pakat nak datang pada (malam pertama dan) malam terakhir *sigh*. Aku ketawa dalam hati. Bukan aku ketawakan Faisal, tidak! Aku ketawakan idea yang terjelma secara tiba-tiba: Kalau Sindiket Sol-Jah bikin teater, 'main' dua hari sahaja - malam pertama dan malam terakhir - supaya kami boleh kata, "Ramai orang datang pada tiap-tiap malam, wo!. Ha ha.

...

Azzam makan mi segera goreng. Mamak datang bawa nasi lemak bungkus. Aku tanya, bila punya? Mamak jawab, pagi punya, tapi masih panas. Dalam TV, Pak Lah kata, rokok naik harga naa!

...

Di dalam kereta, aku pasang CD Tesla. Aku angguk-angguk kepala. Azzam angguk-angguk kepala. Senada seirama. Macam gimrama. Ha ha. Kalau ada orang di luar sana ternampak, mesti tertanya-tanya, "Teruknya 'absorber' kereta tu!"

...

Aku. Azzam. Hisap rokok dalam gelap. Dalam hati dok tanya, kat kawasan sekolah memang tak boleh hisap rokok, tapi kat kawasan universiti boleh hisap rokok ke tak, hah?

Wahab Hamzah berhentikan Mercedes-Benz. Ceh, dalam gelap pun dia boleh cam aku ke? Aku tanya, macammana kau boleh cam? Wahab Hamzah jawab, siapa lagi yang suka duduk kat tepi jalan kalau bukan kau,! Ha ha.

...

Masuk ke dalam. Aku jumpa Rudy, jumpa Amir Muhammad, jumpa Wahab Hamzah sekali lagi, jumpa Saharil, jumpa Lutfi, jumpa Loqman, jumpa Faisal juga. Loqman beri aku tiga naskhah buku Saasatul Ibaad, percuma. Satu, aku beri kepada Wahab Hamzah. Satu, aku beri kepada Amir Muhammad. Amir Muhammad beri aku senaskhah buku New Malaysian Essay 1. "Kita exchange!" kata Amir Muhammad.

...

Aku. Azzam. Masuk ke dalam auditorium. 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun sudah mahu mula. Perut aku berkriuk. Menyesal pula rasanya sebab tak makan 'nasi lemak pagi punya tapi masih panas' tu tadi.

[Dulu, aku pernah beritahu Saharil, kalau aku pergi tengok wayang, mula-mula aku tengok aspek teknikalnya, kemudian baru aku tengok 'naskhah'nya. Maknanya, untuk satu-satu judul wayang - aku kena tengok dua kalilah. Ha ha.]

2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun menampilkan set yang minimal dan reka bentuk pencahayaan yang 'itu sahaja yang ada, kot'. Apapun, 'minimal' bukanlah sesuatu yang 'menggurangkan'. Dan, kita semua memang sudah tahu itu.

Berlakon pentas memerlukan stamina. Sama seperti olahraga, kau mula laju - kau boleh lelah di pertengahan trek - dan akhirnya kau boleh gagal di garisan penyudah. Jadi, aku syak, Zack Idris dan Robani Hassan memang menyimpan 'stamina' ini di awal 'play' demi untuk memaku penonton dengan 'mainan' mereka pada babak akhir.

Rudy? Rudy yang kejap keluar di kanan pentas kejap keluar di kiri pentas, dengan memek muka yang sengaja berlebih-lebih, membawa pelbagai papan tanda 'naratif' - cemerlang memeran watak yang diamanahkan kepadanya. Aku suka.

...

Di dalam kereta, aku pasang CD Tesla. Aku blend-kan dialog Tun Senaja gaya Zack Idris dengan muzik latar Tesla. Azzam ketawakan sahaja.

27 Ogos 2008

Pada suatu malam yang sungguh gelap gelita

Bandar Baharu S blackout.

Aku. Turun bawah. Pergi kedai. Mau beli. Lilin.

Kak Saripah Hasnor tanya, “Nak ke mana tuuuuuuuu?”

