"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Januari 2010

Bukan sakit pun kena cucuk... macam kena gigit semut api 'ja, kata Dr Faridah

Hari ini hari penganut-pemganut Hindu meraikan Thaipusam. Hari di mana penganut-penganut Hindu menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.

Kak Saripah Hasnor? Kak Saripah masih macam tu macam tu juga. Masih berjualan nasi lemak panas-panas di hadapan Menara O di Bandar Baru S.

Menara O? Menara O masih macam tu macam tu juga. Lif kadang ok kadang tak. Air kadang karat kadang tak. Tikus besar-besar kucing. Pagi tadi ada mat diskang mana entah sudah pasang lagu Techno tum tam tum tam dia punya bunyi; habis bergegar-gegar lantai rumah orang lain.

"Ni John, akak nak tanya sikit ni," Kak Saripah Hasnor kata, "kau jangan marah hah!"

Aku? Aku macam selalu-selalu, buat-buat muka meluat, sambil merokok pung pang pung pang dia punya asap.

"Dengar cerita, orang Bandar Baru Kulim suruh ustaz Zul letak jawatan!" Kak Saripah Hasnor kata, "Dengar cerita, ustaz Zul pun jarang jengok kawasan!"

"Hah! Orang Bandar Baru S tak mahu suruh Cina Chua letak jawatan ke, kak?" aku kata, "Cina Chua pun jarang jengok kawasan, hapeeee!"

"Hish kau ni...," Kak Saripah Hasnor kata, "Aaa... nak bubuh lauk ayam kunyit ke ayam sambal ni, John?"

"Ayam sambal!" aku kata, "Sambal kasi lebih sikit!"

"Nasi lemak lauk ayam sambal, sambal kasi lebih sikit, pedas-pedasss...," Kak Saripah Hasnor kata, "Siapppp!!!"

29 Januari 2010

MASKARA SHORTIES EAST COAST TOUR



Jemput datang laa adik kakak, malang ini kami akang beracare di Terengganu! Jangang lepaskang peluan ini kerana saye juge akang turut berade di sane (dalam bentuk holograms).

MASKARA SHORTIES EAST COAST TOUR ini dibawakan khas kepada rakyat negeri Terengganu oleh PROTONEDAR!!!!!

"Gi ke lauk woi! Mandi lauk!!!!"

28 Januari 2010

Sol-Dagar Kereta Terpakai

Psst psst, Nordeen kata.

Hoh, apa hal, aku tanya.

Tak dapat gaji lagi ni, tak ada duit nak makan, Nordeen kata. Gua rasa gua terpaksa 'tolak' kereta gua ni... masih berkeadaan baik lagi ni, mau, Nordeen sambung kata.

Berapa nak 'tolak', aku tanya.

Lima dahlah, Nordeen kata.

Aku. Keluarkan duit kertas. Lima ringgit. Dan. Hulurkan kepada Nordeen.

Nordeen. Keluarkan Jaded 'Hot Wheels'. Masih di dalam kotak lagi. Dan. Hulurkan kepada aku.

Kunci kereta, aku tanya.

Eh eh, lupe lupe, Nordeen kata, aaa... tak mau tukar nama kat JPJ sekali ke Jimmy?

22 Januari 2010

Space Gambus Experiment: suatu experiment and experience



Eksperimen adalah ujian atau penyelidikan mengikut kaedah sains untuk mencari penemuan baru, untuk menguji sesuatu hipotesis (sesuatu pendapat yang dipercayai benar tetapi belum dibuktikan lagi) atau untuk membuktikan bahawa sesuatu andaian itu benar.

“Butttt,” kata guru Kimia gua, Mr. Cheah Sau Phang, “curiosity killed the cat, hah boys!”

Hal itu betul apabila pada suatu hari gua dengan gatalnya telah menyalurtakungkan gas dari penunu bunsen ke dalam singki dan meledakkannya dengan pemetik api (dan letupan itu nyaris membunuh kami semeja).

Sejak kejadian ‘Ka-boooom!’ di makmal itu, ketahuilah oleh gua bahawa ciri-ciri seorang anarkis itu memang telah sedia wujud dalam diri sejak gua bersekolah sains lagi.

KOMA

Eksperimen juga adalam percubaan terhadap sesuatu yang baharu dan yang berbeza.

Album muzik New Age pertama yang gua miliki adalah album Andreas Vollenweider: Dancing With The Lion yang gua gunakan sebagai alat penguji bunyi ketika gua memilih-milih hi-fi yang paling tip-top untuk dibeli.

