"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Mei 2007

Seni lukis dan anda

Pejam celik pejam celik... dah lima tahun aku di syarikat D. Bosan juga rasanya, alahai!

Image Hosted by ImageShack.us

Dah lama tak melukis, sebenarnya. Lukisan ini belum sepenuhnya siap. Gambar kucing gemuk sedang menjahit.

Apapun, cuba kau perhatikan watercolor aku tu. Jika 'jatuh'lah ke tangan kanak-kanak yang sedang bercuti sekolah sekarang ini - mau menitik air liur guru-guru seni lukis mereka.

"Kenapa bapa kamu tak belikan watercolor cap Guitar atau cap Marie saja? Watercolor cap Winsor & Newton... uuh, mahallllllllll ni! Sebulan duit kola cikgu harganya ni! Fu-yo!"

munira menjahit dendam oleh saharil

setiap pagi, munira menjilat anusnya, dan membersihkan diri, memastikan bulunya tidak terlalu kusut. kemudian dia ke bilik jahit, menjahit dendam. sebelum petang dia sudah siap menjahit satu dendam - dia lipat dan simpan di dalam laci bersama dendam-dendam yang lain. dendam-dendam itu dia tidak pernah pakai, biar di laci, macam sejarah. kerana esok pagi, selepas menjilat anusnya, dia akan menjahit yang baru.

sekian.

27 Mei 2007

'Pulau' impian

Suatu hari. Ada pekedai yang menaikkan harga. Minuman kesukaan Mat Jan sudah jadi RM1.80 segelas, wo!

Apabila diminta mengulas, orang nombor dua negara berkata, "Pengguna mesti bijak. Jom, kita boikot kedai itu!"

Boikot sajakah? Tiada pendekatan lain?

Tiba-tiba. Aku rasa macam nak boikot. Segala macam tok nenek cukai... -cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, cukai perkhidmatan, dll-.

"Oit-oit, tak boleh tu! Kalau 'state' tak ada pendapatan, macam mana nak bangunkan negara?" Kata mamat yang bibirnya merah kerana tak merokok. Yang tiba-tiba muncul. Kemudian *plop*! Masa tu, aku baru saja hendak mencicip koko panas.

"Ooo..."

21 Mei 2007

Trendy

Ada semacam trend bagi sesetengah blogger untuk berpergian dan meninggalkan blog mereka tanpa dikemas kini.

Aku juga ingin mengikut trend ini agar tidak dikatakan oleh orang banyak sebagai 'ketinggalan zaman'.

Jadi, jika kau rindu - kau serulah namaku.

18 Mei 2007

Kepala sakit kena hujan

Pagi itu, ketika awan merembeskan rebas.

Tanya mamak roti canai, “'Banjir'?”

“Tak. Hujan!” Jawab aku.

Pagi itu, ketika Yahoo disekat oleh IT people syarikat D.

Tanya Tok Rimau, “Yahoo pun mereka nak block? Kesatuan patut mogok lapar (dan piket) ni!”

“Aku (ada) gastrik. Tak boleh lapar!” Jawab aku.

Ha ha.

16 Mei 2007

Hujan pagi

Tajuk sebenar entri ini:
Perempuan itu melukis wajah lelaki yang Faisal Tehrani gambarkan sebagai, “Hensem tiada, tapi manis ada!” Ha ha. “Dua gelas koko panas dan lima keping rempeyek itu (yang Faisal minum & makan) saya yang akan bayarkan, ya Hameed!”

Hujan turun sejak tengah malam tadi. Tiada tanda-tanda akan segera reda. Kendatipun, cuaca musim panas kali ini lebih panas daripada selalu-selalunya, alahai!

Miyuki. Pipi dan dagunya mudah saja menjadi kemerah-merahan dalam cuaca sebegini –tanpa perlu lagi bersusah-susah menyapu blusher, cukup dengan sepalit nipis gincu warna momo, urai rambut di sebelah kiri kepalanya tersisip klip damar panjang sejengkal warna putih, dalam blaus polos warna putih dan skirt paras lutut bercorak bunga-bunga kecil warna tanah– sesekali mencicip koko panas. Ada sesuatu yang sedang dia kerjakan…

Aku. Masih lagi terkial-kial menaip laporan yang perlu disegerakan.

“Taraaaaaaaaaa!”

“Kau lukis Tateyama (gunung Tate di Toyama) atau pulau Dayang Bunting ni, Miyuki?”