Aku jawab, “Nak ke Putrajaya. Manalah tahu, kot kot dah boleh masuk!”

Kak Saripah Hasnor tanya, lagi, “Eh! Bukan enam belas September ke baru boleh masuk ke sana, Chua?”

Aku. Buat buat tak dengar. Buat buat muka meluat. Buat buat muka sardin. Kak Saripah Hasnor masih menghadang-hadang; minta kepastian.

“Hish! Saya nak pergi beli lilinlah! Apa niii!!!”

25 Ogos 2008

Tema Hari Kebangsaan 2008

“Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun! Tapi, Harga Barang Tak Boleh Turun Ke, Enche?” atau

“Sumpah! Dia 'Tikam' Belakang Saya!” atau

“Dalam Sukan Badminton, Segalanya 'Mungkin'!”

HA HA.

20 Ogos 2008

Olak Lempit II

Pagi tu. Kami. Di Stadium Merdeka.

Ali. Masuk acara 200 meter. Aku. Tak masuk acara apa-apa. Tetapi. Aku. Mari ke stadium, juga. Sebab? Sebab. Aku. Jadi penyokong Ali. Lagipun, kalau kita pergi stadium – kita tak payah masuk kelas, kita tak payah pergi prep, dan kita boleh ‘keluar [ke] bandar’; pergi melanguk kat KL.

Sejak awal pagi. Kami. Tunggu. Lepas satu acara ke satu acara. Tetapi. Acara 200 meter. Masih tidak berlangsung lagi. Tadi. Ali warming up. Sekarang. Ali sudah cooling down. Perut kami. Sudah lapar. Mula-mula, perut bunyi kriuk kriuk. Lama-lama, perut sudah bunyi bong bong bong!

Ali. Suruh. Aku. Pergi beli. Nasi lemak. Dua bungkus. Aku kata, “Bak duit!”

Aku. Ali. Sedang makan. Nasi lemak. Tiba-tiba. Pegawai sukan. Sudah umum, “Kepada peserta-peserta 200 meter… bla bla bla… sila… bla bla bla….”

Nasi lemak. Baru setengah luak. Ali. Kulum-kulum jari. Ali kata, “Cilakak! Tadi tak moh panggil!”

KOMA

Tengah hari itu. Ali. Di lorong paling luar. Trek.

Pistol meletup. Ali. Berlepas cantik! Dan memecut laju. Semakin lama semakin laju. Pelari-pelari lain jauh terkebelakang. Apabila menghampiri 100 meter, betul-betul di bahagian lorong paling melengkung hendak menjadi lorong paling melurus, Ali mendepangkan kedua-dua belah tangan, menguntum senyum, mendada (walaupun tiada tali penghadang di hadapannya), dan mula memperlahankan rentak larian.

Apakah Ali telah menjadi juara?

Hampir!

Kerana. Pelari-pelari lain. Masih meneruskan larian mereka. Sebanyak 100 meter, lagi.

Tap!

“Aowww! Apa dah jadi dengan Ali? Tetapi, dalam sukan, segalanya 'mungkin'!” kata Hasbullah Awang.

19 Ogos 2008

Olak Lempit

Sek. Ren. Keb. Ampang. (Lumba lari jarak sederhana.)
Cikgu. Suruh aku berlari. 800 meter. Apabila wisel ditiup. Aku. Tak toleh kiri kanan. Aku. Pecut. Makin lama makin laju.

100 meter - aku di depan, pelari lain di belakang. 200 meter - aku di depan, pelari lain tak jauh di belakang. 400 meter - aku masih di depan, pelari lain jauh di belakang. Masuk 'ja 600 meter - tulang Tibia aku sudah rasa satu macam, momentum larian aku semakin menurut, ada dua tiga orang mamat sudah potong aku. Sampai 'ja di garisan penamat 800 meter - cikgu kata aku dapat nombor empat.

“Ok, you jadi pelari simpanan. Kalau ada pelari satu dua tiga tak dapat datang - you ganti!"

