"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Januari 2008

MASKARA - untuk siapasiapa saja

Pertemuan kami. Di kawasan tangga kecemasan Wisma M. Bagai telah dijanji-janji. Aku merokok. Aci Seroja menyapu. Menyapu habuk rokok.

Oleh kerana komitmennya kepada tugas dan emak (Cik Teh) tak boleh sentiasa duduk di sebelah aku di pejabat (akukan anak emak) - aku dah anggap Aci Seroja macam emak aku juga dah.

Aci!, kata aku, sabtu malam mari rumah PENA hah, ada Maskara... saya belanja aci makan-makan ka minum-minum ka ketawa-ketawa ka.

Maskara?, kata Aci Seroja, itu 'herbs' mau kasi 'virgina' lagi 'power'kan, tambi?

Itu mas coteklah aciiii, kata aku, haiyoooh!

Pesanan penaja: Maskara - sabtu ni - 8:30 malam

29 Januari 2008

Aku telah lelah pada itu malam

.
.
.
.

.


.

26 Januari 2008

Aiskrim potong untuk dinyonyot

Dulu. Ada seorang doktor. Yang menjadi 'kepala' negara.

"Doc, kepala pesakit ni dah 'busuk'."

"Kasi potong!"

"Doc, hati pesakit ni dah 'busuk'."

"Kasi potong!"

"Doc, kaki dan tangan pesakit ni dah 'busuk'."

"Kasi potong!"

...

"Kalau dah 'busuk'... kenalah potong! Pssst! 'Kepala' negara yang sekarang bukan doktor!!!" Kata dia. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop!*

Yang menjadi 'kepala' negara. Ada seorang doktor. Dulu.

22 Januari 2008

Melastik ke bintang

Itu kali terakhir. Rasa-rasanya.

Kira-kira dua puluh tahun dahulu. Kononnya malam Tahun Baru Cina. Segerombolan kutu-kutu KL. Mau camping di Teluk Batik. Naik keretapi turun Ipoh. Entah siapa punya idea entah, “Kita tidur di stesen jeee!” Ada mamat bentang ponco. Kami baring pandang langit. Bintang-bintang berkerdipan. Tengah malam Station Master kejut, “Dey Tambi! Stesen punya dalam tak boleh tidor hahhh!” Kami bangkit pergi Medan Kid. Tidur atas kerusi stesen bas. Nyamuk banyak. Pagiiiiiiiiiiii baru naik bas pergi Lumut. Sampai simpang - entah siapa punya idea entah, “Kita jalan kaki jeee pergi Teluk Batik!” Apa, kau ingat dekat?

Itu kali terakhir. Rasa-rasanya. Aku lihat bintang-bintang berkedipan. KL? KL tak pernah berbintang. Entah kenapa. Mungkin sebab Tuhan marah. Jadi, mamat-mamat KL tak tulis sajak pasal bintang. Mereka tulis pasal 'Aku ingin menjadi kucing!' atau "Zakarku hilang!' sajalah. Sebab, kat KL banyak kucing dan zakar. Ha ha.

Malam-malam begini. Aku masih di pejabat. Aa telefon, “Cuba pandang langit! Bulan besarrr!” Aku turun bawah. Aku pandang langit. Aku tak nampak bulaan besarrr. Tapi, aku nampak bintang-bintang berkerdipan. Woah!

Tiba-tiba. Aku terasa. Bagaikan mahu bersajak, “Aku ini bintang jalang...”

“Chairil kata 'binatang' dude, 'binatanggg'!!!!!” Kata Sufian Abas. Yang tiba-tiba muncul. Dan kemudian menghilang. *Plop!*

O-pocot!

18 Januari 2008

Siri Bercakap dengan Hantu 5 (finale)

Meh le duduk sini jap, emak kata, mak nak cerita ni.

Ooo, aku kata.

Dulu mak ngan abah tinggal di kuarters, emak kata lagi, di Si Rusa, Port Dickson....

Ada seorang bini sarjan ni. Sedang sarat mengandung anak pertama. Dia terpaksa tinggal seorang diri. Sebab laki dia masuk hutan. Lama juga laki dia kena masuk hutan. Tiga empat bulan – sekali baru dapat balik kem; jenguk bini. Maklumlah, zaman tu komunis belum pupus lagi.

Pada suatu malam. Ketika bini sarjan tu sedang tidur-tidur ayam. Dia terdengar. Ada orang memanggil-manggil namanya, “Romlah! Romlah! Abang balik ni! Romlah! Romlah!” Lantas, dia pun bangun. Membuka pintu. Menuju ke beranda. Menjenguk ke tingkat bawah.

Bini sarjan tu nampak laki dia. Sedang berdiri di tingkat bawah. Sambil melangut ke atas. Sedang melambai-lambai.

“Romlah! Turunlah kejap! Abang ada beli 'Singer' untuk Romlah ni! Abang tak boleh lama... nak kena pergi mess (mess hall)! CO abang dah tunggu!”