Langkah pertama ini berpanjangan apabila gua juga akhirnya mengumpul beberapa buah lagi album muzik New Age/Ambient/Electronic Music/Psychedelic/Kraotrock/Progressive Rock/World Music dari pemuzik-pemuzik seperti Tangerine Dream, Vangelis, Mike Oldfield, Kitaro, Peter Gabriel, dan Karunesh (gua sengaja tak bubuh nama Pink Floyd sebab lu orang dah biasa dengar nama tu walaupun lu orang tak pernah dengar muzik Pink Floyd pun) (dan entah mengapa, gua tidak pula menggemari Jean Michel Jarre dan Yanni).

Spacemusic adalah cabang muzik New Age dan muzik Ambient yang menggambarkan muzik yang terbangkit dari perasaan yang terpantul hasil daripada bunyi-bunyi yang dicerap dari angkasa lepas.

Space Gambus Experiment (SGE) adalah album muzik New Age Fusion yang pertama di Malaysia. Album muzik yang bercabangkan Spacemusic ini mengandungi lagu-lagu seperti Pengembara Cahaya, Lily Wave Mekanik, Sonik 46 Kosmik, Fizikali Real, Gerhana, Panglima 9, Dari Dalam Kalbu, Semesta Kuanta, 7 Ruang Ksong, dan Pulang Kekanda Bulan.

Ketika menyelusuri kosmos, telinga Kamal Sabran tertancap pada bunyi-bunyi yang tidak pernah didengarnya sebelum ini, lalu curiosity-nya pun terbangkit.

Sampler-sampler tersebut kemudiannya disusun lalu menghasilkan entahkan motif entahkan frasa. Seterusnya diadun dengan muzik akustik elektro dan terhasillah gubahan melodi yang dia suka.

Merasakan seperti ada yang terkurang, Kamal Sabran menyulam melodi separa lengkap ini dengan deting-deting temali gambus dan oud Zulkifli Ramli (Dewangga Sakti). Tidak cukup dengan itu Kamal Sabran telah mengadun beberapa lagi sampler dari teman-teman pemuzik online-nya demi melampias libido artisnya yang tidak pernah puas-puas. [Libido? Jahaneeemmmm lu, Kamal!!!!] Lalu, unsur pun menjadi sebatian!

Gua melihat SGE sebagai sebuah karya seni installasi yang diluar dari kebiasaan. Kamal melihat angkasa lepas sebagai kosmosnya; dengan bijak dia memetik dan menyunting dan mengolah bunyi-bunyi hasil cerapannya sebagai medium - lalu terhasillah album ini sebagai kanvas pernyataan seninya.

Seperti mana-mana ujikaji pun - ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kendati pun, langkah pertama perlu diambil. Dan, langkah pertama Kamal Sabran ini adalah betul dan tepat. SGE adalah experiment and experience (xnx) Kamal Sabran dan Zulkifli Ramli dalam menghasilkan album New Age Fusion pertama di Malaysia. Perjalanan menghasilkan SGE itu bagaikan gula-gula buat mereka. Kadang manis, kadang masam, kadang pedas dan berangin sifatnya. Album ini mungkin biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang – tetapi, pengalaman yang dialami dalam perjalanan menghasilkannyalah yang begitu manis bergula.

Gua paling menyukai lagu Pulang Kekanda Pulang. Bagi gua, pemilihan tajuknya sahaja sudah terasa seperti memanggil-manggil.

Album Space Gambus Experiment ini harus dimiliki oleh semua orang, tak kiralah siapa-siapa.

Untuk membeli album Space Gambus Experiment ini – hubungi: kamalsabran@gmail.com

"Dr Faridah! You patut beli!"

Label:

21 Januari 2010

TATKALA AYAH MENJADI BOS {SOLD OUT!)

Masih berbaki di www.ujanaimu.com.my



Sumber siaran: Suara Keadilan, Bil 216 19 – 26 Januari 2010

Berbanding dengan Tok Rimau, kisah atau cerita yang dipaparkan oleh Sinaganaga di dalam buku ini lebih enteng dan iseng. Tetapi tidaklah bererti dalam keisengan dan enteng kisahnya itu Sinaganaga sekadar mahu atau terlalu seronok bermain dengan kata-kata dan bahasa, sehinggakan kisah dan cerita yang dipaparkannya sekadar kisah dan cerita yang kosong dan nihil sirat makna dalamannya.