Sek. Men. Sains Selangor. (Lumba lari jarak dekat.)
Cikgu. Suruh aku berlari. 100 meter. Aku letak kaki di starting block. Aku jengkal-jengkal jari di starting line. Aku dalam kedudukan 'sedia'. Apabila wisel ditiup. Aku. Tak toleh kiri kanan. Aku. Pecut. Bullet start tadi pun mantap, tak ada mistake langsung. Makin lama makin laju. Aku buat bawah 13 saat. (Kira laju dah tu weh!)

Tapi. Cikgu kata. Ada dua tiga mamat sudah lari lagiiiii laju!

“Ok, you jadi pelari simpanan. Kalau ada pelari satu dua tiga tak dapat datang - you ganti!"

Aku hempas kasut spike. Depan cikgu. “Apa barang jadi pelari simpanan!” Cikgu kata, “Wo! Dah pandai melawan!” Aku belah. Aku pergi join Baim. Main bolatampar. Main bolatampar pun boleh spike-spike juga! La la la la la.

KOMA

Satu hari. Di dalam kabinet. Di dalam kelas Sains Paduan. Aku. Meli. Rashid Bulan. Sudah terjumpa. Sijil-sijil lama SMSS. Yang masih belum bertulis lagi. He he. Apa lagi, di atas sijil-sijil tu, kami tulis nama sendiri dan nama sukan-sukan yang kami tidak pernah main dan tak tahu nak main - gimrama, misalnya. HA HA.

18 Ogos 2008

Olympic men’s badminton singles final

"Saya tewas, dan saya tidak mahu mencari sebarang alasan." - Lee Chong Wei

"Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada." - KAMI

15 Ogos 2008

Cak! Cak! Cak!

Nama emak - Puteh. Puteh bte Ali. Tapi. Ada orang panggil emak, “Kak Teh,” sajalah. Atau. Ada orang panggil emak, “Mak Teh,” sajalah.

Hobi emak ketika waktu senggang - bergebang sesama jiran. Kadang-kadang, mereka terlanjur mengumpat jugalah. Dah namanya pun orang perempuan - orang perempuan memang suka mengumpat! HA HA.

Cak! Cak! Cak! Kata cicak.

Kadang-kadang, ketika mereka sedang bergebang, tiba-tiba kedengaran bunyi cicak sedang berdecak-decak.

“Hah! Betul kata cicak! Kak Teh dah syak dah... bla bla bla... Melah Ronggeng tu... bla bla bla... susuk semuanya tu!” kata emak.

KOMA

“Orang lelaki pun suka mengumpat jugalah!” kata Miyuki. Pada ketika itu. Dia. Di dalam baju panas. Warna merah teluki. Dan. Di dalam jean. Warna biru kobalt. Dan pada ketika itu jugalah. Aku. Sedang berkira-kira. Hendak mencicip. Koko panas. - Hari itu. Salji melebat. Di Toyama-shi, Toyama-ken. Bahkan, sungguh lebat!

“Oh! Yang itu tidak dipanggil 'mengumpat'. Sebaliknya dipanggil 'mengumpan'.” kata aku.

Cak! Cak! Cak! Kata cicak.

“Ooo....” kata Miyuki.

12 Ogos 2008

Pada suatu malam yang sungguh sungguh-sungguh

“Dah nombor telefonnya pun saya tak punya... Berkirim salam di angin lalu sajalah, kak!” kata aku.

“Tell your secrets to the wind, but don't blame it for telling the trees.” kata Kak Saripah Hasnor. Dalam English 121.

Aku bingkas bangun. Capai pisau potong timun. Dan cepat-cepat pergi.

“Oit, oit, oit! Nak ke mana pula tu?“ tanya Kak Saripah Hasnor.

“Saya nak pergi tebang pokok-pokok, kak!” kata aku.

“Oit, oit, oit! Tunggulah dulu! Akak dah nak checkmate dah ni!” kata Kak Saripah Hasnor.

09 Ogos 2008

Olympic Flame

Execution:
Barcelona 1992 - 6.5 pt
Beijing 2008 - 7.5 pt

Artistic:
Barcelona 1992 - 7.5 pt
Beijing 2008 - 8.5 pt

Difficulty:
Barcelona 1992 - 10.0 pt
Beijing 2008 - 8.0 pt

07 Ogos 2008

Pada suatu malam yang penuh dengan jolok menjolok

Malam itu. Aku putus rokok.