“Ok bang! Arom turun ni!” Romlah 'bahasakan' diri dia Arom.

Ooo, aku kata.

Kau ni, emak kata, asal emak cerita je – kau wooo wooo wooo!

Dipendekan cerita, bini sarjan tu pun turunlah. Dipendekan lagi cerita, bini sarjan tu sampailah ke bawah. “Aik?” Laki dia tak ada. 'Singer' pun tak ada. Apa pun tak ada. “Aik, aik?” Dia dah rasa tak sedap hati. Dia dah rasa macam ada yang tak kena. Dia dah rasa macam orang dah tak ada rasa lagi dah.

Dipendekan cerita, bini sarjan tu pun naiklah semula. Dipendekan lagi cerita, bini sarjan tu sampai sahaja di rumah – melata badan dia tumbuh lebam-lebam. Sebesar duit dua puluh sen. Seminggu selepas kejadian. Bini sarjan itu pun meninggal dunialah. Laki dia menangis, wo!

Ooo, aku kata, blood clots kot!

Tiba-tiba. Aku terdengar. Orang memanggil-manggil nama emak, “Teh! Teh! Buka TV, Teh!” Lantas, emak pun bangun. Membetul pintalan kain. Menuju ke TV. Menekan punat ‘On’.

TV terpasang. Ada mamat rock dalam itu TV. Sedang menyanyi-nyanyi. Sambil membahagi-bahagikan. Kemeja-kemeja T berlogo ‘DD’. Yang masih bersampul plastik. “Assalamualaikum! Apa khabar Kuala Lumpurrr! Saya menyanyi sambil beramal ni tau!”

Eeeeeeiiiuuuuoooo….

Oh ya, lupa nak beritahu, ketika itu mamat rock dalam itu TV berkemeja T ‘Hari Sukan Sek. Ren. Convern Sentul 1’. Ha ha.

16 Januari 2008

Siri Bercakap dengan Hantu 4

Ini belum jadi cukup hantu. Kalau Faizal Tahir yang buka baju. Tapi.
Kalau Faisal Tehrani yang buka baju. Ini akan jadi cukup hantu.

“Hantulah kau, Ge!” Kata Faisal Tehrani. Yang tiba-tiba menjelma. Dan menghilang, kemudian. *Plop!*

Eeeeeeeiiiuuuoooo...

“O-pocot!”

09 Januari 2008

Siri Bercakap dengan Hantu 3

Shimah. Memang hantu limau. Tiap-tiap hari dia makan limau.

Suatu hari. Shimah kopek limau. Sebahagian besar dia makan. Sebahagian kecil dia hulur kepada Toslan.

"Sorry... I hulur dengan tangan kiri!"

"Tak apa... kalau you hulur dengan mulut pun tak apa."

Eeeeeeeiiiuuuoooo...

"Gatal!"

08 Januari 2008

SOLD OUT

bukan mitos burung stoik dan cacing epikurian
Image Hosted by ImageShack.us
Hubungi mana2 Sol-Jahs. Manalah tahu kalau masih berbaki satu dua.

Apa kata MatJan.
Apa kata Bobby.

07 Januari 2008

Siri Bercakap dengan Hantu 2

Dari ber'jenaka berdiri' macam menteri-menteri kita tu, kata emak, lebih baik mak cerita pasal hantu, ada juga faedahnya.

Ooo, kata aku.

Pada zaman dahulu, kata emak, ...

Ada seorang Siti. Ber'getah' orangnya. Kulitnya mulus. Kerana sering disental dan dilulur dengan bedak kulit langsat. Senyumannya macam bulan lima belas. Lantas, lelaki manalah yang tidak jatuh hati kepadanya, alahai.

Maka, Siti Jalang diberi nama. Kerana pernah berlaki sembilan puluh sembilan orang kesemuanya. Kahwin siang, malam mati. Kahwin siang, malam mati. Kahwin siang, malam mati. Hatta, sembilan puluh sembilan orang kesemua lakinya pun habis matilah.

Ooo, kata aku, kenapa mati?

Arakian adapun, pabila malam menjelma, maka keluarlah jengking berbisa dari mulutnya, maka keluar keluarlah lipan berbisa dari celah teteknya, maka keluarlah ular berbisa dari vagina-nya. Habislah lakinya disengat haiwan-haiwan berbisa itu sehingga mati. Jika adapun lakinya yang terlepas daripada jengking, tidak pula terlepas daripada lipan. Jika adapun lakinya yang terlepas daripada lipan, tidak pula terlepas daripada ular. Hebat sungguh firewall Siti Jalang itu.

Dikatakan orang banyak, pada hari yang sama orang kampung memasang khemah, pada hari yang sama jugalah orang kampung menggali liang lahad. Tidak pernah miss sekali pun, alahai.

Ooo, kata aku, tak merasalah Siti nikmat malam pertama?