“Eeee… menyampah betullah! Eeee…”

Image Hosted by ImageShack.us

13 Mei 2007

SOLD OUT

Sila hubungi sol-jah-sol-jah yang lain, harap masih berbaki satu dua.
Image Hosted by ImageShack.us

Ulasan Samurai
Ulasan Fadz
Ulasan Teh
Ulasan Amyz yang capai orgasm...
Ulasan Saharil
Ulasan Fadz
Ulasan Jelir
Ulasan Kirana no Hana
Ulasan Basri
Nur@

11 Mei 2007

Ekhemmm... hem...

Melalui SMS, Faisal Tehrani beritahu aku, novel dia kena cantas dengan editor tu... bla bla bla... bla bla bla...

Melalui SMS juga, Aku beritahu Faisal Tehrani, bla bla bla... bla bla bla... tarak 'main-main' la maknanya ni? Laaa...

Malam tu. Aku pulang ke 'kondo'. Yang lifnya selalu berbau wangi. Dengan perfume si pelatih-pelatih jururawat dan perfume si perempuan-perempuan jalang. Dan. Ada seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun. Emily namanya. Sedang melagu-lagukan reff:

...Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi ekhemmm...


Aku rasa macam nak ketawa.

"Adik! Besar nanti adik nak jadi apa?"

"Editor!"

*plop!* Emily, tiba-tiba hilang dari pandangan. Yang tinggal hanyalah dua orang jururawat pelatih yang baru pulang dari bertugas siang dan sempat melemparkan sekelumit senyuman ekhem kepada aku. Aku, tiba-tiba terasa benar-benar lapar.

Alahai!

09 Mei 2007

Bila Tuhan Berbicara - buku baru Faisal Tehrani

Kusuruh Rimau menulis sepatah dua kata...

Kau suruhlah Faisal atau Saharil yang tulis... Tok Rimau hari ini bukan Tok Rimau yang dulu... Tok Rimau hari ini adalah Tok Rimau yang baru... tetapi, yang baru bukanlah bererti yang lebih baik.... Aku hilang 'touch', katanya.

Aku tak perlukan kau menulis seperti seorang sasterawan... tulislah seadaanya sahaja.... Apapun aku doakan urat spontan kau agar kembali pulih seperti sediakala, kataku.

Terima kasih. Doa orang yang tinggal di kondo (tingkat tujuh) lebih dekat dengan langit... semoga cepat sampai, katanya.

Di tingkat dua puluh dua tinggal seorang Cina... lebih dekat dengan langit!, kataku.

:)

08 Mei 2007

Satu petang di Pesta Buku

Aku singgah di gerai PTS. Terserempak dengan Puan Ainon sedang pegang mic. Terus Puan Ainon beritahu pengunjung, "tuan-tuan dan puan-puan, lihat, siapa di sebelah saya? inilah sinaganaga, blogger tersohor tu! lihat, siapa di sebelah saya, tuan-tuan dan puan-puan!"

Tret tret tret!

"Wah! Sakan Puan Ainon promote engkau... Satu dewan dengar! Kah! Kah!" Saharil. Via SMS.

"Kah! Kah! Ya. Aku rasa macam Amy Search-lah!" Aku. Via SMS.

NOTAKAKIBANGKU: Mahu lihat gambar Sinaganaga menangis? Sila ke blog Faisal Tehrani.

05 Mei 2007

Sibuk

Nama editor tu - Sri Banun. Kadang-kadang aku panggil dia, Sri. Kadang-kadang aku panggil dia, Banun. Ikut sedap lidah menyebut... Ha ha. Kalau dalam 'rasmi', aku panggil dia, Puan!

Tapi, kalau bos aku tanya, aku tengah buat projek siapa ketika ni - aku jawab, "Tengah siapkan projek Puan Sri, bos!"

*gulp* "Ok, tak apa, kau siapkan dulu projek Puan Seri tu... aaa... penting tu... aaa... kerja ni aku bagi kat designer lain, ok!"

Ha ha.

NOTAKAKIBANGKU: Sri Banun akan berpindah ke Bahagian Sains Sosial dan Kak Akibah sudah pun berpindah ke Bahagian Sastera Kebangsaan.

DBP sekarang dipenuhi dengan ketua-ketua bahagian wanita dan editor-editor wanita. Dan, aku rasa sedikit tidak selesa... tapi, ini bukanlah bermakna aku anti-wanita!

Ma'asalam.

02 Mei 2007

Marah itu fitrah

Tik! Tik! Tik!

Ya, bos!

Tidur?

Aaa... Pesan khatib dari mimbar jumaat... jika kamu berkeadaan marah, sedangkan kamu masih berdiri maka hendaklah kamu duduk, jika duduk pun kamu masih berkeadaan marah maka hendaklah kamu berbaring, jika berbaring pun kamu masih berkeadaan marah hendaklah kamu tidur!

Jadi, kau sedang marahlah ni?

Tidak. Sedang tidur, bos!