Di sini jugalah kelihatan kehebatan dan kelebihan Sinaganaga sebagai seorang pencerita. Dalam kisah pendek dan ringkas yang dipilih sebagai judul buku ini berjudul “Ayah Kita Bos” di halaman 92, Sinaganaga memaparkan kisah kanak-kanak A yang mengagumi ayahnya sebagai “bos” semata-mata kerana mendengar Cina penjual VCD memanggilnya bos.

Bagi seorang lelaki dewasa yang mendengar, tentulah panggilan itu tidak memberikan erti apa-apa, malah mengundang ketawa di dalam hatinya sendiri.

Lebih jauh merenungkan kisah kecil dan mudah ini, imiginasi kita mudah meliar dan menghubungkannnya dengan makna yang lebih jauh mendasar. Antaranya, kita sebenarnya selalu merasa kita adalah bos, tuan atau pemilik, walau pada zahirnya segala yang dibanggakan sudah menjadi milik orang dan kita terus terbuai oleh gelar dan sanjung nan palsu.

Sebagai kesimpulan dan perbandingan, tulisan Sinaganaga di dalam buku ini memang lebih memperjelaskan sosok dan stail penulisannya yang bersifat santai, kenes, dan membling.

BACA SELANJUTNYA!

20 Januari 2010

Orang lain selalu cemburu tengok hidup kami. Hidup kami simple sahaja. Ada nasi kalu - makan!



Hidup ini macam kolam..., aku kata. Dan, belum sempat untuk aku menghabiskan kata-kata, Ladin Nuawi sudah menyampuk, kenapa? biru? sejuk? dalam sangat? kau tak tahu berenang?

Aaa... Tak ada ikan!, aku kata.



Semenjak abang Pyanhabib berjaya melakukan aksi menunggang basikal kenit di studio Happy Blue Sky Lucky Star Number 888 tempoh hari, kini dia mencuba pula beberapa aksi lain yang lebih mencabar. Lagak ngeri meloloskan diri dari lilitan pelampung, misalnya.

Gua ingat main sarkis lagi best daripada main politiklah, itu agaknya [aku ulangi, 'agaknya'] dia kata dalam hati. Iyalah, dalam hati siapalah yang tahu, ha ha!



Zhafir macam nak menangis apabila kami kata, "Pelampung ada dua sahaja! Lu pergi main benda lain!"

NOTA UNTUK KAK SITI ZAINON ISMAIL: Happy birthday, Kak Zai! Terima kasih kerana jemput kami datang. Makanan semua - 'betul-betul ho liau!'

15 Januari 2010

Eeee, comelnya dia!



Ya, saya tahu. :)

10 Januari 2010

Menjelang PRU13: Rukun negara yang pertama

Semenjak Lebai Sayuti dan Mamang Sulan bertelagah tentang 'boleh tak boleh, boleh tak boleh', orang-orang kampung telah mengalihkan saluran untuk merujuk mereka kepada Cikgu Hasan Umbut kerana seperti lazimnya - manusia lebih mempercayai kata-kata bijak pandai agama, doktor dan guru berbanding yang lain-lain.

Tetapi, oleh kerana orang-orang kampung tidak begitu pasti apa pegangan hidup Cikgu Hasan Umbut - entahkan Islam Plural, entahkan Islam Liberal, entahkan Syiah, entahkan Sunnah, entahkan Qadiani, entahkan Kakak-kakak Dalam Islam - maka orang-orang kampung telah mengalihkan saluran untuk merujuk mereka kepada Sepiah Bermata Smokey.

"Kalau akak makan ubat ni... boleh kurus ke, Piah?" tanya Kak Pinoi.

"Jangan kata boleh kurus... saya gerenti, dalam masa tiga bulan sahaja badan akan jadi bergetah, youuuu!" jawab Sepiah Mata Smokey sambil mencicah biskut Merry ke dalam teh Ceylon di cawannya.

Ani Beyonce mengangguk-angguk dan mengiya-iyakan kata-kata Sepiah Mata Smokey. Sekejap dia bangun, berlagak seperti ratu kebaya dan menyelusuri kontur badannya yang 'bergetah' dengan tangan, "Tiru macam sayaaaaa!"

Tik! Tik! Tik!

"Opcot!"

"Aaa... Ubat kuat untuk kesejahteraan suami isteri ada ke, Piah?"

"Oh! Abang Usop rupanya... Piah ingat siapalah tadi!"