Nanti dulu, kata emak, mak belum habis cerita lagi!

Pada suatu ketika. Hendak berlaki lagilah Siti Jalang. Orang kampung pun memasang khemah. Dan. Orang kampung pun menggali liang lahad. Seperti selalu-selalunya. "Mati lagilah laki si Siti ni kang!" Kata Pak Mat Sanggul Hujung Tanjung. Tetapi, yang menjadi pelik bin ajaib bagi orang kampung, pengantin lelaki biasanya berkeris, tetapi pengantin lelaki yang satu ini menyisip kacip di pinggang pula. "Ooo... suka makan pinang orangnya. Ermmm... mamat KeKKWa rasanya ni."

Dipendekan ceritera, berkahwinlah Siti Jalang. Dipendekan ceritera, maka hari pun malamlah.

Baru sahaja pasangan ini hendak bersemenda, maka keluarlah jengking berbisa dari mulutnya, lalu segera dikacip oleh lakinya, maka keluar keluarlah lipan berbisa dari celah teteknya, lalu segera dikacip jugalah oleh lakinya, maka keluarlah ular berbisa dari vagina-nya, lalu segera dikacip juga-jugalah oleh lakinya. Sudahnya, tidak matilah lakinya yang ini. Akhirulkalam, hiduplah mereka dalam aman dan damai serta beramallah mereka dalam khusyuk dan tawaduk (Contoh penerapan nilai-nilai Islam dalam cerpen aku. Ha ha).

Ooo, kata aku, habis... liang lahad tu?

Orang kampung biarkan begitu sahaja, kata emak, esok lusa kalau nak tanam menteri yang tak reti nak control bekalan minyak masak di pasaran tu dah senang dah.

Eeeeiiiuuuoooo...

05 Januari 2008

Siri Bercakap dengan Hantu 1

Aku ada seorang kawan. Kami panggil dia - ANTU.

Kenapa 'Antu'? Sebab dia ada janggut sejengkal panjang. Sebab dia ada mata terjegil buntang. Macam hantu. Hantu yang makan ikan-ikan Si Badang tu. Ha ha.

Hari ini harijadi Haji Man. Bini Haji Man hantar kek. Untuk kami makan beramai-ramai. Tahun lepas harijadi Haji Man juga. Bini Haji Man hantar kek juga. Untuk kami makan beramai-ramai juga. Kemudian, kami nyanyi beramai-ramai, “Allah selamatkan kamuuu. Allah selamatkan kamuuu. Allah selamatkan…” Dan kemudian, ada seorang mamat sambung, “…Tuan Haji Bakhilllll!” Ha ha.

Sejak hari itu. Haji Man tak mahu nyanyi-nyanyi. Untuk harijadi dia.

Tak payah nyanyi-nyanyilah, kata Haji Man, minta Antu bacakan doa, dahlah!

Antu ‘up’ dua tapak tangan. Kami pun ‘up’ dua tapak tangan. Antu baca doa. Kami aminkan. Ya, kami aminkan Antu baca doa. Lalu, Uncle Soi Lek pun kata, "Kamu semua rakyat Malaysia perasan diri tu ulama! Hu hu hu...."

Eeeeiiiiuuuuoooo...

02 Januari 2008

Kasut Kickers

Satu hari. Aku. Bob. Pergi ke Jualan Menghabiskan Stok. Yang lokasinya tidak jauh dari Lapangan Terbang Subang. Itu.

Bob. 'Sambar' Kickers. Satu.

“Dah namanya pun Jualan Menghabiskan Stok... kasut yang aku beli ni pun sebelah lain sebelah lain. Sebelah label color merah dan sebelah lagi label color hijau. Tak apalah... janji murah". Rungut Bob.

"HA HA. Label Kickers memang macam tulahhh!!!! Sebelah lain color sebelah lain color." Beritahu aku.

"Oh! IYE KEEE??? HA HA HA!" Ketawa Bob.

Aku pun. "Sambar' Kickers. Satu. Yang tanpa label.

01 Januari 2008

Happy New Year! Yang penting kita bisa hepi

Tu tu tu, pergilah tengok, kata Barbara, kakak tu cekik anak dia dengan seluarlah!

Mana?, tanya aku, rokok di tangan baru luak sa 'pam'. Sayanglah kalau hendak dibuang. Jadi, aku sa 'pam' lagi.

Di 'perut' Globe Silk Store. Seorang ibu. Sedang mencekik. Anak lelakinya. Yang berumur enam tahun lebih sedikit. Dengan pinggang seluar warna biru. "Adik nak seluar warna hijauuuu!" "Hishhhh! Cuba diam! Aku cekik cekik juga budak ni karanggg!"

Ermmmmph, mereka bergurau tu, kata aku, orang Malaysia memang suka bergurau! (Termasuk menteri-menterinya. Ha ha).

KOMA

Happy New Year, guys!