Macam malam selalu selalu, Kak Saripah Hasnor menghadang hadang langkah perjalananku. “Meh le sepapan dua dulu! Rokok tu, karang karang le pergi beli!”



“Putih jalan dulu!” kata Aku.

“Ni le, Tian Chua! Akak nak cerita cerita sikit ni. Kau jangan kecik hati pulak, ek!” kata Kak Saripah Hasnor, sambil jolok bidak Pawn: e3, “Kita ni doklah ingat Bang Khalid kau akan lepaskan kerusi Bandar Tun Razak untuk bolehkan Bang Nuar bertanding. Alih-alih, Kak Zizah kau yang lepaskan kerusi Permatang Pauh!”

Aku jolok bidak Knight: Ka6. Pergh, macam Kasparov punya move.

“Bang Ezam kau ada cakap, dia sanggup tentang Bang Nuar kat Permatang Pauh tu nanti, sebab dia ada banyak ‘kotak’” kata Kak Saripah Hasnor, sambil jolok bidak Bishop: Bc4, “Pak Lah kau pun ada cakap, nama calon dah ada, tinggal nak umum ’ja lagi. Hah! Akak dah syak dah, nama Bang Ezam kau mesti ‘naik’ punyalah!”

Aku jolok bidak Pawn: e5. Ceh! Tak ada strategi langsung! Dalam kepala cuma ada rokok, rokok, rokok.

“Tapi le kan…” kata Kak Saripah Hasnor, sambil jolok bidak Queen: Qf3, “Katakanlah… dah nak dijadikan cerita, pada hari penamaan calon, Bang Ezam kau tarik diri, menang mudah Bang Nuar kau, dek! Perrrrgh! Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak, gua cakap luuuuu!”

Aku jolok bidak Pawn: h5. “Berdebor!” Bak kata Pipiyapong.

“Bukan tidak sayangku kepada Ceasar, tapi sayangku lebih kepada Roma!” kata Kak Saripah Hasnor, sambil jolok bidak Queen dan makan satu bidak Pawn hitam: Qf7, “Checkmate!”

Tap!

“Tepuk dahi ke, Pak Lah?... e'eh, Tian Chua????” tanya Kak Saripah Hasnor, “Ha ha ha he he ho ho….”

04 Ogos 2008

Suatu malam MASKARA di bawah pepohon langsuir (asplenium nidus)

(Ini beberapa fakta yang kamu mungkin tidak tahu)

Kalau ditanya, apakah perasaan aku setiap kali selesai MASKARA – aku akan kata, “Macam dalam cerita Melayu hitam putih: babak petani pulang ke rumah beramai-ramai setelah usai menuai padi di bendang. Hepi!” Dan, Dewangga Sakti pun berlagu, “La lala lala lala, lala lala…!”



Daun
Nida kata, Daun masuk hospital! Aku, Vovin, MatJan tanya, apa sakit? Nida jawab, adalah! MatJan tak puas hati, MatJan kata, mana ada sakit ‘adalah’! Nida tetap jawab, adalah! Aku, Vovin, MatJan buat kesimpulan sendiri, tetapi di dalam hati masing-masing masih tertanya-tanya, mana ada sakit ‘adalah’?

Dan, oleh kerana itu, Maskara X kali ini tanpa kelibat Nuar dan Daun. (Seawal pagi, aku menerima SMS daripada Nuar, Tiada yang serius. Daun selamat. Esok pagi boleh keluar daripada wad.)



Bayan
Bayan telefon. Aku tanya, tengah buat apa ni? Bayan kata, tengah rasa macam nak menangis sebab tak dapat datang ke Maskara. Wo! Ini kali pertama aku tahu ada orang rasa macam nak menangis kalau tak dapat datang ke Maskara. Wo!