Lima minit kemudian, Usop Ludin Tanah Lot dah duduk bertimpuh di sebelah Sepiah Mata Smokey sambil membelek-belek kotak ubat dan Ani Beyonce sedang mendemonstrasikan kaedah penggunaannya dengan mengosok-gosokkan jari telunjuk kanannya ke jari telunjuk kirinya - atas ke bawah, atas ke bawah, atas ke bawah.

"Boleh percaya ke ni, Piah?"

Label:

07 Januari 2010

Stenography

Nama dia Ramli. Ramli bin Ishak.

Dia masuk IPTA di Melaka. Dalam kelas dia ada ramai perempuan. Dia seorang sahaja yang lelaki.

"Lu ambil course apa, Ramli?" Gua tanya Ramli pada suatu hari.

"Steno!" Ramli kata.

Gua ketawa terbahak-bahak. Dan, itu adalah semesta terakhir Ramli belajar steno. Selepas itu Ramli mohon masuk maktab.

Hari ini Ramli adalah seorang guru muzik di Shah Alam.

KOMA

Nama dia Firdaus. Macam nama syurga.

Dia masuk IPTA di Puncak Perdana.

Dalam kelas dia ada ramai perempuan. Dia seorang sahaja yang lelaki.

"Lu ambil course steno juga ke, Firdaus?" Gua tanya Firdaus pada suatu hari.

"Cilakakkk!" Firdaus kata.

...

Swing Low, Sweet Cheerio

Kalau dah kaya esok, kata arwah Mak Teh, jangan sombong diri! Stay cool!

Wah, mak speaking London, kata aku, mana belajar?

Kat TV, kata arwah Mak Teh.



Kaya macam Abdullah Jones?, tanya Ani.

Tak, jawab aku, lebih kaya lagiiiiii!

HA HA.

02 Januari 2010

Filem Melayu terbaik sedekad yang lalu ialah...



Gua pilih - SALON 2005.

Sebab, inilah satu-satunya filem Melayu yang hampir sepanjang masa menontonnya gua berdoa dan terus berdoa, "Ooo, lepas ni ok kot! Aaa, lepas ni ok kot! Uuu, lepas ni ok kot!... (Repeat till fade)." Sehinggalah pada suatu ketika gua mengambil keputusan untuk keluar panggong; pura-pura pergi kencing.

"Yanggggg! Popcorn tak habis lagi ni!"

Bila gua menonton filem-filem Melayu yang lain - gua tak berdoa pun, dek! Tapi, semasa menonton filem ni - gua berdoa! *sengeh*

INFO FILEM:
Pengarah - Ming Jin
Cerita Asal - Wan Hasliza, Rosihan Zain, Naeim Ghalili
Lakon Layar - Ming Jin, Wan Hasliza
Pelakon Utama - Raja Farah, Pierre Andre
Penerbit Eksekutif - Rosihan Zain, Naeim Ghalili
Penerbit - Puad Onah
Syarikat Penerbit - Grand Brilliance Sdn. Bhd.

P/s: Entri ini adalah kesinambungan dari news feed Ajami Hashim di Facebook.

Ajami, jangan marah haaaaa... nanti kena jual! [Lari!!!!]

01 Januari 2010

Sesungguhnya, mereka inilah orang-orang yang sesat!

Setelah siap mengemas-ngemas The Happy Blue Sky Lucky Star Number 888 dan mengendap kucing belakang rumah berasmara, perut terasa lapar, Abdullah Jones ajak gua pergi makan di Syed Bistro Melawati.

Gua SMS Pyanhabib, otw, kata gua.

KOMA

Sampai di susur keluar Ampang, kerana leka berbual, Abdullah Jones sudah belok kiri, menghala ke Ampang Waterfront.

Gua SMS Pyanhabib, kejap, Dollah dah sesat, kata gua.

Pyanhabib SMS gua, oh Tuhan, tunjukkanlah jalan yang benar agar kedua-dua makhluk[Mu] itu tidak terus kesesatan, kata Pyanhabib.

Gua suruh Abdullah Jones berpatah balik.

Gua SMS Pyanhabib, don't worry bang, gua dah bawa Dollah keluar dari kesesatan, kami sedang menuju ke Ampang Point sekarang, kata gua.

Pyanhabib SMS gua, oh Tuhan, mereka terus kesesatan, kata Pyanhabib.

KOMA

Lama kemudian, kami bertiga di Syed Bistro, makan nasi beriani kari kambing dan satay ayam daging dan berbual-bual tentang 'the next big thing!' Pergh!