Penyanyi Latar Belakang
Kami bukan penyanyi latar. Tetapi, kami penyanyi latar belakang. Dah nama pun ‘penyanyi latar belakang’… jadi, kami memang berpengkalan di belakaaaang (di bahagian tepi kanan rumah PENA; di bawah pepohon langsuir – siap letak-letak kerusi lagi.)

Ketika Dewangga Sakti sedang melagukan Belayar ke Pulau Jauh – dengan diketuai Jimadie… aku, Khalid, dan beberapa orang teman berlagu bersama-sama, “La lala lala lala, lala lala…!” Ya, kami tahu, suara kami memang macam gampang! Ha ha.

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar yang di’petik’ oleh OP - blur. Mungkin sebab ada langsuir sudah kacau.

...

Dewangga Sakti dan Sindiket Sol-Jah
Sindiket Sol-Jah dan Dewangga Sakti tak habis di rumah PENA sahaja. Mereka ‘repeat’ pula di Bucu Kita sampai ke pagi. Sempat aku beritahu Zul, kami bukan dapat apa-apa pun (dengan menganjurkan Maskara), setakat dapat memashyuran sajalah (punyalah riak, ha ha). Sindiket Sol-Jah terpaksa minta diri terlebih dahulu, sebab dah penat sangat. :)



Dr Ahmad Razali, PENA (ayah Bob)
Pagi tadi, Dr Ahmad Razali telefon. “Tahap kebersihan di Rumah PENA selepas Maskara adalah memuaskan! Aku bagi tiga bintang!” kata Dr Ahmad Razali. “Terima kasih, Pakcik!” kata aku. Aku memang panggil dia “Pakcik!” sejak dari dulu lagi, sebab aku dengan Bob sebaya.

“Aaa, tapiiii… ni bekas mihun ni, Kancil punya ke, Bucu Kita punya ke… tak berangkat lagi ni!” kata Dr Ahmad Razali, lagi. Aku dah start panik. ‘Kena’ lagilah nampak gayanya ni. “Aaa, tak apa tak apa… nanti AYAHNDA telefon Kancil ke, Bucu Kita ke, hapa ke….”

Pssst! Dr Ahmad Razali bahasakan diri dia ‘AYAHNDAAAA!’ dengan aku. Pergh! Harapan cerah. Tak ada kalu, next Maskara kita kena buat kat kubur Cina sajalah.



Akan datang, Sindiket Sol-Jah nak panggil Scorpions perform kat MASKARA pula! HA HA.

01 Ogos 2008

Mimpi Mak Teh tak jadi kenyataan

Randy Pausch dalam The Last Lecture meriwayatkan, “Sesungguhnya, yang penting dalam hidup ini ialah mencapai angan-angan kita semasa kecil (yakni, childhood dreams).“ [Taf Teh, 29:7:2008]

. . .

Emak suruh aku jadi doktor apabila besar nanti. “Ok! Tapi adik tak mahu jadi doktor yang jolok-jolok kayu (macam batang ais aiskrim) kat tekak tu... Adik nak jadi doktor orang beranak-beranak ya!” kata aku.


Pada suatu hari, lori RTM datang ke kem kami; buat rakaman rancangan untuk kanak-kanak. Pakcik Jamal Kerdil sudah panggil aku naik ke atas pentas. Pakcik Jamal Kerdil tanya, dah besar nanti nak jadi apa? Aku jawab, nak jadi doktor. Pak Jamal Kerdil tanya lagi, nak jadi doktor apa? Aku jawab lagi, nak jadi doktor orang beranak-beranak. Pakcik Jamal Kerdil tak puas hati, dia tanya lagi, sebab apa nak jadi doktor beranak-beranak? Aku, dengan muka macam poyo (berdasarkan cerita mak aku), jawab, “Sebab hari-hari boleh tengok toooooot ramai perempuan!”

Sejak hari itu, emak tak suruh aku jadi doktor dah.

. . .

Yang cita-cita untuk 'jadi doktor' tu angan-angan mak aku. Tetapi, yang cita-cita untuk 'hari-hari boleh tengok toooooot ramai perempuan' tu angan-angan aku semasa kecil. Ha ha.